Dalam usaha anda untuk memahami tentang kesuburan wanita atau lelaki. Anda perlu bijak untuk memisahkan yang mana satu mitos dan yang makna pula fakta sebenarnya. Lazimnya, ramai yang tidak tahu tentang 10 Mitos Tentang Kesuburan ini. Informasi yang tepat tentang kesuburan akan membantu mempertingkat peluang bagi pasangan suami isteri yang berusaha untuk menimang cahayamata. Justeru, coretan kali ini memaparkan 10 perkara yang perlu lelaki dan wanita tahu tentang kesuburan.
10 Mitos Tentang Kesuburan
1. Mitos: Jika lelaki berejakulasi itu petanda
mereka subur.
Fakta Kebenaran: Lelaki mungkin
mempunyai jumlah kuantiti sperma yang rendah, kadar motilitas (pergerakan)
sperma yang rendah atau sperma yang berkualiti rendah TETAPI masih boleh
berejakulasi . Dalam beberapa kes, air mani mungkin tidak mengandungi sperma
sama sekali! Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam
air mani lelaki adalah melalui analisis
makmal.
2. Mitos: Isu tentang kesuburan lebih cenderung kepada wanita
berbanding lelaki.
Fakta Kebenaran: Masalah kesuburan
sebenarnya berlaku tidak kira jantina sama lelaki atau wanita. Statistik jelas
menunjukkan, faktor lelaki dan perempuan menyumbang kepada masalah kesuburan
adalah sama iaitu kira-kira satu pertiga. Baki satu pertiga lagi adalah sama
ada gabungan kedua-duanya atau atas sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan.
3. Mitos: Pasangan mempunyai masa untuk terus mencuba sehingga
usia mencecah 40 tahun.
Fakta Kebenaran: Umur memberi kesan
kepada kadar kejayaan rawatan kemandulan
serta kebolehan semulajadi anda untuk hamil. Kesuburan merosot secara drastik
apabila usia anda melepasi 35 tahun. Pada usia 40 tahun, wanita yang sihat
mempunyai peluang kira-kira 5 peratus untuk hamil dalam bulan berlakunya
hubungan intim tersebut. Namun adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat
perubatan sekiranya selepas 12 bulan mencuba masih belum menampakkan hasil.
Manakala bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas disyorkan berjumpa doktor selepas
6 bulan jika masih belum hamil. (Boleh baca lanjut di sini)
4. Mitos: Kami tidak mempunyai sebarang masalah kerana kami
kedua-dua muda dan sihat.
Fakta Kebenaran: Umur memberi kesan
kepada kesuburan tetapi ia bukanlah satu jaminan bahawa anda dan pasangan tidak
mempunyai masalah kesuburan. Hanya kerana anda masih muda dan sihat tidak
bermakna anda adalah sangat subur. Jika anda di bawah umur 35 dan telah cuba
untuk hamil selama setahun tetapi masih
gagal, eloklah anda mengatur temujanji berjumpa pakar.
5. Mitos: Wanita akan melalui rawatan kesuburan berakhir dengan
kembar atau kembar tiga.
Fakta Kebenaran: Majoriti wanita yang
berjaya dengan rawatan kesuburan akan mempunyai seorang anak tunggal. Rawatan untuk ketidaksuburan akan
meningkatkan risiko kehamilan berganda lebih tinggi daripada biasa namun ianya
dapat dikurangkan. Statistik terkini menunjukkan, rata-rata 21 peratus daripada
kehamilan melalui kaedah IVF dan ICSI
adalah kembar dan hanya 1 peratus adalah triplets. Ini adalah disebabkan oleh
amalan ini akan memindahkan beberapa embrio ke dalam rahim untuk meningkatkan
peluang untuk berjaya. Berbincang dengan doktor anda untuk cara-cara
mengurangkan risiko kehamilan berganda.
6. Mitos: Mudah hamil bagi bayi pertama, justeru tidak mungkin
bermasalah dengan yang kedua.
Fakta Kebenaran : Anda ada sebab
untuk optimis. Namun mungkin juga banyak perkara yang telah berubah sejak dari
kehamilan terakhir itu . Sesetengah pasangan didiagnosis dengan kemandulan sekunder (secondary infertility) ,
yang boleh berlaku walaupun berjaya hamil dan melahirkan anak sebelum ini.
7. Mitos: Rawatan kesuburan adalah bertentangan dengan lumrah
alam.
Fakta Kebenaran: Perkara yang
paling sempurna bagi seorang wanita adalah untuk hamil dan menimang cahayamata.
Ini adalah perkara semulajadi dalam proses semulajadi kehidupan untuk manusia. Rawatan kesuburan adalah satu usaha
untuk mengatasi segala halangan yang menyebabkan berlakunya masalah untuk
hamil. Kemudiannya dapat hamil secara semulajadi seperti wanita lain mengikut
lumrah semulajadi.
8. Mitos : Pasangan akan mudah hamil apabila mereka mengambil anak
angkat.
Fakta Kebenaran: Tidak ada bukti
bahawa kehamilan dan pengambilan anak angkat mempunyai salingkaitan. Jarang
kita mendengar tentang mereka pasangan yang mengambil anak angkat akan mudah
untuk hamil.
9. Mitos: Kedua-dua pasangan lelaki dan wanita perlu orgasme untuk
hamil.
Fakta Kebenaran : Sudah tentu
untuk berejakulasi, lelaki mesti mencapai kemuncak syahwat. Tetapi, wanita
tidak semestinya perlu mengalami kemuncak orgasme
untuk hamil. Beberapa kajian menunjukkan orgasme wanita boleh membantu
sperma di sepanjang saluran pembiakan. Namun, kaum wanita tidak semestinya
perlu orgasme untuk hamil.
10. Mitos: Kekerapan berhubungan seks akan mencerahkan peluang
untuk hamil.
Fakta Kebenaran: Hubungan seks
yang kerap (setiap 1 hingga 2 hari ) menghasilkan kadar kehamilan paling
tinggi, tetapi keputusan yang dicapai dengan hubungan kurang kerap ( 2-3 kali
seminggu) juga sebenarnya hampir sama. Sebenarnya, pasangan perlu mengetahui
bila masa yang terbaik untuk hamil dengan memastikan tempoh “tetingkap subur”
iaitu, dalam sela masa 6 hari yang berakhir pada hari ovulasi. Gunakan kalkulator ovulasi untuk
membantu menentukan puncak kesuburan anda.
Kesimpulannya, anda perlu bijak membezakan yang
mana satu mitos dan fakta untuk mempertingkatkan peluang bagi menimang
cahayamata. Usahakanlah tanpa rasa jemu kerana setiap yang berusaha pasti akan
menemui kejayaan.
Bacaan lain berkaitan kesuburan >>
Hubungi
untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
---------------------------------------------------
Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan
Permatang Pauh.
** These
statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These
products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
No comments:
Post a Comment