Wednesday, April 23, 2014

KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE

APAKAH KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN VITAMIN C BIASA?


1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin C adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.

MANFAAT VITAMIN C

1. Imuniti

- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

2. Antioksidan

- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

3. Hypertension

- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.


4. Kecantikan kulit

- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.






Jerawat Pergi dan Kembali Semula??

Assalamualaikum..

"Bukan senang nak senang,
Bukan susah nak susah"

Suka dengan ayat ni.. Paham kan maksudnya.. At the end, it's all about making C.H.O.I.C.E atau P.I.L.I.H.A.N

Sebagai ibu yang exclusively breastfeed si comel Dafinah, memang mencabar kekentalan hati untuk berusaha mencapai kejayaan! Kejayaan menyiapkan entry ini ;) Haha.
Mana tak nya, kejap-kejap kena menyusukan si kecil Dafinah, sambil berbaring pula tu.. Ummi takut kalau-kalau terlelap terus hingga ke subuh jer. Sekali melekat tu, tak sah kalo tak lepas 30 minit!
Tapi, jangan jadikan itu sebagai ALASAN untuk berjaya! Tetapi, jadikan anak-anak adalah pembakar semangat untuk mencapai kejayaan!! Aja-aja fighting =D
(tengok tu, start dah, nak susu, nak susu! padahal baru jer lepas gayut, tak sampai 30minit!!)


******
Ok, sambung balik.. Gigih tak saya? Haha..sekarang pukul 4.23 pagi dah, semua orang dah dibuai mimpi kan? Tak apa, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..
Nak jadi MASTER dalam Shaklee, kenalah usaha luar biasa =) InsyaAllah.. Allah, permudahkanlah dan perkenankanlah doa hambaMu ini. Amiinn...

OK, entry kali ni nak cerita pasal jerawat ni.. Saya suka mencari info mengenai jerawat atau kecantikan kulit muka.. Sebab saya dihantui masalah itu =( Dah semenjak dari akhir-akhir sekolah rendah lagi.

Kenapa jerawat pergi dan kembali semula?


Masalah jerawat ini pasti menyedihkan bagi setiap orang, terlebih-lebih lagi kaum wanita. Cantik dengan wanita adalah sangat sinonim. Masalah jerawat adalah sangat universal. Jerawat selalunya akan mula tumbuh bila remaja meningkat ke dewasa disebabkan perubahan hormon yang tidak terkawal. Kebiasaannya, jerawat tidak kekal lama. Ianya akan hilang sendiri apabila tempoh perubahan hormon akan stabil kembali.

Namun, ada juga jerawat yang tidak pernah sembuh sepenuhnya. Kenapa? Perkara ini terjadi selain daripada faktor hormon, adalah juga disebabkan oleh faktor:

  • darah kotor,  
  • masalah hati dan usus yang bertoksin! 


Akibatnya dan kesannya, jerawat sembuh sementara dan akan datang lagi dan lagi bersilih ganti. Lebih menyedihkan lagi adalah apabila jerawat-jerawat yang dah sembuh meninggalkan parut berlubang dan mencacatkan struktur kulit muka.

Mungkin ada dah antara kita yang dah amalkan set kecantikan kulit dari pelbagai jenama, tak kira lah Shaklee ke. Tapi, masih juga tidak menampakkan kesan yang diingini? Bukan Shaklee tak bagus.. Ramai sahaja yang sudah berjaya mendapatkan kulit yang cantik dan bebas jerawat setelah konsisten menggunakannya. Haa.. Di sini mungkin masalahnya adalah berpunca daripada toksin-toksin yang bermaharajalela menghuni hati, darah atau usus kita. Toksin yang terkumpul akan menganggu keberkesanan penyerapan vitamin yang kita ambil.

Mari kenali vitamin untuk detoks dalam Shaklee.

1. DTX Complex


  • Menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat.
  • Mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu.
  • Membekalkan antioksodan yang menyahtoksikkan hati
  • Melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
  • Ektrak biji benih Pokok Susu Tisel membantu membuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula.
  • Mengandungi ramuan yang dapat membantu mengekalkan aliran hempedu
  • Menawarkan bahan-bahan botani yang melindungi sel-sel hati
  • Membantu badan mengeluarkan toksin.

2. Herb-lax


  • Membersihkan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

3. Alfalfa Complex


Alfalfa dikenali sebagai diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik . Ia merangsang aliran hempedu, dan mengikat dengan logam berat dan membuang mereka dari sistem anda. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan. Selain itu, ia mencuci hati, darah dan usus - ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

Bila tubuh bebas toksin, penyerapan nutrien baik dari makanan harian mahupun dari supplemen atau vitamin akan berlaku lebih optimum =)

Hubungi saya:
Contact: 0163031954
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

Tuesday, April 22, 2014

Menghilangkan Parut Bekas Hamil

Alhamdulillah..
Sememangnya rasa gembira yang teramat kerana dikurniakan cahaya mata, penyeri hidup rumahtangga :) Tapi, along with that happiness, banyak perkara yang berubah selepas anda mempunyai bayi : jadual harian, masa tidur, dan rasa kebebasan.. Maka, tak hairanlah ramai ibu-ibu yang pertama kali melahirkan akan mengalami stress semasa dalam pantang.. Bahkan ada yang berlanjutan sehingga anak dah membesar =P
Ada kah yang begitu? Tak baik tau cik kak cik adik. Anak-anak adalah perlu dihargai =)


Gambar anak kedua saya sehari selepas kelahirannya =) 
Rindu sangat kenangan ni :')

Bersama-sama dengan jadual yang berubah-ubah, terdapat banyak perubahan fizikal yang anda akan lihat dan alami. Yang paling ketara dan pastinya paling tidak digemari adalah bekas parut di perut, atau bahasa senang difahami walaupun tak terer mana pun speaking english, adalah STRETCHMARKS! Hehe.



Bagaikan mimpi ngeri bagi sesetengah ibu-ibu yang telah melahirkan bayi bila melihat perut sendiri yang penuh dengan parut stretch marks ni. Ada yang mungkin malu nak bagi suami tengok >_<
Alhamdulillah, saya tidak ada parut stretch marks di perut. Mungkin ada sedikit, tapi tak betapa ketara. Syukur. Tapi parut kat paha tu memang tak dinafikan lah banyaknya.  sob sob T_T


Bagaimana stretch marks @ parut ini terbentuk?

Kehamilan biasanya menyebabkan perubahan bentuk badan dan pertambahan berat badan yang cepat membuatkan kulit hilang keanjalan. Akibatnya keadaan perut bakal ibu mula ada kesan garis yang biasanya terus kekal walaupun selepas melahirkan anak.
Kesan rekahan ini biasanya terjadi di bahagian perut, payu dara, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik langsung tidak mengalami kesan rekahan ini. Beruntunglah mereka itu. Beruntunglah saya =)

Bolehkah kesan rekahan @ parut ini hilang?

Kesan rekahan ini sebenarnya tak boleh dihilangkan. Sedih bukan? Tapi, jangan down dulu..
Kesan rekahan akan menjadi semakin pudar dengan sendirinya selepas 12 bulan setelah kelahiran. Bekas parut tadi akan semakin cerah dan beransur pudar atau samar, warnanya menjadi kurang gelap dibanding dengan warna kulit sekitarnya, tetapi, tekstur rekahan tadi akan kekal. 

Apakah yang patut saya lakukan untuk atasi kesan rekahan @ parut ini?

Parut rekahan ini memang tak boleh dihilangkan. Tetapi ianya boleh dipudarkan dengan pelbagai cara. Termasuklah cara-cara secara semulajadi.

1. Menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur


  • Telur  - Sapukan putih telur pada perut anda. Eeeii, melekit dan berbau??  Semoga ianya akan berbaloi. =) Protein dalam putih telur adalah dipercayai mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit anda dan stretch marks khususnya. Gosokkan pada bahagian berparut sebanyak tiga kali sehari untuk hasil yang maksimum.

  • Ubi kentang - Hiriskan sebiji ubi kentang (jangan nipis sangat) dan gosokkan pada parut rekahan anda. Pastikan ianya 'juicy', tak kering sangat. Biarkan kering sebentar sebelum dibasuh dengan air suam. Jus dari ubi kentang ini dikatakan kaya dengan vitamin dan mineral yang sangat baik untuk memperbaiki sel-sel kulit.

  • Minyak Zaitun - kaya dengan vitamin E, yang sememangnya sangat baik untuk kulit dan memudarkan @ menghilangkan parut.

  • Gula - campurkan sedikit gula dengan minyak, sebaiknya minyak badam, dan jus lemon, sebagai skrub untuk digosok dan diratakan di seluruh kawasan perut. 

2. Menggunakan Losyen dan estrak dari Lidah Buaya


  • Guna shea atau cocoa butter - Kedua-dua benda ini akan menghidratkan dan boleh meningkatkan pertumbuhan semula kulit dan menjadikan kulit licin. Jika digunakan satu atau dua kali sehari, kesan rekahan boleh mula pudar. Dan ia mungkin boleh mencegah yang baru daripada terbentuk. 

  • Ekstrak lidah buaya - Jus atau ekstrak dari lidah buaya sangat baik untuk merawat sunburn dan untuk penjagaan kulit secara amnya. Oleh itu, tak salah kan cuba untuk hilangkan parut rekahan tadi. :) Sapukan pada kawasan berparut, dan biarkan kering seketika sebelum dibersihkan dengan air suam.

Namun, kata orang pencegahan awal lebih baik daripada rawatan selepas masalah berlaku. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan rekahan namun lebih baik dielakkan daripada berlaku.
Antara langkah awal yang boleh mengelakkan daripada berlakunya kesan rekahan adalah:
 1.      Kalau merancang untuk hamil, rajin-rajinlah menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.
2.      Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.
3.      Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.
4.      Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.


Sakit-sakit di Badan Anda: Apakah Maksudnya?


Ada seorang kawan yang asyik marah-marah dan berubah menjadi sangat sensitif. Apabila menjalani pemeriksaan doktor untuk tujuan lain didapati dia mempunyai masalah toksin di hati. Sering tanpa kita sebenarnya menyedari tahap kesihatan kita banyak mempengaruhi pola fikir dan tingkah laku kita.

****************************************************

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukan. Apa-apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenarnya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin: Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung dan membuang toksin di bahagian kerongkong.

3. BATUK
  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. 
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
  • Bibir pucat
          - Sistem penghadaman yang lemah.
          - Perut mengandungi angin.
          - Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan                                   mengakibatkan kekurangan zat besi. 
  • Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : 
  • Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
  • Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR 
  • Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR 
  • Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
  •  Sakit Sendi: Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
  • KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
  • KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
  • KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  • SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
  • SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
  • RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
  • GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
  • KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
          a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
          b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
  • BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
  • LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
  • MUNTAH DARAH
          i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
         ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
  • KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
  • AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
  • AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
  • AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
  • AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
  • CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
  • SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
  • NAJIS BERDARAH
          i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
          ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
  • NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
  • RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
          i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
          ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
          iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
          iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
  • BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
  • BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
  • BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Monday, April 21, 2014

Kenali Jenis-jenis Kulit Muka

Syukur sangat bila kita tengok muka kat cermin tiap hari, lalu berbisik dalam hati, "licin dan halusnya muka aku, tak ada jerawat, tak ada parut" =)


Namun, tak semua orang bernasib baik. Kulit halus mulus ketika bayi tidak kekal lama. Ada yang mula ditumbuhi jerawat bila mula-mula datang period, perubahan hormon lah katakan, ada yang mula dihantui masalah kulit muka bila melangkah ke alam remaja, dan ada yang mula menternak jerawat di muka apabila terpengaruh dengan iklan lalu membuta tuli menggunakan produk yang di jual di pasaran.. Aku lah tu >_<

Saya suka mencari info mengenai penjagaan kulit muka, kerana saya juga mempunyai masalah kulit muka yang agak teruk. Sederhana lah sebenarnya. -.-

Jom tegok jenis-jenis kulit yang perlu kita ketahui.

Jenis-jenis kulit:


1. Kulit normal


Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.

2. Kulit kombinasi

Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :

  • Kelenjar minyak yang tidak sekata
  • Muka kering
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Whitehead (Milia Seed)


3. Kulit kering

Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan ubat - ubatan (medications – Roaccutane).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:

  • Kedut / garis garis halus
  • Bintik bintik hitam (freckles)
  • Whitehead ( Milia Seed )
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Keseluruhan muka kering dan kusam


p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!


4. Kulit berminyak

Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak


5. Kulit bermasalah

Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon (remaja) merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihan yang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi tetapi, usah risau. Ini hanya sementara waktu.

Masalah-masalah yang biasa adalah seperti berikut:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Jerawat batu
  • Pori-pori terbuka

6. Kulit sensitif

Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan faktor luar. Misalnya perubahan cuaca, ia boleh mengakibatkan kulit jadi pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi masalah kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk, skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran, tempat kita selalu lepak, kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.

Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?
  • Guna produk muka jenama baru
  • Makan sesuatu jenis makanan
  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
  • Masa mandi dan minum air berklorin
  • Terkena sabun cuci baju
  • Berada di tempat atau bangunan tertentu
  • Sedang stress
Simptom semasa kulit sensitif
  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas.

**Ok berikut adalah sebab-sebab asas kulit sensitif.
kalau anda tiada masalah diatas tapi masih juga ada masalah ini sila jumpa pakar kulit.
p/s : jangan menggunakan produk-produk kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate


Saya kira saya kategori kulit berminyak atau kombinasi. Anda pula? Kelebihan kulit berminyak seperti saya ni, minyak tadi akan melambatkan proses penuaan. Hehehe. Tapi jerawat senang hinggap lah bila salah penjagaan. Hukhuk =p

Next entry, saya nak berkongsi cara-cara penjagaan kulit muka mengikut kategori/jenis pula, ok?
Stay tuned.. =)
Terima kasih kerana sudi membaca ^_^



Friday, April 18, 2014

Herblax Shaklee Mengatasi Masalah Sembelit

Assalamualaikum..
Selamat hari Jumaat :)
Antara amalan-amalan mulia di hari Jumaat adalah membaca Surah Al-Kahfi.. Jadi, jangan lupa ya, recite this surah.. Banyak pahala boleh dikutip :)



Ok, entry hari ni nak kongsi mengenai kehebatan produk laris Shaklee ni.. Sebelum ni, produk ni dah out of stock seluruh Malaysia dalam 6 bulan! Bila restock semula, sekejap sahaja, tak sampai 2 minggu dah habis stok semula! Hihi.. Hebat kan?


Herblax sangat lah membantu dalam mengatasi masalah sembelit saya. Saya memang jenis susah membuang semenjak dari bila saya pun tak ingat, dari kecil lagi lah agaknya.. ;p Membuang hanya selepas tiga hingga empat hari sekali! Seksa kan? Berapa banyak toksin dalam badan saya yang terkumpul dari segala makanan yang saya baham (ok, gelojoh sangat bunyinya!). Haha.. Sebelum kenal herblax, memang saya seksa sangat nak membuang. Saya akan duduk termenung (baca brainstorming yer..hihi) dalam bilik kecil tu at least 10-30mins.. Kadang-kadang keluar semula tanpa hasil pun =p


Ok, banyak merepek dah saya ni.. Tapi, itulah kisah saya sebagai seorang yang punya masalah sembelit ni.. hihi.. Dah kenal herblax yang hebat, memang best! Saya membuang tanpa masalah lagi.. Hanya telan 4 biji herblax sebelum tidur, esok pagi, confirm akan membuang.. Yang bestnya, masuk kurang 5 minit dah setel.. Sangat-sangat melegakan =) Tiada lagi keluar dari bilik kecil dengan perasaan tidak puas hati, melainkan dengan perasaan puas hati dan happy sambil mengusap-usap perut yang dah kempis.. Ekekeke.. Tak percaya?? Cubalah!


Jom tengok kebaikan herblax ni dalam menjaga dan membersihkan usus kita :)

Manfaat utama Herblax adalah:

  • Membersihkan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba

Siapa perlu amalkan Herb-lax ni?  

  • mereka yang merupakan pengamal tegar ubat tahan sakit
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit, perkumuhan yang kurang lancar dan yang banyak jerawat.
  • Pesakit gout
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan supplemen. 

Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan supplemen akan lebih cepat dan berkesan. 


Hubungi saya:
Contact: 0163031954
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya 

Thursday, April 03, 2014

B Complex Shaklee : kepentingannya untuk tubuh kita

KENAPA BADAN KITA MEMERLUKAN VITAMIN B-COMPLEX

Badan kita memerlukan vitamin B yang mencukupi bagi membantu proses penghadaman, iaitu pertukaran makanan kepada tenaga serta memastikan kesihatan saraf sekaligus meredakan tekanan dan sakit kepala. Sebab itu, dalam program kesihatan Shaklee, B Complex merupakan salah satu supplemen asas yang wajib diambil untuk kebaikan dan kesihatan badan secara menyeluruh.


Kelebihan B-Complex Shaklee

B complex Shaklee adalah berbeza dengan kebanyakan B-complex yang berada di pasaran.
Hal ini terbukti apabila para saintis telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh-serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah bersifat  sintetik.

Selain itu,  B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Ciotin dan Asid Folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui system pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.

KEBAIKAN DAN MANFAAT VITAMIN B- COMPLEX DARI SHAKLEE 

1. Dapat menukar makanan kepada tenaga 

Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.


2. Melawan tekanan 

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan dan mengurangan kemurungan serta insomnia.

3. Membantu Tumbesaran 

Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4.Rambut beruban dan gugur

Membaiki masalah kulit kepala dan kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata

Mengurangkan masalah keletihan mata dan mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasaan memori dan daya pemerhatian/daya fokus.

6. Dapat mencegah anemia

Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

7.Meredakan senggugut 

Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah perlcche

Dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah serta nafas berbau.

9.Detoksifikasi

Meredakan alahan.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Oleh itu…bermula dari hari ini bekalkanlah badan kita dengan vitamin B-complex yang secukupnya….
Walaupun hanya 1 biji sehari. Pelbagai khasiat boleh dibekalkan kepada badan kita bagi melancarkan segala proses di dalam  tubuh kita.

Hubungi saya:
Contact: 0163031954
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya