Sunday, August 31, 2014

Ubat Sembelit Untuk Anakku

Assalamualaikum..

Cerita tentang si kakak yang mempunyai masalah sembelit yang agak teruk.
Bekalan meal shakes dia dah habis dalam lebih kurang seminggu. Sebab masih belum berkesempatan untuk drive to Shaklee Penang Branch, kami pun menunda hajat mendapatkan meal shakes tu. Dalam minggu tu juga, Damia a.k.a Jiejie (nama manja di rumah) asyik stress dan menangis. Agaknya emosi dia pun tak stabil. Apa tidaknya, sembelit teruk. Sehingga 3 hari tak melabur, memang dia akan buat perangai saja. Bukan salah dia pun sebenarnya :(

Sebelum mula memberi dia meal shakes dahulu, selalunya hari ketiga dia meneran tanpa hasil, kami akan memasukkan ubat melalui dubur dia. Tapi, kesian kan? Bayangkan najis dah keras sebab tiga hari mencuba tak juga keluar, tiba-tiba kita masukkan ubat yang akan memaksa dia membuang secepat mungkin. Memang kesan dia on the spot!

Semenjak saya menambah meal shakes ke dalam susu dia, hanya satu scoop kecil sehari, alhamdulillah, memang dia tak ada masalah membuang dah selepas itu. Kadang-kadang skip juga sehari dua, tapi tak ada dah adegan menangis dan bertempur dengan dia :D



Saya dah tak tertahan melihat keadaan dia yang agak stress, eyebag pun dah ada tau, punya banyak menangis dan tak cukup tidur. Kenapa pula?! Sebab dalam tidur, tiba-tiba dia boleh terjaga dan kata nak melabur. Tapi sudahnya menangis sahaja, pelaburan tidak berhasil! Petang semalam kami pergi ke penang untuk borong Meal Shakes bersama GLA complex promosi 2 set!

Tengok, siapa yang rasmikan Meal Shakes ni! :D
.
.
.


Si adik @ Dafinah a.k.a Meimei! Dia memang sangat suka dengan Meal Shakes ni. Tapi, dia tak minum susu selain susu ibu, fresh dari tank pula tu. Jadi Meal Shakes ni dia ratah macam tu sahaja! Mesti sedap sangat kan? Hehe. Memang sedap pun, rasa vanilla. Tak apalah dia nak makan begitu sahaja, janji tak lebih dos, dan disamping boleh menaikkan selera makan dia dan juga bagus jntuk imunisasi tubuh. Alhamdulillah. Meal Shakes memang sangat serasi dengan Jiejie, mampu mengatasi masalah sembelit dia.

Harga setong adalah RM 113.75, berat bersih 544 gram. Sukatan pengambilan adalah bergantung pada usia anak. Setong boleh tahan hingga 3 bulan. Berbaloi yer.

Jika ingin membeli secara online dan membayar dengan menggunakan kad kredit atau kad debit anda, klik icon di bawah yer :) Terima kasih.

< Beli Meal Shakes >


**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

 ** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

 ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)

 Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut
---------------------------------------------------
Elda Malissa ✿Shaklee
Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 019 353 7313
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Hilangkan Parut Dengan Hanya Menggunakan Vitamin E!

Assalamualaikum..

Parut bekas apa pun, baik luka, jerawat, kurap, jahitan sebab pembedahan, sememangnya sangat merunsingkan. Risau ianya mencacatkan penampilan. Kalo tersembunyi tu, tak apalah sangat kan? Hihi.


Mencari penawar dan cara menghilangkan parut tidak sukar kerana banyak petua-petua tradisional yang boleh membantu menghilangkan parut. Namun cara yang paling cepat dan senang adalah dengan menggunakan Vitamin E Shaklee. Bagaimana Vitamin E Shaklee boleh membantu menghilangkan parut dengan cepat dan berkesan? Teruskan baca ya :)


Vitamin E Shaklee memang dikenali sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang mempunyai kuasa antioksidan yang kuat dan merupakan sun block semulajadi untuk kulit yg mencegah kemusnahan kulit akibat UV, radiasi dan pencemaran. Secara amnya Vitamin E Shaklee membantu untuk melembapkan kulit dan memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan radikal bebas agar tidak rosak dan menyebabkan penuaan awal. Satu lagi kelebihan Vitamin E Shaklee adalah merawat parut tidak kira parut jerawat, parut akibat kemalangan atau parut disebabkan kulit sensitif. 



Kelebihan Vitamin E Shaklee berbanding yang lain adalah seperti berikut:


  • Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium. Kenapa dengan selenium? Kerana vitamin E tanpa selenium adalah tidak sempurna, selenium membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan.
  • Vitamin E Shaklee didatangkan bersama dengan grape seed yang mana kelebihan grape seed ni mengandungi kuasa antioksidan 20x lebih hebat daripada vitamin E sahaja. Grape seed mengandungi OPC iaitu Oligomeric Proanthi Cyanidin membantu kulit lebih anjal dan awet muda. Grape seed juga bertindak sebagai anti kanser.

Cara mudah untuk hilangkan parut dengan Vitamin E Shaklee 

Pecahkan kapsul vitamin E dan sapu pada kawasan parut setiap malam sehingga dapat kesan yang diingini. Satu botol Vitamin E mengandungi 120 biji, hanya makan sebiji sehari, sebotol vitamin E mampu tahan sehingga 4 bulan penggunaan. Jimat dan berbaloi. 

Makan sebiji, sebiji lagi untuk buat masker, pelaburan yang memang berbaloi-baloi! Hihi.. In out, semua Vitamin E Shaklee tolong setelkan.. Tak percaya??

Mari kita tengok testimoni pengguna yang merawat kulit berparut dengan Vitamin E Shaklee.








Yang penting, kita amalkannya secara konsisten, barulah dapat melihat hasil yang lebih cepat :) 

Selain untuk menghilangkan parut, vitamin e mempunyai pelbagai fungsi dan manfaat lain. Untuk kulit awet muda, untuk mengatasi masalah kolesterol, memelihara jantung sihat. Dan tak lupa juga sangat baik untuk meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 



Thursday, August 28, 2014

Sarung Bantal dan Tilam Baru Untuk Kakak

Assalamualaikum..

Setelah dekat 5 tahun tinggal sebumbung dengan adik ipar lelaki yang usianya hanya muda 2 tahun dari saya, kini saya rasa seronok sangat. Sebab dah boleh menarik nafas lega. Saya dah ada ruang menjahit sendiri, ruang kebebasan yang lebih luas. Alhamdulillah untuk nikmat yang diberi, ya Allah. Sampaikan Pak Ngah budak-budak ni dah pindah pun, Dafinah yang baru berumur 2 tahun lebih mengingatkan umminya mengenakan tudung dahulu sebelum mengajak keluar dari bilik.. Haha.. Bayangkan!

Sejak adik ipar lelaki berpindah keluar, serta merta Damia pun claimed bilik tu adalah menjadi milik dia. Haha. Pandai dia. Ingatkan hangat-hangat tahi ayam ja, tapi rupanya dia bersungguh nak tidur di bilik tu. Maka, ayah pun mengajak untuk keluar mencari kain cadar yang baru untuk tilam Damia.

Kalau tak tau lagi, minat saya adalah menjahit 😁!
Maka, cadar Damia ummi jahit sendiri lah. Buat apa ada mesin jahit kan kalau tak menjahit. Lagipun, lama dah mesin tu tak bekerja. Hihi. Mula nak cari tema Angry Bird, tapi beli kat kedai Jakel, limited lah sikit pilihan tu. Nasib baik Damia berkenan juga dengan motif corak yang ini. Comel kan? Zirafah dan monyet dan entah, ummi takleh nak cam. Badak ka? Gajah ka? Hahaha.

Keciknya tilam!! 😅😅 Itu sebenarnya tilam crib baby. Nanti ummi ada bajet, kita beli tilam besar dengan katil sekali yer. Hehe.




Sarung tilam ni saya follow tutorial dari sini. Mudah sangat jahit. Beginner pun boleh menghasilkan bedsheet yang cantik. Hehe. Cuma saya buat getah keliling, supaya sarung tilam ni kekal cantik membalut tilam. Haha. Paham-paham lah budak tidur macam mana, orang Kedah panggil, tidoq buaih 😁😁 





Sarung bantal yang simple. Tutorial dari sini pula. Step by step tutorial, memang kacang sangat 😄! Best kan bila dapat hasilkan sesuatu untuk anak sendiri. Lebih-lebih lagi, bila dia suka sangat!!

Ok, memang suka sangat lah, siap request lagi tau!
"Ummi, nak selimut gambaq macamni gak!" Sambil tunjuk tilam dan bantal dia 😃😃.

Ok lah nak.. nanti kita beli kain lagi (ummi suka sangat shopping kain!)
Inilah sebabnya saya nak sangat-sangat, sampai desperate lah boleh kata, nak jadi surirumah sepenuh masa. Tapi zaman sekarang, nak jadi surirumah, biarlah punya pendapat juga. Sebab itu saya pilih bisnes Shaklee 😊😊

Nak join saya bisnes Shaklee? Mudah sangat! Hanya perlu azam yang kuat, semangat yang kental dan kerajinan, 3,4 atau 5 angka, anda yang tentukan ☺

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bisnes Shaklee
0163031954 (telegram | wechat | sms | call)
Atau email saya di mylovehds@gmail.com

Monday, August 25, 2014

Omega membakar lemak dan menjadikan anda kurus!


Assalamualaikum..

Pernah dengar kan Omega-3 fatty acids? Atau dalam bahasa melayunya, Asid Lemak Omega-3. Tahu tak apa fungsinya? 

Haa.. Jom kita story mory mengenai kepentingan Asid Lemak Omega-3 ni hari ni.

Apakah itu Omega-3? 
Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak politak-tepu yang panjang (yang mempuyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Malah, ia juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang, melainkan asid lemak ini hadir di dalam makanan yang diambil. Asid lemak boleh ditemui di dalam ikan. Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega-3, asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk. Ikan-ikan semestinya mati kebekuan sekiranya ketiadaan lapisan lemak ini.

Asid lemak Omega-3 telah terbukti penting dalam mengurangkan serangan penyakit jantung, angin ahmar, kanser, kegemukan, penentangan insulin, kensing manis, asma, artiritis, lupus, kemurungan, skizofrenia (penyakit mental) gila meroyan, penyakit Alzheimer dan pelakuan hiper aktif (ADHD) di kalangan kanak-kanak.


Kepentingan Omega-3 terhadap kesihatan

Banyakkan kepentingan Omega-3 untuk tubuh kita? 

Tapi, dalam entry ni saya nak fokus lebih bagaimana Omega-3 membakar lemak dan menjadikan anda kurus!


Asid Lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis


Leptin memberitahu badan anda (otak anda) untuk mengurangkan selera makan anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan 


√ Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisme anda) 


√ Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemak untuk tenaga



Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku – Anda akan lapar, dan anda akan menyimpan lebih banyak lemak —> Anda boleh mengambil Omega-3 lemak untuk membantu badan anda bertindak balas lebih baik untuk Leptin jadi anda boleh meningkatkan metabolisme membakar lemak anda 

3 cara Omega-3 lemak akan membantu anda mengurangkan berat badan
·       Lemak omega-3 membantu anda mengawal kelaparan anda dengan menstabilkan paras gula darah anda 
·       Satu kajian Australia menunjukkan bahawa apabila orang yang mengikuti program senaman mengambil omega-3, menunjukkan pembakaran lemak yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang bersenam tanpa pengambilan omega 3










Omega 3 dalam omega guard mampu membantu membakar lemak dan membantu anda menurunkan berat badan kepada berat ideal yang diinginkan :)
Seperti yang sentiasa saya pesan pada pengamal supplemen atau makanan kesihatan, perlulah mengambilnya secara konsisten, barulah dapat melihat hasilnya. Jangan dipersalahkan lagi produk jika anda tidak konsisten dan makan ikut mood sahaja. OK? Lagipun, ini hanya supplemen, bukannya ubat. Kesannya adalah bergantung pada penerimaan badan individu itu sendiri. 

Untuk kesan yang lebih cantik, boleh pertimbangkan untuk emngambil SET KURUS LENGKAP SHAKLEE ^__^

** Ingin dapatkan diskaun sehingga 20 %, mendaftarlah sebagai ahli hari ini :)
Menjadi pengguna bijak!


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **



Thursday, August 21, 2014

Pengedar Sah Shaklee Bandar Puteri Jaya

Assalamualaikum..

Sekarang ini kesedaran orang ramai akan kepentingan pengambilan dan pengamalan makanan tambahan semakin bertambah baik dan memberangsangkan. Maka semakin ramai orang mencari produk shaklee dan ia bagaikan fenomena! Semua orang berebut nak mencuba shaklee kerana sudah terbukti ianya memang berkesan. Yelah takkan tak berkesan kalau beribu-ribu ujian dibuat sebelum sesuatu produk dikeluarkan.

Hari ini saya ingin membuat hebahan sikit. Bukan hebahan penting pun tapi agak pentinglah pada sesiapa yang mencari pengedar shaklee area Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani kan.

Hensem abg posmen ni kan? Saya comel lagi =p

Ada setengah orang malas nak pos ni leceh, kalau boleh nak barang sampai depan mata. Jadi inilah masanya untuk anda yang tercari-cari pengedar di Sungai Petani. Apa yang bestnya membeli atau membuat tempahan daripada pengedar sah Shaklee di sekitar anda adalah, anda boleh memilih untuk penghantaran terus ke rumah anda by hand. Bila COD (cash on delivery), maksudnya, anda boleh jimat wang pos dan juga boleh mendapatkan consultation cara pemakanan/penggunaan produk yang betul dan lebih jelas! Selain boleh mendapat tips yang eksklusif. Terbaikkan service begitu :) Hehe..




Jadi pada mereka yang tercari-cari Shaklee Independant Distributor (SID) yang sah area Bandar Puteri Jaya, Bandar Utama, Seri Astana, Sungai Petani ni, apa tunggu lagi, silalah hubungi saya seperti maklumat di bawah. InsyaAllah saya sentiasa available kerana sekarang saya sudah bebas dari ikatan kerja, sudah menjadi surirumah yang bekerja dari rumah. Sambil-sambil hantar produk kalau anda ingin tahu apa kaedah dan bestnya bisnes ini bolehlah kita ambil sedikit masa.

Tapi jangan silap faham, saya takkan datang rumah anda untuk berceramah atau buat demo :)
Kerana apa? Kerana saya pengedar shaklee online :) I love online biz lebih dari segalanya.
Jom order:)


Jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Wednesday, August 20, 2014

PerFormance Drink, Minuman Yang Anda Wajib Cuba

Assalamualaikum..

Jiejie (Damia) demam panas semalam. Dia ni kalau demam, memang ummi susah hati jugalah. Merajuk pun ada dengan budak ni. Hihi. Pasal dia memang merap kat popo dia sahaja! Ummi ni siap kena halau, duk shuh ummi, shuh!! Merajuk kat ummi.. Takda pasai tau sebenarnya pun T__T. Bangun tido pun terus merajuk ngan ummi. Huhu. Ummi nombor 3 dalam hati dia. Popo nombor 1, kemudian ayah, baru lah ummi.. Sob sob sob...

Anak-anak saya kalau demam, memang musuh ketat ubat. Sebab itu kot Damia merajuk siap-siap dengan ummi, takut kena suruh makan ubat. Namun, syukur alhamdulillah, anak-anak ummi selalunya demam tak lebih 3 hari. Self-healing macam tu ja, tanpa ubat-ubatan dari klinik. Ummi campurkan Meal Shakes dalam susu Damia. Meal shakes ni minuman berkhasiat lengkap dengan multivitamin dan mineral yang diperlukan. Sangat bagus untuk tumbesaran anak-anak! Dafinah pula, alhamdulillah, dapat khasiat dari susu ibu.. Hihi.

Tapi, hari ini nak cerita tentang satu lagi minuman yang BEST dalam rangkaian produk Shaklee ni.

Performance Drink Shaklee


Performance Drink dihasilkan pertama kali pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan university Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus dan telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang paling jauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, meningkatkan tenaga dan memelihara sikurlasi bendalir dalam tubuh. Berbanding minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.


Antara kebaikan Performance Drink Shaklee ialah:

  • Meningkatkan daya ketahanan badan dimana ia memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.
  • Menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal dengan segera dan meningkatkan daya tahan otot.
  • Mengimbangi dan menbekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh.
  • Mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  • Memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.
  • Rasa oren yang sedap berbanding minuman elektrolit yang bergas lain. Ia tanpa pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Ia adalah semulajadi.

Siapakah yang sesuai mengambil Performance Drink?

  • Orang yang berpuasa – Ia mengekalkan kandungan air dalam tubuh dan menghindari dihidrasi. (diambil semasa bersahur dan berbuka)
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Para atlet yang sentiasa bersukan
  • Sering keletihan dan memerlukan tenaga tambahan dengan cepat
  • Cirit birit dan muntah-muntah
  • Ketika rasa nak demam atau sedang demam
  • Sebelum dan selepas pembedahan
  • Mereka yang sakit kepala
  • Pesakit gaout


Cara pengambilan:

  • Sarapan: Campurkan satu sudu besar Performance Drink, Meal Shake dan Energizing Soy Protien (ESP)
  • Latihan Fizikal: Campurkan 2 sudu besar Performance Drink dalam 500 ml air dan minum satu jam sebelum memulakan latihan fizikal dan setiap 30 min semasa latihan fizikal. Minum satu jam kemudian setelah latihan fizikal untuk penyahidratan dan mengembalikan tenaga.

Ingin dapatkan Performance Drink dan bayar menggunakan Debit @ Credit Card?
Klik gambar di bawah yer :)



boleh rujuk sini cara-cara order menggunakan sistem online :)



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Tuesday, August 19, 2014

Garlic Si Bawang Putih Yang Terbaik!

Assalamualaikum,

Siapa yang tak suka makan bawang putih? Saya memang tak suka. Bau dia apabila mentah, memang meloyakan tekak saya. Apatah lagi bila tergigit ketika tengah makan, maunya boleh termuntah kat situ juga. Sesiapa yang boleh makan bawang putih samada mentah atau telah dimasak, memang saya tabik spring lah! Hehe.

Hari ini saya nak berkongsi tentang apa itu Garlic Complex serta kelebihan yang ada padanya.




Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. 

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

·         Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
·         Menormalkan keseimbangan lipoprotein
·         Menurunkan dtekanan darah
·         Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
·         Berfungsi sebagai anti-oksidan
·         Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
·         Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
·         Bantu rawat asthma


Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

 Pengekalan 100% Allicin aktif

 Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic

 Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaituRosemary dan Spearmint.

 Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

☆  Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.


Khasiat Garlic Complex


·         Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana 
mengandungi ekstrak spearmint.

·         Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan   
sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, 
kulat, kuman, virus dan yis candida

·         Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit 
alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

·         Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung 
perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

·         Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic 
sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang 
merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara 
penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

·         Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam 
tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung 
dalam tubuh tanpa kita sedari.

·         Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, 
mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
strok dan penyakit koronari.

·         Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan 
pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana 
mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh 
dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

·         Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

·         Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan 
·         brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

·         Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan 
meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

·         Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
-       Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
-       Perut memulas (stomach upset)
-       Cirit-birit (Diarrhea)
-       Bronkitis
-       Luka-luka (infected wounds)
-       Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing




**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. ** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) ** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: --------------------------------------------------- Elda Malissa ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Tangani Alahan Dengan Garlic Complex

Assalamualaikum..

Manusia diciptakan rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. J

Tak ada kaitan dengan hati pun untuk entry ni. Hehe

Tapi, nak cerita tentang nikmat sihat dan kekayaan. ^___^

Masa belajar dahulu, pensyarah saya ada bercerita mengenai seorang sahabat beliau. Orangnya berjaya dalam perniagaan. Orang bisnes ni banyaknya duit tu tak yah cakap lah kan. Memang tak ada masalah kewangan lah. Tapi, sedihnya, beliau hilang satu nikmat, iaitu nikmat sihat. Beliau tak boleh makan sembarangan sebab mempunyai alahan yang severe juga terhadap daging dan makanan laut, hanya boleh makan makanan tertentu sahaja. 

Allah itu maha hebat dalam menciptakan manusia. Siapa kita untuk mempersoalkan kan?

Antara nikmat kekayaan dan sihat, yang mana anda pilih? Saya pilih keduanya! ^__^
InsyaAllah, dengan vitamin semulajadi Shaklee akan membantu saya untuk hidup sihat dan kejayaan dalam bisnes Shaklee akan merealisasikan impian saya menjadi muslimah yang kaya. (Ameen.. Semoga dipermudahkan)

Bercakap tentang alahan, ianya boleh berlaku kepada sesiapa saja pada bila-bila masa. Sehingga kini tiada siapa tahu bagaimana seseorang itu boleh alah kepada sesuatu benda secara tiba-tiba.


Kajian mendapati, ramai di kalangan orang dewasa alah terhadap makanan, ubat-ubatan, gigitan serangga dan senaman. Manakala kebanyakan kanak-kanak pula mengalami alahan terhadap makanan. Jenis makanan yang boleh mendatangkan alahan juga pelbagai, tetapi secara umumnya ia makanan kaya protein seperti makanan laut, telur dan kekacang.





Sesiapa ada alahan, anda boleh mencuba Garlic Complex untuk mengatasi masalah kegatalan sebab alahan tersebut.

Bagaimana Garlic boleh membantu mengatasi alergik?

Garlic Complex ini berfungsi sebagai antibiotik. Keistimewaannya, ianya adalah antibiotik yang semulajadi dan tentunya selamat diamalkan. Ia selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan system imun tubuh, menghalang alergi, penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.






Cadangan pemakanan @ dos untuk menghalang radang dan alergi, ambil 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali.

Untuk ketahui cara mengenali dan menangani alahan, boleh lah rujuk artikel ni >> Kenali dan Tangani Alahan Dengan Berkesan.



Ingin membeli Garlic Complex secara online dan bayar menggunakan kad kredit @ debit, sila klik gambar di bawah yer :) 



(boleh rujuk sini cara-cara order menggunakan sistem online :))


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **