Thursday, June 26, 2014

Turunkan Berat Badan Tanpa Berdiet

Assalamualaikum.. Sihat? 
Lazimnya, nak turunkan berat badan atau kekal ramping memerlukan kita berpeluh, bersenam dengan disiplin yang kuat! Namun, walaupun kita tak bersenam berlari keliling padang, taman rekreasi, atas threadmill atau asyik mengira kalori, masih terdapat banyak cara mudah untuk kita menurunkan berat dan membuang lemak-lemak yang bermaharajalela itu :) Dengan kata lain, menurunkan berat badan secara semulajadi dan spontan ^_^
Bagaimana?

Jom amalkan cara mudah menurunkan berat secara semulajadi dan spontan.

1. Mulakan setiap hidangan dengan segelas air. Fungsinya, badan anda akan sentiasa terhidrat dan akan serta merta merasa kenyang. Sangat membantu anda untuk mengelakkan terlebih makan (overeating). Jangan minum air selepas makan, perut akan buncit! =)


2. Tukar menu hidangan anda kepada yang lebih sihat: Ambil kira kandungan kalori dalam setiap hidangan anda. Contoh untuk menu sarapan, pilih lah Sandwich Tuna + Salad daripada Roti Canai! Perbezaan kalori adalah antara 31 kalori untuk setiap hidangan 90 gram! Lebih kurang je kan, tapi sebenarnya untuk 90 gram hidangan, anda dapat sekeping roti canai, tetapi 3 keping sandwich! Yang mana lebih mengenyangkan? Mestilah 3 keping kan? =) 

Untuk mengetahui kandungan kalori setiap hidangan, boleh lawat laman web ni, kalorimakanan.com (klik). 
3. Kawal kuantiti pengambilan: Jika anda benar-benar ingin menurunkan berat badan atau sekurang-kurangnya mengawal berat ideal, pastikan anda mengambil makanan pada kuantiti yang memadai. Salah satu cara untuk tipu minda anda adalah dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil =) Jadi, bila pinggan dah penuh, secara automatik fikiran mengatakan makanan yang kita ambil dah banyak sangat. 

Kuantiti dalam setiap pinggan adalah sama, tetapi, minda kita akan segera mengatakan makanan paling banyak adalah dalam pinggan yang ketiga. Betul tak? 
4. Banyak bergerak: Bakar lebih kalori bila anda sentiasa bergerak dalam sehari. Tengah rehat-rehat kat ofis tu, bergerak lah ke meja kawan-kawan. Antara naik tangga atau lif, pilihlah naik tangga =) (Semput lah hoi! Takpalah, kata nak turunkan berat kan?) Park jauh sikit dari tangga ofis, makin jauh, makin banyak kalori anda bakar hanya dengan berjalan menuju ke tangga ofis! 

5. Jangan abaikan pengambilan kalori! Kena faham dulu konsep kalori yang baik dan tidak :) (InsyaAllah akan buat entry khas untuk pengambilan kalori yang sihat). Bagaimana cara mudah memberikan kalori atau nutrisi terbaik untuk tubuh anda setiap hari? Boleh sediakan air berperisa seperti dalam gambar :) Mudah sahaja kan? 

Air masak + hirisan buah-buahan segar @ timun @ lobak @ daun pudina

6. Elakkan berlapar terlalu lama: Berlapar sedikit elok untuk tubuh kita, tapi jangan sampai menggigil, lemah lutut bagai dah sebab konon-konon nak elakkan makan sebab takut badan naik! Bila anda menghadap makanan ketika terlalu lapar, anda akan mula makan dengan penuh selera dan berkemungkinan besar akan terlebih makan! Jadi, makan bila anda rasa lapar, dan berhenti setelah anda kenyang. Jangan tersandar kekenyangan, dah kira selamat =) (Choppp! Ini untuk kes di luar bulan puasa yer ;p)
7. Ambil makanan yang mengandungi kandungan protin lebih tinggi dan lebih serat. Jauhi lah makanan yang terlalu yang mempunyai kandungan kalori terlalu tinggi seperti kerepek dan keropok. Makan kacang dan segelas susu sudah memadai, memberi anda rasa kenyang dan sumber yang protein dan serat yang baik untuk tubuh.
Makan malam yang ringan dan lebih awal. Jadikan makan malam anda adalah sumber pengambilan 25% kalori dari kalori harian anda. Makan lah seawal 2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur anda. Makan lewat malam adalah rutin yang tidak sihat. Makan terlalu hampir dengan waktu tidur anda, akan menimbulkan masalah penghadaman.
8. Tidur yang cukup. Kurang tidur boleh menyebabkan anda untuk makan berlebihan sepanjang hari dan kekurangan tenaga untuk melakukan rutin harian. Jadi, dapatkan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari. Tidur yang cukup sangat membantu tubuh anda untuk menurunkan berat badan dengan lebih efektif.
Tidur yang cukup adalah 7-8 jam sehari 
Sumber

Shaklee juga menawarkan SET Menurunkan berat badan secara sihat :)
Klik untuk SET KURUS SHAKLEE.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :) 
0163031954
ELDA MALISSA

No comments:

Post a Comment