Saturday, January 25, 2014

Kurus yang sihat ^__^

KURUS

Hmm.. semua orang nak kurus, betul tak? Sebab apa nak kurus yer?? 
Antara alasannya:
Senang nak cari baju (macam kat pasar raya tu semua jual baju kecik2 jer.. hihi)
Mudah pergerakan.. hmm, yang kurus selim pun belum tentu mudah bergerak, dah pemalas! huhu
Tinggi keyakinan diri.. ada kaitan ek? tu semua kita punya mindset ja.. 
Malu dengan kawan2 yang badan selim melim tu.. Huhu..so, jangan kawan dengan org yang kurus selim tapi dalam masa yang sama kita rasa pandangan dia seolah2 memerli ^__^
Yang lebihnya anda senaraikan sendiri lah yer..:)
Tuhan jadikan kita ni berlainan dan unik mengikut penciptaanNya.. Lain warna kulit, warna mata, lain SAIZ, masing2 ada keistimewaan tersendiri.. Pada saya, apa yang penting adalah bagaimana kita membawa diri kita tu :)
Jadi..
Yang badan berisi tu pun bukan berdosa pun :) Jangan bagi mereka that JUDGEMENT LOOK okay! Cuma mungkin bila berkata dari sudut kesihatan, kegemukan sering dikaitkan dengan mudahnya mendapat penyakit.. Tapi, tentang penyakit ni saya serahkan pada pakar2 untuk mengulas :)

Jadi, entry saya hari ini adalah khas untuk sesiapa yang berhasrat INGIN menurunkan berat badan ataupun kurus

Bila kita nak kurus, bukan sekadar nak kurus, hilang berkilo2, tapi badan jadi lemah, tak sihat dengan cara diet@pantang larang yang salah, yang akhirnya memudaratkan diri sendiri..

Mestilah kita nak kurus secara sihat, betul tak murid2 ? ^__^

Okay, mari saya kongsikan satu perkongsian yang sangat baik yang saya peroleh dari blog salah seorang Master Shaklee:)

Kurus yang sihat bukan sekadar turun berat badan.

20140123-132407.jpg

Turun berat badan tak semestinya kurus yang sihat.
Badan kita mengandungi beberapa komposis, dan yang terbesar menyumbang kepada berat badan adalah lemak, otot dan air. Semakin banyak lemak dalam badan, semakin banyak kandungan air, dan semakin perlahan metabolisma membakar kalori. Semakin tinggi berat otot (muscle mass), semakin berkesan tubuh kita membakar lemak.
Secara ringkasnya, otot membakar lemak. Jadi untuk membuang lemak-lemak yang ada ialah dengan membina otot.
Otot pula lebih berat dari lemak. Kerana ini ramai yang ‘tertipu’. Dah diet, bersenam tapi kenapa berat tak turun-turun? Dalam program penurunan berat badan yang natural, fokus utama ialah untuk menurunkan peratusan lemak, dan menambah berat otot. Oleh itu berat badan mungkin sama, tapi kita akan mendapati mengalami ‘inch loss’ atau ukuran badan yang semakin mengecil walaupun berat tak turun.
20140123-132334.jpg


Ini kerana otot badan kita sudah berkembang dengan baik dan sihat. Bila otot sihat, muscle mass bertambah, keupayaan tubuh membakar lemak menjadi lebih baik.
Ramai yang kecewa bila berat tak turun tapi baju seluar makin longgar. Jangan risau! Itu tandanya tubuh anda sekarang adalah mesin pembakar lemak yang baik!

Here we come to the promotion phase! ...Drum roll...Hehe..

Nak kurus secara sihat? 

SHAKLEE ada solusinya

Set KURUS yang ternyata berjaya memuaskan hati ramai pengguna dan masing2 berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya :)


Ejen Detoks:
Alfalfa / Herb-Lax

Ejen Pembakar Lemak
Omegaguard / Lecithin

Pembina Otot:
ESP / Cinch 

*Cinch Shake Mix Shaklee adalah program Inch Loss yang menumpukan untuk pembinaan otot yang sihat.



Secara amnya, ini bagaimana ia bertindak:
1. Cuci kolon & usus pakai HERB-LAX untuk buang mukoid (Kerak usus)
2. Pecahkan lemak pakai LECITHIN. Biar ia larut dlm darah
3. Bakar lemak dalam darah tu menggunakan CINCH TEA
4. Selain cinch tea, otot kita juga boleh membakar lemak. Ingin menambah atau paling tidak pun mengekalkan otot yg ada, minum ESP + CINCH SHAKE.
5. Serap & angkut segala toksin, lemak2 terumpai dari hasil pembakaran lemak tadi menggunakan ALFALFA. Alfalfa akan membawa sampai ke kolon.
6. Sekali lagi, HERB-LAX bertindak dengan membantu pembuangan lebih lawas

:: NOTA KAKI ::
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan diet untuk menurunkan berat menyebabkan anda kehilangan lemak & otot (ataupun salah satu diantaranya). Apabila anda kehilangan otot, metabolisma tubuh anda menurun dan tubuh anda hilang keupayaan untuk membakar lemak. Apabila anda tidak lagi berdiet, tubuh anda tidak mampu membakar kalori seperti sebelum anda mula berdiet. Jadi, berat badan anda akan lebih cepat naik secara mendadak. Bila anda ulangi diet sekali lagi maka terjadilah kesan diet yo-yo..

Hihi.. Ok, xmau diet yo-yo yer :)

No comments:

Post a Comment