Saturday, May 17, 2014

Amalan Sunat Seharian

Assalamualaikum.. 
Selamat pagi..
Bersyukur pagi ini masih dapat bernafas..
Saya share mengenai amalan harian yang boleh menguatkan rohani kita..
Ilmu saya masih terlalu cetek.. Artikel ni saya copy and paste dari sini . Semoga memberi manfaat pada semua :)
  1. Mulakan pagimu dengan menyebut nama Allah, moga kita sentiasa mendapat lindungan dan berkah dari-Nya. Ayatul Kursiy jangan sesekali tinggalkan. Pendinding diri.
  2. Sebelum bertolak keluar, amalkan memandang khatamun nubuwwwah, (Tawajjah Haithu Syi'ta, Fainnaka Mansur, Allahu Wahdahu La Syarikalah, Muhammadan 'Abduhu Warasuuluh) dan lebih elok membacanya dan membayangkan bentuknya di dalam hati kerana antara berkat amalan ini ialah Insya Allah, Allah akan menyelamatkan perjalanan kita pergi dan balik.
  3. Solat dhuha.
  4. Solat rawatib.
  5. Puasa Isnin dan Khamis.
  6. Membaca Al-Ma'thurat.
  7. Amalkan 4 bacaan yang kalau boleh jangan ditingalkan dalam seharian, iaitu yang terdapat dalam Al-Ma'thurat: A'uzubillahi Sami'il 'Aliimi Minas Syaitaanir Rojim, 'Auzubikalimaatillahit Taammati Min Syarrima Khalaq, Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun fil Ardh, Bismillahi Tawakkal Tu 'Alallah, (@ Bismiilahirrahmanirrahiimi Wa) La Haula Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Azim.
  8. Selepas solat maghrib, jangan alihkan kedudukan punggung anda. Amalkan membaca zikir Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, dan Allahuakbar 33x. Tutup zikir yang keseratus dengan bacaan Allahu Akbar Kabira...sehingga habis. Kemudian sambung dengan zikir Ya Latif sebanyak 120x. Amalan zikir ini banyak fadhilatnya. Antaranya ialah menyelamatkan kita dari sebarang bahaya dan memudahkan urusan seharian. Kemudian sambung dengan membaca Surah Al-Fatihah 20x selepas maghrib, selepas setiap solat fardhu, dan hasilnya ialah 100x Al-Fatihah seharian. Al-Fatihah sebagai 'ibu' Al-Quran dapat menjadi pendinding diri manusia dalam urusannya seharian. Sungguh besar fadhilatnya. Contohnya jika mendapat luka atau kecederaan, baca Al-Fatihah 7x kemudian diludahkan pada tempat yang luka berkenaan. Amalan ini dilakukan oleh Rasulullah ketika menyembuhkan luka Saidina Abu Bakar ketika beliau dipatuk ular dalam menyelamatkan baginda. Al-Fatihah sebagai As-Syifa' yang amat berkesan.
  9. Berdoa selepas setiap solat fadhu, kemudian diikuti dengan doa penerang hati (Fafahamnaha Sulaimaan...) 2x. Doa ini juga dibaca sebelum memulakan pelajaran untuk memudahkan menghafal dan belajar
  10. Seterusnya sambung amalan sunat anda dengan membaca Ratib Al-Haddad dan Ratib Al-'Attas. Masya Allah, sungguh besar kelebihan membaca kedua-dua ratib ini. Amalan ini diamalkan di kebanyakan pondok dan para ulama' sendiri mengamalkannya.
  11. Yaasin setiap malam Juma'at
  12. Al-Mulk sebelum tidur. Antara kelebihan Al-Mulk ialah menghindarkan dan mengurangkan siksa kubur
  13. Tidur dan berniat untuk bertahajjud pada esok hari, dengan bersungguh-sungguh. Jika terlepas pada esok hari pun kita telah mendapat satu pahala kerana berniat demi Allah. Antara satu petua untuk bangun awal ialah menepuk-nepuk bantal sebelum tidur dan mengebas tempat tidur dengan kain sambil membaca ayat kursiy serta meminta Allah mengirimkan malaikat untuk mengejutkan kita. Dikatakan malaikat ini akan memicit kaki kita untuk menggerakkan kita bangun. Wallahua'lam, dengan izin Allah.
  14. Membaca 3 Qul sebelum tidur, hembuskan pada tangan, sapukan pada seluruh anggota badan dengan sekali sapuan (jangan angkat tangan sebelum habis menyapu). Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan amalan kita. Gunakan kesempatan usia muda yang bertenaga ini dengan mendekati-Nya sebelum datang waktu tua. Waktu lapang sebelum sibuk. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment