Friday, June 13, 2014

Susu EBM Basi?

Assalamualaikum..

Hari ini jumpa info baru yang sangat baik untuk dikongsi bersama ibu-ibu yang breastfeed anak. 
Saya copy and paste dari Facebook Pump On The Go. Banyak tips tentang breastfeeding yang dikongsikan, BEST!

Jom study bagaimana nak memastikan susu EBM masih elok ataupun sudah basi. 

Susu ibu adalah sel hidup yang kaya dengan pro-biotik, anti-viral, anti-fungal, dan anti-bakteria. Susu ibu tidak akan basi seperti seperti susu tepung, tetapi akan tercemar dengan keadaan persekitaran dan pengurusan yang tidak betul.


✔ Tanda utama susu perahan sudah rosak dan tercemar adalah baunya yang masam.
✔ Bau susu perahan kadang-kadang sedikit tajam dan hanyir, ibu tidak perlu risau kerana ianya normal.
✔ Susu perahan membentuk dua lapisan bila disejukkan, ianya juga normal. Susu perahan boleh jadi berketul juga tetapi tidak semestinya ia sudah rosak, jika ia berketul, ibu bau dulu susu itu ya!
✔ Simpan susu perahan di dalam bekas yang bersih dan steril. Cuci tangan ibu setiap kali sebelum dan selepas memerah.
✔ Pastikan ibu menyimpan susu perahan di dalam cooler bag/box dilengkapi dengan ice gel (ke rumah babysitter / dari office ke rumah) untuk mengekalkan suhu susu perahan. Perubahan suhu juga boleh memungkinkan pencemaran kuman pada susu perahan.
✔ Susu ibu yang sudah dipanaskan / dikeluarkan dari peti sejuk lebih daripada satu jam, tidak boleh disejukkan semula.
*Educate penjaga bayi cara-cara yang betul bagi pengendalian susu perahan dan cara mengenal susu ibu yang sudah rosak.



No comments:

Post a Comment