Wednesday, October 22, 2014

Cara Saya Merawat Anak Yang Demam. Kebah Dalam Masa Sehari!


Assalamualaikum..

Mukadimah:
Perbualan dengan anak sulung, Damia yang saya rasa sangat lucu. Hihi.

Ummi: Mia, ummi nak jahit baju untuk Mia dengan Meimei, nak tak?
Damia: Nak! Nak ummi. Jiejie nak kaler pink, Meimei kaler hijau.
Ummi: Bukan baju untuk kahwin maksu, ummi nak buat baju tidoq untuk Jiejie dan Meimei.
Damia: Oh, OK. Nak ummi. Lepas tu ummi jahit baju bangun pula!
Ummi: Haaa?

Ahahaha. Lucu tak? Tak lucu? Muka budak sangat serius ketika menuturkan kata-kata tu tau! Hihi.

Child is so innocent kan? Walau kena marah ke, kena cubit ke, kena rotan ke, mesti tak sampai dalam 10 minit dah baik balik. Keadaan kembali seperti biasa, aktif dan riuh. Hihi. Seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum tu. Mereka memang tak berdendam pun. Kita yang dewasa ni seharusnya belajar dengan budak-budak ni. :)

Eh, bukan saya cubit atau rotan anak saya. Tidak.. Saya ummi yang garang, tapi tak lah sampai menyakitkan tubuh anak, sakitkan telinga dengan bebelan ja. Haha. Entry hari ini bukan tentang ummi yang garang. Tapi, tentang krim ajaib Shaklee yang pernah saya share sebelum ni.

Semalam bangun pagi, pegang badan Damia sebab dia asyik merengek, badan dia terlalu panas! Ah, anak demam pula. Sekarang tak berapa risau sangat bila dia demam, sebab dah boleh dipujuk untuk makan ubat demam. Tapi, bila badan terlalu panas, risau juga kan. Jari kaki dan tangan dah sejuk, tapi badan memang panas sangat. Risau jika boleh mengakibatkan kejadian tarik pula.

Teringat tentang testimoni teman dalam group Shaklee yang selalu jelum kepala dan badan anak-anak yang demam dengan tuala yang dibasahkan dengan air dicampur Basic-H. Saya pun cuba apply juga semalam. Lagi satu, saya sapu krim ajaib Shaklee, Herbal Blend Multipurpose Cream tu kat belakang badan Damia.

Selepas beberapa jam, saya pegang badan dia, memang terasa sangat basah di belakang badan dan kepala juga berpeluh. Alhamdulillah, panas dia turun dengan banyak! Damia kembali aktif. Sangat aktif, ok! Siap boleh berlari dari ruang tamu hingga ke dapur berulang kali. Selepas kawan-kawan dia (anak jiran) balik, secara tiba-tiba panas dia naik mendadak juga. Mungkin semasa tengah bermain tu pun panas dia dah naik balik, terlalu seronok bermain, dia buat tak tau sahaja.

Apabila suhu badan dia naik tinggi kali yang kedua, saya buat sekali lagi seperti tadi. Jelum kepala dan lap badan Damia dengan air campur beberapa titik Basic-H. Kemudian sapu Herbal Blend Cream pada belakang dan depan badan dia kali ni, dan juga kaki. Dalam masa lebih kurang sejam lebih, antara waktu maghrib ke isyak, Damia tertidur. Tak lama selepas itu, dia bangun. Basah baju dengan peluh dia. Alhamdulillah, suhu badan dah turun, demam pun dah kebah! Memang rasa lega yang amat! Malam itu juga saya doublekan dos meal shakes dalam susu dia. Selalu letak satu sudu sahaja sehari, tapi semalam saya letak dua sudu untuk tingkatkan imun badan dia.

Pagi tadi, dengan gembira dan agak bisingnya si kakak Damia tu mengumumkan yang demam dia dah tak ada. "Ummi, Jiejie lega dah, takdak demam dah!". Jerit dari tingkat atas lagi, sebab ummi berada di ruang tamu ketika tu. Almdulillah, Allah izinkan demam dia lega dalam masa sehari. Syukur sangat. Saya memang tak keruan bila anak tak sihat. Sebab saya rasa, sakit anak dah tahap serius, tapi si ayah sangat lah tenang dan bersikap selamba. Sangat cool, I tell u! Hihi.. Sampai kadang-kadang ummi yang naik stress!

Syukur pada Allah. Saya hanya berusaha dengan memberi anak minuman multivitamin, meal shakes, sapu herbal blend ke seluruh badan untuk mengeluarkan panas dari badan, Allah izinkan demam anak sembuh dalam masa sehari! Tak dilupakan juga ubat demam yang klinik bekalkan :)

Meal shakes (RM113.75), 544 gram, hanya 1-2 sudu sahaja sehari untuk kanak-kanak, jadi setin boleh tahan berbulan!

Herbal Blend Multipurpose Cream (RM27.50), 4 oz / 113 gram, tahan berbulan. Boleh sapu pada hampir semua masalah kulit. :D

Basic-H, pencuci 1001 kegunaan. Pencuci yang sangat lembut pada kulit. Boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Anda boleh dapatkannya dengan membuat pembelian melalui SID, pengedar Shaklee kegemaran anda :)



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
 Elda Malissa
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)


No comments:

Post a Comment