Monday, June 09, 2014

8 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Kesuburan

Tip Mudah Untuk Tingkatkan Kesuburan <<

Dah lama mendirikan rumah tangga, tapi sampai sekarang belum ada rezeki hamil lagi. Dah cuba pelbagai cara nak cuba hamil! Cek dengan doktor, semua normal. Tak ada masalah 'MANDUL' pun, tapi masih tak berjaya hamil. 

Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang sering diterima selepas berkali-kali mencuba tidak semestinya bermaksud anda tidak subur. 

Untuk meningkatkan peluang hamil, ikuti panduan berikut.


1. Hentikan Penggunaan Kaedah Perancang Keluarga
Apabila anda bersedia untuk hamil, hentikan penggunaan apa jua kaedah perancang keluarga yang sedang digunakan. Tidak kiralah sama ada pil, suntikan, implan, IUCD ataupun yang lain-lain. Perlu anda ketahui, ada wanita yang berupaya untuk hamil sebaik sahaja berhenti menggunakan perancang keluarga. Namun, dalam keadaan tertentu, ada tubuh sesetengah wanita mengambil masa yang lama untuk memastikan hormonnya kembali normal.



2. Buang Tabiat Buruk
Sebaik sahaja memutuskan untuk hamil, itulah masa yang terbaik untuk anda dan suami menghentikan tabiat suka merokok mahupun minum alkohol. Ini kerana rokok dan alkohol mengurangkan peluang anda berdua menimang cahaya mata. Malah jika hamil sekalipun, ia akan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran kurang berat badan.




3. Nikmati Kepuasan
Ada sesetengah pakar berpendapat, kepuasan yang anda kecapi sewaktu bersama suami akan meningkatkan peluang kehamilan. Jadi, lupakan hal yang lain. Tumpukan perhatian anda sewaktu berasmara dengan suami. Nikmatilah keseronokan itu sepuas-puasnya.



4. Masa Yang Sesuai
Ketahui hari subur anda. Itulah kunci utama kejayaan untuk hamil. Tanpa mengetahui hari subur yang sepatutnya, peluang untuk sperma dan telur bersenyawa akan menemui jalan buntu. Apa lagi! Kiralah hari subur anda. Namun, untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat anda bolehlah dapatkan kit ovulasi di farmasi berdekatan.

5. Berat Badan Sihat
Wanita yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Untuk mudah hamil, anda disarankan menjadikan senaman sebagai amalan harian. Lagipun, jika berat badan anda ideal, lebih mudahlah anda kembali langsing selepas melahirkan nanti.



6. Relaks
Sama ada tertekan atau mengalami kemurungan, kedua-duanya menyukarkan anda hamil. Jika anda beranggapan kesukaran hamil berpunca daripada masalah ini, lapangkanlah fikiran. Dapatkan bantuan daripada orang-orang tertentu jika masalah anda itu terlalu berat.

7. Kurangkan Kafein
Penggemar kafein! Anda perlu kurangkan pengambilan minuman jenis ini. Jika dahulu anda minum sehingga tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan menyukarkan anda hamil. Selain itu, zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko anda menghidap anemia jika berjaya hamil kelak.



8. Sperma Sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, anda dan suami perlu sama-sama berganding bahu mewujudkan persekitaran mesra sperma. Jadi, elakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma.








credit to pa&ma

INGIN BERUSAHA HAMIL DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE? 



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No : 016 303 1954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

No comments:

Post a Comment