Sunday, June 29, 2014

Kekal Bertenaga di Bulan Puasa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dipanjangkan usia hingga hari ini. Bertemu dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Apakah target atau rancangan kita untuk puasa kali ini untuk menjadikannya lebih bermakna dari puasa yang terdahulu? 



Antara amalan-amalan sunat yang digalakkan untuk kita amalkan pada bulan Ramadhan.
rujukan:


Ok, berbicara tentang menjalani ibadah puasa pada tahun ini, perasan tak sekarang ni cuaca panas yang amat? Tak kiralah siang ataupun malam. Panasnya waktu siang, sampai pasang aircond pun tak berapa nak rasa sejuk dia. Huhu.. Malam boleh lah tahan kan.

Ada khabar mengatakan fenomena el-nino akan bertandang ke Malaysia dan Asia Tenggara antara bulan Jun dan Julai tahun ni. Jadi, most likely, bulan Ramadhan tahun ini kita akan diuji dengan kepanasan yang di bawa oleh el-nino ni.

Rasa lapar kita masih boleh bertahan lebih lama berbanding dengan rasa dahaga. Betul tak? Ataupun saya seorang sahaja yang macam tu? Hehe. Tapi, saya tau, waktu berbuka, benda pertama yang kita kita ambil adalah air. Yang ni saya takkan silap (suka hati ja). Haha.

Jadi, bagaimana nak kekal hidrasi dan bertenaga berpuasa dalam bahang panas sepanjang bulan Ramadhan?


Kekal bertenaga di bulan Ramadhan

Mari saya perkenalkan SET MIGHTY GERMS =)

Gabungan ESP, Mealshakes dan Performance Drink.




ESP (Energizing Soy Protein)


Sumber kaya protein yang membekalkan tenaga yang lama, mengurangkan rasa lapar, mengurangkan risiko serangan gastrik di bulan puasa. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Satu rumah boleh menikmati ESP ni. Pelbagai resepi menarik untuk menikmati ESP ni akan saya kongsikan.


Meal Shakes (Minuman Multivitamin perisa vanilla)


Minuman berperisa french vanilla yang sangat lazat. Ia membekalkan 35 peratus atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya dengan kalsium dan serat yang membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa. Meal shakes membekalkan kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita.


Performance Drink (Minuman berperisa oren yang menyegarkan!)


Rumusan Ekslusif Opticarb yang membantu meningkatkan tenaga otot sebanyak enam (6) kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi (circulation) bendalir dalam tubuh. Performance Drink mempunyai lebih 67 peratus otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera. Pendek kata, performance drink membantu mengurangkan rasa kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda. 

Bonus!

Set Mighty 3 Germ ini sangat sesuai untuk seluruh isi rumah. Dari yang muda hingga ke tua =)
Set ini merupakan bekalan terbaik untuk anak-anak anda yang baru belajar hendak berpuasa ^_^

Jom kita tengok testimoni pengguna pula.













Dapatkan Set MIGHTY 3 GERMS anda hari ini !



Hantarkan pesanan anda ke : -
Email: mylovehds@gmail.com
Atau boleh 
PM ke fanpage kami: https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou

Nombor telefon adalah tidak dapat dihubungi buat sementara waktu. Kabel charger rosak :( Hukhuk


Selamat berpuasa semua ^_^


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Pentingnya Mengamalkan Suplemen Ketika Berpuasa



Terlewat sedikit untuk mengucapkan...

.
.
.
Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam seluruh dunia.


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna..


OK, entry hari ini saya ingin berkongsi kenapa pengambilan supplemen penting dan sangat-sangat digalakkan dalam menjalani kehidupan zaman sekarang, atau sekurang-kurangnya sepanjang bulan puasa. 

Kenapa pengambilan supplemen penting

Suplemen sebenarnya adalah makanan tambahan dan bukan ubat! Ramai orang salah faham mengenai maksud kata suplemen. Tapi, kalau cakap dengan orang kampung (kampung saya lah tu) dan tunjukkan suplemen, mesti dikatakannya ubat. Haha. Kalau bentuk pil jer, memang digelar ubat! Takpalah, itu term yang mereka faham. Asalkan kita dapat sampaikan konsep dan fungsi sebenar suplemen ni.

Sebelum kita berkata tentang pengambilan suplemen untuk melengkapkan nutrisi bagi tubuh kita, lebih elok kita ketahui dahulu kenapa perlu kita amalkan makanan seimbang dan berkhasiat. 

Mengapa perlu mengambil makanan seimbang dan berkhasiat?

1. Makanan membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh untuk menjalankan aktiviti seharian.
2. Membantu memberikan ketahanan badan bagi mengelakkan jangkitan penyakit.
3. Membantu memberikan ketahanan badan supaya sembuh daripada luka/penyakit.
4. Untuk membina sel-sel badan serta tumbesaran yang sempurna
5. Untuk perkembangan otak yang sihat dan cerdas.Mengapa supplemen penting? 

Dalam aktiviti seharian, kita menjalankan bermacam-macam aktiviti, kadang sempat makan, kadang tak sempat. Kalau makan pun, kita lebih cenderung kepada keenakan rasa dan rembat mana sempat sahaja. Berapa ramai sahaja yang betul-betul perhatikan makanan kita tu dan mengambil kira jumlah kalori, protein, karbohidrat yang patut kita amalkan sehari? Rasa-rasanya terlalu sedikit. Dietitian pun rasanya tak se'cerewet' itu ketika makan, semua dia 'tibai' juga :D 

In fact,  semasa memasak pun banyak hasiat dan nutrisi yang terhilang dek kerana suhu yang tinggi, contohnya protein akan hilang bila dimasak melebihi suhu yang sepatutnya. Kadang untuk dapatkan vitamin seharian itu pun agak sukar dilaksanakan.

Di sinilah pentingnya kita mengamalkan suplemen. Pengambilan suplemen membantu melengkapi nutrisi yang sukar kita dapat dari pengambilan makanan kita seharian. contohnya, keperluan kalsium untuk tubuh kita. Tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari untuk memelihara tulang yang sihat. Tahukah anda berapa gelas susu anda perlu minum untuk endapatkan 1000 mg kalsium?

1000 mg kalsium adalah bersamaan dengan 4 gelas susu atau 80 biji badam!

Mengamalkan pengambilan konsisten suplemen adalah sangat disyorkan kepada kita. Tapi, awas! Pastikan suplemen yang kita ambil adalah selamat. Jadi, di sini saya syorkan produk Shaklee. 

Kenapa?

Sebab produk Shaklee adalah bersifat semulajadi, mudah diserap oleh tubuh dan selamat dan berkesan dannnnnn yang paling penting adalah halal!


Ok, dah habis bebel ;p

Apakah produk Shaklee yang saya syorkan untuk kita amalkan sepanjang bulan puasa ini? 
.
.


Antara produk yang disarankan untuk dimiliki setiap rumah:

>> UNTUK TENAGA BERPANJANGAN <<


* ESP *

* MEAL SHAKES *
*  PERFORMANCE DRINK *
* CINCH *
* VITALEA *


>> UNTUK KESIHATAN DAN PERTAHANAN TUBUH DARI SAKIT <<



* NUTRIFERON *
* SR VITAMIN C PLUS *
* GARLIC COMPLEX *
X *C* ZINC COMPLES


>> UNTUK BERIBADAH DENGAN LEBIH SELESA TANPA SAKIT DAN LENGUH BADAN <<



* AJHT *
* OSTEMATRIK *
* OMEGA GUARD *


Dapatkan Produk Shaklee, supplemen terbaik untuk membekalkan kita tenaga untuk berpuasa dan beribadah dengan lebih selesa di bulan mulia ini =)




Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Friday, June 27, 2014

One Step Ahead.. Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Selamat pagi! (gaya macam orang folo dia 24 hours je kan? Hihi)

Alhamdulillah.. Happy sangat hari ni. 

Hari ini dah berjaya create Facebook Secret Group untuk susur galur bisnes Shaklee di bawah pimpinan saya. Eh, jangan risau, semestinya saya sendiri dipimpin dan dibimbing oleh mentor Master WanFatihanum yang hebat untuk mengikut jejak beliau melakar kejayaan dalam Shaklee. :) InsyaAllah, saya akan menjadi leader hebat juga suatu hari nanti! AMIINN.. 

Saya upline yang bertanggungjawab! Membimbing anak-anak buah untuk sama-sama menggapai impian menjadi jutawan Shaklee!

Dalam group ni lah dikongsi segala info dan testimoni dan strategi pemasaran untuk produk hebat Shaklee :) Dan group ini hanya untuk pengedar-pengedar dan ahli-ahli (makan sendiri) yang berada di bawah susur galur kami sahaja. Hehe. Nak tahu apa isi kandungan dan strategi dan tips kami, jom lah join. 

Bagaimana? 

Mudah ja caranya..

Hanya dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee! 

Dengan hanya bermodalkan yuran RM75 (SM) dan RM85 (SS) sekali sahaja seumur hidup. Murah sangat!! 

Lagi BEST.....

Dengan hanya bermodalkan RM75 dan RM85, anda boleh memjana pendapatan yang tiada limit! Modal anda hanya RM75/85 dan USAHA. ^_^

Mana nak cari bisnes macam ni? Bisnes lain selalunya memerlukan modal yang besar ketika nak mulakan perniagaan. Kena beli stok sebagai modal permulaan. Bila dah ada stok yang banyak tu, kena lah cari pelanggan pula kan? Kalau tak, nanti barang tu jadi reput simpan bawah katil! :) Itu yang mendorong kepada seakan-akan memaksa rakan taulan dan saudara mara untuk membeli dan menghabiskan stok. 

Dengan bisnes Shaklee, anda tak perlu mengambil atau mempunyai stok permulaan untuk membolehkan memulakan bisnes. Selepas bayar yuran dan mendaftar sebagai ahli yang sah, boleh mula berkongsi kebaikan dan manfaat produk dengan teman-teman rapat, saudara mara. InsyaAllah, produk bagus, orang akan mudah tertarik dan membeli. Di sini lah empayar anda akan bermula mengembang :) 
Hanya dengan melalui PERKONGSIAN kebaikan produk :) That's exactly how Shaklee business worked! 

KEISTIMEWAAN BISNES SHAKLEE BERSAMA GROUP HEBAT KAMI  ^_^

  • Tiada yuran yang mahal, hanya RM75/85 seumur hidup.
  • Bimbingan coaching diberikan sepenuhnya, so jangan risau pada mereka yang memang zero tentang bisnes dan juga online. Bimbingan 100% SECARA ONLINE.
  • Tiada meeting sampai larut malam, tidak perlu tinggalkan family, buang masa dan buang duit.
  • Tidak mengamalkan penyimpanan stok yang perlukan modal beribu-ribu.Anda hanya perlu BERMODALKAN MINAT DAN KEINGINAN.
  • Modalnya adalah minat anda sendiri, tidak perlu buat loan bagai. Pastinya TIADA MODAL.
  • Sangat sesuai bagi mereka yg ingin pendapatan sampingan tanpa perlu korbankan masa dengan keluarga.
  • Unlimited income, anda yg pilih nak 4,5,6 angka. SEMUANYA PILIHAN KITA.
  • Syarikat yg KUKUH sudah lebih 50 tahun di pasaran.
  • Jaminan Shaklee dengan produk supplement berkualiti yang menjalani beribu ujian adan kajian sebelum dipasarkan.
  • Perbezaan Shaklee yang mementingkan slogan SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI".
  • SANGAT IDEAL buat mereka yang ingin menjana pendapatan di luar jangkaan.
  • KONSEP DLM BIZ INI ADALAH MUDAH. Berkongsi pengalaman sendiri dengan mereka yang memerlukan.


Tiada apa yang boleh merubah anda jika TIDAK BERMULA. JADI MULAKAN SEKARANG!

Lebih terperinci akan keistimewaan mendaftar sebagai ahli, sama ada untuk bisnes atau makan sendiri, klik sini >> KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI.

Okey! Fikir-fikirkan dan bertindak cepat ;)


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

Thursday, June 26, 2014

Turunkan Berat Badan Tanpa Berdiet

Assalamualaikum.. Sihat? 
Lazimnya, nak turunkan berat badan atau kekal ramping memerlukan kita berpeluh, bersenam dengan disiplin yang kuat! Namun, walaupun kita tak bersenam berlari keliling padang, taman rekreasi, atas threadmill atau asyik mengira kalori, masih terdapat banyak cara mudah untuk kita menurunkan berat dan membuang lemak-lemak yang bermaharajalela itu :) Dengan kata lain, menurunkan berat badan secara semulajadi dan spontan ^_^
Bagaimana?

Jom amalkan cara mudah menurunkan berat secara semulajadi dan spontan.

1. Mulakan setiap hidangan dengan segelas air. Fungsinya, badan anda akan sentiasa terhidrat dan akan serta merta merasa kenyang. Sangat membantu anda untuk mengelakkan terlebih makan (overeating). Jangan minum air selepas makan, perut akan buncit! =)


2. Tukar menu hidangan anda kepada yang lebih sihat: Ambil kira kandungan kalori dalam setiap hidangan anda. Contoh untuk menu sarapan, pilih lah Sandwich Tuna + Salad daripada Roti Canai! Perbezaan kalori adalah antara 31 kalori untuk setiap hidangan 90 gram! Lebih kurang je kan, tapi sebenarnya untuk 90 gram hidangan, anda dapat sekeping roti canai, tetapi 3 keping sandwich! Yang mana lebih mengenyangkan? Mestilah 3 keping kan? =) 

Untuk mengetahui kandungan kalori setiap hidangan, boleh lawat laman web ni, kalorimakanan.com (klik). 
3. Kawal kuantiti pengambilan: Jika anda benar-benar ingin menurunkan berat badan atau sekurang-kurangnya mengawal berat ideal, pastikan anda mengambil makanan pada kuantiti yang memadai. Salah satu cara untuk tipu minda anda adalah dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil =) Jadi, bila pinggan dah penuh, secara automatik fikiran mengatakan makanan yang kita ambil dah banyak sangat. 

Kuantiti dalam setiap pinggan adalah sama, tetapi, minda kita akan segera mengatakan makanan paling banyak adalah dalam pinggan yang ketiga. Betul tak? 
4. Banyak bergerak: Bakar lebih kalori bila anda sentiasa bergerak dalam sehari. Tengah rehat-rehat kat ofis tu, bergerak lah ke meja kawan-kawan. Antara naik tangga atau lif, pilihlah naik tangga =) (Semput lah hoi! Takpalah, kata nak turunkan berat kan?) Park jauh sikit dari tangga ofis, makin jauh, makin banyak kalori anda bakar hanya dengan berjalan menuju ke tangga ofis! 

5. Jangan abaikan pengambilan kalori! Kena faham dulu konsep kalori yang baik dan tidak :) (InsyaAllah akan buat entry khas untuk pengambilan kalori yang sihat). Bagaimana cara mudah memberikan kalori atau nutrisi terbaik untuk tubuh anda setiap hari? Boleh sediakan air berperisa seperti dalam gambar :) Mudah sahaja kan? 

Air masak + hirisan buah-buahan segar @ timun @ lobak @ daun pudina

6. Elakkan berlapar terlalu lama: Berlapar sedikit elok untuk tubuh kita, tapi jangan sampai menggigil, lemah lutut bagai dah sebab konon-konon nak elakkan makan sebab takut badan naik! Bila anda menghadap makanan ketika terlalu lapar, anda akan mula makan dengan penuh selera dan berkemungkinan besar akan terlebih makan! Jadi, makan bila anda rasa lapar, dan berhenti setelah anda kenyang. Jangan tersandar kekenyangan, dah kira selamat =) (Choppp! Ini untuk kes di luar bulan puasa yer ;p)
7. Ambil makanan yang mengandungi kandungan protin lebih tinggi dan lebih serat. Jauhi lah makanan yang terlalu yang mempunyai kandungan kalori terlalu tinggi seperti kerepek dan keropok. Makan kacang dan segelas susu sudah memadai, memberi anda rasa kenyang dan sumber yang protein dan serat yang baik untuk tubuh.
Makan malam yang ringan dan lebih awal. Jadikan makan malam anda adalah sumber pengambilan 25% kalori dari kalori harian anda. Makan lah seawal 2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur anda. Makan lewat malam adalah rutin yang tidak sihat. Makan terlalu hampir dengan waktu tidur anda, akan menimbulkan masalah penghadaman.
8. Tidur yang cukup. Kurang tidur boleh menyebabkan anda untuk makan berlebihan sepanjang hari dan kekurangan tenaga untuk melakukan rutin harian. Jadi, dapatkan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari. Tidur yang cukup sangat membantu tubuh anda untuk menurunkan berat badan dengan lebih efektif.
Tidur yang cukup adalah 7-8 jam sehari 
Sumber

Shaklee juga menawarkan SET Menurunkan berat badan secara sihat :)
Klik untuk SET KURUS SHAKLEE.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :) 
0163031954
ELDA MALISSA

7 Tips Memilih Vitamin C Yang Terbaik

Assalamualaikum.

Selepas sebulan berpuasa, tibalah raya kan? (apa motif cerita raya, sedangkan Ramadhan pun lagi 5 hari??) Hehe. 


Sebab saya nak cerita pasal Vitamin C yang menjadi kegilaan ramai ni! Apa yang istimewanya mengenai VITAMIN C SHAKLEE ni? 

Tapi, kenapa???

Sebab ianya ada kaitan dengan mencantikkan kulit wajah menjelang raya ^_^


Hah, baru segar mata nak teruskan pembacaan eh? Hehe!

Vitamin C adalah penting untuk membina semua tisu penghubung anda - seperti kulit anda, rawan sendi, tendon, pembuluh darah. 

Vitamin C juga membantu penyembuhan luka, dan ia adalah penting untuk pembentukan kolagen dan pelbagai fungsi lain yang lebih kompleks dan sangat penting dalam badan anda.


Baca lebih lanjut tentang kebaikan dan kelebihan VITAMIN C PLUS ni. 



Namun, hari ini, saya nak kongsikan tips memilih supplemen Vitamin C terbaik =)



Tips memilih VITAMIN C terbaik adalah:-



1. Semulajadi atau sintetik? Periksa label di botol VITAMIN C tersebut. Dos yang selamat adalah kurang dari 1000 mg untuk Vitamin C yang semulajadi.


2. Dikeluarkan oleh kilang yang mempunyai pensijilan Good Manufacturing Practices (GMPs).


3. Mestilah mempunyai label “ethyl cellulose", "enteric coating" ataupun "food glaze". Ini menunjukkan produk tersebut mempunyai ‘bioavailabiliti’@ keberkesanan yang baik.

4. Pastikan bahan-bahan asas yang digunakan mempunyai COA (Certificate of Analysis).

5. Tidak mengandungi perasa atau pewarna tiruan.

6. Vitamin C yang dihasilkan mempunyai molekul sama seperti yang terdapat dalam buah sitrus.

7. Mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoids, hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsi vitamin C.

8. Bertindak mengikut pelepasan masa. Dalam erti kata lain menggunakan teknologi sistem pelepasan berperingkat (sustained release) kerana vitamin C adalah vitamin larut air.



Kredit: Dr Malinda


Tahukah anda bahawa Sustained Release VITA C Plus Shaklee memenuhi kriteria-kriteria di atas?




Jadi, sekarang dah tahu tips memilih VITAMIN C terbaik, grab lah sebotol =)

VITAMIN C Shaklee adalah pilihan bijak! 

Sebotol RM92.50 je, mengandungi 180 biji dan boleh tahan hingga 6 bulan! Murahnyaaa!!!
:D


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No  : 016 303 1954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Monday, June 23, 2014

Manfaat Utama Performance Drink Shaklee

Assalamualaikum..

Syukur dipanjangkan umur hingga hari ini..

Alhamdulillah.. Berakhir minggu yang stress persediaan untuk seat EXAM IELTS. Dah selamat menjawab exam yang memang killer lah (haha!) pada 21 June 2014. Maybe I should make an entry about this exam :) Sekurang-kurangnya sebagai kenangan. Hihi. Or maybe there's someone out there yang curious nak tau macam mana procedure or bentuk exam ni ^_^ 
Next time yah..

Hari ini nak share mengenai minuman yang BEST dan sangat bermanfaat untuk badan! Terutama lagi bulan Ramadhan yang tak lama lagi menjelma :)

Apakah minumannya? 

PERFORMANCE DRINK!! Pandai!


Apakah kebaikan Performance Drink ni?

Antara manfaat utamanya adalah:


  • Meningkatkan daya ketahanan badan - memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal - ia mengandungi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
  • Mencegah penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  • Mengekalkan paras gula - terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Individu yang harus/wajib/sunat ambil PERFORMANCE DRINK ni adalah:-

  1. Para atlet
  2. Yang berpuasa
  3. Ibu yang menyusukan anak
  4. Wanita hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness dan tiada selera makan.
  5. Yang sering tidur lewat malam
  6. Yang sering keletihan
  7. Selalu mengalami penyahhidratan otot dan kulit dan ada penyakit gout
  8. Tiada selera makan
  9. Bila demam
  10. Selalu mengalami pening dan sakit kepala

PERFORMANCE DRINK perisa apa?

Perisa oren yang semestinya sedap dan menyegarkan. Hanya rasa oren yang mild dan kurang manis! PERFORMANCE DRINK sangat sesuai menggantikan ketagihan anda pada minuman isotonik seperti 100 Plus dan REVIVE tu. Minuman tu memang memberikan tenaga, tetapi, PERFORMANCE DRINK lebih memberi tenaga kepada tubuh anda. Paling utama, ianya tidak memudaratkan seperti minuman isotonik yang kita memang sedia maklum mengandungi kandungan gula yang tinggi!


Cubalah, anda pasti menyukainya :)
Jamin!
Pasti!

Nak rasakan sendiri kesegaran dan kehebatan PERFORMANCE DRINK? 

Anda tahu nak buat apa ^_*

Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Wednesday, June 18, 2014

DOA: Anak Soleh dan Solehah

Assalamualaikum..

Hari ini terdetik hati nak gugel cari doa-doa untuk anak soleh/solehah. Lambatnya ummi ni nak sedar betapa pentingnya amalkan doa ini untuk anak-anak ummi :(

Alhamdulillah. Tergerak juga hati hari ini. Ummi kena cari doa-doa yang ada bahasa rumi untuk memudahkan ummi nak belajar dan hafal, sebab ummi masih belum kuasai iqra' lagi. Huhu. Gugel punya gugel, jumpa website ni. himpunandoa.blogspot.com. Hari ini ummi copy doa untuk anak supaya jadi soleh solehah sahaja dulu. 

Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah



اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)


Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).




اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ


(Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah)


Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).




اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

(Allahumma barik fihi wanshur minhu)


Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Setiap ibu bapa wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allaw S.W.T kepada kita dan sudah pasti akan di tanya berkenaan apa dan bagaimana kita mendidik mereka. Jika tersilap didikan anak-anak mungkin boleh mengheret kita masuk ke Neraka. Justeru itu didiklah anak dengan sebaiknya, pentingkanlah agama daripada dunia semata.


“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”
(Surah al-Anfal, ayat 27-28)


Apa makna anak yang soleh?

Anak yang soleh bermaksud anak yang 'baik'. Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa, tetapi juga anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya Allah anak itu  akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.



“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”.
(al-Anfal: 24)




Cara-cara menjadikan anak soleh dan solehah


1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;

  • Selalu membaca Al-Quran di rumah
  • Membiasakan solat-solat sunat di rumah
  • Hidupkan budaya memberi salam
  • Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu.

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh.

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita




Kepada Jannatul Haura' Ummi dan Ayah
Nur Hannah Damia & Nur Hannani Dafinah
Doa dan harapan kami agar sayang berdua menjadi anak yang solehah, yang taat pada perintah Allah, taat pada ummi dan ayah, pada orang yang lebih tua, membesar menjadi anak yang bijak dan berguna pada agama. Ameen..


Tuesday, June 17, 2014

Rancangan Aktiviti Masak-masak Hari Ini

Assalamualaikum..

Selamat pagi! =)

Meng'update' blog sambil menghirup cinch mix tea, untuk energy booster sepanjang hari ni, dan nak block kolesterol dan lemak dari melekat dan menjadi lemak tepu. Banyak list to do hari ini. Mulakan dengan membasuh baju yang dah melimpah bakul besar tu. Nanti nak sidai lagi (ok, yang ni tipu, sebab MIL saya yang selalunya akan buat! Haha!) Hari ni janji nak buat cupcake dengan kakak Damia. Plan nak buat Hokkaido Chiffon Cupcake, tapi, tak tau bahan cukup ke tak. Teringin sangat! Pernah beli kat Bread History, memang sedap yang amat! Nak buat Baked Macaroni pun iyer juga. Haha! Banyak sungguh nak masak. Sebulan ni memang dah tak jaga sangat makan. Mungkin sebab berselang seli dengan ganti puasa, tu yang konon-konon ada alasan kukuh untuk melahap tu :D Tapi, nasib baik, berat yang dah dapat hari tu, masih maintain lagi. 54kg u! Berat sebelum kawin kot tu. Haha. So far, saya dah turun 4 kg lah ;p. Suka! 

Hamboi, kemain panjang lagi intro. 
Pardon me. >_<
Kalau dah start story telling tu, memang berjela dengan details nya lagi. Hehe. ^_^

So, sebab dah kata nak buat cupcake hari ni, harus lah mencari dan meminjam resepi dan tempek dekat sini. Untuk rujukan masa akan datang :)
Motif nak tulis resepi sebelum mencuba baking sendiri?? 
...
Sebab nak update blog jer. Haha. Nanti dah ada hasil masakan, buat entry lain pula :D 
Target setiap hari update blog sekurang-kurang 3 entries kan. Hihi

Ok, let's straight to the recipes!

Recipe Hokkaido Chiffon Cupcake 
Nama Jepun, mestilah originated from Japan juga :)
First time terbaca on this blog, Dr. Raihanna yang cute, tapi passion dia lebih kepada baking ^_^ 
Best refer blog dia kalau nak baking, sebab ada step by step pics tau! Thanks for the effort, Doc! Ok, resepi cupcake ni saya copy dari blog raihannavanilla.blogspot.com ni. 

BAHAN A:

  • 4 biji kuning telur
  • 30gm gula Castor
  •  40ml susu segar 
  • 40ml minyak jagung
  • sedikit esen vanilla
  • 55 gm tepung cake(rai guna tepung gandum je)
  • 20 gm tepung kastard(rai guna bird custard)
  • 1 sudu teh baking powder
Cara2 membuat bahan A:
1. Satukan gula dan kuning telur dan kacau dengan menggunakan whisk sahaja sehingga menjadi putih sedikit. 
2. Kemudian masukkan minyak jagung, susu dan esen vanilla tadi.
3. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung yang dah diayak tadi.
4. Kacau sikit just bagi sebati sahaja.. Ketepikan sekejap..

Bahan B:
  •  80gm gula castor
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 4 biji putih telur (pastikan takde benda asing macam minyak atau air..kalau tak takkan jadi)
Cara membuat bahan B:
1. Pukul putih telur dengan menggunakan mixer(high speed) sampai ia kembang dan berbuih.
2. Bila dah nampak dia kembang dan berbuih, masukan sedikit demi sedikit gula castor tu.
 3. Sambung pukul lagi sehingga dia kembang.
4. Sampai dapat soft peak "bertanduk". Tak perlu tanduk bercabang2 yea.. 

Ok sekarang kita nak satukan bahan A dan bahan B tadi...
1. Ambil sedikit bahagian B(adunan putih telur tadi)... campurkan dalam bahan A(adunan kuning telur+ tepung)
2. Jangan gunakan mixer... hanya pakai senduk atau spatula dengan teknik kaup balik. Masuk sedikit demi sedikit, kaup balik sampai semua adunan habis. Ada sebab tak guna mixer. Nanti cupcake anda tak gebu dan akan padat so hilang la struktur dia nanti..
3. Masukkan dalam bekas cupcake paras 3/4. Bakar 15-20 min suhu 170 celsius.
4. Ok bila dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Jangan sedih kalau mula2 dia gebu beria2 tapi lepas masak dia akan terbenam sket and mengecut. Memang struktur dia macamni...

Bahan-bahan Cream Custard:
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung/tepung kastard
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml susu segar 
  • 1 bji telur + sedikit esen vanilla
  • 1 sudu besar mentega
Cara2 membuatnya:
1.Masukkan tepung,tepung jagung dan gula ke dalam periuk
2. Masukkan 1-3 sudu besar susu. kacau rata jangan ada yang berketul2..
3.Masukkan telur dan esen vanilla... kacau rata
4. Masukkan baki susu dan kacau sebati
5. Masak di atas api sederhana
6. Kena sentiasa kacau dengan whisk ea....
tak boleh tinggal atau biarkan...sentiasa kena kacau

7. Kacau sehinga ia pekat dan berkilat... dah boleh dah angkat. Sejukkan sedikit biar sampai leh rasa cm suam2.
8. Masukkan kastard yang suam2 tadi ke dalam piping bag. Jangan masukkan kastard masa dia ngah panas2 tu okies.. Haaa cucuk saja dalam2 then INJECT dia!

Nak tengok rupa Hokkaido Chiffon Cupcake

Beginilah rupanya.. Tadaaa..


Nampak sedap sangat kan?

Drooling.... Custard filling.. Tak sabarnya nak try!

Hias ikut kreativiti sendiri!
(Gambar semua dari gugel yer ;p)

Resepi Baked Macaroni

Resepi ni saya copy and paste dari blog emiliaputeri.blogspot.com 
Tutorial bergambar disertakan sekali. Fuh, rajin sungguh depa ni.. Supermom! Hehe.. TQ sis yer :)

Bahan-bahan

125gm Makaroni
200gm daging kisar
1/2 biji bawang besar - potong dadu (saya kisar)
2 ulas bawang putih - cicang (saya kisar)
1/2sb serbuk kari daging
1sb sos cili
1/2 sb sos tomato
2 biji telur
1sb mentega untuk tumis
1/2 cwn susu segar

Keju Mozarella secukupnya

Bahan Sos Putih
200ml susu segar
1sb tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam dan garam
sedikit butter untuk tumis

Cara-cara

  1. Rebus Makaroni sehingga lembut. Angkat dan toskan. Pukul telur dengan susu segar. Masukkan telur + susu tu dalam makaroni dan gaul rata.
  2. Panaskan mentega dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan sos cili, sos tomato dan serbuk kari. Tumis seketika.
  3. Masukkan daging kisar. Kacau sebati dan tambah garam secukup rasa. Suka hatilah kalau nak tambah lobak merah dan kacang buncis. 
  4. Apabila daging masak, masukkan makaroni. Kacau rata. 
  5. Lepas tu sediakan sos putih. panaskan mentega. Masukkan susu segar, tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam. Kacau sehingga mendidih.
  6. Kemudian, sapu sedikit mentega pada loyang. Letak makaroni tadi. 
  7. Tuangkan sos putih.
  8. Akhir sekali tabur parutan keju Mozarella.
  9. Panaskan oven 180 darjah. Bakar sehingga bahagian atas keju tu berwarna perang.

Gambar pinjam dari en. gugel.. Ada watermark tu, dari dayangjack.blogspot.com =)

Sedapnya kan?! Menggemukkan ni sebab banyak CHEESE =) Makan sekali sekala takpa ;p


Semoga menjadi plan hari ini :)
Ummi yang teringin lebih. Ahaks! Nak ajak ayah p beli Chiffon cupcake tu memang kirim salam lah ;p

One reason why I should/kemaruk nak jadi preggy mama sekali lagi, boleh DEMAND dan mengada lebih! Haha.


Okies semua. Bye! 
Jumpa lagi di lain entry :D (perasan macam ada orang folo blog dia ja..kiki! Lambat laun, insyaAllah)


OK, siapa-siapa nak cuba Cinch Mix Tea or Slimming Set Shaklee, contact saya @ 0163031954
or inbox saya kat FB : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou