Kepuasan Yang Dirasai Sebagai Seorang WAHM. LOVE IT!
Assalamualaikum..
Hari ini terasa sayu di hati.. Betapa saya mensyukuri nikmat yang Allah beri. Saya kini bergelar WAHM - Work At Home Mother. Saya hanya bekerja dari rumah, sambil menjaga menguruskan anak-anak dan suami, saya menjana pendapatan melalui bisnes online, semestinya bisnes Shaklee yang terbaik!
Hari ini, ada satu perasaan yang sangat membahagiakan membelai jiwa saya (ayat boleh tahan ek?!). Saya menjaga anak-anak di rumah sementara suami keluar untuk mengajar tuisyen di rumah client. Sementara anak-anak bermain sesama sendiri, saya lari masuk ke dapur, memasak sepantas mungkin. Selalu sempat memasak masakan ringkas-ringkas sahaja sebab si bongsu, Dafinah ni kejap-kejap cari ummi dia. Hihi. Alhamdulillah, sempat masak, sempat buat solat sunat Dhuha, sempat buat kerja-kerja bisnes. Kena pandai curi-curi peluang. Duduk rumah pun boleh kurus tau! Hehe.
Lebih kurang sahaja dengan situasi saya setiap hari. :) Just LOVING it!
Walaupun masak ringkas2, ternyata suami makan bertambah. Suka sangat. Rasa bahagia sangat. Dalam hati rasa sayu, ya Allah, baiknya Allah beri saya merasa peluang menjaga anak-anak, 24 jam anak depan mata saya, di samping menjaga keperluan si suami. Kata orang, cara ikat suami, dengan mengikat perut dia. Hihi. Ternyata suami saya sangat menghargai masakan saya, makan bertambah2 sahaja. Hehe.
Walaupun tak dapat bermewah dengan duit gaji yang agak besar dan tetap (walau dalam sebulan tu banyak waktu bermalas daripada rajin) semasa bekerja dahulu, tetapi saya langsung tak menyesal. Malah doa saya dalam hati semoga keputusan saya menolak tawaran biasiswa TPM (Tenaga Pengajar Muda) UiTM ini adalah yang terbaik, untuk diri sendiri, untuk agama saya, untuk suami, untuk anak-anak.
InsyaAllah. Allah maha mengetahui. Sebelum membuat keputusan untuk melepaskan tawaran biasiswa untuk sambung master di bawah tajaan skim pensyarah UiTM, saya buat istikharah. Hati saya tenang memilih untuk melepaskan, walaupun ramai kata rugi melepaskan peluang keemasan tu. Tapi, demi anak-anak, saya lebih suka berada 24 jam dengan mereka.
Jadi, inilah pilihan saya. Menjadi WAHM, bekerja dari rumah. Sambil gaduh-gaduh sayang dengan dua puteri saya yang sangat adorable itu, saya meniaga secara online, iaitu bisnes Shaklee dan juga menguruskan home tuition dari rumah juga. Walau masih belum ribu riban income, tetapi saya percaya, kejayaan bakal menjadi milik saya juga. Aminn.. doakan ya teman2. :)
This is so TRUE!
Jika anda juga memasang niat untuk menjadi WAHM, tetapi tidak tahu kerja apa yang ingin dilakukan dan yang dijamin memberi pulangan berbaloi, hubungi saya. Kita sembang2. Perniagaan Shaklee, perniagaan yang sangat mudah, modal sangat rendah, tapi pulangan berpuluh kali ganda! Janji kita rajin dan konsisten. Allah pasti beri ganjaran.
Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
---------------------------------------------------
Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.
** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)
** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)
No comments:
Post a Comment