FAKTOR PENGARUHI PERUT BUNCIT
Ramai wanita menghadapi masalah perut buncit terutamanya bagi selepas bersalin. Walaupun berbadan kurus, masalah perut buncit masih menghantui. Mempunyai perut buncit bukan sahaja menjadikan penampilan kurang menarik malah boleh mempengaruhi 'self-confident' .Terdapat beberapa punca yang menyebabkan perut buncit.
Faktor keturunan
- Faktor ini agak susah untuk dielakkan & dirawat tapi tak bermakna tak boleh,cuma sedikit susah
Faktor penuaan
- Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
Faktor makanan dan minuman tertentu.
- Gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
- Daripada segi pemakanan, alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Pada masa sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan
- Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut.
- Sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori
Faktor tembakau
- Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Biasanya merokok selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana penghadaman terganggu.
Faktor stres
- Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang.
- Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam
- Golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.
Faktor perubahan hormon
- Terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.
- Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak. Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
Lemak yang tertumpu di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh.
Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup.
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan?
Ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik.
Begitu juga dengan minuman bersoda. Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit.
Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup.
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan?
Ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik.
Begitu juga dengan minuman bersoda. Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit.
sumber: ummi aqif
**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.
** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)
** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)
Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
No comments:
Post a Comment