Assalamualaikum..
BAGAIMANA NAK PERCAYA BILA HASIL BELUM NAMPAK?
Seronok sign-up Shaklee, nak buat duit nak tolong keluarga.
Bulan pertama, tak ada apa-apa. Bulan kedua, pun tak ada hasil. Bulan ketiga, ada yang mula tanya tapi tiada lanjutannya. Bulan keempat, masih sama.
Bagaimana ni? Masihkah perlu bertahan atau beralah saja?
Sekiranya beralah, maka tamatlah perjuangan. Tertutup sudahlah peluang dan harapan.
Sekiranya bertahan, inilah dia KUASA KEPERCAYAAN. Percaya adalah yakin terhadap perkara yang tidak nyata atau belum terjadi. Jika benda itu sudah jelas nyata dan telah terjadi, maka ia bukan lagi kepercayaan, tapi sudah terang lagi bersuluh.
Apabila kita percaya kepada sesuatu yang kita kerjakan dengan bersungguh-sungguh tapi belum nyata lagi, sebenarnya kita sedang berbaik sangka dengan Sang Pemberi Rezeki. Dan inilah sebenarnya yang kita perlukan dalam mencapai kejayaan - BERBAIK SANGKA DENGAN-NYA dan terus berusaha tanpa putus asa.
Dia saja yang boleh mengadakah sesuatu dari tiada. Yang boleh menjadikan sesuatu yang mustahil sebagai nyata.
Tingkatkan Kuasa KEPERCAYAAN dengan:-
1. Tegaskan apa yang kita mahukan dan targetkan. Kongsikan dengan mentor dan juga wali keramat kita yakni ibu dan ayah serta pasangan. Jangan rasa kecil hati sekiranya mereka tidak menghargainya, itu adalah satu panggilan supaya kita bukan cakap saja, tapi MELAKUKANNYA dan mempersembahkan kejayaan di depan mereka.
2. Sekiranya kita sendiri pun tidak yakin dan tidak percaya akan kemampuan kita untuk mencapainya, cari punca kenapa kita tidak ada keyakinan itu. Mungkin ada sejarah silam yang membuat kita takut nak berimpian lagi.
3. Sekiranya ada, tukarkan segala yang menghalang itu sebagai pendorong. Tukarkan "Aku tak pandai" kepada "Aku sedang belajar dan inilah masanya untuk aku jadi pandai". Tukarkan "Aku takut" kepada "Aku sedar ketakutan tak bawa aku ke mana, jadi sekarang aku mengatasinya".
4. Pinjam keyakinan dari orang-orang yang telah berjaya, dengan SYARAT, buangkan tanggapan "Dia takpelah..." dan tukarkan kepada "Ingat dia je yang boleh?".
5. Ingatlah pencapaian-pencapaian kita walaupun sekecil-kecilnya. Lihat lah rumah kita, bagaimana kita boleh mendiaminya? Itu adalah satu kejayaan kerana boleh tinggal di dalam rumah. Kalau kita boleh hidup selesa dalam rumah ini, kita pun pasti boleh capai pelbagai macam benda lagi.
6. Tukar mindset dan terus berusaha.
Setiap kejayaan tidak datang dengan mudah. Mungkin kita belum berjaya kerana kita BELUM lakukan sesuatu yang penting, atau memang BELUM masanya untuk kita berjaya. Mungkin ditakdirkan kita berjaya selepas 11 bulan menjadi SID, jadi bertahanlah, jangan berhenti kalau di bulan ke-10 masih tiada bayang.
Maka, lakukanlah apa yang orang berjaya buat, dan bertahanlah!
Mesej copy and paste dari FB
Percaya sebelum berlaku! Konsisten dan istiqomah dan berusaha dan berdoa.. Kunci kejayaan!
The Shaklee Master to be! =)
ELDA MALISSA SANGIT
Ameen!
No comments:
Post a Comment