Oleh kerana tak boleh nak online sehingga ke tengahari sebab modem internet kat rumah ni ada penjaga dia, (boleh dipanggil as MODEM KEEPER kot!), makanya, saya mengisi masa tak boleh online tu dengan buat kek! Yummy! =)
Si kakak Damia suka makan kek. 3 minggu lepas dah buat sekali, tapi lupa nak share, so, hari ni nak share yang saya dah buat tadi. Boleh juga keep updating blog ni ^_^
Resepi ni saya ambil dari youtube. Senang. Mudah. Bahan-bahan juga sangat ringkas! Suka!!
Saya suka tengok video masakan dan baking dari youtube sebab lebih detail dan terperinci. Apa yang ditambah, bagaimana cara memukul/menguli, rupa bancuhan tepung tu. Cair ka, pekat ka. Lebih yakin untuk mem'baking' gitu.. Hihi.
Ok, jom tengok resepinya.
Resepi Kek Coklat (sumber)
Bahan-bahan:
- 2 cawan gula
- 1 3/4 cawan tepung serbaguna
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1 1/2 sudu teh baking soda
- 1 sudu teh garam
- 2 biji telur
- 1 cawan susu segar
- 2 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan minyak sayuran
- 1 cawan air mendidih
Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan gula, tepung, baking powder, baking soda dan garam ke dalam mangkuk besar dan kacau untuk campurkan bahan menjadi rata.
2. Masukkan telur, susu segar, minyak sayuran dan esen vanila ke dalam mangkuk tadi dan pukul sebati.
3. Akhir sekali, masukkan air mendidih, dan kacau lagi bagi sebati. At this point, the batter is very thin. Tapi, jangan risau. Ini yang buatkan kek tu nanti jadi sangat moist =)
4. Bakar dalam oven pada suhu 160-190 darjah selsius mengikut kesesuaian oven anda. Saya bakar pada suhu 170 C selama 45 minit.
Untuk resepi creamcheese frosting: (sumber)
- 1/2 cawan butter (unsalted)
- 250 gram creamcheese (saya guna jenama tartura, lebih murah daripada philadelphia)
- 2 sudu teh esen vanilla
- 2 cawan gula ising (powdered sugar)
Gaulkan semua dan pukul guna electric mixer sehingga rata dan sebati. Masukkan ke dalam peti sejuk dulu sebelum digunakan, supaya mudah di sapu.. :)
Ok.. Tau, tau.. buruk rupa dia.. tapi, don't judge the book by its cover =)
Tengok anak-anak yang berselera :)
Ok, itu ja bebelan untuk hari ini..
Terima kasih membaca. ^_^
No comments:
Post a Comment