Sunday, March 09, 2014

Cegah Buasir dengan Shaklee

Assalamualaikum..

Semalam, adik saya memberitahu bahawa dia ada buasir.. Jadi, hari ini merasa terpanggil untuk berkongsi berkenaan penyakit buasir ini. Apa yang menyebabkan buasir, apakah keburukan jangka masa panjang, dan bagaimana set buasir Shaklee boleh membantu melegakan sakit buasir.

Apabila meng'google' mencari info untuk buasir ni, bila terlihat pada imej2 buasir yang ada dalam internet, rasa nak termuntah, seram, kesian, bercampur baur. Huhu. (anda boleh lah melihat sendiri yer, saya tak sanggup nak letak dalam blog :)

Adakah Anda Sedang Mengalami Masalah-masalah Seperti Berikut?

  • Selalu rasa sakit ketika membuang air besar & najis terlalu keras?
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut di bahagian dubur?
  • Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar?
  • Darah berwarna merah cair menitis atau tersembur keluar dari saluran dubur?
  • Rasa gatal, panas dan tidak selesa pada lubang dubur?
  • Rasa tidak selesa pada bahagian dubur semasa berdiri dan mencangkung?
  • Ada benjolan terkeluar semasa mencangkung?
BUASIR kini menyerang tak kira tua atau muda.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Jenis-jenis buasir 

Mari kenali jenis buasir. Buasir terbahagi kepada dua:
  • Buasir dalaman

Selalunya tak sakit dan gatal sebab kat dalam. Jadi tak la rasa cuma bila kita meneran atau ada gangguan dekat laluan najis sewaktu membuang air besar, ianya boleh cederakan permukaan buasir dan boleh menyebabkan pendarahan. Titisan merah cerah akan kelihatan.
  • Buasir luaran

Yang ni yang selalu kita dengar sakit, pedih dan gatal kat bahagian dubur. Lagi teruk kalau buasir ini tersepit dan bekalan darah akan terputus menyebabkan bekuan darah akan terjadi didalamnya. Jika ini terjadi, memang sangat azab lah sakitnya. Buasir jenis ini juga ada potensi untuk berulang lagi walaupun sudah dirawat.



Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, tetapi ianya adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.
Punca Penyakit Buasir

Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasir ialah:

  • Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

  • Masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

  • Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

  • Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
(Sumber: www.anispharmacy.com)

UBAH GAYA HIDUP anda & CEGAH simptoms dengan supplemen SHAKLEE !!!

Berikut adalah cadangan untuk mengatasi masalah sakit buasir.
  1. Ostematrix
  2. OmegaGuard
  3. Zinc Complex


 OSTEMATRIX
Bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD :
Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX :
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Testimoni

Mari tengok testimoni pengguna yang telah menggunakan Set Buasir Shaklee :) 




Rawat penyakit buasir anda sebelum ianya menjadi lebih parah. Anda pasti tidak mahu melalui pembedahan untuk membuang buasir bukan?


Dapatkan set buasir Shaklee dengan menghubungi saya. Konsultansi percuma diberikan.. InsyaAllah saya akan membantu memberikan cadangan yang sesuai mengikut bajet anda. 

Hubungi saya untuk cadangan yang bersesuaian dengan bajet dan tahap diabetes anda :)

Pengedar Shaklee anda yang sah

Elda Malissa Sangit (SID: 1063253)
Whatsapp/sms/call: 0163031954
FB Page: https://www.facebook.com/healthybetteryou
Personal FB: https://www.facebook.com/eldamalissa

No comments:

Post a Comment