Saturday, May 24, 2014

Solat Subuh! Level Manakah Iman Kita?

Perkongsian yang menjadi pesanan dan peringatan buat diri saya dan juga teman-teman yang membaca dan mengambil ikhtibar dari coretan ini.
Saya tidaklah pandai mengulas sesuatu, masih dalam proses BELAJAR, terlebih lagi dalam soal iman dan agama. Coretan di bawah saya Copy&Paste dari sharing FB. 



Moga bermanfaat ^_^

Jom kita analisis sekejap solat subuh ni...
Hakikatnya:
√ solat ni dua rakaat.
√ solat yang paling pendek di antara solat 5 waktu yang diwajibkan. 
√ waktunya bermula dari terbit fajar shiddiq hingga terbit matahari.


Halangan dan cabaran
√ tidur di malam hari menyebabkan ramai yang tak nak bangun
√ Mimpi yang indah menyebabkan ramai tak nak kehilangan mimpi tu.
√ suasana yang sepi menyebabkan risau untuk bangun, manalah tahu kot-kot ada hantu dalam bilik.
√ air sejuk, malaslah nak kena air sejuk-sejuk di waktu pagi ni.
√ syaitan yang bertugas menghasut saya hebat sangat, tak mampu saya nak lawan, pasal tu la saya tak leh bangun. ikut hati nak bangun sangat.

Begitulah senarionya.. Bila kita analisis kelima-lima halangan untuk bangun subuh ni, semuanya ditundingkan kepada pihak ketiga.
Ada yang menyalahkan tidur,
Ada yang menyalahkan mimpi,
Ada yang menyalahkan suasana sepi,
Ada yang menyalahkan air,
Dan ada yang menyalahkan syaitan.
Erm, persoalannya, kenapa tak ada yang menyalahkan diri sendiri?
Bukankah semua tu faktor luaran sahaja?
Bukankah semua itu hanya faktor penyokong sahaja?
Masalah asasnya adalah kita yang tak mahu bangun solat subuh.

Sebenarnya, bila kita fikir-fikir, solat subuh ni bukti kekuatan kita melawan nafsu.
Sejauhmana kekuatan jiwa nurani kita membendung pengaruh nafsu yang berada dalam jiwa kita. Disaat nafsu tidur kita memuncak, disokong pula dengan pengaruh tilam yang empuk, mimpi yang indah, suasana yang sepi, syaitan yang membisikkan tidurlah.. kita bangun melawan semua dorongan nafsu, untuk bersiap-siap memuji Allah. Walaupun banyak dugaan, kita tetap bangun untuk bersolat subuh. Alangkah kuatnya keimanan muslim itu. Tetapi, disaat nafsu tidur memuncak, tilam yang empuk, mimpi yang indah, kita tega tewas. Alangkah nipisnya keimanan muslim itu

Sahabatku...
Alangkah indahnya pagi kita, jika kita mulai dengan kemenangan kita menewaskan dorongan nafsu dan bisikan syaitan sambil kita mengucapkan
asbahna 'ala fitratil islam (kami berpagi-bagi di atas fitrah islam)
selamat bersolat subuh di awal waktu kerana solat subuh adalah cahaya untuk mata hati kita.
‪#‎Kak‬ Siti Hajar UIB



Ingin mendapatkan supplemen untuk kesihatan anda dan menjadikan anda bertenaga untuk melakukan tugasan harian,  Hubungi saya : 

Elda Malissa Sangit ~ Contact: 0163031954 
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya 

No comments:

Post a Comment