Thursday, February 06, 2014

Apa punca jerawat??


Jerawat adalah bagai mimpi ngeri pada kaum wanita.. Jika yang tak biasa tumbuh jerawat tu, bila tetiba bangun pagi, belek muka kat cermin, tengok ada jerawat sebij, mesti rasa cam nak picit jerawat tu bagi hilang dengan cepat.. Atau ada mungkin yang terus rasa tak nak keluar rumah, segan, malu hanya kerana sebutir jerawat.. Tsk tsk tsk.. Kalo yang muka memang sedia ada masalah jerawat tu, rileks jer.. macam saya.. hehe.. nak buat macam mana, tak bernasib baik punya kulit yang halus mulus macam orang lain.. huhu.. Tapi, apa2 pun, mari kita kenali punca2 jerawat ni.. :)

Artikel ini saya dapat dari sini, perkongsian yang bermanfaat oleh Dr. Hasseenah :)


Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia. Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.
Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh, bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.
Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat. 
Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut.
Jadi, bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? Selain mengubah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting seperti berada di kawasan berkelembapan tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan juga penggunaan kosmetik yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.
Oleh itu apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka?
1. Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.
2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.
3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.
4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.
5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.
6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.
7. Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.

Ini saya jumpa versi senang baca dan dalam point. Antara punca jerawat adalah (sumber

  • Ketidakseimbangan hormon. Masalah hormon tak seimbang ni memang selalu terjadi. Masalah ini boleh dilihat pada perempuan yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Jerawat selalu akan naik sebelum, semasa, atau selepas haid. 
  • Diet pemakanan. Pengambilan makanan berlemak, bergula, dan berminyak yang berlebihan boleh menyebabkan jerawat naik. Makanan seperti chocolate dapat membantu kita mengurangkan stress, tetapi akan menyebabkan jerawat jika makan berlebihan. Digalakkan banyakkan makan makanan organik seperti sayuran dan buah-buahan. 
  • Biologi berevolusi. Perubahan usia juga menyumbang kepada masalah jerawat ini. biasa la masa muda kulit bersih , umur meningkat ja jerawat mula naik.
  • Kekurangan vitamin. Kulit muka juga memerlukan vitamin. Digalakkan mencari vitamin yang sesuai untuk kesihatan kulit muka. Makan supplement lebih efektif berbanding menggunakan barang komestik.
  • Stress. Mereka yang stress ini selalunya akan naik jerawat pada bahagian dahi.
  • Sembelit. Bila sembelit, banyak pulak toksik terkumpul dalam badan dan jerawat pun naik dengan sihatnya. Minum soya boleh kurangkan masalah sembelit ni. dan org yang ada masalah sembelit ni selalunya jerawat naik di kawasan dagu atau kawasan mulut. hehehe
  • Terlalu banyak minum minuman bergas dan berkafien. Kedua-dua jenis minumam ni tidak elok pada kesihatan. Lebih baik jika dikurangkan penggunaannya. Badan sihat, kulit pun cantik. Minum minuman kafein pon boleh melambatkan proses penurunan berat bdn tau. utk yg nak kurus , kurangkan lah minum nescaffe atau kopi tau.
  • Kurang minum air. Minum air secukupnya untuk kulit sihat, tapi kurangkan minum minuman bergula. Tak sehat!!!
  • Berjaga malam. Kulit muka juga memerlukan rehat, kerana masa tidurlah sel sel pada kulit muka akan diperbaharui. Saya pernah terbaca dalam majalah yang mengatakan masa paling sesuai untuk sel kulit diperbaharui adalah di antara pukul 12 malam hingga pukul 2 pagi. 
  • Tersalah pilih barang kosmetik. Barang kosmetik juga boleh jadi punca masalah jerawat di muka. Sesetengah bahan dalam barang kosmetik tersebut boleh menyebabkan pori pori di muka tersumbat. Perlu baca bahan-bahannya dulu sebelum membeli. Jika kamu mengalami masalah jerawat, digalakkan memilih barang kosmetik yang berasaskan air. jgn bila tgk org lain pakai cantik , kita pon nak jugak try . kosmetik bergantung kpd jenis kulit jugak tau.

Apa pun masalah perlu dikenalpasti puncanya terlebih dahulu sebelum mencari jalan penyelesaiannya. :)

Mahu tak kulit cantik tanpa make up dengan Set Kecantikan Shaklee?

Dengan Set Kecantikan SHAKLEE;
♥ Tak perlu susah nk cuci make up bila nak solat
♥ Tak perlu tepek make up utk tutup jerawat,parut dan pori besar kat muka
♥ Tak perlu cucuk sana sini nak bagi kulit tegang dan anjal
♥ Tak perlu touch up2 muka sebab muka berminyak
♥ Tak perlu habis ribu riban gi buat facial treatment
♥ Tak perlu tanggung risiko kesan bahan kimia berbahaya yg
♥ Tak perlu susah2 cari kat kedai yg harganya jauh lebih mahal sbb saya jual jauh lagi murah ;)

Bonus! Anda sihat luar dan dalam.. :) Memang Best! Cuba dahulu baru tau kan? hehe.

Terima kasih rajin membaca coretan saya :)

Hubungi saya untuk konsultansi percuma dan untuk pesanan pada harga sangat istimewa!

Email: mylovehds@gmail.com
Fanpage: HealthyYouHappyMe
Contact: 0163031954 (call/sms/whatsapp) @ 0193537313 (whatsapp only)

No comments:

Post a Comment