Thursday, October 02, 2014

Lagi Tragedi Menyayat Hati. Bayi 3 Bulan Meninggal Di Taska


Assalamualaikum..


Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan kisah bayi meninggal di taska. Seolah-olah dah menjadi perkara biasa berlaku di negara kita, sebab tidak dengar pula tindakan lanjutan diambil terhadap taska yang mempunyai kes sama. Hmm.. Jadi, mungkin taska2 yang tidak bertanggungjawab ini naik minyak sebab tiada tindakan diambil.

Memang sangat menyayat hati kisah ni. Kelahiran adik Imna sememangnya sangat ditunggu-tunggu oleh ahli keluarganya, kerana dia lahir selepas tahun menunggu. Anak yang dihantar ke taska oleh si ibu dengan harapan anaknya dijaga dengan baik, dibawa pulang dalam keadaan kebiruan dan kaku. Semut trdapat di badan dan telinga adik Imna. I wonder why apa yang sebenarnya terjadi. Bayi adalah makhluk Allah paling comel.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141001/dn_21/Lagi-kes-bayi-meninggal-dunia-di-taska

Kenapa boleh terjadi perkara begini yer? Adakah kakitangan dan penjaga di taske tersebut tidak dilatih sebelum di ambil bekerja? Anak tu amanah Allah. Kot iya pun bukan anak dia sendiri, sanggup kah biarkan sesuatu yang buruk terjadi pada bayi yang tak berdosa ni? Lagipun anak-anak yang ditinggalkan di bawah tanggungjawab mereka bukanlah ditinggalkan secara percuma sahaja, mereka dibayar! Taska memang mendapat hasil yang lumayan melalui bisnes menjaga bayi dan kanak2 ni.

Saya bersyukur anak saya dijaga dengan baik oleh ibu mertua saya, kerana beliau duduk sekali dengan kami. Setelah anak-anak semakin membesar, aktif bukan main lagi, dan ibu mertua pula dah semakin lanjut usia, kesian pula sehingga bila dia mesti jaga anak-anak saya kan? Nak hantar ke taska, pelbagai kes berlaku di taska, dah lah anak2 saya ni boleh tahan juga tantrum masing2. Takut jika didera ketika di taska. Sebab itu saya ambil keputusan menjadi surirumah sepenuh masa.



Menjadi suri rumah sepenuh masa memang seronok sangat. Kepenatan jika dibandingkan dengan keadaan semasa bekerja sepenuh masa dahulu sebagai pensyarah, lebih penat lagi menjadi surirumah, lebih2 lagi dengan menjaga dua anak syurga yang 'menghuru harakan' rumah kami. Haha. Lebih2 lagi sekarang menambah karier dengan membuat bisnes online, iaitu bisnes Shaklee dan menguruskan tuisyen di rumah. :)



**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. ** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

No comments:

Post a Comment