Sunday, October 12, 2014

Jom Kongsi Pengalaman Bercerai Susu Badan

Jom Kongsi Pengalaman Bercerai Susu Badan




Assalamualaikum..


Saya ibu yang  dalam dilema.. Sesiapa ada tips bagaimana cara nak wean off anak dari susu badan ni, sudi-sudi lah share yer..



Anak bongsu saya, Dafinah dah berumur 2 tahun 3 bulan. Alhamdulillah, penyusuan susu badan kali ini berjaya dengan sepenuhnya. Langsung tak campur dengan susu formula lagi! Air berwarna putih susu selain susu badan (dan soya) memang dia takkan layan. Susu kakak dia pun dia tak heran nak minta atau cuba. Bila usik dia kata nak bagi susu formula kakak dia pada dia juga, mengamuk kata tak mau! Nak susu ummi! Grrr..

Sekarang dah masuk fasa extended breastfeeding kan.. Masih serba salah dan tak sampai hati nak wean off, tak tergamak sebenarnya, lagipun susu memang masih ada. Tapi, yang dirisaukan, dia langsung tolak botol, macam mana nak wean off tanpa keazaman yang sangat2 kuat?! Huhu. Jika bergaduh dengan si kakak, dia akan menangis-nangis datang pada ummi, sambil jerit "ummi, nak susu!" Ummi is stressed! Boleh bayangkan? Memang dia datang menyusu kat ummi dia anytime! No specific schedule! Poning kepala den ni, yob! 

Satu lagi, tabiat dia ketika menyusu tu.. huuu.. yang ni nak cerita pun segan! Macam toys ja yang sebelah lagi tu bila sebelah lagi dia tengah menyusu! Ayat pening?? Hihi.. saja nak bagi pening. Tapi fahamkan maksud saya? Kadang-kala tu, agaknya tak puas rasa pulas-pulas, pintal-pintal, tarik-tarik (dia ingat plastik kot) dengan tangan, angkat kaki pula. Kuis-kuis guna ibu jari kaki. Hahaha. Geram tau!




Banyak juga petua yang saya dapat dari ibu-ibu yang dah senior dalam breastfeeding journey ni. Antaranya, suruh sapu limau, cuka, vics, kat t*t*k. Memang kena buat macam tu lah ya? Saya tak tergamak rasanya, takut anak mengamuk, menangis, menjerit, dan akhirnya saya mengalah dan membasuh. Nanti mesti dia kata ummi kantoi sapu benda asing kat t*t*k. Budak ni dahlah terlebih bijak!! 

Anyway, ni tips yang saya jumpa dari blog ni.. i copy and paste yer, tak dan nak rumus dan taip.. hihi.. anak-anak are very the active and attention seekers! Muahaha.

1. kalau anak mintak susu badan, cuba delay sikit...contohnya ajak dia tengok tv ke, ajak dia melukis ke, bagi dia leka skejap...masa tgh leka tu, bancuh susu dalam botol, terus bg dia...mcm ayish, bila dah lapar sgt & lupa permintaan sendiri nak nenen, bila sua botol je mmg dia akan minum.
2. kalau dah besar mcm ayish tu, bagitau sebab2 tak boleh dah nak susu badan...budak besar camtu senang faham...mula2 nangis tu biasa la kan?
3. pastikan sebelum tidur tu anak dah kenyang supaya dia tak bangun menyusu malam2...
4. mintak tolong suami bangun malam bancuhkan susu...suami pon kena mainkan peranan pujuk anak & buat anak faham..
5. parents kena kuat semangat & jiwa kental!! kena ada positive mind set...cakap dgn diri "yakin boleh!"

Kalau boleh, nak lah buat secara neutral kan. Tapi, masih tak mampu nak menolak dan memujuk si anak yang hanya minum susu dari badan ummi sahaja. Namun, si ayah dah mula gesa si ummi untuk latih si anak untuk bercerai susu. 

Alhamdulillah.. bersyukur sangat dapat menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya pada si anak, walau dengan si kakak Damia dahulu gagal. Yelah, pengalaman pertaman kan.. yang sebenarnya nak menjayakan penyusuan susu ibu ni memerlukan ilmu pengetahuan tentang breastfeeding. Lebih-lebih bagi ibu-ibu yang bekerja sepenuh masa dan mengepam di tempat kerja. InsyaAllah akan saya kongsikan tips breastfeeding dalam entry yang akan datang. 

Antara yang membantu saya dalam menjayakan penyusuan susu ibu kali ini adalah ESP Shaklee dan Alfalfa. ESP adalah item yang pertama saya cuba dari rangkaian produk Shaklee. Memang berpuas hati sangat!






Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
 Elda Malissa
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)

No comments:

Post a Comment