Sunday, October 05, 2014

Menu Hari Raya Aidiladha Kami.

Menu Hari Raya Aidiladha Kami.



Assalamualaikum..


Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua kawan muslim. 

Balik kampung sebelah siapa kali ni? Suami? Isteri? Hehe.. Tak apalah balik kampung siapa pun, jangan sampai bermasam muka pula di hari raya. Raya belah mana pun, sama sahaja. Lebih2 lagi si isteri, memang dah kewajipan kita taat pada suami. Suami kata raya balik kampung dia, kena lah turut yer. Kot iyer pun tak berapa nak setuju dengan cadangan si suami, jangan sampai protes pula.

Saya ni dah 5 tahun raya belah keluraga suami ja. Tak pernah berbalah. Raya Aidilfitri, Raya Korban, semua belah suami ja. Semua ku turutkan sahaja. Si suami pun langsung tak pernah mencadangkan beraya di sebelah keluarga saya!

Janganlah kata saya saja nak berlagak nak menunjuk konon2 isteri solehah. :D
Sebelah keluarga saya, mereka sambut krismas :) Sebab tu tak pernah bergaduh pun nak balik mana. Hihi. Alhamdulillah. Senang hati encik suami saya kot kan? Bekerja pun di negeri sendiri, tak perlu harung traffic jammed travel balik kampung. Ahli keluarga yang lain pun tinggal sekitar sungai petani juga. Fikir-fikir, bayang-bayang, macam tak happening pun kan raya kami ni? Hihi.. Alhamdulillah, semuanya OK sahaja, semua happy. :D

Apa menu anda hari ni? Mesti semua ambil kesempatan masak sedap-sedap dan lebih istimewa kan hari ni? Samalah juga dengan kami. Hehe. Ada 3 menu berbeza, dan uniknya, setiap satu menu dimasak oleh 3 chef berbeza! Best!


Laksa Penang Kaw, betul-betul haoliao!


Yang ni hasil air tangan encik Suami saya :) New chef in the house! Boleh minta buatkan laksa Penang ni ja lah, yang lain, minta jauh lah. Haha. Resepi olahan encik Suami sendiri, resepi paling low cost kot, sebab satu periuk besar, hanya guna 5 ekor ikan kembung sahaja!
Resepi dari sini -->> http://bit.ly/1u6JgIb


Lontong bukan Klang, Kedah mari :) 


Lontong ni pula adik ipar perempuan saya yang masak. Kebiasaan hari raya, dia lah chef laksa, tapi sebab abang dia dah rampas title tu, terpaksalah cari menu lain. Hihi. Terhasillah lontong Kedah mari ni. Sedap! Saya makan berpinggan-pinggan (dalam sehari yer, bukan sekali hadap!). Haha. 
Resepi dari Azie Kitchen -->> http://bit.ly/1Eis4mh


Nasi ayam Ipoh, tapi air tangan orang Sarawak ^__^.

Gambar pinjam dari en gugel. :D
Tak sempat nak snap nasi ayam saya tadi, semua dah menunngu dengan perut lapar, terus ngap! Hihi

Haa, yang ni saya punya menu tahunan. Bila-bila teringin nak masak nasi ayam, pasti resepi ni sahaja yang saya pakai. Sedap. Mula-mula cuba resepi ni dulu, rasanya macam lecehnya, banyak sangat step and bahan. Tapi, ni dah kali ke berapa buat, rasa mudah juga. Sekejap ja dah siap. Sedap sangat. Semua makan bertambah-tambah.
Resepi dari Azlita Masam Manis -->> http://bit.ly/1pZQ1UU


************************

Macam mana dengan sambutan raya anda semua? Masak sedap-sedap, makan pun tak beringat dah yer.. hihi, hancur semua plan diet dalam masa sehari!

Cepat order set kurus Shaklee ni. Bagi si abang Omega Guard ni bakar2 lemak yang dikumpul tu, then si Herb-lax tolong flush keluar semua.

Yang mana bacaan kolesterol naik tinggi tu, boleh juga ambil Omega Guard ni atau lecithin untuk menurunkan kolesterol anda. 





Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)


No comments:

Post a Comment