Thursday, October 09, 2014

Siapa Kata Tugas Sebagai Surirumah Sepenuh Masa Itu Mudah?

Siapa Kata Tugas Sebagai Surirumah Sepenuh Masa Itu Mudah? 




Assalamualaikum..


Rupanya menjadi suri rumah sepenuh masa bukanlah semudah yang dibayangkan, tidak lah sekacang seperti makan kacang kuda ^__^. Lebih-lebih lagi bila anda bukan keseorangan di rumah, tetapi ditemani oleh anak-anak yang sangat aktif. Haha. Bersyukur anak-anak sihat dan aktif. Tapi, penat pun iya juga. Lebih-lebih lagi kalau jenis yang suka berebut macam anak-anak hakak ni! Haha.


Inilah wajah kesayangan ambo. 

Ni gambar setahun yang lalu. Masih wajah adorable sebab masih terkawal keaktifannya.. gitu.. haha. Kata orang, anak berturutan yang jarak dia tak jauh mana ni, pastu sama jantina suka berebut, tak suka berkongsi barang. Memang wbetul kot ya. Sebab itulah yang saya alami dengan anak-anak saya berdua ni. Jarak kakak dengan adik adalah setahun 7 bulan. 

Jika beli mainan 2 set pun masih nak berebut. Semasa membeli, sentiasa memberi pesanan kepada keduanya supaya tidak berebut. Angguk-angguk sahaja seolah mengiakan. Tapi, bila sampai di rumah, main sekejap, mula lah si kakak hendak conquer semuanya. Pening mak ayah memujuk. Ada tak tips macam mana nak pujuk anak supaya berkongsi dengan baik ni?


Berderu lari naik tangga nak pergi mandi selepas dipujuk untuk dibawa keluar berjalan ke Tesco. Nasib badan lah.. Haha.


Kadang-kadang seperti tak percaya rupanya lagi penat tugas sebagai suri rumah jika dibandingkan dengan beban tugas semasa bekerja sebagai pensyarah dahulu. Haha. Sekarang dah alami sendiri, haruslah percaya. :) Jika dahulu bekerja sebagai pensyarah, jadual mingguan dah fixed. Dalam seminggu dah boleh hafal kelas pukul berapa mula dan berakhir, kelas berada di mana, subjek apa nak ajar pada masa tertentu. Jadi, sembang-sembang dulu dengan rakan sekerja sehingga 10 minit nak mula kelas, baru kalut bersiap2 untuk ke kelas. Haha. Bukan selalu lah ya, jarang-jarang buat macam tu. Yang selalunya, bila tinggal kurang dari 10 minit, baru mula kalut cari marker dan bahan-bahan mengajar tu. Haha. Itu kenangan ketika bekerja dulu.

Bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa, jadual kita ditentukan oleh anak-anak. Lebih-lebih lagi jika anda ibu menyusu untuk kanak-kanak yang extended breastfeeding ni. Dafinah ni seolah dah lebih kepada ketagihan akan susu badan (baca puting susu ibu) ! Bila-bila masa sahaja nak menyusu, dia akan tarik tangan dan memaksa untuk menyusukan dia ketika itu juga. Tengah memasak ke, tengah melipat baju ke, tak kira! 

Ini kronik! Tumpang wifi jiran sebelah, dapatlah vitamin D percuma dari matahari pagi :D


Rutin saya setiap hari, sambil tunggu anak-anak bangun, sempatlah membuat kerja-kerja documentation untuk Home tuition, Infitah dan juga update blog dan buat 'research' berkaitan produk Shaklee untuk tambah pengetahuan agar menjadi SID berpengetahuan :)

Bila dah bangun, kena pujuk untuk mandi pula. Kalau hari tu keduanya sendiri volunteer untuk mandi, memang miracle lah. Haha. Sampai macam tu sekali. Lepas dah mandi, nak kena pujuk pakai baju pula. Lebih-lebih lagi si bongsu, sebab belum potty training lagi dengan dia. First attempt FAILED! Makan kena pujuk perlahan-lahan. Kalau berjaya dipujuk untuk makan nasi, syukur sangat. :D Lepas tu bagi lah mereka bermain sesama sendiri. Tapi, jangan mengharap untuk berehat lama. Sebab si adik boleh datang bila-bila masa untuk nenen! Lebih-lebih lagi selepas bergaduh dengan si kakak! 

Bersama adik-beradik ekspress. Ummi mengasuh anak-anak jiran juga :D


Petang-petang pula bawa anak-anak keluar beriadah. Selalunya si ayah akan bawa naik motor pusing taman perumahan, atau bermain di taman permainan. Boleh lah ummi buat kerja sekejap ^__^ 

Penat memang penat sebenarnya. Tapi, tak boleh banding dengan kepuasan rasa dapat meluangkan masa dengan anak-anak 24 jam. Anak-anak depan mata, bila-bila masa anak perlukan saya, saya ada sedia di sisi. Alhamdulillah, anak-anak saya memang jarang sangat sakit. Mungkin sebab mereka tak pernah ke taska, dari sejak dilahirkan memang dijaga eksklusif di rumah sendiri. Dulu di jaga oleh ibu mertua, tapi semenjak saya dah berhenti kerja, kami bersama-sama menjaga permata hati kami. Ibu mertua pun dah semakin lanjut usia, memang tepat lah masa saya berhenti dan ambil alih menjaga anak sendiri. 

Semoga Allah memberi rahmatNya kepada kita semua. Tak kiralah apa karier, insyaAllah, yakin pada Dia yang memberi rezeki. :) 

Bermula dari keinginan dan keazaman menjadi seorang surirumah sepenuh masa lah saya bertemu jodoh dengan bisnes Shaklee. Bisnes yang sangat mudah, seratus peratus online, dari sharing, jualan, order, akad jual beli sehingga urusan pos pun semuanya dihujung jari! Keluar sekali sekala untuk bertemu customer untuk COD sekitar Sungai Petani. Satu lagi kelebihan bisnes Shaklee, yuran atau modal yang sangat rendah. RM75 (85 untuk SS) sahaja seumur hidup! Tiada pembaharuan keahlian. 

Alhamdulillah. Bisnes Shaklee memberikan saya peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di samping menjana pendapatan sampingan dari rumah. Azam saya untuk meraih kejayaan yang gemilang dalam bisnes Shaklee ni.

Jika anda berminat untuk menjana pendapatan online secara sampingan atau sepenuh masa, jom sertai kumpulan kami yang sangat AWESOME! Dibimbing oleh Master Wan Fatihanum yang sangat BEST! Memang BEST lah, ish, tak tau nak cakap BEST macam mana lagi :D Hihi. Coaching adalah secara online 100% dan diajar dari A to Z :)




 Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
 Elda Malissa 
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)