Wednesday, February 19, 2014

Masalah Rambut Gugur



Haha.. kalo jadi macamni, seram juga, ye tak??

Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.
Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.
Secara umumnya, hormon endrogen yang terhasil akibat berada di dalam keadaan tertekan boleh menjadi faktor utama kepada masalah ini. Keguguran rambut adalah sangat berkait dengan masalah kesihatan dan kekurangan nutrisi. Selain itu, ada juga yang disebabkan oleh gaya hidup seseorang seperti pemakanan yang tidak sihat, merokok dan sebagainya. 
Mari lihat dengan lebih terperinci apakah Punca-Punca Rambut Gugur Berlebihan
1. Gangguan pada Kelenjar Tiroid
Rambut gugur adalah satu tanda seseorang itu mengalami gangguan pada kelenjar tiroid samada ianya hypotiroid atau hipertirod (tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi). Kelenjar tiroid mengalawal pertumbuhan sel badan. Oleh itu jika terganggu maka akan turut merencat kitaran pertumbuhan rambut yang normal. Biasanya disamping masalah rambut, pesakit tiroid turut mengalami masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurus, sensitif dengan cuaca panas atau sejuk, dan mempunyai kadar denyutan jantung yang tidak stabil

2. Hormon Yang Tidak Stabil atau PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)
Jika anda mengalami gejala rambut gugur beserta dengan masalah seperti haid tidak teratur, sukar hamil (masalah kesuburan), jerawat yang banyak dan berterusan, obesiti -  anda mungkin mengalami masalah hormon yang tidak stabil atau gejala PCOS.

Ini kerana hormon kelakian (androgen) dihasilkan dalam kadar yang lebih dari sepatutnya dan menyebabkan pertumbuhan bulu yang lebat di muka & badan tetapi semakin menipis di kepala.

Bagi wanita yang menopous, gejala rambut gugur akan berlaku disebabkan perubahan hormon.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah Hormon Tidak Stabil dan PCOS, sila KLIK disini dan sini

3. Kesan Selepas Kehamilan
Ketika kehamilan, kedaan rambut berada di peringkat terbaik kerana aktiviti hormone di peringkat yang optimum. Keguguran rambut bermula setelah melahirkan, kerana hormon wanita secara tiba-tiba berubah dan menyebab ketidakstabilan. Selalunya keguguran ini bermula setelah empat bulan melahirkan anak dan berterusan selama dua bulan.

4. Kesan dari Ubat-Ubatan atau Pil Perancang Kehamilan
Ubatan untuk sesetengah rawatan boleh memberi kesan keguguran rambut terutamanya ubatan yang mengawal tekanan darah, penyakit jantung, artritis atau depresi.

Bagi wanita yang sihat, mempunyai berat yang sesuai, mempunyai kitaran haids yang tetap, makan makanan berkhasiat tetapi menggunakan pil perancang keluarga, boleh menyebabkan hormon dalam badannya menjadi tidak stabil. Akibatnya ia menyebabkan keguguran rambut.
Berlainan dengan wanita yang mempunyai kitaran haids yang tidak teratur, dan beliau memakan pil perancang untuk menstabilkan hormon, pengambilan pil perancang ini akan menyebabkan rambutnya lebat dan kekal sihat.

5. Kekurangan Nutrisi Penting dalam Diet
Diet yang tidak seimbang turut menjadi faktor, terutamanya jika kekurangan zinc atau protein. 

Zinc penting untuk pertumbuhan sel yang normal. Kekurangannya akan melemahkan sel & melambatkan penyembuhan luka. Untuk kes rambut gugur, kekurangan zinc akan melemahkan sel di kulit kepala dan meningkatkan keguguran rambut. Disamping itu, rambut juga akan kelihatan kusam dan cepat beruban. Sumber semulajadi zinc dan protein banyak terdapat dari sumber seperti daging, ayam, ikan, makanan laut dan produk tenusu.

Protein turut sama penting untuk pertumbuhan sel yang sihat. 

6. Stress Yang Melampau
Stress akan menganggu fungsi tubuh serta hormon seterusnya mengakibatkan rambut gugur.

Untuk bacaan lanjut mengenai masalah berkenaan masalah rambut gugur, boleh ke sini.. http://drzubaidi.wordpress.com/2010/06/15/keguguran-rambut-fenomena-normal-atau-perlu-dirawat/

Jadi, bagaimana supplement dari SHAKLEE boleh membantu anda untuk mengatasi masalah rambut gugur ini? 

Di sini kami mencadangkan anda untuk mengambil ESP, Zinc Complex, Vita-lea, B-Complex dan boleh add on dengan Revitalizing Shampoo Shaklee..





Ringkasan peranan setiap vitamin dalam membantu anda atasi masalah rambut gugur:

 ESP : ESP adalah serbuk protin. Kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat

 Zinc: Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zinc boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut. 

 Vita-lea: multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone, serta menjaga kesihatan tirod.

 B-Complex: Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. B-Complex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamain B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. kesimpulannya kelebihan B-Complex sangat banyak untuk masalah rambut gugur. 


Nak cuba Zinc dan ESP sahaja dulu pun sudah memadai untuk mengurangkan dan mengawal rambut gugur 

Hubungi saya untuk cadangan produk yang sesuai dan tawaran harga menarik 


Fanpage: HealthyYouHappyMe
Contact: 0163031954 (call/sms/whatsapp) @ 0193537313 (whatsapp only)
COD: Permatang Pauh dan Sungai Petani
Email: mylovehds@gmail.com


Thursday, February 06, 2014

Set Sendi/ Tulang Shaklee

Assalamualaikum.. 

Bersiaran lagi hari ini.. Tapi kali ini dengan SET SENDI/TULANG pula :)


Ada tak antara kita yang mengalami sakit2 sendi ni?? Kalo tak kita pun, bagaimana dengan mak ayah kita di kampung tu? Asyik kita je yang nak kulit cantik, susu banyak, kacak, remaja, apa kata kita bagi pulak Set Joint Health Shaklee yang vitamin 100% semulajadi ni untuk kesihatan ibu bapa kita. Mereka ni kerap sakit-sakit lutut, otot dan sendi, mana lalu asyik kena pantang makan je kan..

Kesian kat ibu bapa kita dah la, dulu sibuk berkerja dan membesarkan kita, bila tua selalu sakit-sakit tulang dan sendi. Jadi kita boleh bantu legakan sakit sendi mereka dengan hadiahkan Set Sendi/Tulang SHAKLEE ni, kan ke boleh gembirakan mereka.. Hanya dengan menghulurkan duit semata-mata sahaja tak dapat menggembirakan mereka.. Tetapi, bagaimana kita menjaga dan mengambil berat tentang kesihatan mereka adalah lebih utama. Betul tak?

Sebelum tu, mari belajar bagaimana sakit tulang atau lebih dikenali dalam bahasa mediknya, osteoarthritis terjadi.. Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.


Biasanya penyakit ini dialami oleh orang-orang tua. semakin tua seseorang itu maka semakin tinggi potensi mereka untuk dapat osteoarthritis ini. jadi, saya amat galakkan mereka untuk mengamalkan set sendi, lutut dan tulang ini. Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.
Jadi, apa yang ditawarkan dalam Set Sendi/Tulang dari SHAKLEE ini adalah:

1. Advance Joint Health Tablet
2. Ostematrix
3. OmegaGuard



Bagaimana ianya bertindak merawat sakit sendi??
Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
OmegaGuard Shaklee adalah omega 3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi.. Sekaligus ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega 3 juga bertindak sebagai pelincir dalam membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat
Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Kesan dari pengambilan set lengkap Set Sendi/Tulang ini berupaya untuk:-

1. Meningkatkan kesihatan sendi optimum
2. Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan     dan struktur untuk sendi.
3. Membantu mengekalkan tulang yang kuat.


Testimoni:



Mari hadiahkan satu set untuk mak ayah kita. Tak mahal mana pun :)

Hubungi saya untuk konsultansi percuma..


Fanpage: HealthyYouHappyMe
Contact: 0163031954 (call/sms/whatsapp) @ 0193537313 (whatsapp only)

COD: Permatang Pauh dan Sungai Petani 
Email: mylovehds@gmail.com

Apa punca jerawat??


Jerawat adalah bagai mimpi ngeri pada kaum wanita.. Jika yang tak biasa tumbuh jerawat tu, bila tetiba bangun pagi, belek muka kat cermin, tengok ada jerawat sebij, mesti rasa cam nak picit jerawat tu bagi hilang dengan cepat.. Atau ada mungkin yang terus rasa tak nak keluar rumah, segan, malu hanya kerana sebutir jerawat.. Tsk tsk tsk.. Kalo yang muka memang sedia ada masalah jerawat tu, rileks jer.. macam saya.. hehe.. nak buat macam mana, tak bernasib baik punya kulit yang halus mulus macam orang lain.. huhu.. Tapi, apa2 pun, mari kita kenali punca2 jerawat ni.. :)

Artikel ini saya dapat dari sini, perkongsian yang bermanfaat oleh Dr. Hasseenah :)


Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia. Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.
Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh, bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.
Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat. 
Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut.
Jadi, bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? Selain mengubah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting seperti berada di kawasan berkelembapan tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan juga penggunaan kosmetik yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.
Oleh itu apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka?
1. Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.
2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.
3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.
4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.
5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.
6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.
7. Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.

Ini saya jumpa versi senang baca dan dalam point. Antara punca jerawat adalah (sumber

  • Ketidakseimbangan hormon. Masalah hormon tak seimbang ni memang selalu terjadi. Masalah ini boleh dilihat pada perempuan yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Jerawat selalu akan naik sebelum, semasa, atau selepas haid. 
  • Diet pemakanan. Pengambilan makanan berlemak, bergula, dan berminyak yang berlebihan boleh menyebabkan jerawat naik. Makanan seperti chocolate dapat membantu kita mengurangkan stress, tetapi akan menyebabkan jerawat jika makan berlebihan. Digalakkan banyakkan makan makanan organik seperti sayuran dan buah-buahan. 
  • Biologi berevolusi. Perubahan usia juga menyumbang kepada masalah jerawat ini. biasa la masa muda kulit bersih , umur meningkat ja jerawat mula naik.
  • Kekurangan vitamin. Kulit muka juga memerlukan vitamin. Digalakkan mencari vitamin yang sesuai untuk kesihatan kulit muka. Makan supplement lebih efektif berbanding menggunakan barang komestik.
  • Stress. Mereka yang stress ini selalunya akan naik jerawat pada bahagian dahi.
  • Sembelit. Bila sembelit, banyak pulak toksik terkumpul dalam badan dan jerawat pun naik dengan sihatnya. Minum soya boleh kurangkan masalah sembelit ni. dan org yang ada masalah sembelit ni selalunya jerawat naik di kawasan dagu atau kawasan mulut. hehehe
  • Terlalu banyak minum minuman bergas dan berkafien. Kedua-dua jenis minumam ni tidak elok pada kesihatan. Lebih baik jika dikurangkan penggunaannya. Badan sihat, kulit pun cantik. Minum minuman kafein pon boleh melambatkan proses penurunan berat bdn tau. utk yg nak kurus , kurangkan lah minum nescaffe atau kopi tau.
  • Kurang minum air. Minum air secukupnya untuk kulit sihat, tapi kurangkan minum minuman bergula. Tak sehat!!!
  • Berjaga malam. Kulit muka juga memerlukan rehat, kerana masa tidurlah sel sel pada kulit muka akan diperbaharui. Saya pernah terbaca dalam majalah yang mengatakan masa paling sesuai untuk sel kulit diperbaharui adalah di antara pukul 12 malam hingga pukul 2 pagi. 
  • Tersalah pilih barang kosmetik. Barang kosmetik juga boleh jadi punca masalah jerawat di muka. Sesetengah bahan dalam barang kosmetik tersebut boleh menyebabkan pori pori di muka tersumbat. Perlu baca bahan-bahannya dulu sebelum membeli. Jika kamu mengalami masalah jerawat, digalakkan memilih barang kosmetik yang berasaskan air. jgn bila tgk org lain pakai cantik , kita pon nak jugak try . kosmetik bergantung kpd jenis kulit jugak tau.

Apa pun masalah perlu dikenalpasti puncanya terlebih dahulu sebelum mencari jalan penyelesaiannya. :)

Mahu tak kulit cantik tanpa make up dengan Set Kecantikan Shaklee?

Dengan Set Kecantikan SHAKLEE;
♥ Tak perlu susah nk cuci make up bila nak solat
♥ Tak perlu tepek make up utk tutup jerawat,parut dan pori besar kat muka
♥ Tak perlu cucuk sana sini nak bagi kulit tegang dan anjal
♥ Tak perlu touch up2 muka sebab muka berminyak
♥ Tak perlu habis ribu riban gi buat facial treatment
♥ Tak perlu tanggung risiko kesan bahan kimia berbahaya yg
♥ Tak perlu susah2 cari kat kedai yg harganya jauh lebih mahal sbb saya jual jauh lagi murah ;)

Bonus! Anda sihat luar dan dalam.. :) Memang Best! Cuba dahulu baru tau kan? hehe.

Terima kasih rajin membaca coretan saya :)

Hubungi saya untuk konsultansi percuma dan untuk pesanan pada harga sangat istimewa!

Email: mylovehds@gmail.com
Fanpage: HealthyYouHappyMe
Contact: 0163031954 (call/sms/whatsapp) @ 0193537313 (whatsapp only)

Set Kecantikan SHAKLEE [Testimoni]

OK, di sini nak kongsi testimoni kakak2 yang telah cantik dengan hanya mengambil Set CANTIK SHAKLEE ni :) 

Yer, diulangi, hanya dengan mengambil VITAMIN E, VITAMIN C DAN B COMPLEX SAHAJA! Tanpa cucuk botox, belum ambil kolagen lagi.. Hihi.. Jeles tak? Jeles kan?? 

Kena juga tunjuk testimoni kan, kalo tak nanti susah nak percaya betul ke tak rpoduk ni boleh cantikkan muka.. Hehe.. Cubalah, anda pasti tak menyesal.. (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)


(B-complex, SR Vita C, Vita E dan ESP)


(Vita E, SR Vita C dan ESP)



(Vita E, SR Vita C, GLA Complex dan ESP)

(B-complex, SR Vita C, Vita E dan Omegaguard)


Rawat sekarang sebelum terlambat.. Best kan vitamin Shaklee ni. Macam-macam pilihan boleh pilih. Pendek kata, setiap produk Shaklee ni mempunyai lebih dari satu manfaat. 

Contohnya, Omegaguard lebih popular digandingkan dalam SET KURUS SHAKLEE, tetapi ianya juga sangat membantu dalam mendapatkan kulit yang sihat dan cantik :)

Jom dapatkan set kecantikan anda hari ini
^_^


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Hubungi saya: Elda Malissa Sangit
FB : https://www.facebook.com/eldamalissa 
FanPage: https://www.facebook.com/healthybetteryou 
Email: mylovehds@gmail.com 
Contact: 0163031954 
COD area: Sg.Petani dan Permatang Pauh & Seberang jaya

Thursday, January 30, 2014

Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu

Assalamualaikum

Sihat hari ni? Harap semuanya sihat belaka yer.. :) Nak tingkatkan kesihatan? Marilah jadi pengguna produk Shaklee ni.. Dijamin berkesan, selamat dan mesra alam.. Hihi

Ok, hari ni nak share tentang kombinasi vitamin untuk kulit cantik dan gebu, terbaik hanya dari Shaklee!

Cakap pasal kulit cantik ni, semua orang nak cantik.. Yer tak?
Yang kulit dah cantik pun nak cantik lagi! Nak bagi kulit tegang, gebu.. 
Tu yang ada sampai cucuk botox, buat plastic surgery pasal nak bagi hidung mancung, bibir mungil, pipi terserong-serong.. Eh, silap peribahasa pula.. Ahaks.. 

Ada yang dah alami masalah kulit muka ni semenjak dari zaman belajar lagi dan tak elok2 sampai sekarang? Dah cuba pelbagai produk untuk merawat kulit muka, tapi masih tak membuahkan hasil yang diingini.. Tak bertambah baik pun, masih seperti dulu.. Kulit kusam, parut jerawat yang sangat ketara, muka berminyak! Arghh!! Berapa dah berhabis yer untuk merawat muka jer??

Hmm.. ok, di sini saya nak kongsikan set kecantikan yang terbaik dari SHAKLEE ni.. Apa istimewanya set kecantikan dari SHAKLEE ni? Kenapa kakak-kakak dan adik-adik patut cuba amalkan set kecantikan dari SHAKLEE ni? Banyak lagi brand terkenal kat luar sana yang meletup dan iklan di tv tiap 30 minit.. 

Ini kerana, barangan kecantikan yang ada di pasaran kebanyakannya adalah untuk penjagaan luaran semata2.. Tetapi berlainan dengan set CANTIK SHAKLEE ni.. Kerana ianya menjaga kulit kita dari dalam; sebab dari situlah datangnya pelbagai masalah.. Contoh, kalo kulit cantik gebu, tapi hati penuh hasad dengki, muka kita tetap buruk pada pandangan orang.. Betul tak? Haa..

Ok, membebel banyak pula.. saya ni memang macamni, sesuai sangat jadi pensyarah.. hihi.. (kesian pada pelajar2 saya :p)

Mari tengok apa yang ada dalam SET KECANTIKAN SHAKLEE ni..


SET KECANTIKAN SHAKLEE ASAS adalah kombinasi Vitamin B Complex, Vitamin E dan Vitamin C

Vitamin B complex :
Ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C :
Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E :
Terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Selain itu, untuk kesan optimum, kakak-kakak adik-adik boleh add on ESP, hot produk SHAKLEE ni untuk dapatkan kulit yang cantik dan gebu :)


Protien :
Sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Peringatan! Untuk penyerapan vitamin yang lebih berkesan, mesti minum air yang mencukupi ~ 2-3 liter sehari! :)
Air: sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.. (macam saya sungguh..huhu)

Nak tengok testimoni pengguna-pengguna set ini yang telah berjaya mencantikkan wajah mereka?? Klik sini yer :)
Kisah saya sendiri pula di sini.. 






Saturday, January 25, 2014

Kurus yang sihat ^__^

KURUS

Hmm.. semua orang nak kurus, betul tak? Sebab apa nak kurus yer?? 
Antara alasannya:
Senang nak cari baju (macam kat pasar raya tu semua jual baju kecik2 jer.. hihi)
Mudah pergerakan.. hmm, yang kurus selim pun belum tentu mudah bergerak, dah pemalas! huhu
Tinggi keyakinan diri.. ada kaitan ek? tu semua kita punya mindset ja.. 
Malu dengan kawan2 yang badan selim melim tu.. Huhu..so, jangan kawan dengan org yang kurus selim tapi dalam masa yang sama kita rasa pandangan dia seolah2 memerli ^__^
Yang lebihnya anda senaraikan sendiri lah yer..:)
Tuhan jadikan kita ni berlainan dan unik mengikut penciptaanNya.. Lain warna kulit, warna mata, lain SAIZ, masing2 ada keistimewaan tersendiri.. Pada saya, apa yang penting adalah bagaimana kita membawa diri kita tu :)
Jadi..
Yang badan berisi tu pun bukan berdosa pun :) Jangan bagi mereka that JUDGEMENT LOOK okay! Cuma mungkin bila berkata dari sudut kesihatan, kegemukan sering dikaitkan dengan mudahnya mendapat penyakit.. Tapi, tentang penyakit ni saya serahkan pada pakar2 untuk mengulas :)

Jadi, entry saya hari ini adalah khas untuk sesiapa yang berhasrat INGIN menurunkan berat badan ataupun kurus

Bila kita nak kurus, bukan sekadar nak kurus, hilang berkilo2, tapi badan jadi lemah, tak sihat dengan cara diet@pantang larang yang salah, yang akhirnya memudaratkan diri sendiri..

Mestilah kita nak kurus secara sihat, betul tak murid2 ? ^__^

Okay, mari saya kongsikan satu perkongsian yang sangat baik yang saya peroleh dari blog salah seorang Master Shaklee:)

Kurus yang sihat bukan sekadar turun berat badan.

20140123-132407.jpg

Turun berat badan tak semestinya kurus yang sihat.
Badan kita mengandungi beberapa komposis, dan yang terbesar menyumbang kepada berat badan adalah lemak, otot dan air. Semakin banyak lemak dalam badan, semakin banyak kandungan air, dan semakin perlahan metabolisma membakar kalori. Semakin tinggi berat otot (muscle mass), semakin berkesan tubuh kita membakar lemak.
Secara ringkasnya, otot membakar lemak. Jadi untuk membuang lemak-lemak yang ada ialah dengan membina otot.
Otot pula lebih berat dari lemak. Kerana ini ramai yang ‘tertipu’. Dah diet, bersenam tapi kenapa berat tak turun-turun? Dalam program penurunan berat badan yang natural, fokus utama ialah untuk menurunkan peratusan lemak, dan menambah berat otot. Oleh itu berat badan mungkin sama, tapi kita akan mendapati mengalami ‘inch loss’ atau ukuran badan yang semakin mengecil walaupun berat tak turun.
20140123-132334.jpg


Ini kerana otot badan kita sudah berkembang dengan baik dan sihat. Bila otot sihat, muscle mass bertambah, keupayaan tubuh membakar lemak menjadi lebih baik.
Ramai yang kecewa bila berat tak turun tapi baju seluar makin longgar. Jangan risau! Itu tandanya tubuh anda sekarang adalah mesin pembakar lemak yang baik!

Here we come to the promotion phase! ...Drum roll...Hehe..

Nak kurus secara sihat? 

SHAKLEE ada solusinya

Set KURUS yang ternyata berjaya memuaskan hati ramai pengguna dan masing2 berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya :)


Ejen Detoks:
Alfalfa / Herb-Lax

Ejen Pembakar Lemak
Omegaguard / Lecithin

Pembina Otot:
ESP / Cinch 

*Cinch Shake Mix Shaklee adalah program Inch Loss yang menumpukan untuk pembinaan otot yang sihat.



Secara amnya, ini bagaimana ia bertindak:
1. Cuci kolon & usus pakai HERB-LAX untuk buang mukoid (Kerak usus)
2. Pecahkan lemak pakai LECITHIN. Biar ia larut dlm darah
3. Bakar lemak dalam darah tu menggunakan CINCH TEA
4. Selain cinch tea, otot kita juga boleh membakar lemak. Ingin menambah atau paling tidak pun mengekalkan otot yg ada, minum ESP + CINCH SHAKE.
5. Serap & angkut segala toksin, lemak2 terumpai dari hasil pembakaran lemak tadi menggunakan ALFALFA. Alfalfa akan membawa sampai ke kolon.
6. Sekali lagi, HERB-LAX bertindak dengan membantu pembuangan lebih lawas

:: NOTA KAKI ::
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan diet untuk menurunkan berat menyebabkan anda kehilangan lemak & otot (ataupun salah satu diantaranya). Apabila anda kehilangan otot, metabolisma tubuh anda menurun dan tubuh anda hilang keupayaan untuk membakar lemak. Apabila anda tidak lagi berdiet, tubuh anda tidak mampu membakar kalori seperti sebelum anda mula berdiet. Jadi, berat badan anda akan lebih cepat naik secara mendadak. Bila anda ulangi diet sekali lagi maka terjadilah kesan diet yo-yo..

Hihi.. Ok, xmau diet yo-yo yer :)