Monday, April 21, 2014

Kenali Jenis-jenis Kulit Muka

Syukur sangat bila kita tengok muka kat cermin tiap hari, lalu berbisik dalam hati, "licin dan halusnya muka aku, tak ada jerawat, tak ada parut" =)


Namun, tak semua orang bernasib baik. Kulit halus mulus ketika bayi tidak kekal lama. Ada yang mula ditumbuhi jerawat bila mula-mula datang period, perubahan hormon lah katakan, ada yang mula dihantui masalah kulit muka bila melangkah ke alam remaja, dan ada yang mula menternak jerawat di muka apabila terpengaruh dengan iklan lalu membuta tuli menggunakan produk yang di jual di pasaran.. Aku lah tu >_<

Saya suka mencari info mengenai penjagaan kulit muka, kerana saya juga mempunyai masalah kulit muka yang agak teruk. Sederhana lah sebenarnya. -.-

Jom tegok jenis-jenis kulit yang perlu kita ketahui.

Jenis-jenis kulit:


1. Kulit normal


Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.

2. Kulit kombinasi

Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :

  • Kelenjar minyak yang tidak sekata
  • Muka kering
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Whitehead (Milia Seed)


3. Kulit kering

Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan ubat - ubatan (medications – Roaccutane).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:

  • Kedut / garis garis halus
  • Bintik bintik hitam (freckles)
  • Whitehead ( Milia Seed )
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Keseluruhan muka kering dan kusam


p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!


4. Kulit berminyak

Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak


5. Kulit bermasalah

Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon (remaja) merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihan yang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi tetapi, usah risau. Ini hanya sementara waktu.

Masalah-masalah yang biasa adalah seperti berikut:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Jerawat batu
  • Pori-pori terbuka

6. Kulit sensitif

Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan faktor luar. Misalnya perubahan cuaca, ia boleh mengakibatkan kulit jadi pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi masalah kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk, skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran, tempat kita selalu lepak, kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.

Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?
  • Guna produk muka jenama baru
  • Makan sesuatu jenis makanan
  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
  • Masa mandi dan minum air berklorin
  • Terkena sabun cuci baju
  • Berada di tempat atau bangunan tertentu
  • Sedang stress
Simptom semasa kulit sensitif
  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas.

**Ok berikut adalah sebab-sebab asas kulit sensitif.
kalau anda tiada masalah diatas tapi masih juga ada masalah ini sila jumpa pakar kulit.
p/s : jangan menggunakan produk-produk kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate


Saya kira saya kategori kulit berminyak atau kombinasi. Anda pula? Kelebihan kulit berminyak seperti saya ni, minyak tadi akan melambatkan proses penuaan. Hehehe. Tapi jerawat senang hinggap lah bila salah penjagaan. Hukhuk =p

Next entry, saya nak berkongsi cara-cara penjagaan kulit muka mengikut kategori/jenis pula, ok?
Stay tuned.. =)
Terima kasih kerana sudi membaca ^_^



Friday, April 18, 2014

Herblax Shaklee Mengatasi Masalah Sembelit

Assalamualaikum..
Selamat hari Jumaat :)
Antara amalan-amalan mulia di hari Jumaat adalah membaca Surah Al-Kahfi.. Jadi, jangan lupa ya, recite this surah.. Banyak pahala boleh dikutip :)



Ok, entry hari ni nak kongsi mengenai kehebatan produk laris Shaklee ni.. Sebelum ni, produk ni dah out of stock seluruh Malaysia dalam 6 bulan! Bila restock semula, sekejap sahaja, tak sampai 2 minggu dah habis stok semula! Hihi.. Hebat kan?


Herblax sangat lah membantu dalam mengatasi masalah sembelit saya. Saya memang jenis susah membuang semenjak dari bila saya pun tak ingat, dari kecil lagi lah agaknya.. ;p Membuang hanya selepas tiga hingga empat hari sekali! Seksa kan? Berapa banyak toksin dalam badan saya yang terkumpul dari segala makanan yang saya baham (ok, gelojoh sangat bunyinya!). Haha.. Sebelum kenal herblax, memang saya seksa sangat nak membuang. Saya akan duduk termenung (baca brainstorming yer..hihi) dalam bilik kecil tu at least 10-30mins.. Kadang-kadang keluar semula tanpa hasil pun =p


Ok, banyak merepek dah saya ni.. Tapi, itulah kisah saya sebagai seorang yang punya masalah sembelit ni.. hihi.. Dah kenal herblax yang hebat, memang best! Saya membuang tanpa masalah lagi.. Hanya telan 4 biji herblax sebelum tidur, esok pagi, confirm akan membuang.. Yang bestnya, masuk kurang 5 minit dah setel.. Sangat-sangat melegakan =) Tiada lagi keluar dari bilik kecil dengan perasaan tidak puas hati, melainkan dengan perasaan puas hati dan happy sambil mengusap-usap perut yang dah kempis.. Ekekeke.. Tak percaya?? Cubalah!


Jom tengok kebaikan herblax ni dalam menjaga dan membersihkan usus kita :)

Manfaat utama Herblax adalah:

  • Membersihkan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba

Siapa perlu amalkan Herb-lax ni?  

  • mereka yang merupakan pengamal tegar ubat tahan sakit
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit, perkumuhan yang kurang lancar dan yang banyak jerawat.
  • Pesakit gout
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan supplemen. 

Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan supplemen akan lebih cepat dan berkesan. 


Hubungi saya:
Contact: 0163031954
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya 

Thursday, April 03, 2014

B Complex Shaklee : kepentingannya untuk tubuh kita

KENAPA BADAN KITA MEMERLUKAN VITAMIN B-COMPLEX

Badan kita memerlukan vitamin B yang mencukupi bagi membantu proses penghadaman, iaitu pertukaran makanan kepada tenaga serta memastikan kesihatan saraf sekaligus meredakan tekanan dan sakit kepala. Sebab itu, dalam program kesihatan Shaklee, B Complex merupakan salah satu supplemen asas yang wajib diambil untuk kebaikan dan kesihatan badan secara menyeluruh.


Kelebihan B-Complex Shaklee

B complex Shaklee adalah berbeza dengan kebanyakan B-complex yang berada di pasaran.
Hal ini terbukti apabila para saintis telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh-serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah bersifat  sintetik.

Selain itu,  B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Ciotin dan Asid Folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui system pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.

KEBAIKAN DAN MANFAAT VITAMIN B- COMPLEX DARI SHAKLEE 

1. Dapat menukar makanan kepada tenaga 

Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.


2. Melawan tekanan 

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan dan mengurangan kemurungan serta insomnia.

3. Membantu Tumbesaran 

Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4.Rambut beruban dan gugur

Membaiki masalah kulit kepala dan kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata

Mengurangkan masalah keletihan mata dan mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasaan memori dan daya pemerhatian/daya fokus.

6. Dapat mencegah anemia

Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

7.Meredakan senggugut 

Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah perlcche

Dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah serta nafas berbau.

9.Detoksifikasi

Meredakan alahan.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Oleh itu…bermula dari hari ini bekalkanlah badan kita dengan vitamin B-complex yang secukupnya….
Walaupun hanya 1 biji sehari. Pelbagai khasiat boleh dibekalkan kepada badan kita bagi melancarkan segala proses di dalam  tubuh kita.

Hubungi saya:
Contact: 0163031954
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya 

Thursday, March 13, 2014

Lecithin & Kebaikannya


Kepentingan Lecithin:

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin:

  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin:

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK 

  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  •  Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA

  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN

  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL

  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
      
        Cadangan pengambilan:

      2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)
      
      Hubungi saya:
Contact: 0163031954
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

Wednesday, March 12, 2014

Lecithin: Fakta mengenainya

Assalamualaikum..

Hari ini kita berkongsi tentang lecithin. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.. Sebab itu lecithin terkenal sebagai pemecah lemak dan berada di dalam kumpulan set kurus Shaklee.. Namun, tahukah anda akan fakta mengenai kelebihan-kelebihan lecithin ni? 

Mari baca..

Lecithin adalah lipid yang kebanyakannya terdiri daripada choline, yang mana juga termasuk inositol , fosforus, dan asid linoleik. Lecithin membantu mencegah arteriosklerosis, memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular, memperbaiki fungsi otak, membantu menjaga hati dan buah pinggang agar sihat, membantu dalam penyerapan thiamin dan vitamin A, dan juga boleh membantu untuk membaiki kerosakan hati yang disebabkan oleh alkohol - nutrien ini adalah penting untuk setiap sel hidup pada tubuh manusia.

Choline dan inositol yang terkandung dalam lesitin berupaya mengelakkan pengerasan arteri dan penyakit jantung dengan menggalakkan pemprosesan lemak dan kolesterol secara normal. Lesitin sendiri membantu untuk mengikat lemak dan kolesterol bersama air supaya mereka boleh melalui badan sepenuhnya dan bukannya menyebabkan pembentukan berbahaya di jantung atau hati. Membran sel, iaitu sarung perlindungan yang mengelilingi otak dan sel-sel saraf juga mengandungi bahan lemak yang sangat penting ini.

Choline yang terdapat dalam lesitin membantu menghasilkan asetilkolina badan, juga merupakan bahan yang bertindak sebagai utusan kimia untuk bahagian-bahagian sistem saraf, dan menjadikan ianya penting untuk fungsi ingatan otak. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mengambil lesitin mempunyai peningkatan yang ketara dalam skor ujian ingatan dan masalah daya ingatan yang lebih sedikit daripada mereka yang mengambil plasebo. Dr Safford , yang telah menjalankan kajian menyatakan lesitin dan makanan tambahan choline sememangnya berupaya untuk meningkatkan daya ingatan. Menurut Dr. Safford lagi manfaat kesihatan lesitin boleh dilihat serta-merta. "Perkara yang menarik tentang lesitin ialah apabila ia membantu , ia adalah segera. Ia adalah salah satu daripada beberapa bahan seperti alkohol, yang melintasi halangan darah otak dan menghasilkan tindak balas serta-merta."

Lecithin terdapat dalam pelbagai jenis makanan. Sumber yang baik termasuk kubis , kubis bunga , kacang kuda , kacang hijau, kacang merah , kacang soya , jagung , kacang perpecahan , hati lembu , telur, yis bir , bijirin , kekacang , ikan, dan germa gandum. Ia juga merupakan bahan tambahan makanan biasa untuk ais krim, marjerin , mayonis , dan bar coklat.

Lecithin juga boleh didapati dalam kedua-dua makanan tambahan semula jadi dan tiruan. Pengambilan satu kapsul 1,200 miligram sebelum setiap waktu makan dapat membantu tubuh mencerna lemak dan vitamin larut lemak seperti vitamin A, vitamin E, dan vitamin D. Kedua-dua soya lesitin dan produk lesitin telur boleh didapati. Lesitin telur boleh membantu memudahkan gejala AIDS , herpes , sindrom keletihan yang kronik, dan gangguan autoimun lain, tetapi penyelidikan lebih lanjut mengenai rawatan lesitin dalam perkara ini adalah tidak meyakinkan buat masa ini.


Tidak ada Recommended Dietary Allowance ( RDA) untuk lesitin, tetapi kebanyakan doktor mencadangkan dua sudu granul lesitin ditaburkan pada makanan setiap hari ( yogurt , sup, bijirin, dan lain-lain ). Dos yang berlebihan lesitin boleh menyebabkan pening, loya dan muntah-muntah , jadi jangan mengambil Dos yang tinggi bagi tambahan ini tanpa arahan doctor.

Terima kasih kerana meluangkan masa.. Info sangat berguna kan? 

Sunday, March 09, 2014

Cegah Buasir dengan Shaklee

Assalamualaikum..

Semalam, adik saya memberitahu bahawa dia ada buasir.. Jadi, hari ini merasa terpanggil untuk berkongsi berkenaan penyakit buasir ini. Apa yang menyebabkan buasir, apakah keburukan jangka masa panjang, dan bagaimana set buasir Shaklee boleh membantu melegakan sakit buasir.

Apabila meng'google' mencari info untuk buasir ni, bila terlihat pada imej2 buasir yang ada dalam internet, rasa nak termuntah, seram, kesian, bercampur baur. Huhu. (anda boleh lah melihat sendiri yer, saya tak sanggup nak letak dalam blog :)

Adakah Anda Sedang Mengalami Masalah-masalah Seperti Berikut?

  • Selalu rasa sakit ketika membuang air besar & najis terlalu keras?
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut di bahagian dubur?
  • Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar?
  • Darah berwarna merah cair menitis atau tersembur keluar dari saluran dubur?
  • Rasa gatal, panas dan tidak selesa pada lubang dubur?
  • Rasa tidak selesa pada bahagian dubur semasa berdiri dan mencangkung?
  • Ada benjolan terkeluar semasa mencangkung?
BUASIR kini menyerang tak kira tua atau muda.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Jenis-jenis buasir 

Mari kenali jenis buasir. Buasir terbahagi kepada dua:
  • Buasir dalaman

Selalunya tak sakit dan gatal sebab kat dalam. Jadi tak la rasa cuma bila kita meneran atau ada gangguan dekat laluan najis sewaktu membuang air besar, ianya boleh cederakan permukaan buasir dan boleh menyebabkan pendarahan. Titisan merah cerah akan kelihatan.
  • Buasir luaran

Yang ni yang selalu kita dengar sakit, pedih dan gatal kat bahagian dubur. Lagi teruk kalau buasir ini tersepit dan bekalan darah akan terputus menyebabkan bekuan darah akan terjadi didalamnya. Jika ini terjadi, memang sangat azab lah sakitnya. Buasir jenis ini juga ada potensi untuk berulang lagi walaupun sudah dirawat.



Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, tetapi ianya adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.
Punca Penyakit Buasir

Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasir ialah:

  • Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

  • Masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

  • Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

  • Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
(Sumber: www.anispharmacy.com)

UBAH GAYA HIDUP anda & CEGAH simptoms dengan supplemen SHAKLEE !!!

Berikut adalah cadangan untuk mengatasi masalah sakit buasir.
  1. Ostematrix
  2. OmegaGuard
  3. Zinc Complex


 OSTEMATRIX
Bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD :
Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX :
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Testimoni

Mari tengok testimoni pengguna yang telah menggunakan Set Buasir Shaklee :) 




Rawat penyakit buasir anda sebelum ianya menjadi lebih parah. Anda pasti tidak mahu melalui pembedahan untuk membuang buasir bukan?


Dapatkan set buasir Shaklee dengan menghubungi saya. Konsultansi percuma diberikan.. InsyaAllah saya akan membantu memberikan cadangan yang sesuai mengikut bajet anda. 

Hubungi saya untuk cadangan yang bersesuaian dengan bajet dan tahap diabetes anda :)

Pengedar Shaklee anda yang sah

Elda Malissa Sangit (SID: 1063253)
Whatsapp/sms/call: 0163031954
FB Page: https://www.facebook.com/healthybetteryou
Personal FB: https://www.facebook.com/eldamalissa

Diabetes: Punca dan komplikasinya kepada pesakit

Kencing manis atau diabetes adalah satu keadaan yang berlaku apabila tahap gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa. Kencing manis berlaku apabila pankreas dalam badan tidak menghasilkan insulin atau apabila badan kita sudah tidak sensitif dengan insulin dalam badan.





Apabila insulin gagal dihasilkan atau tidak berfungsi dengan baik, ia tidak dapat membawa masuk glukos atau gula ke dalam sel dan tisu badan kita sebagai simpanan. Akibatnya, darah akan mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi untuk sel-sel badan kita. Secara amnya, seseorang dianggap menghidap penyakit kencing manis apabila kadar gula dalam darah semasa berpuasa lebih daripada tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah daripada tahap 11. (sumber)


Kencing manis terbahagi kepada 3 jenis:
  1. Jenis 1 - jenis ini biasanya bergantung kepada insulin. Kebiasaannya, ia berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.
  2. Jenis 2 - jenis ini tidak bergantung kepada insulin. Kebiasaannya, ia selalu dihidapi oleh golongan orang berumur atau mempunyai berat badan berlebihan (obestiti).
  3. Jenis 3 - kencing manis semasa mengandung (gestational diabetes). Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 



Apakah pula komplikasi daripada penyakit kencing manis? 

Pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis ini adalah berisiko:
  • menjadi buta, 
  • mengalami komplikasi buah pinggang,  
  • masalah jantung, strok dan gangren - selalunya mengakibatkan amputasi kaki akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman kronik.




Punca kencing manis

Penyakit kencing manis disebabkan oleh beberapa faktor. Di antara punca utama yang dikenal pasti adalah:
  • berat badan berlebihan (obesiti),
  • faktor keturunan, 
  • tahap kolesterol tinggi, 
  • stres atau tekanan emosi berlebihan dan berterusan, 
  • pengambilan alkohol yang banyak, 
  • amalan pemakanan tidak berkhasiat atau tidak seimbang, 
  • kurang membuat aktiviti fizikal (senaman) dan 
  • tekanan darah tinggi.


Tanda-tanda awal kencing manis

Tanda awal seseorang mula menghidap kencing manis adalah 
  • penurunan berat badan mendadak, luka lambat sembuh, 
  • sering buang air kecil, 
  • selalu lapar dan haus yang luar biasa, 
  • kabur penglihatan, 
  • rasa kebas di kaki dan tangan, 
  • otot lemah, 
  • sentiasa letih, 
  • cepat marah dan
  • bagi wanita, gatal di bahagian kemaluan.


Langkah pencegahan/merawat

Langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk merawat dan mencegah penyakit kencing manis adalah:

  • mengambil makanan dan diet seimbang,
  • melakukan senaman dengan kerap, 
  • mengawasi kadar gula dalam darah, 
  • tidak merokok dan 
  • mengawal berat badan.
Dari segi perubatan moden, penyakit kencing manis tidak dapat diubati, tetapi boleh dikawal. Di Shaklee, kami menawarkan nutrisi /supplemen untuk mengawal / mencegah penyakit kencing manis ini. 

Melalui Shaklee Diabetes Care Programme, kebaikan yang pesakit perolehi adalah seperti:
  • mengekalkan paras gula normal dalam darah
  • menggalakkan kesihatan jantung
  • melegakan rasa kebas dan semut-semutan
  • membantu dalam penyembuhan luka
Antara cadangan yang disyorkan adalah:

  1. Vitalea
  2. Zinc Complex
  3. Sustained Release Vit C
  4. GLA Complex
  5. ESP

Vitalea Multivitamin – mengandungi 28 jenis multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum

Zinc Complex - Meningkatkan sistem imun badan. Menolong penyembuhan dan masalah jeragat. Kesihatan prostat. Meningkkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ

Sustained Release Vit C - Anti-oksidan semulajadi. Berupaya mengekalkan integriti sel badan. Menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat. 


GLA Complex - Mengurangkan simptom seperti gatal, bengkak, menggelupas, kekeringan dan simptom sakit sendi. Berkesan untuk kemurungan. Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol


Energizing Soy Protein (ESP) - Protein yang terkandung dalam ESP terdiri daripada asid amino yang membentuk sel dalam badan. Protein ini menghasilkan kolagen yang penting sebagai pengikat tisu kulit untuk menyembuhkan kulit yang luka dengan cepat. 







"Kepentingan pengambilan makanan berzat dan yang tidak memudaratkan badan turut ditekankan di dalam al-Quran seperti di dalam firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 168 yang lebih kurang bermaksud “Hai manusia! Makanlah sebahagian daripada makanan yang ada di bumi ini yang halal dan baik."



Hubungi saya untuk cadangan yang bersesuaian dengan bajet dan tahap diabetes anda :)

Pengedar Shaklee anda yang sah

Elda Malissa Sangit (SID: 1063253)
Whatsapp/sms/call: 0163031954
FB Page: https://www.facebook.com/healthybetteryou
Personal FB: https://www.facebook.com/eldamalissa