Thursday, July 24, 2014

Cara Menambah Kesuburan Wanita

Assalamualaikum..



Siapa yang taknak baby kan? Semua orang pasti suka dan sangat mengidamkan mempunyai zuriat hasil dari perkongsian hidup suami isteri. Tapi, tak semua bertuah untuk mudah dan cepat hamil. Saya sendiri setelah 3 bulan perkahwinan, baru lah disahkan mengandung :) Alhamdulillah.. Ada yang bunting pelamin tu, lagi lah respect. Caya lah ^________^

Hati wanita mudah terusik lagi-lagi bila ditanya tentang anak. Bila nak menimang cahayamata? Belum dapat lagi ke? Bila nak dapat anak? Merancang ke? Tak cuba rawatan ke?

Geram je kan dengan soala-soalan dari mereka-mereka yang prihatin. Biasanya isterilah yang paling banyak ditanya dan akan stress. Suami biasanya jarang ditanya walhal peratusan kadar ketidaksuburan antara lelaki dan wanita adalah sama.


Usaha macam-macam tapi masih belum ada rezeki lagi. Tidak mengapa, jangan terlampau stress yang akhirnya memakan diri. Boleh ikhtiar dengan mengamalkan petua-petua di bawah:



Antara petua cara meningkatkan kesuburan adalah:



♥ Perbaiki Pola Makan


Memang diakui zaman sekarang ni pelbagai masalah pelik-pelik berlaku. Masalah berkaitan kesihatan terutamanya kesuburan. Kalau zaman tok nenek kita ni kebanyakannya subur-subur belaka, anak berderet-deret. Boleh dikaitkan dengan pemakanan yang bagus.

Mana taknya, petik sayur belakang rumah je. Sayur tanam sendiri. Pendek kata tanam sayur segala belakang rumah, itu belum lagi masuk ulam ulaman dan pelbagai tanaman lain. Semestinya segar dan tiada bahan beracun.


Lepas tu pulak ayam pun bela sendiri, takde nak beli ayam-ayam cucuk macam sekarang ni kan. Itu belum lagi kira pelbagai suntikan hormon bagai.


Memandangkan kita hidup dalam dunia sekarang maka amatlah penting menjaga pola pemakanan. Tambah lagi fast food yang amat tinggi kandungan garam dan gulanya. Belum masuk lemak tepu lagi tu. Maka wajarlah kalau kita sayangkan organ reproduktif kita, untuk kekalkan kesuburan maka elakkanlah makanan tidak bermanfaat.


"Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangi kesuburan. Vitamin C, E dan B kompleks (terutama B6) sangat penting bagi pembentukan dan pengaturan kerja hormonal. Perbanyak makan buah-buahan dan sayuran yang kaya vitamin dan mineral serta biji-bijan yang mengandungi lemak esensial seperti kedelai, kecambah dan kacang tanah."


Tidak syak lagi jenis-jenis vitamin memainkan peranan untuk kesihatan kita. Vitamin CE dan B complex memang dikenali bagus untuk badan dan sayuran serta kekacang adalah salah satu darinya. 


Saya tertarik juga dengan kekacang yang disebut tadi. Kekacang ni contohnya seperti badam mengandungi kandungan folat yang tinggi. Asid folat inilah juga terdapat dalam B Complex yang mana saya selalu cadangkan pada mereka yang ingin hamil.


Juga jangan dilupa pada jasa omega 6. Omega 6 memang amat diperlukan terutama golongan wanita la kan.Saya tak mahu cerita panjang berkenaan omega 6 tetapi saya ingin perkenalkan GLA Complex juga adalah merupakan omega 6. Khasiat GLA complex ni membantu wanita hamil dengan lebih cepat. Dan terbukti telah membuatkan ramai wanita/isteri yang telah berjaya hamil dengan izinNya. 


sumber

Baby adalah sangat comel :) Suka sangat dengan bau baby! Boleh ketagih tau! Anak saya Dafinah dah 2 tahun pun usia, tapi saya masih suka sangat cium dan tarik nafas dalam-dalam bila menghidu bau badan dan mulut dia.. Hehe.. 




Dapatkan pula menggemokkan anak jadi camni, cam tak cukup pelusuk tubuh nak gomol and cium kan? Hehe.. Alhamdulillah, saya dikurniakan anak-anak yang sihat dan sempurna.. Terima kasih, ya Allah.. ^___^







Ingin dapatkan GLA Complex dan bayar menggunakan Debit @ Credit Card?
Klik link di bawah
.
.





.
.


Nak tahu bagaimana boleh tingkatkan kesuburan? Klik sini >> Tips Tingkatkan Kesuburan


Ingin dapatkan Set Lengkap Kesuburan Shaklee? Klik sini >> Set Lengkap Kesuburan


** Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK. 

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :) 

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :) 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **