Sunday, October 26, 2014
Vitamin C Shaklee Untuk Tingkatkan Imun Badan Dan Ubat Demam.
Assalamualaikum semua.
Bagaimana dengan kesihatan anda? Kami satu family diserang selsema dan batuk. Sekarang musim sakit kot yer? Cuaca pun tak menentu, sekejap sejuk sepanjang hari disebabkan hujan lebat membasahi bumi, sekejap panas terik di siang hari.
Anak-anak bergilir demam panas. Mujurlah keduanya hanya demam sehari sahaja. Alhamdulillah, syukur sangat. Minggu ni, keduanya mengalami selsema, dan suami pula batuk. Ingatkan umminya tak terjangkit, rupanya ku memang bukan robot. Hihi. Hari ini dah terasa perit tekak sebab batuk. Suara pun dah berubah serak.
Alhamdulillah, masih diberi nikmat untuk sakit. Tanda Allah sayang pada kita, diujinya kita dengan sakit. Saya pun dah tak ingat kali terakhir saya jatuh demam yang teruk. Dah makan tahun agaknya. Semenjak dah jadi ibu boleh jadi juga. Yelah, ibu kan manusia paling kuat. :) Yang menjaga kesejahteraan setiap ahli rumah di samping tugas-tugas hakiki seorang suri rumah.
Petang tadi, badan agak terasa suam2, macam nak demam dah. Suami pesan supaya saya telan vitamin Shaklee. How nice dia tolong remind ya. ;) Kebiasaan suami saya, kalau dia ada symptoms nak demam tu selalunya bermula dengan batuk dan selsema. Malam dia mula batuk-batuk, saya cepat2 ambil SR Vit C Shaklee 2 biji, dipatahkan dan minta dia telan. Alhamdulillah, suami tak berlarutan ke demam, batuk pun nampak berkurangan. Rasanya, sebab tu dia berpesan pada saya untuk ambil vitamin shaklee tu.
Jadi, sebelum tidur, telan dulu 2 biji SR Vit C Shaklee. Kenapa nak dipatahkan? Sebab saya nak Vit C tu cepat-cepat meresap dan tingkatkan imun dan pertahanan tubuh melawan penyakit. Semoga esok kembali sihat atau sekurang-kurangnya tidak berlarutan hingga demam. :)
Apabila si anak yang demam, terutamanya si adik, susah hati juga. Usia dia baru 2 tahun 3 bulan. Dafinah pula memang jenis tak boleh ngam dengan ubat, musuh ketat! Hehe. Ummi pun sebenarnya tak berapa gemar nak bergantung ubat-ubatan klinik ni. Jadi ikhtiar saya untuk tingkatkan imun sistem Dafinah melawan penyakit adalah melalui susu ibu (she is still breastfeeding). Sebab itu, semasa Dafinah demam, saya akan telan 2 biji SR Vit C setiap hari. Alhamdulillah, memang berkesan untuk pulihkan kesihatan Dafinah.
Wah, banyak manfaat SR Vit C Shaklee ni. Setiap rumah harus spare sebotol. Harga yang sangat berbaloi. Sebotol mengandungi 180 biji pil vitamin C. Setiap biji mengandugi 922 mg vitamin C. Harga adalah RM92.50 dan tahan sehingga 4 atau 6 bulan! Tak murah lagi tarra tu? Hehe..
Memang salah satu vitamin Shaklee yang paling saya suka adalah SR Vitamin C. Jom pakat beli satu untuk setiap rumah anda.!
Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.
** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)
** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment