Thursday, March 19, 2015

Resepi: Chocolate Cupcakes Yang Sangat Sedap! Simple Resepi is BONUS!

Assalamualaikum wrt wbh.

Lama cuti dari bersiaran. Hukhuk. (Sudah2 lah mencipta alasan. Hihi.. )

Jadi, mari mulakan entri hari ni dengan resepi masakan.. Haha.. Ambil mood lah katakan. 

Anak2 memang suka sangat kek coklat. Kali ni sahaja saya rasa nak buat cupcakes. Sebelum ni selalu buat yang acuan loyang kek tu, besar seketui. Hehe. Mencuba cupcakes, boleh makan sikit2. (Mode cuba mengawal berat badan. Haha)

Resepi ni saya ambil dari Youtube. Channel: Allrecipes. 
Resepi dia memang simple2, tapi menjadi tiap kali baking even for the first time cuba resepi tersebut. Saya suka! 



OK, enough mumbling. Hehe. Straight to the recipe.

Ingredients:

  • 1 1/3 cups all-purpose flour
  • 1/4 teaspoon baking soda
  • 2 teaspoons baking powder
  • 3/4 cups unsweetened cocoa powder
  • 1/8 teaspoon salt
  • 3 table spoons butter (softened)
  • 1 1/2 cups white sugar
  • 2 eggs
  • 3/4 teaspoon vanilla extract
  • 1 cup of milk

Directions:
  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Line a muffin pan with paper or foil liners. Sift together the flour, baking powder, baking soda, cocoa and salt. Set aside.
  2. In a large bowl, cream together the butter and sugar until light and fluffy. Add the eggs one at a time, beating well with each addition, then stir in the vanilla. Add the flour mixture alternately with the milk; beat well. Fill the muffin cups 3/4 full.
  3. Bake for 15 to 17 minutes in the preheated oven, or until a toothpick inserted into the cake comes out clean. Frost with your favorite frosting when cool.

Ni bukan kek merekah, tapi saya 'koyakkan' sama dia.. Hehe

Versi BM pula, walaupun saya taklah cekap mana english. Hehe. Ada silap grammar, 
tegur2lah ya. Paham2 saja ya buk! =P

Bahan-bahan:

  • 1 1/3 cawan (~ 150 gram) tepung gandum
  • 1/4 sudu teh soda bikabonat
  • 2 sudu teh baking powder (dalam BM apa ya? Serbuk penaik ke? Huhu)
  • 3/4 cawan (~ 85 gram) serbuk koko
  • 1/8 sudu teh garam
Campurkan kesemua bahan di atas dan ayak sebanyak 3 kali (sekali pun cukup, khas untuk orang tak berapa rajin macam saya ni. Haha)
  • 3 sudu besar butter (suhu bilik atau lembutkan)
  • 1 1/2 cawan (~ 340 gram) gula kastor (saya guna ni)
  • 2 biji telur (3 biji telur saiz C)
  • 3/4 sudu teh esen/ekstrak vanila
  • 1 cawan (~ 240 ml) susu segar
Cara-cara:
  1. Panaskan oven kepada 175 C. Susun cawan cupcakes ke dalam dulang cupcakes.
  2. Dalam bekas lain, pukul butter dengan gula sehingga sebati dan ringan. Masukkan telur sebiji dahulu, pukul dan kemudian masukkan lagi sebiji. Masukkan esen vanila.
  3. Masukkan campuran bahan kering yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan susu. Tepung - susu - tepung - susu - tepung (diakhiri dengan bahan kering)
  4. Pukul hingga sebati. Saya tak pukul lama mana pun. Dalam 2 hingga 3 minit kot. Hihi
  5. Isikan ke dalam kertas/acuan cupcakes, 3/4 sahaja. Nanti tak ada ruang untuk dia kembang.
  6. Bakar pada suhu 175 C selama 15-20 minit. 






Rumah saya tak ada acuan cawan tu, so google ja lah sukatan dengan cawan tu berapa jika dalam gram. Jumpalah link di bawah. Sangat membantu. Selama ni kalau sukatan menggunakan cawan ni, ku bantai ja pakai cawan minum teh pagi2 tu.. Hihi.. (geleng2 kepala)
So, lepas ni jumpa resepi yang berkenan dan dalam sukatan cawan, tak perlu takut dah, Boleh convert guna link di bawah :)

http://www.dianasdesserts.com/index.cfm/fuseaction/tools.measures/measures.cfm

Cubalah resepi ni. Memang sedap. Agak pahit, tapi itu baru kek coklat kaw! Haha. 
Damia tanya, mana cheese atas kek ni? 
Kehkeh. Sebab video tutorial ni ada topping creamcheese. Sedapnya. 
Kedai tutup awal, tak dapat beli creamcheese. Huhu.


Till then, jumpa lagi in next entry. 
^____^

Jangan lupa PROMOSI GEMPAK bulan March sebelum GST!
Jimat banyak tau borong bulan ni. ^__*

#ESP buy 6 FREE 1
#ESP buy 2, get 5% DISCOUNT
#ZINC buy 3 FREE 1
#VITALEA FOR CHILDREN buy 3 FREE 1