Thursday, May 01, 2014

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder 


Apa itu kolagen??

Merupakan sejenis protein yg secara semulajadi terbentuk dalam tubuh badan manusia dan haiwan.

Mengapa supplemen kolagen penting?

Semakin meningkat usia, pengeluaran kolagen akan menjadi sedikit lambat. Sebab tu terjadinya kulit kendur, berkedut dan lembik
Pengambilan makanan harian yang tak seimbang tidak dapat memenuhi keperluan untuk menghasilkan kolagen


Apakah tanda-tanda badan kita kekurangan kolagen?

  1. Rambut -  kering dan bercabang
  2. Pori besar - jeragat hitam dan bintik-bintik
  3. Tulang - kekurangan kalsium dan risiko osteoporisis
  4. Kulit - otot kendur dan hilang keanjalan
  5. Sakit sendi dan penuaan
  6. Wajah berkedut
  7. Mata - penglihatan kabur, lingkaran hitam, sembap
  8. Sakit gigi
  9. Payudara hilang keanjalan
  10. Organ dalaman kurang berfungsi
  11. Kuku mudah pecah dan kurang bersinar


Keistimewaan Shaklee Collagen Powder (SCP)


Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diesktrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah di serap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan.


Mengandungi 7 Bahan Utama yang saling membantu antara satu sama lain untuk menghasilkan kolagen yang terbaik.


RSS Collagen dari SISIK IKAN MERAH




Kolagen sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan. 

EKSTRAK Biji Benih CAMELLIA JAPONICA


Mengandungi isoflavon iaitu antioksidan semulajadi yang dapat mengurangkan radikal bebas. Juga mengandungi asid eloik yang merupakan pelembab yang terunggul.


EKSTRAK Pfaffia



Pfaffia yang jga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak Camelia Japonica akan mampu menyokong pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Asid ini memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

ELASTIN dari KOLAGEN Ikan



Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

VITAMIN C & B



Vitamin C - menggalakkan pengeluaran COLLAGEN dan melawan RADIKAL BEBAS yang MEROSAKKAN kulit.
Vitamin B - terlibat dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga bagi menggalakkan pengeluaran COLLAGEN ASLI.


EKSTRAK KERANG-KERANGAN



Mengandungi Glukosamina yang penting untuk sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembabkan mata untuk mengelakkan ketidakselesaan mata.

LOCTOBASILUS ACIDOPHILUS (Bakteria Baik)




Membantu mengimbangi mikroflora usus dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan semula Kolagen.

Antara manfaat utama Shaklee Collagen Powder adalah:

  1. Mengurangkan kedutan dan garis2 halus
  2. Mengecilkan liang roma
  3. Melembapkan kulit
  4. Mengembalikan keanjalan kulit
  5. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
  6. Menegangkan punggung dan payudara
  7. Memelihara kesihatan rambut


Pengambilan supplemen kolagen amat penting untuk 'topup' balik kolagen yg dah hilang. Dengan Shaklee Collagen Powder, kesan seawal 8 minggu akan anda rasai...tapi depends pada badan jugak...ada yg lagi awal...:)



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Hubungi saya: Elda Malissa Sangit 
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

Kulit Yang Cantik Dengan Cara Semulajadi

Assalamualaikum..

Sihat semua?

Kalo cerita pasal tips kecantikan, semua pasti teruja.. Betul tak? Baik yang kulit dah sedia cantik, apatah lagi kulit yang tak berapa nak cantik :) Kenapa nak cantik? Sebab nanti nak pergi mana2, tak rasa malu dah, self-confident akan meningkat.. Bagi yang dah ada suami, nanti suami tambah2 sayang.. Hihi.. Yang belum bersuami, pastinya nak cantik untuk memikat hati jejaka idaman.. Tapi, ingat, kecantikan luaran bukanlah sebagai jaminan hidup bahagia.. Ianya satu BONUS! Kita kenalah cantik luar dan dalam :) Setuju?



Kalo dah tua macam ni pun, hati baik, semua orang pasti menyenangi kita kan? Cantik dalaman terlebih utama dari cantik luaran =)

Dengan kewujudan banyak produk kecantikan di pasaran, adakah kita terlupa pada amalan dahulu kala menggunakan bahan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai usaha mengekalkan kulit yang cantik. Selain boleh dimakan, kandungan nutrisi serta vitamin pada buah-buahan segar ini membantu menjadikan kulit lebih sihat, cantik dan berseri. Lebih penting lagi, sama ada dijadikan pembersih, penyental atau masker, kandungannya benar-benar bersih tanpa campuran bahan kimia. 

Mari tengok apakah "Rahsia Kulit Cantik" itu.

☼ AVOCADO

 


Pengambilan avokado yang konsisten boleh menghasilkan kulit yang cantik. Ia merupakan satu sumber biotin yang baik, di mana ianya mencegah kulit kering, rambut dan kuku yang rapuh. Kandungan vitamin A dalam avokado dapat membantu membersihkan setiap sel-sel kulit yang mati. Antioksidan dalam buah avokado mendetoksifikasi tubuh anda agar mengeluarkan semua racun atau toksin yang cenderung membuat kulit anda menjadi kedut atau kering semasa usia awal. Hal ini juga dapat membantu menghilangkan kerutan pada kulit dan membuatnya lebih bercahaya. Selain untuk di makan, avocado juga boleh dibuat masker

TEH HIJAU


Teh hijau banyak manfaatnya kulit yang cantik. Proanthocyanidins oligomer adalah antioksidan semulajadi paling kuat di dalam teh hijau. Khasiat zat ini adalah membantu memlambatkan proses penuaan dan menjaga kulit agar sentiasa awet muda. Manakala, polifenol daun teh berfungsi menangkis kesan buruk sinar matahari yang boleh menyebabkan iritasi sampai kanser kulit. Hanya dengan minum teh hijau 2 gelas setiap hari secara teratur akan memberikan anda kulit yang cantik secara semulajadi. Secawan teh mengandung 100 - 200 vitamin E, iaitu vitamin yang sangat berguna untuk menghasilkan kulit lebih halus, mulus secara semulajadi. 

TOMATO


Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamnin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. Selain mendapatkan khasiatnya dari memakan buahnya, tomato juga boleh dibuat masker untuk penjagaan kulit secara luaran.

SALMON


Salmon adalah sejenis ikan yang kaya dengan omega-3 yang dapat membantu meningkatkan prokduktiviti kolagen dan tahap elastik kulit yang menjadikan kulit lebih halus dan tidak mengelupas. Khasiat dari ikan salmon mampu melambatkan kesan penuaan. Ikan salmon mengandungi astaxanthin, carotenoid yang meningkatkan tahap elastisiti di samping mengurangkan terjadinya garis-garis halus di wajah. 

TELUR



Protein yang terdapat dalam telur membantu untuk memperbaiki sel-sel yang musnah akibat kesan radikal bebas. Telur melengkapkan keperluan protein dan juga biotin, salah satu daripada kumpulan besar vitamin B yang penting dalam mencegah kulit kering.

DELIMA



Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi. Kandungan gula buah delima juga mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu. 

WALNUT



Walnut kaya dengan sumber Omega-3, yang membantu membuatkan rambut bersinar cantik. Omega-3 juga menjadikan kulit lebih halus dan kelihatan muda. Kepada yang tidak meminati ikan, boleh mengambil walnut sebagai alternatif. 

KEKACANG


Kekacang juga merupakan sumber yang kaya protein. kekacang membantu membaiki sel-sel yang telah mengalami kerosakan akibat radikal bebas. Semasa proses penghadaman, protein ini akan pecah membentuk asid amino, iaitu blok binaan sel-sel. Asid amino ini pula akan membantu mempercepatkan pembaikan dan pertumbuhan semula sel-sel kulit dan kolagen. 


Ingin mencuba SET KECANTIKAN SHAKLEE? Menjaga kecantikan kulit anda dengan lebih mudah dan pada harga berpatutan :)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Hubungi saya: Elda Malissa Sangit
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

Tuesday, April 29, 2014

Kurus Dengan Sihat: Shaklee Ada Caranya

Assalamualaikum..

Bercerita mengenai kurus, semua orang mengimpikannya, memiliki badan yang langsing ala-ala model/artis bollywood. Adakah artis-artis ini memang kurus secara semulajadi, makan banyak pun tak jadi apa, badan masih kekal langsing?

Semestinya tidak, bukan? Saya percaya, mereka mempunyai pelan diet yang ketat. Tak boleh nak claim yang mereka juga menggunakan produk Shaklee, nanti saya kena saman pula. =) Tapi, mungkin ada kan? Sebab Shaklee ni dah established worldwide sejak lebih 50 tahun dah. Cuma di sini, saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai program INCH LOSS dengan Set Kurus Shaklee yang semakin diminati ini.

Ok, tanpa melengahkan masa, saya mulakan dengan ucapan BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

Set Kurus Shaklee terbahagi kepada tiga cara mudah!

1. Bakar / Pecah
2. Buang / detoks
3. Bina

Kurus dengan Shaklee dengan 3 langkah mudah, 3B ^_^



1. Bakar / pecah lemak dengan OmegaGuard @ Lecithin.

OmegaGuard
Omega 3 yang terkandung dalam Omegaguard berfungsi untuk menghalang pembentukan lemak dalam badan dan membantu menambah metabolisme supaya pembakaran lemak berlaku lebih cepat. Omega 3 juga memberi rasa kenyang lalu membantu mengurangkan pengambilan kalori dan membantu menurunkan berat badan.

Lecithin
Dikenali juga sebagai peng-emulsi lemak. Ini bermaksud, lecithin hanya menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil yang akan memudahkan lemak tadi bergerak di dalam sistem pencernaan.

2. Buang / detoks dengan Alfalfa @ Herb-lax

Alfalfa
Berfungsi untuk menyingkirkan lemak dan kolesterol melalui sistem pencernaan. Pengambilan Alfalfa dalam jangka panjang akan menghapuskan lemak dan mengurangkan kolesterol.

Herb-lax 
Merangsangkan usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.

3. Bina otot dengan ESP @ Cinch Shake 

ESP - Energizing Soy Protein 
Pengambilan protein di awal pagi boleh membantu anda untuk lebih berasa kekenyangan sehingga ke suatu tempoh yang lebih lama. Pengambilan protein akan membantu untuk mengisi kekosongan lemak yang telah dibakar dengan sel baru yang lebih sihat.

Cinch Shake (terdapat dalam 3 jenis perisa)
Kaya dengan protein. Protein penting digunakan untuk membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori. Membantu menahan rasa lapar dan boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Kenapa diet anda selama ini sering kali gagal?

Bila anda hendak menguruskan badan, pastikan anda mengikuti diet yang betul. Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila otot ini hilang, anda juga akan hilang keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisme anda. Jadi, apabila anda tidak meneruskan diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. Sebaliknya, berat badan akan bertambah berat. Kitaran ini akan berulang kali anda meneruskan diet.


Anda punya badan, anda buat pilihan, nak kurus secara sihat atau kurus cepat dan cepat pula naik semula bila berhenti diet. =)

Hubungi saya:
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou
Email: mylovehds@gmail.com Contact: 0163031954
 COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

Monday, April 28, 2014

Entry singkat..

Hanya sebagai luahan rasa..
Semua kesayangan saya dah tidur nyenyak dibuai mimpi indah barangkali..

Kecuali si adik yang asyik terjaga dan mula menangis, bila menyedari ummi tiada berbaring di sisi. Dafinah masih fully breastfeed.. alhamdulillah.. sangat tak sangka berjaya menyusukan dia secara eksklusif sehingga ke hari ini.. umur dia dah 1 tahun 9 bulan.. alhamdulillah, alhamdulillah.. Syukur kepada mu Ya, Allah.. mungkin saya boleh kongsikan sedikit tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu dalam blog ni nanti.. sebagai panduan dan perkongsian ilmu dengan ibu-ibu di luar sana.

Damia, anak sulung saya yang semakin bijak.. Walaupun dia selalu menangis, menangis kadang-kadang tu tak ada apa pun, saja minta perhatian, tetapi selalu juga buat ummi dan ayah gelak terkekek-kekek dengan bahasa yang dituturkan.. Pelat dia masih terlalu ketara.. hampir semua perkataan, huruf di depan hilang tak ketemu.. contoh, makan, jadi akan.. mandi, jadi andi, tengok, jadi ngok.. hihi.. apa jia tu ummi? Ummi beli hana tu? Ummi beli manyak-manyak? Hahaha.. patut ummi rakam untuk ditonton di usia tua kami..





Dah lama berhajat nak lakarkan memori anak-anak membesar untuk bacaan mereka bila dah besar nanti, tapi, selalu gagal nak mula.. jadi, dalam blog ni nanti, selain dari berkongsi info kesihatan, barangan produk shaklee, saya akan selit kisah-kisah puteri-puteri syurga saya ni

Stay tune..


Saturday, April 26, 2014

Kenali Punca-punca Jerawat. Atasinya dengan vitamin Shaklee

Assalamualaikum..
Masih panjang umur, dapat bernafas hingga hari ini.. 
Alhamdulillah, segala puji syukur hanya pada Allah SWT, Sang Pecipta alam dan seluruh isinya.

Jadilah kita di antara orang-orang yang bersyukur. Kerana bersyukur itu adalah sifat orang-orang bertaqwa. 
"Siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, pasti tidak akan bersyukur dengan yang banyak"

Maka, bersyukur lah kita kerana masih diberikan wajah yang elok letak hidung, mata, telinga, dan mulut. Bonus bagi yang kulit wajahnya halus dan mulus =) (tetiba ja ek). Hehe
Walau ada yang asyik merungut kerana wajah dicemari dengan jerawat yang tumbuh merata, kita jauh lebih bernasib baik daripada mereka-mereka yang OKU. Wajah ada jerawat, tak menghalang kita bergerak bebas, nak ke mana-mana pun mudah. Cuma, yalah, orang kata, muka banyak jerawat membuatkan seseorang berasa rendah diri. Bila berbicara dengan orang, terasa seperti mata orang tu asyik fokus kat jerawat kita ja, mungkin dalam hatinya berkata, "geramnya aku tengok jerawat dia ni, rasa nak picit-picit ja." =.= sekeh kepala dia, tak pun korek ja biji mata dia.. Hihi.. Gurau ja..

Jom kenali punca-punca jerawat sumber

1. Hormon dan Jerawat 

- Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

2. Bakteria dan Jerawat 


- Bakteria yang dikenali dengan nama A Propionibacterium acnes A pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai A Propionibacterium acnesA yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

3. Pemakanan dan Jerawat 

- Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tetapi tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, seseorang yang amalkan diet secara tidak langsung memberi kesan kepada tahap insulin dalam badan kita. Insulin adalah hormon terpenting manusia dan kekurangannya boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

4. Stress dan Jerawat 


- Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat, tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan yang betul. Tahap stress yang tinggi akan memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

5. Alat Solek Dan Jerawat 


- Alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

6. Matahari Dan Jerawat 


- Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

7. Pakaian Dan Jerawat 


- Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Bersihkan diri selalu kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca.

Di Shaklee, ada menyediakan vitamin tambahan untuk membantu memulihkan jerawat dan sekaligus meredakan jerawat dan menolong menyeimbangkan hormon seseorang pada tahap minimum.

Antara vitamin yang perlu untuk membantu memulihkan masalah jerawat :-
  •  GLA - pulihkan kulit rosak
  • Vitamin E Shaklee - hilangkan parut dan kesan cela
  • ESP Shaklee - membina sel2 baru utk kulit cerah dan bersih
  • B Complex - penyebab jerawat adalah kurang B6
  • Vitalea - chromium bantu metabolisma gula. metabolisma gula yang tak stabil sebabkan jerawat.
  • Zinc - mengurang & mencegah jerawat, memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat. 


Hubungi saya:
Contact: 0163031954
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya


Program Detoks Shaklee

Shaklee juga menyediakan untuk program detoksifikasi.

Mengapakah detoks ini penting untuk tubuh kita? Detoksifikasi adalah proses pembuangan racun dari dalam tubuh. Proses ini sangat POSITIF kerana membantu tubuh melakukan proses pembersihan diri secara alami. Kebiasaanya proses detoksifikasi berlaku di  bahagian organ seperti hati, kolon, ginjal dan sistem limfotik.


Kepentingan Detoksifikasi


  1. Mencegah penyakit
  2. Mengistirahkatkan organ tubuh
  3. Membersihkan bagian dalam tubuh
  4. Membersihkan jerawat
  5. Memperlambat proses penuaan
  6. Meningkatkan fleksibiliti tubuh
  7. Meningkatkan fertiliti


Mari kenali vitamin untuk detoks dalam Shaklee.

1. DTX Complex


  • Menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat.
  • Mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu.
  • Membekalkan antioksodan yang menyahtoksikkan hati
  • Melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
  • Ektrak biji benih Pokok Susu Tisel membantu membuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula.
  • Mengandungi ramuan yang dapat membantu mengekalkan aliran hempedu
  • Menawarkan bahan-bahan botani yang melindungi sel-sel hati
  • Membantu badan mengeluarkan toksin.


2. Herb-lax


  • Membersihkan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


3. Alfalfa Complex


Alfalfa dikenali sebagai diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik .

  • Ia merangsang aliran hempedu, dan mengikat dengan logam berat dan membuang mereka dari sistem anda. 
  • Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan. 
  • mencuci hati, darah dan usus - ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, 
  • menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

4. Garlic

  • Menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. 
  • mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah.
  • Garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • mempertingkatkan sistem penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. 


Bila tubuh bebas toksin, penyerapan nutrien baik dari makanan harian mahupun dari supplemen atau vitamin akan berlaku lebih optimum =)


Hubungi saya:
Contact: 0163031954
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

Bahaya Toksin Pada Tubuh Kita

Peringatan!

Sila sediakan cebok (kata orang utaqa untuk gayung) di sebelah anda, mana tahu ada yang termuntah tengok gambar-gambar dalam entry ni.
Saya pun macam tak sanggup nak tengok apatah lagi letak dalam blog ni, tapi kita nak belajar kan, kenalah dengan image aids, baru efektif sesi pembelajaran tu =)
Dah cakap macam pensyarah pula.. Hihi

Ok, hari ini saya hendak berkongsi tentang bahaya toksin pada tubuh dan bagaimana ianya mempengaruhi kesihatan kita.

Apa dia toksin? Sama kah dengan toksid? Toksik? Tok tik? Tik tok?? >_< 



Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, toksik bermaksud beracun dan toksin ialah bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam organisma hidup atau mati yang boleh menyebabkan penyakit tertentuDan tiada padanan untuk toksid dan ejaan yang betul ialah toksik yang dipinjam daripada perkataan Inggeris, Toxic. - sumber

Ok, sudah faham perbezaan toksin dan toksik? Toksik adalah merujuk kepada bahan-bahan beracun dari sisa buangan kimia. Nak tahu lanjut tentang toksik, sila telefon pejabat penerangan Jabatan Alam Sekitar =p

Jadi, entri ini lebih fokus kepada toksin. ^_^ 

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Nama pun dah beracun, mahukah atau patutkah kita simpan toksin dalam tubuh kita? Cuba tengok gambar di bawah. Ada rasa nak muntah dah >_<


Kalau tubuh kita transparent, boleh tengok keadaan dalam tubuh masing-masing. Inilah keadaan yang akan kita lihat dalam usus atau tubuh kita. Tak seram lagi? Tak patut kita ternak toksin tu dalam tubuh dan biarkan ia merebak ke seluruh badan.

Toksin bukan sahaja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita secara normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke bahagian-bahagian organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (sistem hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran (sistem gastrousus).


Sakit adalah berpunca daripada kegagalan tubuh manusia menyingkirkan buangan. Contohnya, lendir/mucus, serta toksin yang menghalangi fungsi-fungsi normal tubuh manusia. 

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian dalam organ dan merosakkannya.





Bagaimana toksin terjadi?


  • Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
  • Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen
  • Merokok
  • Memakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang diawet dengan bahan kimia
  • Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku



Tanda-tanda seseorang banyak toksin


  • Mudah berasa letih tanpa sebarang sebab

  • Susah bangun tidur 
  • Bahagian keliling mata gelap
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit (bawah lengan, celah paha dan sebagainya) kelihatan lebih gelap dari warna asal kulit
  • Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi dan sinus
  • Berat badan meningkat dan kehadiran selulit
  • Masalah jerawat
Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah, dan mudah dihidapi penyakit. Sebab itu, tubuh perlu melalui proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Bagaimana cara membuang toksin? 

  • Detoks - Detoks umpama agen pencuci yang mengikis dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.
  • Senaman - Dengan senaman, toksin akan keluar melalui perkumuhan (peluh)
  • Refleksologi - Sebahagian dari toksin tak dapat dikeluarkan dari badan dan akan mendap di bahagian kaki. Jadi, di sini pentingnya refleksologi kerana menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar.
  • Berpuasa - Nabi Muhammad SAW bersabda "Sumber segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah ubat" (H.R. Muslim)

Shaklee juga menyediakan supplemen untuk tujuan detoksifikasi. 

# Herb-lax - untuk membersihkan usus
# Alfalfa Complex - untuk mencuci hati, darah dan usus
# DTX Complex - untuk mencuci hati
# Garlic - mencuci darah 



Hubungi saya: 
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya