Resepi : Slice Cheese Cake
Assalamualaikum..
Harap jangan keliru ya. Blog ni bukanlah blog tentang masakan sahaja, atau penulis blog adalah seorang yang mahir memasak ala-ala chef. Tetapi blog ini adalah lebih kepada perkongsian oleh penulis tentang aktiviti kehidupan seharian beliau sebagai seorang WAHM. (Hahaha) Sambil-sambil berkongsi mengenai kebaikan Shaklee, juga berkongsi mengenai minat dan aktiviti seorang surirumah. ^___^
Hari ini, sekali lagi saya nak berkongsi mengenai resepi kek yang pada saya sangat sedap dan patut dikongsikan dengan semua orang. Hehe. Resepi Slice Cheese Cake. Biasanya kek yang dipanggil cheese cake tu dihasilkan menggunakan cream cheese, yang tekstur seperti yogurt tu. Tapi slice cheese cake ni pula menggunakan slice cheese yang selalu digunakan dalam membuat sandwich atau burger.
Saya dah buat lebih dari 5 kali kalau tak silap. Memang sedap sangat. Rasanya enak, gebu, lembut seperti makan span (tak pernah makan span pun, hihi), cukup-cukup rasa manis, pendek kata anda patut mencubanya sendiri. Makan ketika suam-suam tu, boleh tak perasan yang kek dah tinggal separuh tau! Punya sedap ni, nak habaq :)
Ok, jom tengok resepi. Saya copy and paste dari blog masakan terkenal, jintanmanis.com. Untuk terus ke resepi Slice Cheese Cake, boleh klik sini -->> http://www.jintanmanis.com/kek/142-slicecheesecake
Bahan-bahanya ( acuan kek saiz 18cm )
Slice Cheese Cake
4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.
Gambar ehsan dari google.
Yang meringue tu rupa dia macam ni. Bila telangkupkan bekas tu, memang takkan jatuh adunan tu. Kalau jatuh, tak jadilah tu. Jadi dalam bekas putih telur dan gula tu, pastikan JANGAN ada benda asing (kuning telur atau air) walau sedikit pun dalam adunan tersebut. Pukul pada kelajuan yang paling tinggi untuk beberapa ketika sehingga dapat meringue ni.
Cubalah kalau nak tahu betul ke tak sedap kek ni. Cara buat lebih kurang buat kek chifffon ja. Rasanya seperti Janpanese Cotton Soft Cheese Cake tu. Kat Tesco ada dijual, rasanya dalam RM9 hingga ke RM13 sebiji kek.
Puas hati saya menjadi seorang WAHM. Sebab dapat luangkan masa sepenuhnya bersama anak-anak tersayang. Sambil-sambil buat benda-benda yang saya minat :)
Seronok baking ni, seperti terapi minda gitu. Masa bekerja dulu, sempat juga buat. Cuma masa itu, anak seorang sahaja, mungkin lebih rileks.
*************************
Jika anda berminat untuk menjana pendapatan dari rumah melalui bisnes paling mudah dan tanpa modal yang tinggi, hanya bayar sekali seumur hidup, itupun tak sampai RM100! Anda tahu apa tindakan seterusnya :)
Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
---------------------------------------------------
Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.
** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)
** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)
No comments:
Post a Comment