Anak-anak memang sangat suka dengan benda-benda yang colourful kan? Tak terkecuali lah anak saya si Damia atau panggilan manjanya di rumah, Jie Jie (bermaksud kakak).
Beli swiss roll cake 2 hari lepas, kelilingnya adalah putih sahaja, tapi di tengah-tengah roll tu diletakkan warna hijau, pink, kuning dan cokelat. Damia hanya makan yang tengah sahaja, yang keliling warna asal tu dia bagi ummi yang makan. Gemuklah ummi camni, anak ooii.. Hehehe (alasan!) Dah tengok si kakak buat macam tu, si adik, Dafinah @ Mei Mei pun tiru juga! Double GEMOKS lah ummi! (alasan sekali lagi!) :D
Ok, saya ni takleh start merapu, nanti berjela-jela jadinya :D
Jom tengok resepi. Saya copy and paste dari teratak Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku.
Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
- 1 cawan mentega
- ¾ cawan gula kastor
- 3 biji telur
- ¼ cawan susu pekat
- ¼ cawan serikaya
- 1½ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar koko
- 1 sudu kecil vanila
- Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
- Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
- Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
- Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
- Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
Pada saya, kek ni memang sedap. Lembut dan moist sangat teksturnya. Tapi agak manis lah juga. Hihi. Sebab saya memang sensitip sikit dengan manis ni. :) Overall, memang sedap dan mudah disediakan. BONUS! Saya tak kukus sebab kemalasan nak mengeluarkan pengukus dari dalam stor (nampak sangat jarang guna kan? Hihi). So, saya bakar kek dalam 45 minit gitu ^____^
Jom layan gambar pula.
Nampak macam hangit teruk ja tepi kek tu kan? Tapi, sebenarnya ok ja, boleh ja dimakan. Gambar edit ni. Hihi
Menarik sangat warnanya :) Saya pun teruja juga! Damia pun sama! Hihi.. Dah tak sabar dah nak makan ^____^
Nyum nyum..
Cubalah resepi ni. Memang sedap dan mudah membuatnya :)
OK, jumpa lagi.
Sedap, moist, dan mudah disediakan! =)
ReplyDeleteCubalah. Bahan pun sikit jer, low cost gitu lah :)