Saturday, April 26, 2014

Kenali Punca-punca Jerawat. Atasinya dengan vitamin Shaklee

Assalamualaikum..
Masih panjang umur, dapat bernafas hingga hari ini.. 
Alhamdulillah, segala puji syukur hanya pada Allah SWT, Sang Pecipta alam dan seluruh isinya.

Jadilah kita di antara orang-orang yang bersyukur. Kerana bersyukur itu adalah sifat orang-orang bertaqwa. 
"Siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, pasti tidak akan bersyukur dengan yang banyak"

Maka, bersyukur lah kita kerana masih diberikan wajah yang elok letak hidung, mata, telinga, dan mulut. Bonus bagi yang kulit wajahnya halus dan mulus =) (tetiba ja ek). Hehe
Walau ada yang asyik merungut kerana wajah dicemari dengan jerawat yang tumbuh merata, kita jauh lebih bernasib baik daripada mereka-mereka yang OKU. Wajah ada jerawat, tak menghalang kita bergerak bebas, nak ke mana-mana pun mudah. Cuma, yalah, orang kata, muka banyak jerawat membuatkan seseorang berasa rendah diri. Bila berbicara dengan orang, terasa seperti mata orang tu asyik fokus kat jerawat kita ja, mungkin dalam hatinya berkata, "geramnya aku tengok jerawat dia ni, rasa nak picit-picit ja." =.= sekeh kepala dia, tak pun korek ja biji mata dia.. Hihi.. Gurau ja..

Jom kenali punca-punca jerawat sumber

1. Hormon dan Jerawat 

- Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

2. Bakteria dan Jerawat 


- Bakteria yang dikenali dengan nama A Propionibacterium acnes A pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai A Propionibacterium acnesA yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

3. Pemakanan dan Jerawat 

- Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tetapi tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, seseorang yang amalkan diet secara tidak langsung memberi kesan kepada tahap insulin dalam badan kita. Insulin adalah hormon terpenting manusia dan kekurangannya boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

4. Stress dan Jerawat 


- Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat, tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan yang betul. Tahap stress yang tinggi akan memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

5. Alat Solek Dan Jerawat 


- Alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

6. Matahari Dan Jerawat 


- Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

7. Pakaian Dan Jerawat 


- Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Bersihkan diri selalu kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca.

Di Shaklee, ada menyediakan vitamin tambahan untuk membantu memulihkan jerawat dan sekaligus meredakan jerawat dan menolong menyeimbangkan hormon seseorang pada tahap minimum.

Antara vitamin yang perlu untuk membantu memulihkan masalah jerawat :-
  •  GLA - pulihkan kulit rosak
  • Vitamin E Shaklee - hilangkan parut dan kesan cela
  • ESP Shaklee - membina sel2 baru utk kulit cerah dan bersih
  • B Complex - penyebab jerawat adalah kurang B6
  • Vitalea - chromium bantu metabolisma gula. metabolisma gula yang tak stabil sebabkan jerawat.
  • Zinc - mengurang & mencegah jerawat, memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat. 


Hubungi saya:
Contact: 0163031954
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya


No comments:

Post a Comment