Thursday, August 28, 2014

Sarung Bantal dan Tilam Baru Untuk Kakak

Assalamualaikum..

Setelah dekat 5 tahun tinggal sebumbung dengan adik ipar lelaki yang usianya hanya muda 2 tahun dari saya, kini saya rasa seronok sangat. Sebab dah boleh menarik nafas lega. Saya dah ada ruang menjahit sendiri, ruang kebebasan yang lebih luas. Alhamdulillah untuk nikmat yang diberi, ya Allah. Sampaikan Pak Ngah budak-budak ni dah pindah pun, Dafinah yang baru berumur 2 tahun lebih mengingatkan umminya mengenakan tudung dahulu sebelum mengajak keluar dari bilik.. Haha.. Bayangkan!

Sejak adik ipar lelaki berpindah keluar, serta merta Damia pun claimed bilik tu adalah menjadi milik dia. Haha. Pandai dia. Ingatkan hangat-hangat tahi ayam ja, tapi rupanya dia bersungguh nak tidur di bilik tu. Maka, ayah pun mengajak untuk keluar mencari kain cadar yang baru untuk tilam Damia.

Kalau tak tau lagi, minat saya adalah menjahit 😁!
Maka, cadar Damia ummi jahit sendiri lah. Buat apa ada mesin jahit kan kalau tak menjahit. Lagipun, lama dah mesin tu tak bekerja. Hihi. Mula nak cari tema Angry Bird, tapi beli kat kedai Jakel, limited lah sikit pilihan tu. Nasib baik Damia berkenan juga dengan motif corak yang ini. Comel kan? Zirafah dan monyet dan entah, ummi takleh nak cam. Badak ka? Gajah ka? Hahaha.

Keciknya tilam!! 😅😅 Itu sebenarnya tilam crib baby. Nanti ummi ada bajet, kita beli tilam besar dengan katil sekali yer. Hehe.




Sarung tilam ni saya follow tutorial dari sini. Mudah sangat jahit. Beginner pun boleh menghasilkan bedsheet yang cantik. Hehe. Cuma saya buat getah keliling, supaya sarung tilam ni kekal cantik membalut tilam. Haha. Paham-paham lah budak tidur macam mana, orang Kedah panggil, tidoq buaih 😁😁 





Sarung bantal yang simple. Tutorial dari sini pula. Step by step tutorial, memang kacang sangat 😄! Best kan bila dapat hasilkan sesuatu untuk anak sendiri. Lebih-lebih lagi, bila dia suka sangat!!

Ok, memang suka sangat lah, siap request lagi tau!
"Ummi, nak selimut gambaq macamni gak!" Sambil tunjuk tilam dan bantal dia 😃😃.

Ok lah nak.. nanti kita beli kain lagi (ummi suka sangat shopping kain!)
Inilah sebabnya saya nak sangat-sangat, sampai desperate lah boleh kata, nak jadi surirumah sepenuh masa. Tapi zaman sekarang, nak jadi surirumah, biarlah punya pendapat juga. Sebab itu saya pilih bisnes Shaklee 😊😊

Nak join saya bisnes Shaklee? Mudah sangat! Hanya perlu azam yang kuat, semangat yang kental dan kerajinan, 3,4 atau 5 angka, anda yang tentukan ☺

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bisnes Shaklee
0163031954 (telegram | wechat | sms | call)
Atau email saya di mylovehds@gmail.com