Thursday, February 26, 2015

Krim Ajaib Yang Menjadi Kesukaan Ibu-Ibu di Malaysia

Assalamualaikum..

Lama benar tak menulis di blog ni. :) Tak lah busy mana, tapi aturan masa selalu lari dan tersasar. Macam ni lah bila ada anak2 kecil yang sedang meningkat remaja. Haha. Ewah! Jauh bebenor lagi anak2 ummi tu nak menginjak alam dewasa. Tapi, yep, siapa2 yang ada anak2 toddler tu, tau lah macam mana busy nya mak ayah dibuatnya. 

So, hari ini ku gagahkan juga untuk meninggalkan jejak di sini. Berusaha untuk menulis di sini setiap hari. :) InsyaAllah. Permudahkanlah ya Allah. 

Saya kongsikan testimoni Herbal Blend Multipurpose Cream kesukaan ibu2 di Malaysia zaman ini. :)

[TESTIMONI HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM]

Herbal blend ni setiap rumah harus ada 1 tiub paling kurang. Terutama mereka2 yang ada anak2 kecil. Rumah saya ada 2 tiub. Hehe. 1 MIL punya, 1 kami anak beranak punya.

Untuk sapu kat tempat gatal2, bekas gigitan nyamuk.
Damia & Dafinah kalau gatal sikit kena gigitan nyamuk, mesti segera mai kat Ummi, minta sapu ubat (herbal blend cream) tu. Memang kejap ja lega gatal2 dan bekas gigitan/merah2 segera hilang. 

Saya pula sapu kat tapak kaki. Memula macam ragu2 jga, boleh ke krim ni lembutkan/haluskan tapak dan tumit saya yang pecah2 dan kasar sangat ni? Sebelum ni saya percaya minum ESP sahaja yang boleh menghaluskan tapak kaki saya ni. Tapi, nak beli ESP ongkosnya belum cukup. Hehe

Tapi, hasilnya, tak sampai 2 minggu, memang ada perubahan yang sangat ketara! Dah semakin licin. Suka suka suka! Itupun asyik terlupa nak sapu tiap2 malam. Biasalah. Again dengan alasan ada anak2 kecil. Hihi. 

Testimoni HOT from oven hari ni. :)

Sebenarnya, krim ni jauh lebih cepat berkesan kalau nak compare to losyen Nivea tu.. Hihi..
Dulu saya pakai krim Nivea ni untuk sapu pada tumit. Betul ke boleh sapu pada tumit? Kihkih. Bau dia memang sedap! Tapi, tak selesa memakainya, sebab agak sticky saya rasa. Kesannya saya tak ingat dah cepat ke lambat. Lama dah tak beli. Expired gitu je satu bekas tu sebab tak konsisten nak sapu. Tapi, dah ada herbal blend ni, tak yah beli dah kot Nivea ni. ;)



Harga murah sangat! RM27.50 satu tiub.
Barang paling laris di SHaklee!



  • PARABEN FREE.
  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Kalau anda berminat, boleh order dengan saya. :)
Sangat best tau krim ni. Menjadi pilihan pertama ibu2 yang mementingkan sesuatu yang terbaik untuk ahli keluarga. 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 


**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Saturday, February 07, 2015

Februari Bulan Kesihatan Seisi Keluarga

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog. Hmm..

Alhamdulillah.. Internet Streamyx sudah dipasang di rumah. Maka boleh lah saya online di mana sahaja, tanpa rasa bersalah. Hahaha.

TQ pada jiran saya yang sudi berkongsi password wifi beliau sepanjang ketiadaan streamyx di rumah kami ni. Hihi. Untung dapat jiran2 yang baik hati.

InsyaAllah akan update blog setiap hari mulai hari ni.
Akan berkongsi dengan anda2 akan info2, sharing dan testimoni akan produk2 Shaklee yang terhebat di pasaran Malaysia dan dunia. :D

Semoga hari ini menjadi hari yang sangat berbahagi buat semua ya.
Semoga Allah SWT murahkan rezeki yang melimpah ruah kepada semua.

Promosi bulan Februari yang AWESOME!



 


BEST kan?
Banyak sangat yang Shaklee bagi diskaun! Hihi. Haa.. kan harga barang dijangka akan naik selepas GST dilaksanakan nanti. Sebab itulah promosi berganda2 ni. Nak bagi kita simpan stok ni. :)

Jom2 borong. Share dengan kawan2 pun boleh ^__^


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)

Sunday, January 18, 2015

Kehidupan Yang Baru. 2015 Permulaan Yang Baru :)

Assalamualaikum...

Lamanya blog ini terbiar tak berupdate. Silap tuan rumah lah yang sebenarnya. Kesibukan dengan pengurusan Home Tuition bersama Infitah, dan baru2 ini En Suami juga seperti mendapat hidayah untuk memulakan pusat tuisyen sendiri di rumah kami. Yalah, adik2 ipar semua dah pakat kahwin, bilik dah 2 kosong. Damia lecil lagi, belum nak tidur bilik berasingan. Makanya, kami convert bilik tersebut menjadi bilik tuisyen. =)

Memang ketara sangat perubahan En Suami. Dia sangat2 determined untuk memulakan dan mempromosi pusat tuisyen ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Walaupun last minit persediaan, menghampiri penghujung cuti dan pembukaan sekolah bagi tahun 2015, sekurang2nya, pendapat suami dapat hanya dengan mengajar 1 jam 30 minit setiap malam, campur 3 jam siang hujung minggu, dapatlah melepasi bayaran rumah kami serta perbelanjaan lain. Syukur sangat2. Ternyata, solat istikharah sangat membantu bilamana kita kebuntuan dalam hendak membuat pilihan.

Ceritanya adalah bermula dari sejak saya berdolak dalih, membuat timbang tara nak meneruskan pendaftaran bagi mengikuti program Master in Engineering di bawah tajaan UiTM + KPM ataupun tidak. Kebetulan dalam masa yang sama saya terlihat advertisement jawatan pengurus Akademi Infitah. Saya kan bekas pendidik, dan memang berminat meneruskan karier dalam bidang pendidikan juga. Jadi, saya apply. Dipendekkan cerita, saya dapat jawatan tersebut walaupun En Suami seperti tak berkenan sangat. Lega sangat!

Tapi, seperti harapan ku bakal musnah apabila direktor meminta saya untuk turun ke Seremban bagi mengikuti kursus marketing di sana selama 3 hari. Suami keberatan sangat. Malam ni keputusan dapat, keesokannyalah saya perlu bertolak ke Seremban sepatutnya. Berbincang dengan En Suami.. tapi seperti bercakap seorang diri. Dia diam dan berfikir. Banyak perkara.
1. Jika saya pergi naik bas ke Seremban, dia risaukan keselamatan saya.
2. Jika saya pergi sendirianke Seremban untuk kursus tersebut selama 3 hari, bagaimana dengan Dafinah? Saya tak pernah tinggalkan dia lebih dari semalaman, dan dia masih menyusu badan. Dia menyusu dengan saya jika nak tidur!
3. Jika suami menghantar, beserta anak2, banyaknya perbelanjaan; hotel, minyak, tol. Kami kan penganggur tegar sebelum ni.. Hehe.

Saya sangat sedih malam tu. Menangis saya bila suami kata tak perlu lah pergi. Saya dah nekad, semangat nak dapatkan jawatan ni, saya dah berjanji dan saya nak suami saya faham. Jawatan ini menawarkan saya pekerjaan hanya dari rumah. Sebab musabab utama saya menolak tawaran biasiswa UiTM, kerana ingin menjadi WAHM. Saya nak suami benarkan saya pergi ke kursus tersebut, dan dalam masa yang sama menemani saya ke Seremban. Saya tak rasa saya boleh tinggalkan anak2 saya selama 3 hari. T__T.


Hebatnya solat istikharah!
Malam itu, saya mendirikan solat istikharah. Jika jawatan ini bukan untuk saya, pujuklah hati ini untuk terima dengan hati terbuka. Tetapi jika betul jawatan ini untuk saya, lembutkanlah hati suami saya untuk bersetuju menemani dan membawa bersama anak2 ke Seremban. (Suami saya jenis boleh tahan 'degil' dan tegas dengan keputusan yang dibuat)

Alhamdulillah!! Esoknya suami saya kata nak book hotel. Kita bertolak tengah malam, supaya sampai Seremban waktu pagi dan saya boleh terus ke kursus. Allahuakbar!

Ternyata, dari penglibatan saya dengan Akademi Infitah, suami mendapat idea untuk memulakan sendiri pusat tuisyen di rumah. Allah atur dengan begitu baik sekali. Tanpa pernah saya duga, sebab suami bukanlah jenis minat untuk berniaga/bisnes. Tetapi memang dia minat mengajar. Semoga Allah terus mempermudahkan perjalanan bisnes tuisyen saya dan suami. Doakan kejayaan kami. :)

Jadi, adakah saya masih seorang pengedar Shaklee? Ya, masih :)
Sayang sangat kalau saya nak mengundur diri. Kenapa? Sebab perniagaan Shaklee ni bukannya memerlukan modal pun. Hanya RM75 untuk mendaftar ahli. Dah lama dah pun dapat balik duit modal tu melalui bonus2 yang saya dapat sebelum ni. Hehe. Dan mestilah saya rugi jika saya berhenti bisnes ni, sebab saya rugi bila tidak dapat berkongsi manfaat dan kebaikan dengan orang di luar sana. Suka sangat bila ada customer yang memberi feedback positif selepas menggunakan produk Shaklee ni. Bukan duit bonus yang dikejar semata-mata, tapi saya sangat suka bila tahu dapat membantu seseorang untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

OK, panjang sungguh karangan saya hari ini. Banyak sangat perkara nak dikongsikan, tapi, cukuplah dulu untuk hari ini. :)

Jangan lupa promosi yang cukup CRAZY! bulan ni.

✔Buy 6 FREE 1 Alfalfa Complex (Large or small)
✔Buy 6 FREE 1 Vivix
✔Buy 3 FREE 1 Vitalea for kids (terbaru dipasaran dengan wajah baru setelah hampir setahun menyepikan diri. ;)



OK, saya akan kupas satu persatu tentang tiga produk di atas ya.
Chilllll, and stay tuned ;))



 Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
 Elda Malissa
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 019-3537313
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)

Monday, November 03, 2014

PROMOSI BERKEMBAR Omega Guard Shaklee

PROMOSI BERKEMBAR Omega Guard Shaklee



Assalamualaikum..


Terbabas untuk update blog selama dua hari. Tak senang duduk dibuatnya. :D
Hmm.. Nasib badan lah. Tablet saya, nyawa bisnes saya masuk klinik untuk kali kedua, wifi pula hanya menumpang wifi jiran sebelah rumah. Dah tu, ada satu port ja dalam rumah saya ni yang boleh access internet tu, semput-semput pula tu. Huhu.. Oit, Elda, bersyukurlah jiran tu bagi juga password wifi dia untuk hang guna =P Cuba bersyukur sikit, jangan asyik mengeluh ja.. Hihi.
Eh, kisah orang lain lagi penuh cabaran berliku tau! Boleh je berjaya! Haa.. Memang! Jauhi alasan, cari penyelesaian, insyaAllah, anda adalah orang yang BERJAYA! Hehe.. (Beri motivasi pada diri sendiri). Sebab tu yang sempat nak update sekejap sebelum si kecik Dafinah bangun dan menjerit nak susu.. Grrr..


Ok, bulan ni Shaklee bermurah hati sekali lagi membuat Promosi Berganda! Kali ini Promosi OMEGA GUARD. Ada dua jenis promosi.

♥ Beli 2, DISKAUN 5%


♥ Beli 6, PERCUMA 1


BEST! BEST! BEST!

Apa yang best? Sebab Omega Guard ni sangat best! Multitasking, multipurpose, boleh saja. Maksudnya, Omega bukan untuk satu tujuan sahaja, tetapi pelbagai manfaat bakal anda dapat untuk kesihatan anda hanya dari sebotol Omega Guard ni. Seluruh keluarga boleh berkongsi :) Tapi, jika nak kongsi satu keluarga, memang patut rembat promosi bulan ni! Jimat! Hehe.

Ok, mari tengok kebaikan dan manfaat Omega Guard.

√ Mengatasi masalah kulti alergi dan athma - Kandungan EPA dalam Omega Guard Shaklee membantu mengatasi masalah keradangan kulit bagi kanak-kanak Eczema, gatal-gatal, semput, batuk dan athma, bengkak.

√ Perkembangan minda kanak-kanak - Omega Guard mengandungi DHA dan EPA yang sangat bagus untuk otak kanak-kanak. Membantu meningkatkan daya tumpuan dan kekuatan minda kanak-kanak

√ Mencegah penyakit saluran darah dan strok - Di mana, DHA dan EPA yang terkandung dalam Omega Guard boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah. Selain melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang normal, ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

√ Berat badan ideal - Lemak omega-3 membantu anda mengawal kelaparan anda dengan menstabilkan paras gula darah anda. Satu kajian Australia menunjukkan bahawa apabila orang yang mengikuti program senaman mengambil omega-3, menunjukkan pembakaran lemak yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang bersenam tanpa pengambilan omega 3

√ Kesuburan - Amalkan lebih banyak lemak ikan seperti ikan salmon dan tuna di dalam pengambilan makanan seharian. Ini kerana makanan ini mengandung kandungan tinggi omega-3 - terutama DHA - yang sangat penting dalam menghasilkan sperma sihat. Jika kekurangan DHA, sperma matang sukar terbentuk dan mengakibatkan ketidaksuburan. Asid lemak omega-3 boleh didapati pada flaxseed (biji rami), canola, kenari.  




Dapatkan Omega Guard untuk keluarga anda hari ini! =)



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954  
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 

Friday, October 31, 2014

FAKTOR PENGARUHI PERUT BUNCIT

 FAKTOR PENGARUHI PERUT BUNCIT

FAKTOR PENGARUHI PERUT BUNCIT


Ramai wanita menghadapi masalah perut buncit terutamanya bagi selepas bersalin. Walaupun berbadan kurus, masalah perut buncit masih menghantui. Mempunyai perut buncit bukan sahaja menjadikan penampilan kurang menarik malah boleh mempengaruhi 'self-confident' .Terdapat beberapa punca yang menyebabkan perut buncit.

  1. Faktor keturunan

    • Faktor ini agak susah untuk dielakkan & dirawat tapi tak bermakna tak boleh,cuma sedikit susah
  2. Faktor penuaan

    • Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
  3. Faktor makanan dan minuman tertentu.  

    • Gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
    • Daripada segi pemakanan, alkohol amat berbahaya bagi tubuh.  Ini kerana alkohol mengandungi  kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak.  Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan
    • Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut.
    • Sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori
  4. Faktor tembakau

    • Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman.  Biasanya merokok selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana penghadaman terganggu.
  5. Faktor stres

    •  Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang.
    • Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam
    • Golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.
  6. Faktor perubahan hormon

    • Terutamanya ketika menopaus.  Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. 
    • Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
Lemak yang tertumpu di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh.
Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup.
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? 
Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik.  
Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit.


sumber: ummi aqif

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.
** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)
** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)
Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 

Thursday, October 30, 2014

Makanan Untuk Mengurangkan Kolesterol. Omega Guard Pilihan Alternatif


Assalamualaikum...

Hari ini kita belajar makanan yang boleh mengurangkan kolesterol. Penting tau untuk kawal paras kolesterol dalam badan. Salah satunya adalah untuk menjaga jantung yang sihat dan mengelakkan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, diabetes dan lain-lain.



Antara makanan- makanan yang boleh mengurangkan kolesterol 


1. Kacang Soya

- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 

2. Kuaci

- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil mengurangkan kolesterol.

3. Buah kering

- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

4. Epal

- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak.

5. Ikan Tuna

- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL

6. Kacang tanah

- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung

7. Buah Mangga

- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi

8. Kismis

- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus

9. Jambu batu

- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan.


Selain itu, untuk cara lebih mudah, boleh amalkan pengambilan Omega Guard Shaklee untuk mengawal kolesterol. 

Kenapa? 

Sebab..

Amalan mengambil Omega Guard Shaklee yang mengandungi asid lemak omega 3 mampu mengubah hidup anda. Ia mengandungi bukan sahaja asid lemak omega 3 malah EPA dan DHA. Ia adalah sumber alternatif pada anda yang tercari-cari supplement untuk kesihatan jantung. Kesihatan kita tidak ternilai, dan harganya bukan dengan nilai sebotol supplement. Nilai kesihatan yang kita dapat lebih dari itu.



Nak dapatkan Omega Guard Shaklee? 
Anda boleh beli secara online, bayar menggunakan kad debit @ kad debit :) 
Hanya klik link di bawah 

.
.

.
.



**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Wednesday, October 29, 2014

Resepi: Tomyam Putih


Assalamualaikum..

Hari ini nak berkongsi resepi sekali lagi. Hehe. Lama dah tak kongsi resepi kan? Bukannya tak memasak, tapi mulut ni makan tak berhenti, kira makan ja.. ^_^ Alhamdulillah, badan masih maintain. Mungkin sebab sentiasa bergerak aktif dalam rumah melayan permintaan dan tantrum anak2. Turun naik tangga sebab kena buli dengan anak. :)

Ok, hari ini nak kongsi resepi tomyam putih pula. Kalau resepi masakan lauk pauk ni biasa makanan kesukaan en suami saya. Tomyam ni pun macam dah jadi darah daging dia. Ahahaha. Tak agak2 tu darah daging. En Suami suka tomyam sangat2. Hari2 makan pun tak apa, macam dia makan laksa. Tapi, kenalah resepi yang menepati citarasa tekak dia.

Resepi tomyam putih, dikongsikan oleh rakan dalam FB.

Bahan-bahan
Ayam, daging, seafood
Bawang besar @ India (dipotong dadu besar2)
Bawang putih (diketuk)
Serai
Daun limau purut
Tomato
Air asam jawa
Cili @ cabai

Cara-cara
1) Rebus ayam, daging atau seafood (untuk buang lemak2)
2) Masukkan bawang besar, biarkan empuk sedikit
3) Setelah air mendidih, masukkan serai, cili dan daun limau purut.
4) Masukkan air asam jawa dan tomato. Perasakan dengan garam, perahan jus limau dan gula.
5) Selepas 3-5 minit, tutup api. Kita tak nak tomato jadi terlalu hancur.
6) Siap, boleh hidang panas-panas!

Sedap! Hehe. Kena pandai adjust rasa masam, manis dan masin tomyam ni. Selalunya saya akan panggil suami saya jadi tester. Sebab nak menepati citarasa dia kan. ;)

Suami suka dan makan bertambah, bini senang hati. ^____^

**psst! Sori takda gambar kali ni. Sebab tak bajet nak buat entry Resepi Tomyam Putih!!
Haha.

Lain kali bila masak lagi, saya tangkap gambar pula. Hehe.

Selamat mencuba ya!