Saturday, July 26, 2014

Tanda Tanda Lelaki Subur

Tanda Tanda Lelaki Subur



Apakah tanda-tanda atau ciri kesuburan kaum lelaki? Mungkin ramai yang berminat untuk mengetahuinya. Berikut adalah senarai ciri menandakan seseorang lelaki itu subur;

1) Mempunyai anggota reproduksi yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya.

2) Mempunyai alat kelamin atau zakar normal yang dapat menyalurkan sperma (air mani) ke dalam faraj wanita.

3) Mempunyai dua belah zakar berukuran normal yang dapat memproses atau menghasilkan sperma yang cukup bilangannya dan aktif.

4) Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tidak terkandas atau tergendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma dan salur uretra.

5) Mempunyai anggota reproduksi lain seperti pundi prostat, pundi seminal, pundi cowper yang berfungsi secara normal. Ia berfungsi memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita.

Selain mengenali ciri kesuburan lelaki, serba sedikit tentang perkara yang ada kaitan dengan peningkatan kesuburan lelaki perlu juga di ketahui. Lelaki yang normal dan sihat mampu menghasilkan lebih kurang 150 hingga 250 juta sperma setiap hari.

Sperma sensitif dengan bahan-bahan pelicin dan juga air, jadi wanita memang tidak di galakkan menggunakan apa juga jenis bahan pelicin sewaktu melakukan hubungan seks dengan suami.

Wanita yang menginginkan cahaya mata juga tidak di galakkan mencuci faraj atau kemaluan selepas bersama suami kerana ini akan melumpuhkan sperma dan merendahkan kemungkinan untuk hamil.

Pengaliran Sperma Yang Mantap:


Ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak berpendapat kehamilan akan boleh berlaku dalam jangka masa yang singkat jika melakukan hubungan seks setiap hari terutama pada waktu isteri itu subur.

Ini tidak benar. Walaupun lelaki mampu menghasilkan begitu banyak sperma pada setiap hari (150 – 250 juta sehari) namun ia memerlukan juga sistem pengaliran sperma yang mantap. Ada kalanya sistem pancutan kurang mantap dan kadangkala pancutan air mani langsung tidak berlaku walaupun lelaki tersebut mencapai orgasme.

Jika hubungan seks di lakukan selang sehari atau dua hari sekali, sistem pancutan atau pengaliran tidak tergendala atau lemah maka banyak sperma dapat di salurkan ke dalam faraj.

Jadi seeloknya jika mahukan cahaya mata lakukan hubugan seks bersama isteri selang sehari meskipun pada waktu isteri subur. Lagipun jika hubungan seks terlalu kerap di lakukan, gangguan boleh berlaku pada kedua belah buah zakar (tekanan atau stres) dan akibatnya sperma yang di hasilkan kebanyakannya sperma yang kurang matang dan tidak berkualiti.

Air mani cair tidak bermakna tiada benih:

Air mani yang banyak dan pekat bukan petanda seseorang lelaki itu subur. Begitu juga dengan air mani yang cair ia tidak bermakna tiada benih ataupun tidak subur. Air mani yang cair itu adalah sesuatu yang normal.

Air mani akan cair dalam masa 10 hingga 15 minit jika ia pekat waktu keluar. Sperma sebenarnya mudah ‘berenang’ atau berkeliaran jika air mani itu cair. Air mani yang pekat dan tidak mudah cair ialah satu petanda bahawa sistem anggota reproduksi lain iaitu pundi prostat tergendala dan perlu mendapat rawatan.

Selain itu kebanyakan lelaki berpendapat air mani perlu keluar secara pancutan, lebih jauh dipancut kononnya lebih baik lagi. Pendapat ini sememangnya tidak betul. Tidak kira sama ada air mani keluar secara meleleh atau memancut di dalam faraj, asalkan ia keluar dan dapat di salurkan serta di terima oleh faraj.

Petikan dari Mingguan Wanita 13-19 April 2007




InsyaAllah, saya akan kongsikan mengenai senarai nutrisi yang boleh menggalakkan penghasilan sperma yang sihat di dalam entry yang lain :)



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut

--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **



Nasib Baik Ada Cinch Energy Tea Mix

Assalamualaikum..

Penangan minum bancuhan teh terbaik yang menjadi kegemaran ummi sekarang, mata masih segar bugar untuk update blog lovethepreciouslife.blogspot.com ni. :)

Dan, ummi bukan berjaga sorang2.. Tetapi ditemani oleh si Meimei, Dafinah!

Yer, pada pukul 4.24 a.m, mulutnya tengah becok berkata itu ini.. Tapi tak mengganggu ummi, takpa.. Haha. Dia tengah layan blues tengok video-video dalam handphone ummi.. :)

Tengok video dia tengah makan durian, dan-dan juga minta nak makan durian.. Hahaha!
Tengok video tengah makan aiskrim, minta aiskrim pula!
Dan seterusnya.....

Ni entah pukul berapa pula dia nak tidur nanti. Nasib baik ummi dah teguk Cinch Tea Mix tadi, hilang segala mengantok, bolehlah melayan dia sampai dia lena dan layan tanpa stress memaksa dia tidur.. Ekekeke..

Pasal apa yang budak ni boleh berjaga sampai pukul 4 pagi ni?? Haha..
Sebab dia dah topup energy awal tadi lagi dah! 

Perkara yang sangat2 jarang dia buat.. Tertidur tanpa menempek kat ummi.. Hihi.. 

Layan anime 'Cars' sampai terlena.. Penat sangat gamaknya.. Haha.. 
Tapi kalo bangun balik ni jap lagi, ummi kena overtime sampai 2-3 pagi gak lah nampak gayanya.. Uwaaa..
Caption kat status FB ummi tadi. Kan sungguh jadi bagai dikata.. Hihi


Tidur dengan kasut raya lagi tu.. Haha.. Tertidur atas beanbag

Ini bukan orang yang tengok tv, tapi tv tengok orang :)
 Dia mai dah, minta susu dah...

Tata.. 

Selamat bersahur ^__^


Cara Buat Order Melalui eSell Dari Blog

Assalamualaikum..

Terujanya bila Shaklee mula memperkenalkan satu lagi kemudahan yang dinamakan eSell khas buat pengguna dan sid (shaklee Independant Distributor) untuk membuat order dengan lebih senang dan pantas.

Apa dia eSell ni? Ianya adalah satu link yang diletakkan dalam blog atau mana-mana media social dan dari link tersebut customer atau pelanggan yang ingin membeli produk shaklee hanya perlu klik link dan buat order sendiri.

Kelebihan menggunakan eSell.


tidak perlu perantara. Customer tidak perlu menghubungi SID (shaklee independant distributor) untuk membeli dan survey harga, hanya klik link dan anda boleh uruskan pembelian sendiri sama seperti kita membeli produk online yang lain.

Tidak perlu transfer duit pada SID/penjual kerana anda boleh membuat order sendiri melalui penggunaan kad kredit/debit anda.

► customer akan rasa lebih selamat kerana tiada risiko ditipu kerana tidak perlu berhubung dengan penjual kerana boleh membuat order sendiri mengikut pilihan masing-masing.

harga adalah standard di mana semua link yang anda jumpa tidak kiralah dari blog/fb atau mana-mana media social yang lain akan menunjukkan harga yang sama. Jadi anda boleh jimatkan masa dengan tidak melakukan perbandingan harga kerana semua harga adalah sama.

► Dengan membuat order sendiri, semua maklumat anda adalah perlu diisi sendiri dan anda boleh membeli menggunakan kad debit/kredit anda sendiri. Produk akan diproses oleh Shaklee Malaysia dan dihantar terus ke pintu rumah anda.

Lebih menjimatkan masa kerana anda boleh melakukan segala-galanya hanya di hujung jari.

Di sini saya sertakan langkah-langkah untuk anda membuat order sendiri.

Bagi pengguna blog dan ingin membuat belian dari blog saya, anda boleh membuat belian online dengan cara-cara berikut :)

1) Klik icon yang berada di bahagian bawah setiap entry blog seperti di dalam gambarajah di bawah:


2) Setelah klik anda akan dibawa ke link online ordering agreement dimana anda perlu click pada agree dan next untuk ke page seterusnya


3) Setelah next anda akan dibawa pula ke tempat dimana anda boleh pilih produk yang perlu di beli. Setelah pemilihan dibuat anda boleh terus checkout 



4) Isi ditempat kosong details yang diperlukan untuk penghantaran terus ke tempat yang anda ingini, perlus diketahui penghantaran adalah 3 hari bekerja dan penghantaran adalah melalui GDEX atau CITILINK.


5) Setelah semua detail diisi anda perlu mengesahkan alamat, no telefon dan kuantiti barang yang diorder adalah tepat dan sama. Seterusnya proceed for payment


6) Anda boleh menggunakan CREDIT CARD atau pun DEBIT CARD anda dan confirm payment


7) Print order anda supaya memudahkan tracking semula 


Mudah kan??  Hanya klik-klik sahaja dan barang akan sampai di hadapan pintu rumah anda. Jika ada sebarang masaalah berkaitan order, cara makan dan sebagainya..anda boleh hubungi saya seperti biasa. Saya akan berikan consultation yang terbaik!!!
Macam mana pulak kalau tiada DEBIT atau CREDIT CARD?? Tiada masaalah..boleh buat belian melalui saya terus dan saya akan poskan terus kepada anda menggunakan khidmat Pos Laju.


**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Thursday, July 24, 2014

Cara Menambah Kesuburan Wanita

Assalamualaikum..



Siapa yang taknak baby kan? Semua orang pasti suka dan sangat mengidamkan mempunyai zuriat hasil dari perkongsian hidup suami isteri. Tapi, tak semua bertuah untuk mudah dan cepat hamil. Saya sendiri setelah 3 bulan perkahwinan, baru lah disahkan mengandung :) Alhamdulillah.. Ada yang bunting pelamin tu, lagi lah respect. Caya lah ^________^

Hati wanita mudah terusik lagi-lagi bila ditanya tentang anak. Bila nak menimang cahayamata? Belum dapat lagi ke? Bila nak dapat anak? Merancang ke? Tak cuba rawatan ke?

Geram je kan dengan soala-soalan dari mereka-mereka yang prihatin. Biasanya isterilah yang paling banyak ditanya dan akan stress. Suami biasanya jarang ditanya walhal peratusan kadar ketidaksuburan antara lelaki dan wanita adalah sama.


Usaha macam-macam tapi masih belum ada rezeki lagi. Tidak mengapa, jangan terlampau stress yang akhirnya memakan diri. Boleh ikhtiar dengan mengamalkan petua-petua di bawah:



Antara petua cara meningkatkan kesuburan adalah:



♥ Perbaiki Pola Makan


Memang diakui zaman sekarang ni pelbagai masalah pelik-pelik berlaku. Masalah berkaitan kesihatan terutamanya kesuburan. Kalau zaman tok nenek kita ni kebanyakannya subur-subur belaka, anak berderet-deret. Boleh dikaitkan dengan pemakanan yang bagus.

Mana taknya, petik sayur belakang rumah je. Sayur tanam sendiri. Pendek kata tanam sayur segala belakang rumah, itu belum lagi masuk ulam ulaman dan pelbagai tanaman lain. Semestinya segar dan tiada bahan beracun.


Lepas tu pulak ayam pun bela sendiri, takde nak beli ayam-ayam cucuk macam sekarang ni kan. Itu belum lagi kira pelbagai suntikan hormon bagai.


Memandangkan kita hidup dalam dunia sekarang maka amatlah penting menjaga pola pemakanan. Tambah lagi fast food yang amat tinggi kandungan garam dan gulanya. Belum masuk lemak tepu lagi tu. Maka wajarlah kalau kita sayangkan organ reproduktif kita, untuk kekalkan kesuburan maka elakkanlah makanan tidak bermanfaat.


"Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangi kesuburan. Vitamin C, E dan B kompleks (terutama B6) sangat penting bagi pembentukan dan pengaturan kerja hormonal. Perbanyak makan buah-buahan dan sayuran yang kaya vitamin dan mineral serta biji-bijan yang mengandungi lemak esensial seperti kedelai, kecambah dan kacang tanah."


Tidak syak lagi jenis-jenis vitamin memainkan peranan untuk kesihatan kita. Vitamin CE dan B complex memang dikenali bagus untuk badan dan sayuran serta kekacang adalah salah satu darinya. 


Saya tertarik juga dengan kekacang yang disebut tadi. Kekacang ni contohnya seperti badam mengandungi kandungan folat yang tinggi. Asid folat inilah juga terdapat dalam B Complex yang mana saya selalu cadangkan pada mereka yang ingin hamil.


Juga jangan dilupa pada jasa omega 6. Omega 6 memang amat diperlukan terutama golongan wanita la kan.Saya tak mahu cerita panjang berkenaan omega 6 tetapi saya ingin perkenalkan GLA Complex juga adalah merupakan omega 6. Khasiat GLA complex ni membantu wanita hamil dengan lebih cepat. Dan terbukti telah membuatkan ramai wanita/isteri yang telah berjaya hamil dengan izinNya. 


sumber

Baby adalah sangat comel :) Suka sangat dengan bau baby! Boleh ketagih tau! Anak saya Dafinah dah 2 tahun pun usia, tapi saya masih suka sangat cium dan tarik nafas dalam-dalam bila menghidu bau badan dan mulut dia.. Hehe.. 




Dapatkan pula menggemokkan anak jadi camni, cam tak cukup pelusuk tubuh nak gomol and cium kan? Hehe.. Alhamdulillah, saya dikurniakan anak-anak yang sihat dan sempurna.. Terima kasih, ya Allah.. ^___^







Ingin dapatkan GLA Complex dan bayar menggunakan Debit @ Credit Card?
Klik link di bawah
.
.





.
.


Nak tahu bagaimana boleh tingkatkan kesuburan? Klik sini >> Tips Tingkatkan Kesuburan


Ingin dapatkan Set Lengkap Kesuburan Shaklee? Klik sini >> Set Lengkap Kesuburan


** Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Wednesday, July 23, 2014

Kategori Vitamin

Assalamualaikum..

Dalam banyak-banyak vitamin yang kita ambil, adakah kita tahu secara lebih detail bagaimana vitamin dikategorikan?




Secara ringkasnya vitamin boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu vitamin LARUT AIR dan VITAMIN LARUT LEMAK.

♥ VITAMIN LARUT AIR contohnya Vitamin C dan Vitamin B group.

♥ VITAMIN LARUT LEMAK contohnya Vitamin A, D, E & K.

Vitamin larut air biasanya tidak disimpan dalam badan dan mudah dikeluarkan oleh badan melalui urine.Vitamin larut lemak pula akan disimpan di dalam lemak badan dan juga hati.Dengan itu pengambilan vitamin larut lemak haruslah berpada-pada, jangan sampai melebihi dos.

KENAPA PERLUNYA VITAMIN?

Badan kita tidak dapat menyediakan vitamin dalam kuantiti yang mencukupi. Dengan itu iainya perlu diperolehi dengan diet yang betul dan juga pengambilan supplement yang tepat. Sebagai contoh, seseorang yang tidak sukakan oren mungkin kekurangan vitamin c, manakala sesorang yang tidak boleh tolerate dengan laktosa mungkin akan kekurangan kalsium. 

sumber: permatacintaku.blogspot.com

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Masalah Sperma Punca Utama Ketidaksuburan

Assalamualaikum..

Tidak adil kan jika hanya si isteri yang dipersalahkan apabila gagal hamil setelah melalui satu tempoh alam bahtera rumahtangga. Ini kerana, bukan wanita sahaja yang berkemungkinan untuk menghadapi masalah ketidaksuburan ni, malah lelaki juga mempunyai potensi untuk TIDAK SUBUR! 

Masalah sperma lelaki yang tidak berkualiti menjadi punca utama ketidaksuburan!


Masalah ketidaksuburan bukanlah masalah biasa lagi apabila 10% daripada setiap populasi negara menghadapinya. Setiap 10 pasangan yang sudah berkahwin, satu pasanagn pasti menghadapi masalah ketidaksuburan.

sperma tidak subur


Namun masyarakat sering menuding jari kepada wanita atau isteri apabila memperkatakan soal kemandulan atau penyebat tiada zuriat walhal peratus punca ketidaksuburan lelaki dan perempuan adalah sama banyak.


Dalam 5 pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan, 2 daripadanya berpunca dari lelaki, 2 daripadanya dari perempuan manakala satu lagi dari gabungan kedua-duanya.


Pakar runding dan Bedah Urologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah ketidaksuburan lelaki lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita.


"masalah ketidaksuburan lelaki boleh dibahagi kepada 3 punca utama iaitu hormon, sperma dan penis."

"tidak ada cara untuk seseorang mengetahui sendiri dirinya mempunyai masalah ketidaksuburan melainkan mengalami kecacatan pada penis sejak lahir."

"pasangan yang tidak mempunyai anak setelah setahun berkahwin ataupun 6 bulan bagi yang berusia 35 tahun ke atas perlu merujuk kepada doktor."

"pakar sakit puan akan memeriksa wanita dan lelaki pula dihantar kepada pakar urologi"

"ada masalah ketidaksuburan boleh dirawat tetapi makin sukar jika lambat diambil tindakan kerana faktor usia wanita." ujarnya.


Terang Dr Muhilan, kira-kira 40% sahaja masalah kesuburan lelaki yang boleh dirawat.


Namun ia bukan masalah untuk mempunyai anak kerana ada cara lain boleh dilakukan seperti rawatan permanian berhadas (intrauterine insemination) atau persenyawaan in vitro (in-vitro fertilization, IVF).


SPERMA


Ada pesakit yang tidak mempunyai masalah hormon apabila ia dapat merangsang testis menghasilkan sperma, tetapi sperma yang dihasilkan tidak cukup, tidak berkualiti atau ada yang cacat.

Terang Dr Muhilan, bilangan sperma yang normal adalah 60 juta setiap sentimeter padu dan mereka yang mengeluarkan sperma kurang daripada 20 juta sperma disahkan mempunyai masalah kesuburan.


Kekurangan jumlah sperma itu akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan. Sperma yang terlalu sedikit dihasilkan dinamakan "oligospermia" manakala masalah ketiadaan sperma pula digelar "azoospermia".


Selain masalah genetik seperti kecacatan genetik sejak lahir iaitu mempunyai satu testis sahaja, faktor luar juga mempengaruhi jumlah dan kualiti sperma. Antaranya memakai pakaian terutamanya seluar dalam yang ketat kerna jumlah sperma akan jatuh jika testis berada dalam keadaan panas.


"Ramai yang tidak tahu dengan dengan selalu meletakkan komputer riba di riba turut mengurangkan sperma kerana haba yang dihasilkan."


Pengambilan dadah seperti kokain turut mengurangi produksi sperma. Selain itu, ubat ubatan yang mengganggu pengeluaran sperma seperti ubat darah tinggi iaitu calcium channel blocker dan ubat kulat. Bagi kes sperma cacat, walaupun persenyawaan berlaku, badan wanita akan semulajadi menggugurkannya.


Rawatan


Setiap pasangan yang sudah setahun berkahwin atau enam bulan bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas yang masih belum mendapat zuriat dinasihatkan berjumpa pakar. Pakar ginekologi akan memeriksa sistem reproduktif wanita dan lelaki pula akan dirujuk dengan pakar urologi.

Kira-kira 30 hingga 40 peratus sahaja masalah kesuburan lelaki boleh dirawat kerana seperti masalah genetik, ia tidak boleh dirawat, Doktor selalunya menasihati pesakit terus menjalani rawatan kesuburan seperti IVF dan IUI denganmengambil sedikit sperma untuk dilakukan persenyawaan. Ini kerana faktor masa, proses rawatan kesuburan mengambil masa sehingga tempih 3 bulan iaitu tempoh matang sperma bagi mengetahui masalahnya.


Wanita pula semakin berusia semakin berkurangan telur dihasilkan, mengurangkan peluang untuk hamil dan risiko anak down syndrome.


sumber dari pancasihat



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


10 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL

Assalamualaikum...

Hari ini kita belajar makanan yang boleh mengurangkan kolesterol. Penting tau untuk kawal paras kolesterol dalam badan. Salah satunya adalah untuk menjaga jantung yang sihat dan mengelakkan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, diabetes dan lain-lain.



Antara makanan- makanan yang boleh mengurangkan kolesterol 


1. Kacang Soya

- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 

2. Kuaci

- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil mengurangkan kolesterol.

3. Buah kering

- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

4. Epal

- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak.

5. Ikan Tuna

- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL

6. Kacang tanah

- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung

7. Buah Mangga

- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi

8. Kismis

- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus

9. Jambu batu

- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan.


Selain itu, untuk cara lebih mudah, boleh amalkan pengambilan Omega Guard Shaklee untuk mengawal kolesterol. 

Kenapa? 

Sebab..

Amalan mengambil Omega Guard Shaklee yang mengandungi asid lemak omega 3 mampu mengubah hidup anda. Ia mengandungi bukan sahaja asid lemak omega 3 malah EPA dan DHA. Ia adalah sumber alternatif pada anda yang tercari-cari supplement untuk kesihatan jantung. Kesihatan kita tidak ternilai, dan harganya bukan dengan nilai sebotol supplement. Nilai kesihatan yang kita dapat lebih dari itu.



Nak dapatkan Omega Guard Shaklee? 
Anda boleh beli secara online, bayar menggunakan kad debit @ kad debit :) 
Hanya klik link di bawah 

.
.

.
.



**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17 17/7/2014

Al-fatihah buat keluarga mangsa bencana MH17

Sekali lagi negara kita diuji.
Sedih yang amat! Belum pun reda peperangan antara Palestian dan Zionis Israel (laknat ke atas Zionis laknatullah), timbul pula tragedi yang terbaru..
Ya Allah...



Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine (sempadan Rusia). Kapal terbang MH17 MAS Malaysia Airlines ditembak & jatuh terhempas . Belum reda kes tragedi kehilangan MH370 (DI SINI), terbaru seluruh dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang begitu dahsyat buat kali kedua melibatkan negara Malaysia umumnya dan Malaysia Airlines (MAS) amnya tahun 2014 ini apabila pesawat MH17 terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia).

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang pada mulanya telah terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia akhirnya disahkan pesawat Mh17 jatuh terhempas oleh berita AFP.
Keadaan pada ketika ini cukup tragis melihatkan gambar bangkai kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines MAS ditambah dengan situasi begitu banyak mayat bergelimpangan di lokasi kejadian. 
Kronologi Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine
  • Penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam (Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas 12:14 pagi waktu tempatan pada hari Khamis 17 Julai 2014 iaitu 15 minit terlewat darioada jadual penerbangan asal berdasarkan rekod penerbangan
  • Berdasarkan jadual penerbangan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) dijangka sampai di KLIA Malaysia pada 6:10 waktu Malaysia
  • Pesawat MH17 membawa 295 orang, 280 penumpang dan 15 anak kapal terbang Malaysia Airlines (MAS)
  • Pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) berada pada kedudukan ketinggian 33,000 kaki
  • Ketika pesawat MH17 sedang dalam perjalanan di FL330, 50 nm barat laut Donetsk (Ukraine), secara tiba-tiba transporder isyarat telah hilang di FL330 pada kedudukan N48.56 E37.21
  • Laporan berita terkini Interfax telah memaklumkan pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia
  • Satu berita terkini yang cukup mendukacitakan setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan ketika ini pesawat MH17 terhempas di Ukraine (sempadan Rusia) didakwa kerana ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu yang mampu mencapai ketinggian 72,000 kaki
  • Walaubagaimanapun dakwaan pesawat MH17 terhempas ditembak jatuh angkara pejuang pemisah Pro Rusia telah dinafikan wakil pihak pejuang pemisah tersebut
  • Berita Terkini MH17 terhempas berhampiran bandar Donetsk yang merupakan kubu kuat pemberontak Pro Rusia
  • Berdasarkan laporan berita terkini Reuters yang diperolehi daripada sumber penerbangan Rusia mengatakan kapal terbang Mh17 malaysia Airines (MAS) sama sekali tidak memasuki ruang udara Rusia
  • Walaubagaimanapun zon penerbangan di mana pesawat MH17 terhempas adalah kawasan yang cukup bergolak dan konflik ketika ini


Ya Allah..
Ampunkanlah dosa-dosa kami..