Saturday, October 25, 2014

Restauran Masakan Thai Terbaik Di Sungai Petani - Asama Thai Food


Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu :)

Aktiviti kesukaan di hujung minggu, mesti nak keluar berjalan-jalan dengan keluarga kan? Setelah full-hour bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat, hari Sabtu dan Ahad adalah masa berharga untuk diluangkan bersama keluarga tercinta.

Hari ini, kami berkesempatan sekali lagi untuk mengunjungi restauran kesukaan kami. Alhamdulillah. Memang sangat suka makan di sini. Nama restauran adalah Asama Thai Food. Sesiapa yang memang gemar sangat masakan Thai, memang patut sangat mencuba makanan di sini. Ada sekali dalam satu bulan tu, tiap-tiap minggu kami sekeluarga akan makan di sana. Suamiku addicted dengan Tomyam dia sangat KAW! Serius tak tipu! Hihi. Siapa yang tak tahan pedas, pasti meleleh air mata makan kat restauran ni. Haha.

Jom saya kongsikan serba sedikit tentang restauran ni. Sumber gambar adalah dari google. Saya tak sempat nak ambil gambar, sebab makanan sampai terus makan sampai habis! (OK, hang memang gelojoh, Elda!) Hahaha.


Ni kedai baru dia. Aras 4 @ 5 saya pun dah tak ingat, tapi tingkat paling atas. 


Kaunter yang memang meriah dengan pelbagai makanan


Best sebab boleh duduk bersila.


Kerabu pelam memang umph! :)


Ni abc. Memang sedap


Jangan tak cuba siakap masak tiga rasa dia. Marvelous sangat! Pulut mangga pun sedaaaap =) Pulut dia best, saya yang tak berapa gemar dengan pulut pun boleh habiskan seorang.


Tomyam itulah hidangan wajib kalau berkunjung ke kedai ni. Panas2 dan pedas! 


Lagi hidangan kegemaran. Ayam goreng salut daun pandan. 


Terliur tak, terliur tak? Sedap OK, pasti tak menyesal. Kalau anda memang penggemar makanan masakan Thai. 

Ok, itu sahaja. Cuba lah try, baru percaya ;)




**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. ** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

No comments:

Post a Comment