Thursday, January 30, 2014

Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu

Assalamualaikum

Sihat hari ni? Harap semuanya sihat belaka yer.. :) Nak tingkatkan kesihatan? Marilah jadi pengguna produk Shaklee ni.. Dijamin berkesan, selamat dan mesra alam.. Hihi

Ok, hari ni nak share tentang kombinasi vitamin untuk kulit cantik dan gebu, terbaik hanya dari Shaklee!

Cakap pasal kulit cantik ni, semua orang nak cantik.. Yer tak?
Yang kulit dah cantik pun nak cantik lagi! Nak bagi kulit tegang, gebu.. 
Tu yang ada sampai cucuk botox, buat plastic surgery pasal nak bagi hidung mancung, bibir mungil, pipi terserong-serong.. Eh, silap peribahasa pula.. Ahaks.. 

Ada yang dah alami masalah kulit muka ni semenjak dari zaman belajar lagi dan tak elok2 sampai sekarang? Dah cuba pelbagai produk untuk merawat kulit muka, tapi masih tak membuahkan hasil yang diingini.. Tak bertambah baik pun, masih seperti dulu.. Kulit kusam, parut jerawat yang sangat ketara, muka berminyak! Arghh!! Berapa dah berhabis yer untuk merawat muka jer??

Hmm.. ok, di sini saya nak kongsikan set kecantikan yang terbaik dari SHAKLEE ni.. Apa istimewanya set kecantikan dari SHAKLEE ni? Kenapa kakak-kakak dan adik-adik patut cuba amalkan set kecantikan dari SHAKLEE ni? Banyak lagi brand terkenal kat luar sana yang meletup dan iklan di tv tiap 30 minit.. 

Ini kerana, barangan kecantikan yang ada di pasaran kebanyakannya adalah untuk penjagaan luaran semata2.. Tetapi berlainan dengan set CANTIK SHAKLEE ni.. Kerana ianya menjaga kulit kita dari dalam; sebab dari situlah datangnya pelbagai masalah.. Contoh, kalo kulit cantik gebu, tapi hati penuh hasad dengki, muka kita tetap buruk pada pandangan orang.. Betul tak? Haa..

Ok, membebel banyak pula.. saya ni memang macamni, sesuai sangat jadi pensyarah.. hihi.. (kesian pada pelajar2 saya :p)

Mari tengok apa yang ada dalam SET KECANTIKAN SHAKLEE ni..


SET KECANTIKAN SHAKLEE ASAS adalah kombinasi Vitamin B Complex, Vitamin E dan Vitamin C

Vitamin B complex :
Ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C :
Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E :
Terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Selain itu, untuk kesan optimum, kakak-kakak adik-adik boleh add on ESP, hot produk SHAKLEE ni untuk dapatkan kulit yang cantik dan gebu :)


Protien :
Sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Peringatan! Untuk penyerapan vitamin yang lebih berkesan, mesti minum air yang mencukupi ~ 2-3 liter sehari! :)
Air: sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.. (macam saya sungguh..huhu)

Nak tengok testimoni pengguna-pengguna set ini yang telah berjaya mencantikkan wajah mereka?? Klik sini yer :)
Kisah saya sendiri pula di sini.. 






Saturday, January 25, 2014

Kurus yang sihat ^__^

KURUS

Hmm.. semua orang nak kurus, betul tak? Sebab apa nak kurus yer?? 
Antara alasannya:
Senang nak cari baju (macam kat pasar raya tu semua jual baju kecik2 jer.. hihi)
Mudah pergerakan.. hmm, yang kurus selim pun belum tentu mudah bergerak, dah pemalas! huhu
Tinggi keyakinan diri.. ada kaitan ek? tu semua kita punya mindset ja.. 
Malu dengan kawan2 yang badan selim melim tu.. Huhu..so, jangan kawan dengan org yang kurus selim tapi dalam masa yang sama kita rasa pandangan dia seolah2 memerli ^__^
Yang lebihnya anda senaraikan sendiri lah yer..:)
Tuhan jadikan kita ni berlainan dan unik mengikut penciptaanNya.. Lain warna kulit, warna mata, lain SAIZ, masing2 ada keistimewaan tersendiri.. Pada saya, apa yang penting adalah bagaimana kita membawa diri kita tu :)
Jadi..
Yang badan berisi tu pun bukan berdosa pun :) Jangan bagi mereka that JUDGEMENT LOOK okay! Cuma mungkin bila berkata dari sudut kesihatan, kegemukan sering dikaitkan dengan mudahnya mendapat penyakit.. Tapi, tentang penyakit ni saya serahkan pada pakar2 untuk mengulas :)

Jadi, entry saya hari ini adalah khas untuk sesiapa yang berhasrat INGIN menurunkan berat badan ataupun kurus

Bila kita nak kurus, bukan sekadar nak kurus, hilang berkilo2, tapi badan jadi lemah, tak sihat dengan cara diet@pantang larang yang salah, yang akhirnya memudaratkan diri sendiri..

Mestilah kita nak kurus secara sihat, betul tak murid2 ? ^__^

Okay, mari saya kongsikan satu perkongsian yang sangat baik yang saya peroleh dari blog salah seorang Master Shaklee:)

Kurus yang sihat bukan sekadar turun berat badan.

20140123-132407.jpg

Turun berat badan tak semestinya kurus yang sihat.
Badan kita mengandungi beberapa komposis, dan yang terbesar menyumbang kepada berat badan adalah lemak, otot dan air. Semakin banyak lemak dalam badan, semakin banyak kandungan air, dan semakin perlahan metabolisma membakar kalori. Semakin tinggi berat otot (muscle mass), semakin berkesan tubuh kita membakar lemak.
Secara ringkasnya, otot membakar lemak. Jadi untuk membuang lemak-lemak yang ada ialah dengan membina otot.
Otot pula lebih berat dari lemak. Kerana ini ramai yang ‘tertipu’. Dah diet, bersenam tapi kenapa berat tak turun-turun? Dalam program penurunan berat badan yang natural, fokus utama ialah untuk menurunkan peratusan lemak, dan menambah berat otot. Oleh itu berat badan mungkin sama, tapi kita akan mendapati mengalami ‘inch loss’ atau ukuran badan yang semakin mengecil walaupun berat tak turun.
20140123-132334.jpg


Ini kerana otot badan kita sudah berkembang dengan baik dan sihat. Bila otot sihat, muscle mass bertambah, keupayaan tubuh membakar lemak menjadi lebih baik.
Ramai yang kecewa bila berat tak turun tapi baju seluar makin longgar. Jangan risau! Itu tandanya tubuh anda sekarang adalah mesin pembakar lemak yang baik!

Here we come to the promotion phase! ...Drum roll...Hehe..

Nak kurus secara sihat? 

SHAKLEE ada solusinya

Set KURUS yang ternyata berjaya memuaskan hati ramai pengguna dan masing2 berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya :)


Ejen Detoks:
Alfalfa / Herb-Lax

Ejen Pembakar Lemak
Omegaguard / Lecithin

Pembina Otot:
ESP / Cinch 

*Cinch Shake Mix Shaklee adalah program Inch Loss yang menumpukan untuk pembinaan otot yang sihat.



Secara amnya, ini bagaimana ia bertindak:
1. Cuci kolon & usus pakai HERB-LAX untuk buang mukoid (Kerak usus)
2. Pecahkan lemak pakai LECITHIN. Biar ia larut dlm darah
3. Bakar lemak dalam darah tu menggunakan CINCH TEA
4. Selain cinch tea, otot kita juga boleh membakar lemak. Ingin menambah atau paling tidak pun mengekalkan otot yg ada, minum ESP + CINCH SHAKE.
5. Serap & angkut segala toksin, lemak2 terumpai dari hasil pembakaran lemak tadi menggunakan ALFALFA. Alfalfa akan membawa sampai ke kolon.
6. Sekali lagi, HERB-LAX bertindak dengan membantu pembuangan lebih lawas

:: NOTA KAKI ::
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan diet untuk menurunkan berat menyebabkan anda kehilangan lemak & otot (ataupun salah satu diantaranya). Apabila anda kehilangan otot, metabolisma tubuh anda menurun dan tubuh anda hilang keupayaan untuk membakar lemak. Apabila anda tidak lagi berdiet, tubuh anda tidak mampu membakar kalori seperti sebelum anda mula berdiet. Jadi, berat badan anda akan lebih cepat naik secara mendadak. Bila anda ulangi diet sekali lagi maka terjadilah kesan diet yo-yo..

Hihi.. Ok, xmau diet yo-yo yer :)