Wednesday, October 29, 2014
Resepi: Tomyam Putih
Assalamualaikum..
Hari ini nak berkongsi resepi sekali lagi. Hehe. Lama dah tak kongsi resepi kan? Bukannya tak memasak, tapi mulut ni makan tak berhenti, kira makan ja.. ^_^ Alhamdulillah, badan masih maintain. Mungkin sebab sentiasa bergerak aktif dalam rumah melayan permintaan dan tantrum anak2. Turun naik tangga sebab kena buli dengan anak. :)
Ok, hari ini nak kongsi resepi tomyam putih pula. Kalau resepi masakan lauk pauk ni biasa makanan kesukaan en suami saya. Tomyam ni pun macam dah jadi darah daging dia. Ahahaha. Tak agak2 tu darah daging. En Suami suka tomyam sangat2. Hari2 makan pun tak apa, macam dia makan laksa. Tapi, kenalah resepi yang menepati citarasa tekak dia.
Resepi tomyam putih, dikongsikan oleh rakan dalam FB.
Bahan-bahan
Ayam, daging, seafood
Bawang besar @ India (dipotong dadu besar2)
Bawang putih (diketuk)
Serai
Daun limau purut
Tomato
Air asam jawa
Cili @ cabai
Cara-cara
1) Rebus ayam, daging atau seafood (untuk buang lemak2)
2) Masukkan bawang besar, biarkan empuk sedikit
3) Setelah air mendidih, masukkan serai, cili dan daun limau purut.
4) Masukkan air asam jawa dan tomato. Perasakan dengan garam, perahan jus limau dan gula.
5) Selepas 3-5 minit, tutup api. Kita tak nak tomato jadi terlalu hancur.
6) Siap, boleh hidang panas-panas!
Sedap! Hehe. Kena pandai adjust rasa masam, manis dan masin tomyam ni. Selalunya saya akan panggil suami saya jadi tester. Sebab nak menepati citarasa dia kan. ;)
Suami suka dan makan bertambah, bini senang hati. ^____^
**psst! Sori takda gambar kali ni. Sebab tak bajet nak buat entry Resepi Tomyam Putih!!
Haha.
Lain kali bila masak lagi, saya tangkap gambar pula. Hehe.
Selamat mencuba ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment