Sunday, May 25, 2014

Resepi: Kek Coklat Yang Moist !! Plus Creamcheese Frosting!

Assalamualaikum..

Oleh kerana tak boleh nak online sehingga ke tengahari sebab modem internet kat rumah ni ada penjaga dia, (boleh dipanggil as MODEM KEEPER kot!), makanya, saya mengisi masa tak boleh online tu dengan buat kek! Yummy! =)

Si kakak Damia suka makan kek. 3 minggu lepas dah buat sekali, tapi lupa nak share, so, hari ni nak share yang saya dah buat tadi. Boleh juga keep updating blog ni ^_^

Resepi ni saya ambil dari youtube. Senang. Mudah. Bahan-bahan juga sangat ringkas! Suka!!
Saya suka tengok video masakan dan baking dari youtube sebab lebih detail dan terperinci. Apa yang ditambah, bagaimana cara memukul/menguli, rupa bancuhan tepung tu. Cair ka, pekat ka. Lebih yakin untuk mem'baking' gitu.. Hihi.

Ok, jom tengok resepinya.

Resepi Kek Coklat (sumber)

Bahan-bahan: 
- 2 cawan gula
- 1 3/4 cawan tepung serbaguna
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1 1/2 sudu teh baking soda
- 1 sudu teh garam
- 2 biji telur
- 1 cawan susu segar
- 2 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan minyak sayuran
- 1 cawan air mendidih

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan gula, tepung, baking powder, baking soda dan garam ke dalam mangkuk besar dan kacau untuk campurkan bahan menjadi rata.
2. Masukkan telur, susu segar, minyak sayuran dan esen vanila ke dalam mangkuk tadi dan pukul sebati.
3. Akhir sekali, masukkan air mendidih, dan kacau lagi bagi sebati. At this point, the batter is very thin. Tapi, jangan risau. Ini yang buatkan kek tu nanti jadi sangat moist =)
4. Bakar dalam oven pada suhu 160-190 darjah selsius mengikut kesesuaian oven anda. Saya bakar pada suhu 170 C selama 45 minit.

Untuk resepi creamcheese frosting: (sumber)
- 1/2 cawan butter (unsalted)
- 250 gram creamcheese (saya guna jenama tartura, lebih murah daripada philadelphia)
- 2 sudu teh esen vanilla
- 2 cawan gula ising (powdered sugar)

Gaulkan semua dan pukul guna electric mixer sehingga rata dan sebati. Masukkan ke dalam peti sejuk dulu sebelum digunakan, supaya mudah di sapu.. :)




Ok.. Tau, tau.. buruk rupa dia.. tapi, don't judge the book by its cover =)


Tengok anak-anak yang berselera :)


Ok, itu ja bebelan untuk hari ini.. 
Terima kasih membaca. ^_^

Saturday, May 24, 2014

Solat Subuh! Level Manakah Iman Kita?

Perkongsian yang menjadi pesanan dan peringatan buat diri saya dan juga teman-teman yang membaca dan mengambil ikhtibar dari coretan ini.
Saya tidaklah pandai mengulas sesuatu, masih dalam proses BELAJAR, terlebih lagi dalam soal iman dan agama. Coretan di bawah saya Copy&Paste dari sharing FB. 



Moga bermanfaat ^_^

Jom kita analisis sekejap solat subuh ni...
Hakikatnya:
√ solat ni dua rakaat.
√ solat yang paling pendek di antara solat 5 waktu yang diwajibkan. 
√ waktunya bermula dari terbit fajar shiddiq hingga terbit matahari.


Halangan dan cabaran
√ tidur di malam hari menyebabkan ramai yang tak nak bangun
√ Mimpi yang indah menyebabkan ramai tak nak kehilangan mimpi tu.
√ suasana yang sepi menyebabkan risau untuk bangun, manalah tahu kot-kot ada hantu dalam bilik.
√ air sejuk, malaslah nak kena air sejuk-sejuk di waktu pagi ni.
√ syaitan yang bertugas menghasut saya hebat sangat, tak mampu saya nak lawan, pasal tu la saya tak leh bangun. ikut hati nak bangun sangat.

Begitulah senarionya.. Bila kita analisis kelima-lima halangan untuk bangun subuh ni, semuanya ditundingkan kepada pihak ketiga.
Ada yang menyalahkan tidur,
Ada yang menyalahkan mimpi,
Ada yang menyalahkan suasana sepi,
Ada yang menyalahkan air,
Dan ada yang menyalahkan syaitan.
Erm, persoalannya, kenapa tak ada yang menyalahkan diri sendiri?
Bukankah semua tu faktor luaran sahaja?
Bukankah semua itu hanya faktor penyokong sahaja?
Masalah asasnya adalah kita yang tak mahu bangun solat subuh.

Sebenarnya, bila kita fikir-fikir, solat subuh ni bukti kekuatan kita melawan nafsu.
Sejauhmana kekuatan jiwa nurani kita membendung pengaruh nafsu yang berada dalam jiwa kita. Disaat nafsu tidur kita memuncak, disokong pula dengan pengaruh tilam yang empuk, mimpi yang indah, suasana yang sepi, syaitan yang membisikkan tidurlah.. kita bangun melawan semua dorongan nafsu, untuk bersiap-siap memuji Allah. Walaupun banyak dugaan, kita tetap bangun untuk bersolat subuh. Alangkah kuatnya keimanan muslim itu. Tetapi, disaat nafsu tidur memuncak, tilam yang empuk, mimpi yang indah, kita tega tewas. Alangkah nipisnya keimanan muslim itu

Sahabatku...
Alangkah indahnya pagi kita, jika kita mulai dengan kemenangan kita menewaskan dorongan nafsu dan bisikan syaitan sambil kita mengucapkan
asbahna 'ala fitratil islam (kami berpagi-bagi di atas fitrah islam)
selamat bersolat subuh di awal waktu kerana solat subuh adalah cahaya untuk mata hati kita.
‪#‎Kak‬ Siti Hajar UIB



Ingin mendapatkan supplemen untuk kesihatan anda dan menjadikan anda bertenaga untuk melakukan tugasan harian,  Hubungi saya : 

Elda Malissa Sangit ~ Contact: 0163031954 
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya 

Saturday, May 17, 2014

Amalan Sunat Seharian

Assalamualaikum.. 
Selamat pagi..
Bersyukur pagi ini masih dapat bernafas..
Saya share mengenai amalan harian yang boleh menguatkan rohani kita..
Ilmu saya masih terlalu cetek.. Artikel ni saya copy and paste dari sini . Semoga memberi manfaat pada semua :)
  1. Mulakan pagimu dengan menyebut nama Allah, moga kita sentiasa mendapat lindungan dan berkah dari-Nya. Ayatul Kursiy jangan sesekali tinggalkan. Pendinding diri.
  2. Sebelum bertolak keluar, amalkan memandang khatamun nubuwwwah, (Tawajjah Haithu Syi'ta, Fainnaka Mansur, Allahu Wahdahu La Syarikalah, Muhammadan 'Abduhu Warasuuluh) dan lebih elok membacanya dan membayangkan bentuknya di dalam hati kerana antara berkat amalan ini ialah Insya Allah, Allah akan menyelamatkan perjalanan kita pergi dan balik.
  3. Solat dhuha.
  4. Solat rawatib.
  5. Puasa Isnin dan Khamis.
  6. Membaca Al-Ma'thurat.
  7. Amalkan 4 bacaan yang kalau boleh jangan ditingalkan dalam seharian, iaitu yang terdapat dalam Al-Ma'thurat: A'uzubillahi Sami'il 'Aliimi Minas Syaitaanir Rojim, 'Auzubikalimaatillahit Taammati Min Syarrima Khalaq, Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun fil Ardh, Bismillahi Tawakkal Tu 'Alallah, (@ Bismiilahirrahmanirrahiimi Wa) La Haula Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Azim.
  8. Selepas solat maghrib, jangan alihkan kedudukan punggung anda. Amalkan membaca zikir Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, dan Allahuakbar 33x. Tutup zikir yang keseratus dengan bacaan Allahu Akbar Kabira...sehingga habis. Kemudian sambung dengan zikir Ya Latif sebanyak 120x. Amalan zikir ini banyak fadhilatnya. Antaranya ialah menyelamatkan kita dari sebarang bahaya dan memudahkan urusan seharian. Kemudian sambung dengan membaca Surah Al-Fatihah 20x selepas maghrib, selepas setiap solat fardhu, dan hasilnya ialah 100x Al-Fatihah seharian. Al-Fatihah sebagai 'ibu' Al-Quran dapat menjadi pendinding diri manusia dalam urusannya seharian. Sungguh besar fadhilatnya. Contohnya jika mendapat luka atau kecederaan, baca Al-Fatihah 7x kemudian diludahkan pada tempat yang luka berkenaan. Amalan ini dilakukan oleh Rasulullah ketika menyembuhkan luka Saidina Abu Bakar ketika beliau dipatuk ular dalam menyelamatkan baginda. Al-Fatihah sebagai As-Syifa' yang amat berkesan.
  9. Berdoa selepas setiap solat fadhu, kemudian diikuti dengan doa penerang hati (Fafahamnaha Sulaimaan...) 2x. Doa ini juga dibaca sebelum memulakan pelajaran untuk memudahkan menghafal dan belajar
  10. Seterusnya sambung amalan sunat anda dengan membaca Ratib Al-Haddad dan Ratib Al-'Attas. Masya Allah, sungguh besar kelebihan membaca kedua-dua ratib ini. Amalan ini diamalkan di kebanyakan pondok dan para ulama' sendiri mengamalkannya.
  11. Yaasin setiap malam Juma'at
  12. Al-Mulk sebelum tidur. Antara kelebihan Al-Mulk ialah menghindarkan dan mengurangkan siksa kubur
  13. Tidur dan berniat untuk bertahajjud pada esok hari, dengan bersungguh-sungguh. Jika terlepas pada esok hari pun kita telah mendapat satu pahala kerana berniat demi Allah. Antara satu petua untuk bangun awal ialah menepuk-nepuk bantal sebelum tidur dan mengebas tempat tidur dengan kain sambil membaca ayat kursiy serta meminta Allah mengirimkan malaikat untuk mengejutkan kita. Dikatakan malaikat ini akan memicit kaki kita untuk menggerakkan kita bangun. Wallahua'lam, dengan izin Allah.
  14. Membaca 3 Qul sebelum tidur, hembuskan pada tangan, sapukan pada seluruh anggota badan dengan sekali sapuan (jangan angkat tangan sebelum habis menyapu). Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan amalan kita. Gunakan kesempatan usia muda yang bertenaga ini dengan mendekati-Nya sebelum datang waktu tua. Waktu lapang sebelum sibuk. Insya Allah.

Tuesday, May 13, 2014

Birthday Ayah :)

13 May 2014

Happy birthday untuk suami tersayang


Simple card :)
Menggunakan barang terpakai ja.. Hehe
Words n hearts tu guna kain perca, kadbod merah tu, buku damia ngn dafinah. 
Haha.. bukan kedekut beli kad, tapi, memang tak perlu beli.
Surprise last minit, camnilah jadinya =p

Furthermore, my hasben bukan jenis meraikan hari2 istimewa ni..
Ajak p makan kat Seoul Garden hari ni pun dia menolak =.=

Damia yang menyampaikan kad tu pada ayah dia sambil nyanyikan lagu
"Hepi te day tu u" 
=D 
Siap nak ajar si adik, Dafinah lagi! 
Hihi.. sayang tak rakam.. 

Selamat hari kelahiran buat abang :)
Semoga hidup sentiasa diberkati dan dalam lindungan Allah SWT..
We ♥ U very much
.....


Monday, May 12, 2014

Kencing Manis @ Diabetes Gestasi Semasa Kehamilan

Assalamualaikum..
Hari ni nak tunaikan janji. Entry hari ini adalah berkenaan Kencing Manis ketika hamil. Sambungan dari entry yang lepas :) 


Apakah itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 
Selalunya, perut dan usus akan menghadam karbohidrat dalam makanan dan menukarnya menjadi glucose. Selepas tu, glucose akan disalurkan ke dalam darah untuk membekalkan tenaga.

Penyaluran glucose ke sel-sel badan memerlukan hormon insulin. Hormon ini dihasilkan oleh pankreas. Sekiranya anda mempunyai diabetes, tubuh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau sel tubuh badan tidak dapat mengunakan glucose seperti yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan glucose terkumpul dalam darah dan menyebabkan diabetes atau kandungan gula tinggi dalam darah.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut: 
  • keletihan
  • dahaga yang terlampau
  • membuang air kecil dengan banyak
  • penglihatan kabur.


Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Kesan pada ibu hamil;
  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan pada bayi;
  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah)dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.


Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30
  • pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih
  • pernah menghidapi diabetis gestasi sebelum ini
  • ahli keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);

Bagaimana diabetis gestasi dirawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik
Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. 
Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya. 
Anda perlu melakukan scan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda. 
(sumber: baby center)

Apakah Produk dalam Shaklee yang membantu ibu untuk mengawal @ mengatasi masalah kencing manis? 


ESP (850gm ~ RM150.00) ~ Minuman protin rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah. Ia membantu mengawal paras gula.
B-Complex (120 biji ~ RM53.75) ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga. Menukarkan makanan kedalam bentuk tenaga.


Vita-lea (120 biji ~ RM88.75) ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.


Berminat? Nak order? Nak tanya lebih lanjut?

Hubungi saya : Elda Malissa Sangit 
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Pengalaman Minum Air Gula Ketika Mengandung

Siapa pernah kena minum air gula semasa hamil? Saya pernah, ketika mengandungkan anak kedua saya. Apa rasa dia? Sedap lah minum air gula, mungkin ada yang terfikir begitu!
Uwekkk.. Hahaha.. Tak sedap habaq kat hang! Sebab air gula memang air gula sungguh! Manis yang amat sangat! Manis piang orang Kedah kata.. Hehehe.. Kalo tak betul, jangan salahkan cheq, cheq ciplak Kedah ja :p
Kita akan diminta berpuasa dari pukul 10 malam. Esok paginya, kita kena pergi ke klinik untuk minum air gula (glucose) ni. Sebelum minum air gula, missi akan cek tekanan darah, ambil darah sikit. Lepas tu, baru boleh minum. Dah minum, jangan memandai-mandai gi minum air kosong ka hapa pula. TAK BOLEH! Kena tunggu sampai pukul 10 pagi pula untuk ambil darah. Selepas tu, nak minum air masak bergelen-gelen pun tak pa dah.
Gambar ihsan dari en. gugel.. 
Sebijik macam gelas yang saya guna dulu juga :)

Teringat peristiwa 2 tahun dahulu bila nak tulis entry ni.. Hehe.. Nak juga lah selit kenangan tu sebelum ku menjadi pelupa :)
Anak pertama saya tak kena pun minum air gula. Smooth ja, tanpa masalah-masalah serius sehingga tiba hari melahirkan. Anak kedua, saya ada brownish spot tu seawal usia kandungan 4-5 bulan. Huhu. Memang lah risau cheq oi.. Kadang-kadang itu adalah tanda kandungan kita ada masalah. Saya takut akan keguguran, sebab saya memang tak mau berlaku keguguran! Alhamdulillah, kandungan saya masih kuat, baby takda masalah.. Tapi, di usia kandungan 6 bulan, saya mengalami keputihan yang agak teruk juga lah, sebab tak pernah alami keputihan sebegitu.. Berat badan saya naik dengan sangat banyak juga bila masuk trimester kedua, tapi, missi kat klinik ibu dan anak tak minta pula saya buat ujian gula tu, setakat bebel-bebel gitu ja lah.. Haha..
Sepanjang mengandung, saya memang tak hadapi masalah.. Tak da alahan teruk-teruk sampai tak boleh bangun dari katil, sampai warded, tak ada kes anemia or hb low.. HB saya dari start pregnant sampai cukup term bersalin antara 12-14.5!! Hebat tak hebat tak? Hehe.. Alhamdulillah.. Saya tak da petua. Sebab memang nak kata ratah bayam hari-hari, tak juga.. Makan kerang berkilo-kilo, lagi lah jarang sangat2 makannya. Jambu batu? Saya bukan peminat jambu batu :) Alhamdulillah.. Allah beri keistimewaan itu. Tapi, saya tiap kali pregnant, memang kena refer ke doktor pakar di hospital. >_< Tak suka tunggu giliran kat hospital! Tapi, check up kat hospital best! Mesti akan dapat dating ngan baby, PASTI scan tiap kali ada appoinment kat sana. (Eh, jauhnya saya melencong cerita! ) Haha..
Nak dijadikan cerita, disebabkan saya mengalami keputihan teruk juga, berat pula naik 2-3kg sebulan, Dr. Shamsul kat hospital Sultan Abdul Halim (HSAH SP) minta saya buat ujian gula!! 
Uwaa... Tak suka, tak suka! Kerana katanya, keputihan ni pun salah satu tanda ibu ada kencing manis semasa mengandung! Oh NO! Seram ja dengar =_=
Oleh kerana dia doktor, saya pesakit, kena lah dengar dan patuh.. Haha.. So, pada hari yang dijanjikan, saya pergilah minum air gula tu.. Sebelum giliran saya, ada sorang anty (macam aku muda sangat ja) tu tengah minum.. Kesian sangat tengok cuba menghabiskan segelas air gula tu. Asyik nak termuntah ja dia. Aku dah tak sabar-sabar dah nak habiskan air gula ni..pasal perut dah lapar.. huhu..
Tiba giliran saya, baru lah tahu sebanyak mana gula yang diisi dalam gelas tu! Nisbah gula kepada air adalah seperti 3:2. Gula lebih banyak dari air! Teringat semula semasa taip entry ni pun rasa mual-mual tekak!! Dapat je gelas tu kat tangan, baca Bismillah, saya mula meneguk.. Ya Allah, manis yang melampau! Rasa macam terlekat kat kerongkong. Anty India tadi masih tengah cuba menghabiskan air gula dia diselang seli dengan perbuatan nak muntah (tak tau ada term khas ka untuk perlakuan tu..hehe). Saya tak da minum sikit-sikit, melainkan meneguk dengan laju! Haha.. Nampak gelojoh. Tapi, tu sebenarnya cara saya nak mengelak dari muntah on the spot! Anty tadi masih berusaha menghabiskan air gula dia :D
Dah habis minum air gula, ajak suami balik rumah dulu sementara tunggu pukul 10 ambil darah. Sampai sahaja kat rumah, terus terpa bilik air dulu.. Memang tak tertahan dah! Muntah habis segala air gula. Hahaha.. Pukul 10, kembali ke klinik semula. Tak bagitau pun kat missi yang saya muntah, sahih akan disuruh repeat gula nanti.
Lepas seminggu, keputusan keluar. Haha.. Kan kantoi juga. Sebab bacaan sebelum lebih tinggi daripada selepas minum air gula.. Kena lah aku repeat semula :( Nak nangis! 
Kali kedua ujian air gula, dah tak muntah.. Sebab kena stay terus kat klinik untuk pemeriksaan perut. Sepanjang menunggu pukul 10 tu, berapa kali rasa nak termuntah, tapi berjaya ditahan. Tiba ja giliran ambil darah, selesai ja semua, terus lari ke bilik air, muntah betul dah !  =p
Alhamdulillah, keputusan ujian tu saya negatif Diabetes Gestasi =) 
Suka! Hehe..
Sebenarnya nak share pasal Diabetes Gestasi ni, tapi, entry dah terlebih panjang pula.. Sambung kat entry lain pula lah yer :)
Sebelum tu, share sikit siapa yang berisiko mendapat diabetes gestasi ni. 

Wanita yang berisiko menghidapi diabetes/kencing manis semasa hamil

Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
  1. Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
  2. Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
  3. Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
  4. Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
  5. Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.

Thursday, May 08, 2014

Omega Guard Shaklee: Faedah dan Kebaikannya

Assalamualaikum..
Sejak kebelakangan ni agak lemau semangat ku.. Huhu
Tak apa, memang sometimes once in a blue moon, mood swing tu pasti berlaku.
Tapi, jangan dilayan sangat, kelak diri sendiri yang rugi. =)
So, hari ini, saya bangkit semula!
Keep fighting for brighter tomorrow! ^_^ 
Demi anak-anak, ku takkan mengalah! 

Hari ini nak share mengenai Omega Guard Shaklee nih.




Apakah dia Omega Guard Shaklee?

Merupakan minyak ikan terbaik di dunia!

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi satu rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
*Sumber : Shaklee Malaysia

Apakah kelebihan Omega Guard Shaklee?


Kelebihan Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan di pasaran adalah ia diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikanOmega Guard Shaklee adalah tiga kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. 

Satu sajian Omega Guard Shaklee dapat membekalkan 905 mg asid-lemak Omega-3 EPA dan DHA. 

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard Shaklee. 

Dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik)

Manfaat utama Omega Guard Shaklee:


1. Asid Lemak - Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomehaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

2. Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. 

4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang. 

5. Menentang cancer - kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif. 

6. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - aras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

7. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia. 

Cadangan:

Untuk penjagaan kesihatan: 2 kali sehari, 2 hingga 3 kapsul (sebelum atau selepas makan)
Untuk sakit tulang, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali.
*sumber: Buku nutrisi Shaklee



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Hubungi saya : Elda Malissa Sangit 
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

Khasiat ESP : Pasti Anda Jatuh Cinta

Khasiat ESP yang perlu anda tahu.

Dah tahu, mesti tak sabar nak dapatkan satu can!
=)
Nak dapatkan khasiat ESP, mai order dengan saya ^_^



8 sebab HOT kenapa perlu mengamalkan ESP!!


1. Untuk wanita yang ingin PREGNANT atau PLAN untuk PREGNANT : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

2. Untuk wanita yang SEDANG PREGNANT : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

3. Untuk wanita yang MENYUSU : ESP bantu PENYUSUAN. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

4. Untuk sesiapa yang nak STABILKAN HORMON : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

5. Untuk sesiapa yang mahu KURUS : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu makan kurang. Tengok makanan pon sebelah mata je.

6. Untuk sesiapa yang INGIN KEKAL SIHAT : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

7. Untuk sesiapa yang nak CANTIK : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tempek make up tebal-tebal kan. Natural Beauty

8. Untuk sesiapa yang bercadang untuk PUASA : Puasa nak dekat dah nie! Ganti habis ke belum?? ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Hubungi saya : Elda Malissa Sangit
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 

FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

Tuesday, May 06, 2014

Faedah dan Keistimewaan GLA Complex Shaklee

Mari berkenalan dengan GLA Complex Shaklee

Apakah dia GLA?

GLA atau Gamma-Linolenic Acid (Asid Gamma Linolenik) adalah pemakanan asid lemak omega-6 yang banyak ditemui dalam ekstrak minyak tumbuhan. GLA tidak terdapat dalam paras yang tinggi dalam diet. Sesetengah individu mungkin tidak dapat menukarkan asid linoleik asid lemak Omega-6 dengan derivatif rantaian panjang, seperti GLA, dengan lebih optimum. Oleh itu, tambahan melalui GLA yang mengandungi minyak, seperti minyak borage dan Evening Primrose Oil, adalah disyorkan untuk meningkatkan tahap GLA dalam badan.


PERBEZAAN SHAKLEE


Kebanyakan GLA tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primerose Oil (EPO), manakala GLA Complex Shaklee diekstrak dari Borage yang mengandungi lebih dari dua kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah tiga kali lebih dari segi bioavailability dan tiga kali lebih berkesan dari EPO.

Setiap kapsul GLA Complex Shaklee lebih 300 mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega 6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.


MANFAAT UTAMA GLA Complex Shaklee

1. Herba tradisi yang dipercayai – Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
2. Mengawal selia estrogen dan testosterone – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki symptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
3. Melambatkan menopous – Memperbaiki keadaan menopous seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
4. Memperbaiki prostatomegaly - GLA Complex Shaklee memperbaiki masalah lelaki dan masalah kerap kencing.
5. Menentang kanser - GLA Complex Shaklee adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
6. Memperbaiki inflamasi kulit – Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki binitk penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism, astritis.
7. Menghalang komplikasi diabetes – Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
8. Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan – merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan  cantik, menghalang berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
9. Menghalang tekanan darah tinggi – Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
10. Memperbaiki tekstur rambut – Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
11. Hiperaktif dan autism (ADD/ADHD) – Dibukti secara klinikal bahawa GLA Complex Shaklee minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar member tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.


Cadangan:

Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali (lepas makan).

Untuk menopous, pelangsingan, hyperaktif: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (lepas makan)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 


Hubungi saya: Elda Malissa Sangit 

FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

Friday, May 02, 2014

Meal Shakes Shaklee: Untuk Semua Peringkat Umur

Dah masuk bulan yang baru dah, bulan MEI! 

New month..
New target..
New strategies..
New PROMOTION PRODUCT!! 
Hoyeah!! =)

PROMOSI bulan ni adalah, Meal Shakes Shaklee, the best multivitamin for you and your loved ones =)


Jadi, mari kita study dulu, apakah keistimewaan Meal Shakes Shaklee ni.

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. 
Kehadiran lactalbumin dalam ramuan Meal Shakes Shaklee ini adalah membekalkan organisma protein yang sangat berkualiti yang mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. 

7 manfaat utama Meal Shakes Shaklee 

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel Tubuh
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambutorgan-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6. Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
7. Kelazatan rasa
Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat dinikmati oleh semua golongan. 


Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 

  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 
(credit)


Jom order Meal Shakes Shaklee sempena promosi ini. 
Rebut lah peluang bulan ini buat stok untuk kegunaan semasa bulan Ramadhan nanti. 
Beli 6 percuma 1 + Omegaguard sebotol, anda layak untuk mendapat keahlian secara percuma!

<Keistimewaan sebagai ahli>


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 


Hubungi saya Elda Malissa Sangit 
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

Thursday, May 01, 2014

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder 


Apa itu kolagen??

Merupakan sejenis protein yg secara semulajadi terbentuk dalam tubuh badan manusia dan haiwan.

Mengapa supplemen kolagen penting?

Semakin meningkat usia, pengeluaran kolagen akan menjadi sedikit lambat. Sebab tu terjadinya kulit kendur, berkedut dan lembik
Pengambilan makanan harian yang tak seimbang tidak dapat memenuhi keperluan untuk menghasilkan kolagen


Apakah tanda-tanda badan kita kekurangan kolagen?

  1. Rambut -  kering dan bercabang
  2. Pori besar - jeragat hitam dan bintik-bintik
  3. Tulang - kekurangan kalsium dan risiko osteoporisis
  4. Kulit - otot kendur dan hilang keanjalan
  5. Sakit sendi dan penuaan
  6. Wajah berkedut
  7. Mata - penglihatan kabur, lingkaran hitam, sembap
  8. Sakit gigi
  9. Payudara hilang keanjalan
  10. Organ dalaman kurang berfungsi
  11. Kuku mudah pecah dan kurang bersinar


Keistimewaan Shaklee Collagen Powder (SCP)


Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diesktrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah di serap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan.


Mengandungi 7 Bahan Utama yang saling membantu antara satu sama lain untuk menghasilkan kolagen yang terbaik.


RSS Collagen dari SISIK IKAN MERAH




Kolagen sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan. 

EKSTRAK Biji Benih CAMELLIA JAPONICA


Mengandungi isoflavon iaitu antioksidan semulajadi yang dapat mengurangkan radikal bebas. Juga mengandungi asid eloik yang merupakan pelembab yang terunggul.


EKSTRAK Pfaffia



Pfaffia yang jga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak Camelia Japonica akan mampu menyokong pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Asid ini memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

ELASTIN dari KOLAGEN Ikan



Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

VITAMIN C & B



Vitamin C - menggalakkan pengeluaran COLLAGEN dan melawan RADIKAL BEBAS yang MEROSAKKAN kulit.
Vitamin B - terlibat dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga bagi menggalakkan pengeluaran COLLAGEN ASLI.


EKSTRAK KERANG-KERANGAN



Mengandungi Glukosamina yang penting untuk sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembabkan mata untuk mengelakkan ketidakselesaan mata.

LOCTOBASILUS ACIDOPHILUS (Bakteria Baik)




Membantu mengimbangi mikroflora usus dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan semula Kolagen.

Antara manfaat utama Shaklee Collagen Powder adalah:

  1. Mengurangkan kedutan dan garis2 halus
  2. Mengecilkan liang roma
  3. Melembapkan kulit
  4. Mengembalikan keanjalan kulit
  5. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
  6. Menegangkan punggung dan payudara
  7. Memelihara kesihatan rambut


Pengambilan supplemen kolagen amat penting untuk 'topup' balik kolagen yg dah hilang. Dengan Shaklee Collagen Powder, kesan seawal 8 minggu akan anda rasai...tapi depends pada badan jugak...ada yg lagi awal...:)



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Hubungi saya: Elda Malissa Sangit 
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya