Saturday, July 12, 2014

Meal Shakes Mengatasi Sembelit Damia

Assalamualaikum..

Hari ini nak kongsi testimoni sendiri :)

Satu-satunya produk shaklee yang sentiasa saya restok adalah MEAL SHAKES. Sentiasa restok, walaupun bajet tengah ketat bulan tersebut. Demi kesihatan anak, tak apalah berhabis sedikit kan? Kalau anak sakit, lagi lah susah kita sebagai ibu. Anak merengek sakit, kita pun kesian tengok. Yer tak?




Saya mula mengambil Meal Shakes untuk Damia sejak dia sering mengalami sembelit yang teruk. Kadang-kadang sampai 4 hari barulah dia membuang. Menangis-nangis! Emosi tak stabil, cepat marah, tantrum dia takyah cakaplah.. Ummi pun pening nak melayan dah. Kadang-kadang tu Ummi naik angin sama. Naik lah angin kami anak beranak secara berjemaah =p 

Sebelum mengambil Meal Shakes, kami terpaksa gunakan ubat sumbat untuk memaksa dia membuang. Memang kesian sangat tengok dia meneran, muka merah, tangan kaki sejuk! Kalo hari ini dia kata sakit perut nak u'uk, esok lusa baru boleh dapat hasilnya. Kesian kan? Ubat sumbat tu buat dia u'uk on the spot. Tapi, mesti dia tak selesa. Satu sebab kena cucuk masuk ikut dubur, dua sebab dia membuang secara paksa. Bayangkan movement dalam sistem pencernaan dia. Pernah juga sekali, najis dia pun ada darah! Mungkin dah terluka sebab teruk sangat masa meneran.



Bila dah review dan baca testimoni Meal Shakes boleh mengatasi masalah sembelit anak, Ummi pun terus lah beli. Alhamdulillah, selepas dua hari minum Meal Shakes ni, Damia membuang dengan baik. Silence! Tak ada dah adegan menangis, meraung, melalak dah! Lega sangat-sangat Ummi. Tetiba ja datang kat Ummi, kata "Ummi, Mia rak dah. Tolong basuh." 

Harga setin Meal Shakes adalah RM113.75, berat 544 gram. Tengok sekali mahal lah juga kan? Tapi, sebenarnya sangat jimat. Sebab Ummi hanya tambahkan satu sudu teh @ scoop susu biasa tu ja ke dalam susu Damia setiap hari . Jadi, setin tu tahan hingga 3 bulan juga. Berbaloi kan? Yang penting, anak pun sihat, ceria. Sekarang, Damia dah tak mengalami sembelit teruk hingga memaksa kami menggunakan ubat sumbat :) Memang kadang-kala dia masih skip hari membuang, tapi dia membuang dengan lebih mudah :)



Bahagia hati seorang Ummi tengok anak dah tak moody, sihat dan ceria ^_^

Jika anak anda juga ada masalah sembelit, elok sangat mencuba Meal Shakes ni.
Boleh baca lebih lanjut tentang manfaat dan kelebihan Meal Shakes Shaklee di sini (link)




Ingin dapatkan Meal Shakes dan bayar menggunakan Debit @ Credit Card?
Klik link di bawah
.
.

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0193537313
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

No comments:

Post a Comment