Monday, November 03, 2014

PROMOSI BERKEMBAR Omega Guard Shaklee

PROMOSI BERKEMBAR Omega Guard Shaklee



Assalamualaikum..


Terbabas untuk update blog selama dua hari. Tak senang duduk dibuatnya. :D
Hmm.. Nasib badan lah. Tablet saya, nyawa bisnes saya masuk klinik untuk kali kedua, wifi pula hanya menumpang wifi jiran sebelah rumah. Dah tu, ada satu port ja dalam rumah saya ni yang boleh access internet tu, semput-semput pula tu. Huhu.. Oit, Elda, bersyukurlah jiran tu bagi juga password wifi dia untuk hang guna =P Cuba bersyukur sikit, jangan asyik mengeluh ja.. Hihi.
Eh, kisah orang lain lagi penuh cabaran berliku tau! Boleh je berjaya! Haa.. Memang! Jauhi alasan, cari penyelesaian, insyaAllah, anda adalah orang yang BERJAYA! Hehe.. (Beri motivasi pada diri sendiri). Sebab tu yang sempat nak update sekejap sebelum si kecik Dafinah bangun dan menjerit nak susu.. Grrr..


Ok, bulan ni Shaklee bermurah hati sekali lagi membuat Promosi Berganda! Kali ini Promosi OMEGA GUARD. Ada dua jenis promosi.

Beli 2, DISKAUN 5%


Beli 6, PERCUMA 1


BEST! BEST! BEST!

Apa yang best? Sebab Omega Guard ni sangat best! Multitasking, multipurpose, boleh saja. Maksudnya, Omega bukan untuk satu tujuan sahaja, tetapi pelbagai manfaat bakal anda dapat untuk kesihatan anda hanya dari sebotol Omega Guard ni. Seluruh keluarga boleh berkongsi :) Tapi, jika nak kongsi satu keluarga, memang patut rembat promosi bulan ni! Jimat! Hehe.

Ok, mari tengok kebaikan dan manfaat Omega Guard.

Mengatasi masalah kulti alergi dan athma Kandungan EPA dalam Omega Guard Shaklee membantu mengatasi masalah keradangan kulit bagi kanak-kanak Eczema, gatal-gatal, semput, batuk dan athma, bengkak.

Perkembangan minda kanak-kanakOmega Guard mengandungi DHA dan EPA yang sangat bagus untuk otak kanak-kanak. Membantu meningkatkan daya tumpuan dan kekuatan minda kanak-kanak

Mencegah penyakit saluran darah dan strok - Di mana, DHA dan EPA yang terkandung dalam Omega Guard boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah. Selain melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang normal, ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDLmengawal masalah obesiti, dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Berat badan ideal Lemak omega-3 membantu anda mengawal kelaparan anda dengan menstabilkan paras gula darah anda. Satu kajian Australia menunjukkan bahawa apabila orang yang mengikuti program senaman mengambil omega-3, menunjukkan pembakaran lemak yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang bersenam tanpa pengambilan omega 3

KesuburanAmalkan lebih banyak lemak ikan seperti ikan salmon dan tuna di dalam pengambilan makanan seharian. Ini kerana makanan ini mengandung kandungan tinggi omega-3 - terutama DHA - yang sangat penting dalam menghasilkan sperma sihat. Jika kekurangan DHA, sperma matang sukar terbentuk dan mengakibatkan ketidaksuburan. Asid lemak omega-3 boleh didapati pada flaxseed (biji rami), canola, kenari.  




Dapatkan Omega Guard untuk keluarga anda hari ini! =)



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954  
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 

Friday, October 31, 2014

FAKTOR PENGARUHI PERUT BUNCIT

 FAKTOR PENGARUHI PERUT BUNCIT

FAKTOR PENGARUHI PERUT BUNCIT


Ramai wanita menghadapi masalah perut buncit terutamanya bagi selepas bersalin. Walaupun berbadan kurus, masalah perut buncit masih menghantui. Mempunyai perut buncit bukan sahaja menjadikan penampilan kurang menarik malah boleh mempengaruhi 'self-confident' .Terdapat beberapa punca yang menyebabkan perut buncit.

  1. Faktor keturunan

    • Faktor ini agak susah untuk dielakkan & dirawat tapi tak bermakna tak boleh,cuma sedikit susah
  2. Faktor penuaan

    • Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
  3. Faktor makanan dan minuman tertentu.  

    • Gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
    • Daripada segi pemakanan, alkohol amat berbahaya bagi tubuh.  Ini kerana alkohol mengandungi  kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak.  Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan
    • Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut.
    • Sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori
  4. Faktor tembakau

    • Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman.  Biasanya merokok selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana penghadaman terganggu.
  5. Faktor stres

    •  Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang.
    • Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam
    • Golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.
  6. Faktor perubahan hormon

    • Terutamanya ketika menopaus.  Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. 
    • Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
Lemak yang tertumpu di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh.
Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup.
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? 
Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik.  
Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit.


sumber: ummi aqif

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.
** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)
** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)
Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 

Thursday, October 30, 2014

Makanan Untuk Mengurangkan Kolesterol. Omega Guard Pilihan Alternatif


Assalamualaikum...

Hari ini kita belajar makanan yang boleh mengurangkan kolesterol. Penting tau untuk kawal paras kolesterol dalam badan. Salah satunya adalah untuk menjaga jantung yang sihat dan mengelakkan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, diabetes dan lain-lain.



Antara makanan- makanan yang boleh mengurangkan kolesterol 


1. Kacang Soya

- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 

2. Kuaci

- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil mengurangkan kolesterol.

3. Buah kering

- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

4. Epal

- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak.

5. Ikan Tuna

- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL

6. Kacang tanah

- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung

7. Buah Mangga

- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi

8. Kismis

- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus

9. Jambu batu

- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan.


Selain itu, untuk cara lebih mudah, boleh amalkan pengambilan Omega Guard Shaklee untuk mengawal kolesterol. 

Kenapa? 

Sebab..

Amalan mengambil Omega Guard Shaklee yang mengandungi asid lemak omega 3 mampu mengubah hidup anda. Ia mengandungi bukan sahaja asid lemak omega 3 malah EPA dan DHA. Ia adalah sumber alternatif pada anda yang tercari-cari supplement untuk kesihatan jantung. Kesihatan kita tidak ternilai, dan harganya bukan dengan nilai sebotol supplement. Nilai kesihatan yang kita dapat lebih dari itu.



Nak dapatkan Omega Guard Shaklee? 
Anda boleh beli secara online, bayar menggunakan kad debit @ kad debit :) 
Hanya klik link di bawah 

.
.

.
.



**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Wednesday, October 29, 2014

Resepi: Tomyam Putih


Assalamualaikum..

Hari ini nak berkongsi resepi sekali lagi. Hehe. Lama dah tak kongsi resepi kan? Bukannya tak memasak, tapi mulut ni makan tak berhenti, kira makan ja.. ^_^ Alhamdulillah, badan masih maintain. Mungkin sebab sentiasa bergerak aktif dalam rumah melayan permintaan dan tantrum anak2. Turun naik tangga sebab kena buli dengan anak. :)

Ok, hari ini nak kongsi resepi tomyam putih pula. Kalau resepi masakan lauk pauk ni biasa makanan kesukaan en suami saya. Tomyam ni pun macam dah jadi darah daging dia. Ahahaha. Tak agak2 tu darah daging. En Suami suka tomyam sangat2. Hari2 makan pun tak apa, macam dia makan laksa. Tapi, kenalah resepi yang menepati citarasa tekak dia.

Resepi tomyam putih, dikongsikan oleh rakan dalam FB.

Bahan-bahan
Ayam, daging, seafood
Bawang besar @ India (dipotong dadu besar2)
Bawang putih (diketuk)
Serai
Daun limau purut
Tomato
Air asam jawa
Cili @ cabai

Cara-cara
1) Rebus ayam, daging atau seafood (untuk buang lemak2)
2) Masukkan bawang besar, biarkan empuk sedikit
3) Setelah air mendidih, masukkan serai, cili dan daun limau purut.
4) Masukkan air asam jawa dan tomato. Perasakan dengan garam, perahan jus limau dan gula.
5) Selepas 3-5 minit, tutup api. Kita tak nak tomato jadi terlalu hancur.
6) Siap, boleh hidang panas-panas!

Sedap! Hehe. Kena pandai adjust rasa masam, manis dan masin tomyam ni. Selalunya saya akan panggil suami saya jadi tester. Sebab nak menepati citarasa dia kan. ;)

Suami suka dan makan bertambah, bini senang hati. ^____^

**psst! Sori takda gambar kali ni. Sebab tak bajet nak buat entry Resepi Tomyam Putih!!
Haha.

Lain kali bila masak lagi, saya tangkap gambar pula. Hehe.

Selamat mencuba ya!




Tuesday, October 28, 2014

Rahsia Kulit Cantik. Tips Penjagaan Kulit Secara Semulajadi



Assalamualaikum..

Sihat semua?

Kalo cerita pasal tips kecantikan, semua pasti teruja.. Betul tak? Baik yang kulit dah sedia cantik, apatah lagi kulit yang tak berapa nak cantik :) Kenapa nak cantik? Sebab nanti nak pergi mana2, tak rasa malu dah, self-confident akan meningkat.. Bagi yang dah ada suami, nanti suami tambah2 sayang.. Hihi.. Yang belum bersuami, pastinya nak cantik untuk memikat hati jejaka idaman.. Tapi, ingat, kecantikan luaran bukanlah sebagai jaminan hidup bahagia.. Ianya satu BONUS! Kita kenalah cantik luar dan dalam :) Setuju?


Kalo dah tua macam ni pun, hati baik, semua orang pasti menyenangi kita kan? Cantik dalaman terlebih utama dari cantik luaran =)

Dengan kewujudan banyak produk kecantikan di pasaran, adakah kita terlupa pada amalan dahulu kala menggunakan bahan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai usaha mengekalkan kulit yang cantik. Selain boleh dimakan, kandungan nutrisi serta vitamin pada buah-buahan segar ini membantu menjadikan kulit lebih sihat, cantik dan berseri. Lebih penting lagi, sama ada dijadikan pembersih, penyental atau masker, kandungannya benar-benar bersih tanpa campuran bahan kimia. 

Mari tengok apakah "Rahsia Kulit Cantik" itu.

☼ AVOCADO

 

Pengambilan avokado yang konsisten boleh menghasilkan kulit yang cantik. Ia merupakan satu sumber biotin yang baik, di mana ianya mencegah kulit kering, rambut dan kuku yang rapuh. Kandungan vitamin A dalam avokado dapat membantu membersihkan setiap sel-sel kulit yang mati. Antioksidan dalam buah avokado mendetoksifikasi tubuh anda agar mengeluarkan semua racun atau toksin yang cenderung membuat kulit anda menjadi kedut atau kering semasa usia awal. Hal ini juga dapat membantu menghilangkan kerutan pada kulit dan membuatnya lebih bercahaya. Selain untuk di makan, avocado juga boleh dibuat masker

☼ TEH HIJAU


Teh hijau banyak manfaatnya kulit yang cantik. Proanthocyanidins oligomer adalah antioksidan semulajadi paling kuat di dalam teh hijau. Khasiat zat ini adalah membantu memlambatkan proses penuaan dan menjaga kulit agar sentiasa awet muda. Manakala, polifenol daun teh berfungsi menangkis kesan buruk sinar matahari yang boleh menyebabkan iritasi sampai kanser kulit. Hanya dengan minum teh hijau 2 gelas setiap hari secara teratur akan memberikan anda kulit yang cantik secara semulajadi. Secawan teh mengandung 100 - 200 vitamin E, iaitu vitamin yang sangat berguna untuk menghasilkan kulit lebih halus, mulus secara semulajadi. 

☼ TOMATO


Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamnin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. Selain mendapatkan khasiatnya dari memakan buahnya, tomato juga boleh dibuat masker untuk penjagaan kulit secara luaran.

☼ SALMON


Salmon adalah sejenis ikan yang kaya dengan omega-3 yang dapat membantu meningkatkan prokduktiviti kolagen dan tahap elastik kulit yang menjadikan kulit lebih halus dan tidak mengelupas. Khasiat dari ikan salmon mampu melambatkan kesan penuaan. Ikan salmon mengandungi astaxanthin, carotenoid yang meningkatkan tahap elastisiti di samping mengurangkan terjadinya garis-garis halus di wajah. 

☼ TELUR



Protein yang terdapat dalam telur membantu untuk memperbaiki sel-sel yang musnah akibat kesan radikal bebas. Telur melengkapkan keperluan protein dan juga biotin, salah satu daripada kumpulan besar vitamin B yang penting dalam mencegah kulit kering.

☼ DELIMA



Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi. Kandungan gula buah delima juga mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu. 

☼ WALNUT


Walnut kaya dengan sumber Omega-3, yang membantu membuatkan rambut bersinar cantik. Omega-3 juga menjadikan kulit lebih halus dan kelihatan muda. Kepada yang tidak meminati ikan, boleh mengambil walnut sebagai alternatif. 

 KEKACANG


Kekacang juga merupakan sumber yang kaya protein. kekacang membantu membaiki sel-sel yang telah mengalami kerosakan akibat radikal bebas. Semasa proses penghadaman, protein ini akan pecah membentuk asid amino, iaitu blok binaan sel-sel. Asid amino ini pula akan membantu mempercepatkan pembaikan dan pertumbuhan semula sel-sel kulit dan kolagen. 

Inginkan kulit cantik dengan cara lebih mudah? Dapatkan produk penjagaan Skin Care Shaklee yang super awesome ni.


Set NutriWhite lebih kepada mencerahkan kulit


Enfuselle khas untuk kulit masalah jerawat dan berminyak


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)


Monday, October 27, 2014

Promosi ESP: Minuman Soya Ternyata Berbeza Dengan Soya Di Pasaran

Promosi ESP: Minuman Soya Ternyata Berbeza Dengan Soya Di Pasaran


Assalamualaikum..


4 hari lagi..
4 hari lagi...
4 hari lagi....

4 hari apa? 4 hari lagi, PROMOSI ini bakal berakhir! Tahun depan pula kot baru berpeluang merasa ESP percuma. >_<



Masih ingin me'war-war'kan tentang PROMOSI OKTOBER ni, sebab jika maklumat tidak sampai, anda tidak akan tahu betapa hebatnya minuman kaya Protein Shaklee ni, anda tidak akan tahu faedah dan manfaat ESP ni, anda tidak akan tahu bahawa soya ESP adalah tidak sama dengan soya yang dijual di pasaran, dan paling rugi jika anda tidak tahu, maka anda akan melepaskan peluang untuk membuat penjimatan berganda bulan ini!



KENAPA ESP TERLAJAK LARIS NI?


Jom kenali ESP terlebih dahulu. 

■ ESP merupakan sumber Protein Lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.

■ ESP dihasilkan berasaskan tumbuhan (Non GMO soy) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.


■ ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.


■ ESP mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidratuntuk tenaga.


■ ESP tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.




Kenapa protein penting untuk tubuh?
Sebab protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit rambut, otot-otot, organ, plasma, antibody, enzim, hormon, haemoglobin dan sel-sel. 

Protein diperlukan untuk membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama atau tua, tisu-tisu yang rosak atau cedera dengan tisu-tisu yang baru.





Antara MANFAAT dan KEBAIKAN ESP.
ESP ini sememangnya sangat banyak manfaatnya. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki :)

♡ Awet Muda. Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada rahsia awet muda.


♡ Keremajaan kulit. Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan keserian kulit wajah dan kepejalan otot, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan memudarkan parut.


♡ Memperbaiki pigmentasi. Mengurangkan masalah rambut beruban dan gugur, membaiki masalah pigmentasi kulit, kedutan dan kesan-kesan penuaan.

♡ Pembekal tenaga. Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan system imun. Mencegah migraine, insomnia dan tekanan.


♡ Membaiki memori. Menguatkan kualiti memori, vitality, dorongan dan ransangan seksual.



Siapa yang BOLEH mengambil ESP?
ESP sesuai bagi semua lapisan umur kecuali untuk kanak-kanak dan bayi adalah tidak digalakkan. 

ESP boleh diambil oleh lelaki atau perempuan, muda atau tua. Pendek kata semua yang berada dalam golongan di bawah, adalah sangat digalakkan mengambil ESP.
● Ibu mengandung 
● Ibu menyusu dan berpantang
● Pesakit diabetes
● Individu yang baru lepas menjalani pembedahan
● Suami isteri yang ingin tingkatkan kesuburan @ ingin hamil
● Wanita yang mementingkan kecantikan 
● Individu yang ingin berdiet dan turunkan berat badan
● Individu yang sering keletihan dan ingin menambah tenaga.



Siapa yang TIDAK BOLEH mengambil ESP?
Tidak semua orang boleh mengambil ESP. Mereka adalah individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein.
● Pesakit buah pinggang
● Individu yang alah pada soya
● Individu yang ada hipotiroid / hypothyroidism



**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. ** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Sunday, October 26, 2014

Vitamin C Shaklee Untuk Tingkatkan Imun Badan Dan Ubat Demam.


Assalamualaikum semua.

Bagaimana dengan kesihatan anda? Kami satu family diserang selsema dan batuk. Sekarang musim sakit kot yer? Cuaca pun tak menentu, sekejap sejuk sepanjang hari disebabkan hujan lebat membasahi bumi, sekejap panas terik di siang hari.

Anak-anak bergilir demam panas. Mujurlah keduanya hanya demam sehari sahaja. Alhamdulillah, syukur sangat. Minggu ni, keduanya mengalami selsema, dan suami pula batuk. Ingatkan umminya tak terjangkit, rupanya ku memang bukan robot. Hihi. Hari ini dah terasa perit tekak sebab batuk. Suara pun dah berubah serak.

Alhamdulillah, masih diberi nikmat untuk sakit. Tanda Allah sayang pada kita, diujinya kita dengan sakit. Saya pun dah tak ingat kali terakhir saya jatuh demam yang teruk. Dah makan tahun agaknya. Semenjak dah jadi ibu boleh jadi juga. Yelah, ibu kan manusia paling kuat. :) Yang menjaga kesejahteraan setiap ahli rumah di samping tugas-tugas hakiki seorang suri rumah.

Petang tadi, badan agak terasa suam2, macam nak demam dah. Suami pesan supaya saya telan vitamin Shaklee. How nice dia tolong remind ya. ;) Kebiasaan suami saya, kalau dia ada symptoms nak demam tu selalunya bermula dengan batuk dan selsema. Malam dia mula batuk-batuk, saya cepat2 ambil SR Vit C Shaklee 2 biji, dipatahkan dan minta dia telan. Alhamdulillah, suami tak berlarutan ke demam, batuk pun nampak berkurangan. Rasanya, sebab tu dia berpesan pada saya untuk ambil vitamin shaklee tu.

Jadi, sebelum tidur, telan dulu 2 biji SR Vit C Shaklee. Kenapa nak dipatahkan? Sebab saya nak Vit C tu cepat-cepat meresap dan tingkatkan imun dan pertahanan tubuh melawan penyakit. Semoga esok kembali sihat atau sekurang-kurangnya tidak berlarutan hingga demam. :)

Apabila si anak yang demam, terutamanya si adik, susah hati juga. Usia dia baru 2 tahun 3 bulan. Dafinah pula memang jenis tak boleh ngam dengan ubat, musuh ketat! Hehe. Ummi pun sebenarnya tak berapa gemar nak bergantung ubat-ubatan klinik ni. Jadi ikhtiar saya untuk tingkatkan imun sistem Dafinah melawan penyakit adalah melalui susu ibu (she is still breastfeeding). Sebab itu, semasa Dafinah demam, saya akan telan 2 biji SR Vit C setiap hari. Alhamdulillah, memang berkesan untuk pulihkan kesihatan Dafinah.

Wah, banyak manfaat SR Vit C Shaklee ni. Setiap rumah harus spare sebotol. Harga yang sangat berbaloi. Sebotol mengandungi 180 biji pil vitamin C. Setiap biji mengandugi 922 mg vitamin C. Harga adalah RM92.50 dan tahan sehingga 4 atau 6 bulan! Tak murah lagi tarra tu? Hehe..

Memang salah satu vitamin Shaklee yang paling saya suka adalah SR Vitamin C. Jom pakat beli satu untuk setiap rumah anda.!

 Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

 ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)