Testimoni: Merawat Tumit Kaki Pecah dan Merekah Dengan ESP
Assalamualaikum..
Hari ini nak kongsi dengan pembaca tentang pengalaman dan testimoni sendiri bagaimana masalah tumit kaki saya yang pecah dan kulit kaki merekah dan kasar dapat diatasi dengan pengambilan konsisten ESP. Dalam masa hanya satu minggu lebih, saya dah merasai perbezaan yang amat ketara. Kulit kaki menjadi lebih licin apabila kulit pecah-pecah dan merekah semakin berkurangan.
Saya sangat tak gemar dengan masalah tumit dan tapak kaki yang kasar ni. Sesiapa pun pasti tak gemar kan? Kalau nak pakai kasut terbuka pun dah rasa segan! Apa yang saya tak suka dengan masalah tumit merekah ni adalah sebab ianya menghasilkan bunyi yang irritating dan terasa sangat bila bergeser dengan cadar dan lapik tilam. Benang yang timbul akan tersangkut pada kulit pecah tu. Betul2 rimas tau! Huhu. Diburukkan lagi dengan tabiat saya yang satu ni. Apabila tengah fokus atau tekun membaca atau menonton tv, saya suka membelai tapak kaki. Bila tangan terasa ada kulit yang merekah atau pecah, memang galak lah jari jemari ni mengopek (mengorek). Haha. Tapi bila dah teruk sangat kulit tu, dah pedih dikopek, mulalah membebel sendiri. Hehe.
Alhamdulillah, kebetulan saya mengamalkan ESP 3 sudu besar setiap hari untuk milk booster, (memang susu meriah) rupanya, masalah tumit pecah dan kulit tapak merekah dan kasar juga dapat dirawat. :) Tapak kaki menjadi lembut dalam masa lebih kurang seminggu! Teruja sangat weh. >_< Memang LICIN! Sekali lagi nak habaq, LICIN! Tak TIPU!
ESP ni sebenarnya sangat banyak manfaat dia. Hanya yang pernah mengamalkannya merasai kehebatan produk ini. Dalam saya mengamalkan ESP untuk menambah susu badan, kulit kaki juga jadi licin, parut bekas jerawat pun semakin pudar, dan berat maintain. :) Banyak lagi testimoni terbaik ESP dari pengguna-pengguna yang lain.
So, dah tau cara saya merawat masalah tumit pecah dan kulit kaki yang kasar. :) Saya kongsikan pula, bagaimana terjadinya tumit pecah dan kulit kaki merekah ni. Sebenarnya, kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.
Faktor penyebab
- Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
- Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
- Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
- Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
- Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
- Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.
Penyelesaian tumit pecah
- Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi. (Boleh amalkan pengambilan Performance Drink Shaklee untuk mengawal kehilangan air dalam badan)
- Kekalkan berat badan ideal. (Cubalah set Kurus Shaklee yang pasti membuatkan anda slim dan melompat bintang apabila dipuji orang tersayang.)
- Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
- Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
PETUA TRADISIONAL UNTUK ATASI TUMIT PECAH
- Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
- Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
- Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
- Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
- Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
Petua tradisional yang lain boleh rujuk pada pautan berikut.
Selain ESP, terdapat pelbagai lagi produk lain dari rangkaian produk Shaklee yang anda boleh cuba untuk merawat tumit merekah dan pecah.
**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. ** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
No comments:
Post a Comment