Sunday, March 09, 2014

Diabetes: Punca dan komplikasinya kepada pesakit

Kencing manis atau diabetes adalah satu keadaan yang berlaku apabila tahap gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa. Kencing manis berlaku apabila pankreas dalam badan tidak menghasilkan insulin atau apabila badan kita sudah tidak sensitif dengan insulin dalam badan.





Apabila insulin gagal dihasilkan atau tidak berfungsi dengan baik, ia tidak dapat membawa masuk glukos atau gula ke dalam sel dan tisu badan kita sebagai simpanan. Akibatnya, darah akan mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi untuk sel-sel badan kita. Secara amnya, seseorang dianggap menghidap penyakit kencing manis apabila kadar gula dalam darah semasa berpuasa lebih daripada tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah daripada tahap 11. (sumber)


Kencing manis terbahagi kepada 3 jenis:
  1. Jenis 1 - jenis ini biasanya bergantung kepada insulin. Kebiasaannya, ia berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.
  2. Jenis 2 - jenis ini tidak bergantung kepada insulin. Kebiasaannya, ia selalu dihidapi oleh golongan orang berumur atau mempunyai berat badan berlebihan (obestiti).
  3. Jenis 3 - kencing manis semasa mengandung (gestational diabetes). Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 



Apakah pula komplikasi daripada penyakit kencing manis? 

Pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis ini adalah berisiko:
  • menjadi buta, 
  • mengalami komplikasi buah pinggang,  
  • masalah jantung, strok dan gangren - selalunya mengakibatkan amputasi kaki akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman kronik.




Punca kencing manis

Penyakit kencing manis disebabkan oleh beberapa faktor. Di antara punca utama yang dikenal pasti adalah:
  • berat badan berlebihan (obesiti),
  • faktor keturunan, 
  • tahap kolesterol tinggi, 
  • stres atau tekanan emosi berlebihan dan berterusan, 
  • pengambilan alkohol yang banyak, 
  • amalan pemakanan tidak berkhasiat atau tidak seimbang, 
  • kurang membuat aktiviti fizikal (senaman) dan 
  • tekanan darah tinggi.


Tanda-tanda awal kencing manis

Tanda awal seseorang mula menghidap kencing manis adalah 
  • penurunan berat badan mendadak, luka lambat sembuh, 
  • sering buang air kecil, 
  • selalu lapar dan haus yang luar biasa, 
  • kabur penglihatan, 
  • rasa kebas di kaki dan tangan, 
  • otot lemah, 
  • sentiasa letih, 
  • cepat marah dan
  • bagi wanita, gatal di bahagian kemaluan.


Langkah pencegahan/merawat

Langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk merawat dan mencegah penyakit kencing manis adalah:

  • mengambil makanan dan diet seimbang,
  • melakukan senaman dengan kerap, 
  • mengawasi kadar gula dalam darah, 
  • tidak merokok dan 
  • mengawal berat badan.
Dari segi perubatan moden, penyakit kencing manis tidak dapat diubati, tetapi boleh dikawal. Di Shaklee, kami menawarkan nutrisi /supplemen untuk mengawal / mencegah penyakit kencing manis ini. 

Melalui Shaklee Diabetes Care Programme, kebaikan yang pesakit perolehi adalah seperti:
  • mengekalkan paras gula normal dalam darah
  • menggalakkan kesihatan jantung
  • melegakan rasa kebas dan semut-semutan
  • membantu dalam penyembuhan luka
Antara cadangan yang disyorkan adalah:

  1. Vitalea
  2. Zinc Complex
  3. Sustained Release Vit C
  4. GLA Complex
  5. ESP

Vitalea Multivitamin – mengandungi 28 jenis multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum

Zinc Complex - Meningkatkan sistem imun badan. Menolong penyembuhan dan masalah jeragat. Kesihatan prostat. Meningkkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ

Sustained Release Vit C - Anti-oksidan semulajadi. Berupaya mengekalkan integriti sel badan. Menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat. 


GLA Complex - Mengurangkan simptom seperti gatal, bengkak, menggelupas, kekeringan dan simptom sakit sendi. Berkesan untuk kemurungan. Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol


Energizing Soy Protein (ESP) - Protein yang terkandung dalam ESP terdiri daripada asid amino yang membentuk sel dalam badan. Protein ini menghasilkan kolagen yang penting sebagai pengikat tisu kulit untuk menyembuhkan kulit yang luka dengan cepat. 







"Kepentingan pengambilan makanan berzat dan yang tidak memudaratkan badan turut ditekankan di dalam al-Quran seperti di dalam firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 168 yang lebih kurang bermaksud “Hai manusia! Makanlah sebahagian daripada makanan yang ada di bumi ini yang halal dan baik."



Hubungi saya untuk cadangan yang bersesuaian dengan bajet dan tahap diabetes anda :)

Pengedar Shaklee anda yang sah

Elda Malissa Sangit (SID: 1063253)
Whatsapp/sms/call: 0163031954
FB Page: https://www.facebook.com/healthybetteryou
Personal FB: https://www.facebook.com/eldamalissa

No comments:

Post a Comment