Cerita anak kecil saya, Nur Hannani Dafinah yang sangat gemarkan durian..!
Siapa yang tak suka durian kan? Raja buah, rata-rata semua lapisan masyarakat suka.. Hihi.. Sama lah dengan Dafinah ni..
Kisah semalam.
Semalam kami pergi meminang untuk Pak Ngah depa.. Kat Bedong ja. 30 minit dah sampai.. Hehe..
Masa sampai rumah bakal biras tu, bau semerbak durian dah menyucuk hidung! Ah, sudah.. !
Tengah orang duk bincang hantaran dan belanja kawin, boleh pula si Dafinah ni tetiba dengan suara kuat, tak bersalahnya berkata pada ayahnya: "Ayah, nak uian (durian)." Duk ulang 3,4 kali.. Hihi.. Terpaksa Ummi angkat dia keluar, bawa g jalan2.. Tapi, tak lama lah. Dia nak p kat Wan dia pula. Huhu.
Dah habis berbincang semua, hidangan untuk minuman petang dihidang.. Rupa-rupanya, rezeki Dafinah dapat durian FREE! Durian pulut yang dihidangkan sebagai jamuan untuk rombongan kami. Haha..
Dafinah nampak ja durian dalam dulang, terus minta! Nak tu, nak uian.... Hahaha.. Nak tengok gaya dia makan macam mana??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makan penuh dua belah tangan tau! Tapi, ni bukan gambar semalam. Ni gambar dua minggu lepas, makan durian kat rumah. Hihi.. Camni lah gaya dia makan semalam kat rumah orang! Malu ummi yer.. haha
Tak puas tengok lagi? Hihi.. ok, last picture!
Gaya makan durian yang dah tak ingat orang sekeliling! Semalam dia makan 5 ulas! Ummi pun hanya makan 2 ulas ja.. Memang hantu durian sungguh! Hihi
Kalau balik kampung masa musim durian, mesti best! Yang tak bestnya, makan banyak sangat, lebih2 lagi sekarang cuaca panas, mudah demam. Budak ni pun baru lega demam dua hari lepas.
Ummi ikhtiar jaga kesihatan anak-anak dengan bagi meal shakes. Minuman nutrisi lengkap dari Shaklee :) Minuman berperisa french vanilla yang menjadi kegemaran Damia dan menjadi makanan kegemaran Dafinah juga. Sebab, Dafinah ratah camtu ja meal shakes tu.
T_T
Oh ya, tahukah anda buah durian juga boleh dijadikan sebagai milk booster semulajadi bagi ibu-ibu yang menyusukan anak? Yup, tidak ramai yang mengetahui akan keajaiban buah durian di dalam penghasilan susu ibu. Ianya memang benar :) Sesetengah ibu dikurniakan susu badan yang melimpah ruah apabila makan buah durian atau makanan yang berasaskan buah durian. Walaubagaimanapun, elakkan dari makan terlalu banyak dalam satu2 masa kerana buah durian bersifat panas dan membuatkan suhu badan anda meningkat dan mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan pada perut bayi anda.
Inginkan milk booster terbaik dari Shaklee?
#Alfalfa
#ESP
#Meal Shakes
Hubungi saya 0163031954
Nak call/sms/whatsapp/wechat, anytime, sedia membantu :)
No comments:
Post a Comment