Tuesday, August 19, 2014

10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu



Dalam usaha anda untuk memahami tentang kesuburan wanita atau lelaki. Anda perlu bijak untuk memisahkan yang mana satu mitos dan yang makna pula fakta sebenarnya. Lazimnya, ramai yang tidak tahu tentang 10 Mitos Tentang Kesuburan ini. Informasi yang tepat tentang kesuburan akan membantu mempertingkat peluang bagi pasangan suami isteri yang berusaha untuk menimang cahayamata. Justeru, coretan kali ini memaparkan 10 perkara yang perlu lelaki dan wanita tahu tentang kesuburan. 

10 Mitos Tentang Kesuburan




1. Mitos: Jika lelaki berejakulasi itu petanda mereka subur.
Fakta Kebenaran: Lelaki mungkin mempunyai jumlah kuantiti sperma yang rendah, kadar motilitas (pergerakan) sperma yang rendah atau sperma yang berkualiti rendah TETAPI masih boleh berejakulasi . Dalam beberapa kes, air mani mungkin tidak mengandungi sperma sama sekali! Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam air mani lelaki adalah melalui analisis makmal.

2. Mitos: Isu tentang kesuburan lebih cenderung kepada wanita berbanding lelaki.
Fakta Kebenaran: Masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina sama lelaki atau wanita. Statistik jelas menunjukkan, faktor lelaki dan perempuan menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama iaitu kira-kira satu pertiga. Baki satu pertiga lagi adalah sama ada gabungan kedua-duanya atau atas sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan.



3. Mitos: Pasangan mempunyai masa untuk terus mencuba sehingga usia mencecah 40 tahun.
Fakta Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kadar kejayaan rawatan kemandulan serta kebolehan semulajadi anda untuk hamil. Kesuburan merosot secara drastik apabila usia anda melepasi 35 tahun. Pada usia 40 tahun, wanita yang sihat mempunyai peluang kira-kira 5 peratus untuk hamil dalam bulan berlakunya hubungan intim tersebut. Namun adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat perubatan sekiranya selepas 12 bulan mencuba masih belum menampakkan hasil. Manakala bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas disyorkan berjumpa doktor selepas 6 bulan jika masih belum hamil. (Boleh baca lanjut di sini)




4. Mitos: Kami tidak mempunyai sebarang masalah kerana kami kedua-dua muda dan sihat.
Fakta Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kesuburan tetapi ia bukanlah satu jaminan bahawa anda dan pasangan tidak mempunyai masalah kesuburan. Hanya kerana anda masih muda dan sihat tidak bermakna anda adalah sangat subur. Jika anda di bawah umur 35 dan telah cuba untuk hamil selama setahun tetapi masih gagal, eloklah anda mengatur temujanji berjumpa pakar.

5. Mitos: Wanita akan melalui rawatan kesuburan berakhir dengan kembar atau kembar tiga.
Fakta Kebenaran: Majoriti wanita yang berjaya dengan rawatan kesuburan akan mempunyai seorang anak tunggal. Rawatan untuk ketidaksuburan akan meningkatkan risiko kehamilan berganda lebih tinggi daripada biasa namun ianya dapat dikurangkan. Statistik terkini menunjukkan, rata-rata 21 peratus daripada kehamilan melalui kaedah IVF dan ICSI adalah kembar dan hanya 1 peratus adalah triplets. Ini adalah disebabkan oleh amalan ini akan memindahkan beberapa embrio ke dalam rahim untuk meningkatkan peluang untuk berjaya. Berbincang dengan doktor anda untuk cara-cara mengurangkan risiko kehamilan berganda.

6. Mitos: Mudah hamil bagi bayi pertama, justeru tidak mungkin bermasalah dengan yang kedua.
Fakta Kebenaran : Anda ada sebab untuk optimis. Namun mungkin juga banyak perkara yang telah berubah sejak dari kehamilan terakhir itu . Sesetengah pasangan didiagnosis dengan kemandulan sekunder (secondary infertility) , yang boleh berlaku walaupun berjaya hamil dan melahirkan anak sebelum ini.

7. Mitos: Rawatan kesuburan adalah bertentangan dengan lumrah alam.
Fakta Kebenaran: Perkara yang paling sempurna bagi seorang wanita adalah untuk hamil dan menimang cahayamata. Ini adalah perkara semulajadi dalam proses semulajadi kehidupan untuk manusia. Rawatan kesuburan adalah satu usaha untuk mengatasi segala halangan yang menyebabkan berlakunya masalah untuk hamil. Kemudiannya dapat hamil secara semulajadi seperti wanita lain mengikut lumrah semulajadi.


8. Mitos : Pasangan akan mudah hamil apabila mereka mengambil anak angkat.
Fakta Kebenaran: Tidak ada bukti bahawa kehamilan dan pengambilan anak angkat mempunyai salingkaitan. Jarang kita mendengar tentang mereka pasangan yang mengambil anak angkat akan mudah untuk hamil.

9. Mitos: Kedua-dua pasangan lelaki dan wanita perlu orgasme untuk hamil.
Fakta Kebenaran : Sudah tentu untuk berejakulasi, lelaki mesti mencapai kemuncak syahwat. Tetapi, wanita tidak semestinya perlu mengalami kemuncak orgasme untuk hamil. Beberapa kajian menunjukkan orgasme wanita boleh membantu sperma di sepanjang saluran pembiakan. Namun, kaum wanita tidak semestinya perlu orgasme untuk hamil.


10. Mitos: Kekerapan berhubungan seks akan mencerahkan peluang untuk hamil.
Fakta Kebenaran: Hubungan seks yang kerap (setiap 1 hingga 2 hari ) menghasilkan kadar kehamilan paling tinggi, tetapi keputusan yang dicapai dengan hubungan kurang kerap ( 2-3 kali seminggu) juga sebenarnya hampir sama. Sebenarnya, pasangan perlu mengetahui bila masa yang terbaik untuk hamil dengan memastikan tempoh “tetingkap subur” iaitu, dalam sela masa 6 hari yang berakhir pada hari ovulasi. Gunakan kalkulator ovulasi untuk membantu menentukan puncak kesuburan anda.

Kesimpulannya, anda perlu bijak membezakan yang mana satu mitos dan fakta untuk mempertingkatkan peluang bagi menimang cahayamata. Usahakanlah tanpa rasa jemu kerana setiap yang berusaha pasti akan menemui kejayaan.

Bacaan lain berkaitan kesuburan >>



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
---------------------------------------------------
Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **



Monday, August 18, 2014

Turun Berat Dengan Cinch Tea Mix!

Assalamualaikum..

Ingin menjaga kesihatan dengan menurunkan berat badan? Cubalah Cinch Energy Tea Mix yang lazat ini. Gabungan White Tea, Red Tea & Green Tea yang sudah semestinya mempunyai khasiat tersendiri.

Minuman sihat dan disamping menghilangkan inci-inci tubuh yang tidak diingini :)




Jom cuba ni sambil bersantai, minum petang anda sudah pasti ada kelainannya:)
Petang ni cuba resepi Cinch ENergy Tea Mix dengan Buah Mata Kucing @ Longan pula :)
Sedap!! Saya tak letak gula pun. Damia pun turut join ummi juga ^___^. Tapi, tak boleh bagi banyak, nanti dia ter'over' cergas pula. Haha


Bagaimana Cinch Energy Tea Mix boleh membantu menurunkan berat badan?


Sebab, green tea atau Teh hijau mengandungi antioksidan ECCG yang sangat tinggi dan bertindak sebagai energy dan metabolisme booster yang mampu bakar kalori up to 4 times!


Teh putih pula berperanan membakar lemak-lemak berlebihan dan menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu. Ianya juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

Tapi, teh ni bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan sahaja. Malah boleh juga menjaga kesihatan kita di samping memberi tenaga segera kepada badan. Di mana, salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol adalah merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai ejen yang boleh menghalang tumor dari merebak! Polifenol membantu memulihkan kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. 




Beli melalui online dan bayar menggunakan kad kredit atau kad debit? Klik gambar di bawah yer :)



(boleh rujuk sini cara-cara order menggunakan sistem online :))


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Thursday, August 14, 2014

Resepi: Kek Pelangi @ Marble

Assalamualaikum..

Anak-anak memang sangat suka dengan benda-benda yang colourful kan? Tak terkecuali lah anak saya si Damia atau panggilan manjanya di rumah, Jie Jie (bermaksud kakak).

Beli swiss roll cake 2 hari lepas, kelilingnya adalah putih sahaja, tapi di tengah-tengah roll tu diletakkan warna hijau, pink, kuning dan cokelat. Damia hanya makan yang tengah sahaja, yang keliling warna asal tu dia bagi ummi yang makan. Gemuklah ummi camni, anak ooii.. Hehehe (alasan!) Dah tengok si kakak buat macam tu, si adik, Dafinah @ Mei Mei pun tiru juga! Double GEMOKS lah ummi! (alasan sekali lagi!) :D

Ok, saya ni takleh start merapu, nanti berjela-jela jadinya :D

Jom tengok resepi. Saya copy and paste dari teratak Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku.

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Pada saya, kek ni memang sedap. Lembut dan moist sangat teksturnya. Tapi agak manis lah juga. Hihi. Sebab saya memang sensitip sikit dengan manis ni. :) Overall, memang sedap dan mudah disediakan. BONUS! Saya tak kukus sebab kemalasan nak mengeluarkan pengukus dari dalam stor (nampak sangat jarang guna kan? Hihi). So, saya bakar kek dalam 45 minit gitu ^____^

Jom layan gambar pula.



Nampak macam hangit teruk ja tepi kek tu kan? Tapi, sebenarnya ok ja, boleh ja dimakan. Gambar edit ni. Hihi


Menarik sangat warnanya :) Saya pun teruja juga! Damia pun sama! Hihi.. Dah tak sabar dah nak makan ^____^



Nyum nyum..

Cubalah resepi ni. Memang sedap dan mudah membuatnya :)

OK, jumpa lagi.


Vitamin Untuk Sistem Imun Kanak-Kanak

Assalamualaikum..

Entry khas untuk para ibu dan ayah yang comel dan sangat baik pada anak-anak ^____^
Ayat macam nak mengampu jer yer.. Hihi.. Takpa, barang baik, kita nak share, agar semua sama-sama dapat manfaatnya. Nak beli tak mau beli, belakang kira, kan? :)

Pernah tak anak anda meragam mahukan gula atau aiskrim atau seangkatan dengannya yang buat ibu jadi gundah gulana? Atau kalau sekalipun kita tak bagi tapi ada orang yang menghulur terpaksa terima pulak.

Saya nak cadangkan vitamin C chewable ni yang sangat sesuai diberikan pada anak-anak anda sebagai kudapan harian mahupun sebagai vitamin harian yang bagus untuk mereka.


Ianya masam manis, sedap boleh dikunyah. Namanya lagi chewable maka memang sesuai sekali dikunyah. Jangan tak tau, kadar penyerapan bila dikunyah adalah menjadi sangat baik kerana ada enzim air liur yang membantu mencernakannya dengan lebih baik. Anak-anak anda pasti suka.

Apa kebaikan vitamin c chewable untuk kanak-kanak ni? Yang paling utama adalah:

Vitamin c chewable: boleh dikunyah begitu sahaja utk kesihatan gusi dan meningkatkan sistem imun badan supaya tidak mudah terkena jangkitan demam dan selsema yg disebabkan oleh virus.




Haa.. Bagi anak-anak yang dihantar ke taska, ibu boleh bekalkan vitamin chewable untuk harian mereka kerana faham sahajalah di taska kalau budak lain demam atau tak sihat maka ada kemungkinan anak kita yang sihat juga boleh berjangkit. Jadi jangan ambil mudah, jagalah kesihatan anak-anak kita. Sekurangnya kita protect mereka, daripada tidak bagi perlindungan langsung kan?

Dalam satu botol mengandungi 90 tablet maka satu biji sehari boleh tahan 3 bulan. Harganya pun sangat berbaloi hanya RM37.50 sahaja. Jika dikira hanya 40 sen sehari je dilabur untuk anak anda. Sangat berbaloi dan sangat membantu anda.











Ingin membeli Chewable Vitamin C melalui online dan bayar menggunakan kredit/debit kad, tekan gambar di bawah yer :)
.
.



(boleh rujuk sini cara-cara order menggunakan sistem online :))


**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Rahsia CoQ10 untuk kesuburan suami isteri

Assalamualaikum..

Teringat semasa awal perkahwinan saya dulu. Saya memang tak mau menunggu untuk mendapatkan cahaya mata. Cepat lagi bagus! Yelah, saya kan sangat suka dengan baby :) Tapi, suami saya kata nanti-nanti lah kot. Tak perlu cepat sangat >_< Haha. Tapi, dia tak menolak keinginan saya nak anak cepat. Namun, saya tak bunting pelamin pun. Haha. Selepas 3 bulan lebih usia perkahwinan, barulah saya disahkan mengandung :) Alhamdulillah. Tak pasti reaksi sebenar suami macam mana masa mula-mula dapat tahu. Sebab dia macam separuh percaya dan seperti tak berapa nak excited. Hmm.. Dia memang jenis cool ja, mungkin dia memang happy, tapi tak mau tunjuk. Hihi. ;p

Comel sangat kan baby ni? Imej pinjam dari en. Gugel

Mempunyai cahaya mata memang impian setiap pasangan kan? Apabila belum berpeluang mempunyai cahaya mata adakalanya memberi tekanan pada pasangan. Tetapi ada berita baik untuk anda jika mahu terus mencuba.

Berita baik! Pernah dengar CoQ10? Rahsia CoQ10 sangatlah banyak tetapi kali ini saya ingin mengupas keberkesanannya dalam meningkatkan kesuburan. Bukan hanya pada lelaki sahaja tetapi juga pada wanita. 

Rahsia CoQ10 untuk kesuburan suami isteri


Rahsia COQ10? Ianya memang boleh dihasilkan oleh badan tetapi akan mula berkurangan apabila usia semakin meningkat. Atau juga boleh berkurang dengan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi.

KHASIAT COQ10 UTK KESUBURAN WANITA:

CoQ10 dapat meningkatkan kesihatan telur dan KUALITI TELUR terutama pada wanita berusia.

KHASIAT COQ10 UNTUK KESUBURAN LELAKI:

Meningkatkan sperm count dan motility sperm. Ini bermakna ia boleh membantu mendapatkan sperma yang sihat untuk memastikan kesuburan di tahap maksimum.

Masih kabur lagi? Apa kaitan CoQ10 dengan kesuburan? Memandangkan CoQ10 asalnya boleh dihasilkan oleh badan, tetapi akan berkurang bila usia semakin meningkat. CoQ10 ini boleh memberi tenaga kepada sel. Dan ia boleh dijumpai dalam organ-organ yang perlu bekerja keras seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. Proses pengeluaran telur, ovulasi dan perkembangan embrio memerlukan banyak tenaga. Jika tenaga ini tidak mencukupi maka ia mengganggu proses kesuburan itu sendiri.


"This theory is supported by positive findings in Canadian research conducted in 2009 that showed test group subjects given CoQ10 supplementation produced more and better quality eggs, recorded higher pregnancy rates and gave birth to larger offspring than those who did not receive CoQ10."


credit







Ingin membeli CoQHealth Plus melalui online dan bayar menggunakan kredit/debit kad, tekan gambar di bawah yer :)
.
.



(boleh rujuk sini cara-cara order menggunakan sistem online :))



** Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Tuesday, August 12, 2014

Cantik, Subur dan Hamil dengan GLA Complex

Assalamualaikum..

Jangan dilupakan keistimewaan bulan OGOS 2014!! Beli 6 PERCUMA 1 botol GLA COMPLEX tauuu!
Kenapa harus beli bulan ni dengan set promosi? Sebab
♥ Anda boleh jimat RM 91.25! 
♥ Anda boleh makan FREE GLA Complex selama 2 bulan!
♥ Hanya tambahkan ESP+Alfalfa @ Vitamin E+B complex+Zinc Complex, anda layak untuk FREE MEMBERSHIP! 

Kenapa nak beli GLA Complex? Untuk apa?? Apa istimewa GLA Complex? 
Haa.. GLA COmplex adalah best friend bagi setiap wanita yer, kalau anda belum tahu :)
Jom buat checklist!


Cantik, Subur dan Hamil dengan GLA Complex!




✰ Bagaimana GLA Complex membantu mengatasi masalah senggugut?
GLA Complex menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

✰ Bagaimana GLA Complex membantu cepat hamil?
GLA Complex membantu seorang wanita menghasilkan cairan serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Cairan ini yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.

✰ Bagaimana GLA Complex membantu mendapatkan kulit yang sihat & bebas jerawat?
GLA Complex bukan sahaja baik untuk kitaran haid dan menstabilkan hormon badan wanita tetapi juga anti inflamasi dan boleh merawat kulit muka dari dalam. Kandungan minyak borage di dalam GLA Complex ini boleh melembapkan muka dan merawat jerawat terutama yang ada jerawat batu serta yang ada masalah kulit muka kering dan kasar.

✰ Bagaimana GLA Complex membantu menurunkan paras kolesterol?
GLA Complex pada asalnya bukan produk untuk kurus tetapi kandungan omega 6 di dalamnya membantu membakar lemak dan menghadkan selera makan kita. Ambil GLA Complex sebelum tidur supaya lemak dibakar ketika kita tidur.

✰ Bagaimana GLA Complex bertindak sebagai anti-penuaan?
GLA Complex baik untuk kesihatan, melembutkan dan menganjal kulit. Digunakan secara meluas dalam kosmetik, kerana kombinasi omega 3 dan omega 6 asid lemak menyuburkan epidermis. Tinggi dalam asid salisilik, minyak borage digunakan secara meluas dalam kosmetik sebagai anti-jerawat dan anti-septik.


kredit








Beli GLA Complex melalui online dan bayar menggunakan kredit/debit kad dengan tekan gambar di bawah yer :)
.
.


(boleh rujuk sini cara-cara order menggunakan sistem online :))


**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Kekal Langsing Dengan Omega Guard

Assalamualaikum...

Pening amalkan macam-macam ubat kurus, tapi badan masih macam tak surut-surut pun!
Makan ubat kurus, bila berhenti, gemuk balik!??
Mesti stress kan?

Selalu mesti fikir, ok, berat aku dah turun dah, boleh berhenti makan dah ubat ni sebab takda point aku nak makan dah. Takda manfaat lain pada tubuh selain membantu kurus.
Hehe.
Chopss! Ada ka jenis ubat kurus macam tu? Saya pun tak tahu. Hehe.. Saya terlalu busy mempelajari tentang produk Shaklee sahaja. :D (tak baik kondem produk orang lain, lebih baik fokus mencari kebaikan produk kita sendiri dan berkongsi kebaikannya dengan orang lain :))

Kekal langsing dan kurus dengan Omega?

Bercerita pasal badan langsing, kurus dan cantik ni, mata yang mengantuk pun boleh terbeliak sebab eksaited nak tahu tips untuk kurus kan? Lagi-lagi selepas beranak pinak, susah nak ada me-time untuk bersenam, keluar berjoging. :D

Ni nak cerita mengenai Omega Guard Shaklee ni. Bagaimana ia membantu para wanita khususnya untuk kekal langsing menawan walau selepas beranak dan beranak :) Dengan senaman yang minimum sekalipun, anda mampu menurunkan berat badan dengan Omega Guard!

Antara manfaat utama Omega Guard adalah untuk mencegah penyakit saluran darah dan strok. Di mana, DHA dan EPA yang terkandung dalam Omega Guard boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah. Selain melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang normal, ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Jadi, bagaimana Omega Guard yang kita tahu terhasil dari minyak ikan ini boleh membantu menurunkan berat badan atau lebih sedap pada pendengaran telinga kita, kekal kurus dan langsing? ;) 

Omega Guard yang mengandungi Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. Ingat! SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR.

Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, Omega-3 Fatty Acids secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkait rapat dengan PENINGKATAN PARAS LEPTIN di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan Omega-3 Fatty Acids dan menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet. Sumber : Livestrong


"Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can’t make them." 

http://www.livestrong.com/article/276633-omega-3-fats-weight-loss/






Testimoni K Shaz yang tak tahu pun Omega Guard boleh menurunkan berat badan dan telah membantu beliau untuk mengekalkan berat badan walau selepas beranak pinak :) Hihi..
Agak-agak tubuh orang dengan berat 47 kg ni besar mana yer? Mestilah slim melim kan? Tak mau ke badan camtu? Namun, apa-apa pun bersyukur badan kita sihat walau apapun saiz :)


Order Omega Guard melalui online dan bayar menggunakan kredit / debit kad :)
.
.



**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 

Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **