Tuesday, April 22, 2014

Menghilangkan Parut Bekas Hamil

Alhamdulillah..
Sememangnya rasa gembira yang teramat kerana dikurniakan cahaya mata, penyeri hidup rumahtangga :) Tapi, along with that happiness, banyak perkara yang berubah selepas anda mempunyai bayi : jadual harian, masa tidur, dan rasa kebebasan.. Maka, tak hairanlah ramai ibu-ibu yang pertama kali melahirkan akan mengalami stress semasa dalam pantang.. Bahkan ada yang berlanjutan sehingga anak dah membesar =P
Ada kah yang begitu? Tak baik tau cik kak cik adik. Anak-anak adalah perlu dihargai =)


Gambar anak kedua saya sehari selepas kelahirannya =) 
Rindu sangat kenangan ni :')

Bersama-sama dengan jadual yang berubah-ubah, terdapat banyak perubahan fizikal yang anda akan lihat dan alami. Yang paling ketara dan pastinya paling tidak digemari adalah bekas parut di perut, atau bahasa senang difahami walaupun tak terer mana pun speaking english, adalah STRETCHMARKS! Hehe.



Bagaikan mimpi ngeri bagi sesetengah ibu-ibu yang telah melahirkan bayi bila melihat perut sendiri yang penuh dengan parut stretch marks ni. Ada yang mungkin malu nak bagi suami tengok >_<
Alhamdulillah, saya tidak ada parut stretch marks di perut. Mungkin ada sedikit, tapi tak betapa ketara. Syukur. Tapi parut kat paha tu memang tak dinafikan lah banyaknya.  sob sob T_T


Bagaimana stretch marks @ parut ini terbentuk?

Kehamilan biasanya menyebabkan perubahan bentuk badan dan pertambahan berat badan yang cepat membuatkan kulit hilang keanjalan. Akibatnya keadaan perut bakal ibu mula ada kesan garis yang biasanya terus kekal walaupun selepas melahirkan anak.
Kesan rekahan ini biasanya terjadi di bahagian perut, payu dara, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik langsung tidak mengalami kesan rekahan ini. Beruntunglah mereka itu. Beruntunglah saya =)

Bolehkah kesan rekahan @ parut ini hilang?

Kesan rekahan ini sebenarnya tak boleh dihilangkan. Sedih bukan? Tapi, jangan down dulu..
Kesan rekahan akan menjadi semakin pudar dengan sendirinya selepas 12 bulan setelah kelahiran. Bekas parut tadi akan semakin cerah dan beransur pudar atau samar, warnanya menjadi kurang gelap dibanding dengan warna kulit sekitarnya, tetapi, tekstur rekahan tadi akan kekal. 

Apakah yang patut saya lakukan untuk atasi kesan rekahan @ parut ini?

Parut rekahan ini memang tak boleh dihilangkan. Tetapi ianya boleh dipudarkan dengan pelbagai cara. Termasuklah cara-cara secara semulajadi.

1. Menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur


  • Telur  Sapukan putih telur pada perut anda. Eeeii, melekit dan berbau??  Semoga ianya akan berbaloi. =) Protein dalam putih telur adalah dipercayai mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit anda dan stretch marks khususnya. Gosokkan pada bahagian berparut sebanyak tiga kali sehari untuk hasil yang maksimum.

  • Ubi kentang - Hiriskan sebiji ubi kentang (jangan nipis sangat) dan gosokkan pada parut rekahan anda. Pastikan ianya 'juicy', tak kering sangat. Biarkan kering sebentar sebelum dibasuh dengan air suam. Jus dari ubi kentang ini dikatakan kaya dengan vitamin dan mineral yang sangat baik untuk memperbaiki sel-sel kulit.

  • Minyak Zaitun - kaya dengan vitamin E, yang sememangnya sangat baik untuk kulit dan memudarkan @ menghilangkan parut.

  • Gula - campurkan sedikit gula dengan minyak, sebaiknya minyak badam, dan jus lemon, sebagai skrub untuk digosok dan diratakan di seluruh kawasan perut. 

2. Menggunakan Losyen dan estrak dari Lidah Buaya


  • Guna shea atau cocoa butter - Kedua-dua benda ini akan menghidratkan dan boleh meningkatkan pertumbuhan semula kulit dan menjadikan kulit licin. Jika digunakan satu atau dua kali sehari, kesan rekahan boleh mula pudar. Dan ia mungkin boleh mencegah yang baru daripada terbentuk. 

  • Ekstrak lidah buaya - Jus atau ekstrak dari lidah buaya sangat baik untuk merawat sunburn dan untuk penjagaan kulit secara amnya. Oleh itu, tak salah kan cuba untuk hilangkan parut rekahan tadi. :) Sapukan pada kawasan berparut, dan biarkan kering seketika sebelum dibersihkan dengan air suam.

Namun, kata orang pencegahan awal lebih baik daripada rawatan selepas masalah berlaku. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan rekahan namun lebih baik dielakkan daripada berlaku.
Antara langkah awal yang boleh mengelakkan daripada berlakunya kesan rekahan adalah:
 1.      Kalau merancang untuk hamil, rajin-rajinlah menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.
2.      Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.
3.      Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.
4.      Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.


No comments:

Post a Comment