Siapa pernah kena minum air gula semasa hamil? Saya pernah, ketika mengandungkan anak kedua saya. Apa rasa dia? Sedap lah minum air gula, mungkin ada yang terfikir begitu!
Uwekkk.. Hahaha.. Tak sedap habaq kat hang! Sebab air gula memang air gula sungguh! Manis yang amat sangat! Manis piang orang Kedah kata.. Hehehe.. Kalo tak betul, jangan salahkan cheq, cheq ciplak Kedah ja :p
Kita akan diminta berpuasa dari pukul 10 malam. Esok paginya, kita kena pergi ke klinik untuk minum air gula (glucose) ni. Sebelum minum air gula, missi akan cek tekanan darah, ambil darah sikit. Lepas tu, baru boleh minum. Dah minum, jangan memandai-mandai gi minum air kosong ka hapa pula. TAK BOLEH! Kena tunggu sampai pukul 10 pagi pula untuk ambil darah. Selepas tu, nak minum air masak bergelen-gelen pun tak pa dah.
Gambar ihsan dari en. gugel..
Sebijik macam gelas yang saya guna dulu juga :)
Teringat peristiwa 2 tahun dahulu bila nak tulis entry ni.. Hehe.. Nak juga lah selit kenangan tu sebelum ku menjadi pelupa :)
Anak pertama saya tak kena pun minum air gula. Smooth ja, tanpa masalah-masalah serius sehingga tiba hari melahirkan. Anak kedua, saya ada brownish spot tu seawal usia kandungan 4-5 bulan. Huhu. Memang lah risau cheq oi.. Kadang-kadang itu adalah tanda kandungan kita ada masalah. Saya takut akan keguguran, sebab saya memang tak mau berlaku keguguran! Alhamdulillah, kandungan saya masih kuat, baby takda masalah.. Tapi, di usia kandungan 6 bulan, saya mengalami keputihan yang agak teruk juga lah, sebab tak pernah alami keputihan sebegitu.. Berat badan saya naik dengan sangat banyak juga bila masuk trimester kedua, tapi, missi kat klinik ibu dan anak tak minta pula saya buat ujian gula tu, setakat bebel-bebel gitu ja lah.. Haha..
Sepanjang mengandung, saya memang tak hadapi masalah.. Tak da alahan teruk-teruk sampai tak boleh bangun dari katil, sampai warded, tak ada kes anemia or hb low.. HB saya dari start pregnant sampai cukup term bersalin antara 12-14.5!! Hebat tak hebat tak? Hehe.. Alhamdulillah.. Saya tak da petua. Sebab memang nak kata ratah bayam hari-hari, tak juga.. Makan kerang berkilo-kilo, lagi lah jarang sangat2 makannya. Jambu batu? Saya bukan peminat jambu batu :) Alhamdulillah.. Allah beri keistimewaan itu. Tapi, saya tiap kali pregnant, memang kena refer ke doktor pakar di hospital. >_< Tak suka tunggu giliran kat hospital! Tapi, check up kat hospital best! Mesti akan dapat dating ngan baby, PASTI scan tiap kali ada appoinment kat sana. (Eh, jauhnya saya melencong cerita! ) Haha..
Nak dijadikan cerita, disebabkan saya mengalami keputihan teruk juga, berat pula naik 2-3kg sebulan, Dr. Shamsul kat hospital Sultan Abdul Halim (HSAH SP) minta saya buat ujian gula!!
Uwaa... Tak suka, tak suka! Kerana katanya, keputihan ni pun salah satu tanda ibu ada kencing manis semasa mengandung! Oh NO! Seram ja dengar =_=
Oleh kerana dia doktor, saya pesakit, kena lah dengar dan patuh.. Haha.. So, pada hari yang dijanjikan, saya pergilah minum air gula tu.. Sebelum giliran saya, ada sorang anty (macam aku muda sangat ja) tu tengah minum.. Kesian sangat tengok cuba menghabiskan segelas air gula tu. Asyik nak termuntah ja dia. Aku dah tak sabar-sabar dah nak habiskan air gula ni..pasal perut dah lapar.. huhu..
Tiba giliran saya, baru lah tahu sebanyak mana gula yang diisi dalam gelas tu! Nisbah gula kepada air adalah seperti 3:2. Gula lebih banyak dari air! Teringat semula semasa taip entry ni pun rasa mual-mual tekak!! Dapat je gelas tu kat tangan, baca Bismillah, saya mula meneguk.. Ya Allah, manis yang melampau! Rasa macam terlekat kat kerongkong. Anty India tadi masih tengah cuba menghabiskan air gula dia diselang seli dengan perbuatan nak muntah (tak tau ada term khas ka untuk perlakuan tu..hehe). Saya tak da minum sikit-sikit, melainkan meneguk dengan laju! Haha.. Nampak gelojoh. Tapi, tu sebenarnya cara saya nak mengelak dari muntah on the spot! Anty tadi masih berusaha menghabiskan air gula dia :D
Dah habis minum air gula, ajak suami balik rumah dulu sementara tunggu pukul 10 ambil darah. Sampai sahaja kat rumah, terus terpa bilik air dulu.. Memang tak tertahan dah! Muntah habis segala air gula. Hahaha.. Pukul 10, kembali ke klinik semula. Tak bagitau pun kat missi yang saya muntah, sahih akan disuruh repeat gula nanti.
Lepas seminggu, keputusan keluar. Haha.. Kan kantoi juga. Sebab bacaan sebelum lebih tinggi daripada selepas minum air gula.. Kena lah aku repeat semula :( Nak nangis!
Kali kedua ujian air gula, dah tak muntah.. Sebab kena stay terus kat klinik untuk pemeriksaan perut. Sepanjang menunggu pukul 10 tu, berapa kali rasa nak termuntah, tapi berjaya ditahan. Tiba ja giliran ambil darah, selesai ja semua, terus lari ke bilik air, muntah betul dah ! =p
Alhamdulillah, keputusan ujian tu saya negatif Diabetes Gestasi =)
Suka! Hehe..
Sebenarnya nak share pasal Diabetes Gestasi ni, tapi, entry dah terlebih panjang pula.. Sambung kat entry lain pula lah yer :)
Sebelum tu, share sikit siapa yang berisiko mendapat diabetes gestasi ni.
Wanita yang berisiko menghidapi diabetes/kencing manis semasa hamil
Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
- Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
- Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
- Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
- Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
- Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.
No comments:
Post a Comment