Monday, August 11, 2014

Hargai Pengorbanan Ibu dan Ayah

Assalamualaikum..

Sihat hari ini?
Maafkan saya.. Yang di bawah ini bukan penulisan saya, tapi adalah nukilan seorang hamba Allah yang sangat saya kagumi. Saya sangat suka dengan hasil karya beliau. Sangat menusuk hingga ke sanubari paling dalam (hehe). Memang rasa macam kena smashed tiap kali baca penulisan beliau. Saya rasa macam nak buat satu segmen khas untuk hasil karya beliau dalam blog ni. Boleh dibuat rujukan saat-saat saya down dan menghadapi kebuntuan dalam hidup. 
Seperti keadaan saya sekarang.. Buntu untuk membuat keputusan, yang manakah yang terbaik untuk saya pilih. Solat istikarah; semoga Allah memberikan saya petunjuk :)

Anak yang bagaimanakah kita kepada kedua ibu dan ayah kita?
Yang baik, yang mengambil berat perihal mereka saban hari?
Yang bercakap lemah lembut dan bertanya akan kesihatan mereka?
Atau...
Yang seringkali bercakap dengan intonasi kasar, yang tidak memperdulikan makan minum kesihatan mereka? 
Yang pernah mengangkat tangan memukul mereka? 
Nauzubillahiminzalik.. Semoga kita dan anak-anak kita bukan tergolong dalam anak yang derhaka.


Seorang anak muda baru 18 tahun. Dia nak belajar tapi disebabkan memikirkan untuk membantu ayah dan ibu dia tak jadi untuk belajar..
Dia hanya ingin bekerja. Dia menangis kerana takut jadi anak derhaka..dia sedih dan tak sabar nak tolong ibubapa.
Ayahnya kerja biasa-biasa sahaja. Ayah saya susah ustaz. Adik-adik ramai. Saya setiap hari memikirkan nak tolong mak ayah. Tapi saya juga setiap hari mencintai untuk belajar ilmu. Peluh dan sakit-sakit mak ayah membuatkan saya semakin rasa hati saya perit..
Mereka hanya hidup untuk anak- anak. Baru ini ayahnya meninggal dan dia jaga ibu dan adik-adiknya.
Dia jumpa saya lagi dan peluk saya dan menangis..sekarang saya kerja di sekian tempat untuk bantu adik-adiknya yang ramai. Saya pun sebak.
Jawab saya, orang yang diberi tanggungjawab seperti kamu sebenarnya bukan tidak sengaja. Tapi sedang dimuliakan dan sedang diberi rahmat juga jalan semakin hampir dengan Allah. Ini semua kasih sayang Allah pada kamu. Inilah syurga buat kamu jika terus berusaha jaga ibu dan bimbing adik-adik semua ke arah kebaikan..
Teruskan rajin jaga solat, berdakwah, belajar, kuat bekerja, banyak berdoa. Semakin banyak berdoa itu tanda kita hidup kita semakin baik. Kurang berdoa itu tanda kita sedang jauh dari Allah..
Saya sedih..dulu saya pun macam tu. Menangis sepanjang belajar dan berjuang di jalan Allah. Setiap hari ingin jadi anak yang gembirakan ibubapa..teringat muka mak ayah yang berkedut setia membesarkan anak-anak sehingga mereka tinggalkan dunia ini..
Tapi hari ini kita semakin lupa ibubapa kita kerana sibuk dengan kerja dan keluarga kita sendiri...
Allah perintah kita supaya ingat jasa ibubapa kita...
Tadahkanlah tangan dan mintalah selalu doa yang ikhlas dari hati buat ibubapa kita..jika masih ada buat baiklah pada mereka. Jika sudah tiada doa, doa, doa dan buat baik pada kawan/ saudara mereka...
Jadilah anak yang baik buat mereka. Kita ada anak-anakkan. Setiap hari anak kita menangis nak itu dan nak ini. Kita berusaha untuk beri jika mampu dan baik buat mereka. Hari cuti kita fikirkan nak bawa anak-anak kita ke mana-mana. Bawa anak-anak makan sedap.
Kita beri mereka bilik yang selesa. Sekolah tempat paling baik. Baju yang paling cantik. Kita peluk dan dukung anak kita. Kita tenung muka anak..ish comelnya. Sayangnya anak kita. Sakit mereka betapa susahnya hati kita.
Macam tulah mak ayah kita sayang kita dari dulu sehingga hari ini. Macam kita sayang anak kita...
Hargailah mereka. Minta pendapat mereka. Ringankanlah hidup mereka. Telefon mereka walaupun sekejap. Setiap kali makan sedap ingat mak ayah kita. Niat nak bawa mereka. Setiap kali berjalan niat nak bawa mereka nanti. Beli apa-apa untuk isteri dan anak-anak jangan lupa juga buat mak ayah..Repair rumah jangan lupa tengok rumah mak ayah. Pasang aircond di rumah kita ingat aircond rumah mak ayah..pasang pagar rumah ingat juga pagar atau pintu rumah mak ayah. Bilik air canggih ingat bilik air di kampung..pergi haji dan umrah ingat juga mak ayah..
Dulu mak ayah kita tak pernah tinggal kita. Hari ini kita tinggalkan mak ayah kita lama-lama..hargailah mak ayah kita dan mak ayah isteri kita....
Jadilah anak yang boleh tolong mak ayah dalam kubur dan akhirat. Solat awal waktu, jaga aurat , jaga agama. Jauhi yang haram..
Tadahkanlah tangan dan berdoa
Ya Allah tuhan kami yang sayang kami ampunkanlah dosa ibubapa kami. Maafkanlah segala salah silap mereka. Berilah mereka syurga tertinggi syurga FirdausMu berkat kesabaran mereka membesarkan kami keranaMu. Ya Allah berilah kesihatan buat mak ayah kami. Ya Allah berkatilah hidup mak ayah kami. Berilah ketenangan dan kebahagiaan buat mereka..ya Allah jadikanlah kami anak yang berbakti kepada ibubapa kami. Yang gembirakan dan membanggakan mereka sejak kami muda lagi dan sepanjang hidup kami. Yang sentiasa buat mereka tersenyum dan sihat. Ya Allah janganlah biar ibubapa kami bersedih kerana kami. Ya Allah pasti ibu ayah kami sangat merindui kami seperti anak-anak yang kecil lagi. Ya Allah mudahkan dan berkatkanlah rezeki anak-anak muda yang berjuang di jalanMu dan yang menjaga ibubapa mereka-


Sangat menyentuh hati perkongsian beliau hari ini. Semoga anak-anak ummi menjadi anak-anak yang soleh solehah. Berbakti pada orang tua bila dah besar nanti :)

Kadang-kala bukan duit semata-mata yang orang tua kita inginkan, tapi lebih kepada kesihatan yang baik, kehidupan yang memudahkan mereka untuk meneruskan rutin harian. Mereka ingin masih dapat beribadah dengan mudah seperti muda-muda dulu. Hendak hidup sihat, boleh bergerak ke mana-mana tanpa menyusahkan sesiapa, boleh bermain bersama-sama cucu-cicit. 



Ingin berikan yang terbaik buat ibu dan ayah anda?

Hadiahkan set kesihatan sendi kepada kedua orang tua kita. 
Atau VIVIX untuk kesihatan menyeluruh di samping lebih senang untuk consume. :)


Hubungi saya untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


No comments:

Post a Comment