Wednesday, July 23, 2014

Masalah Sperma Punca Utama Ketidaksuburan

Assalamualaikum..

Tidak adil kan jika hanya si isteri yang dipersalahkan apabila gagal hamil setelah melalui satu tempoh alam bahtera rumahtangga. Ini kerana, bukan wanita sahaja yang berkemungkinan untuk menghadapi masalah ketidaksuburan ni, malah lelaki juga mempunyai potensi untuk TIDAK SUBUR! 

Masalah sperma lelaki yang tidak berkualiti menjadi punca utama ketidaksuburan!


Masalah ketidaksuburan bukanlah masalah biasa lagi apabila 10% daripada setiap populasi negara menghadapinya. Setiap 10 pasangan yang sudah berkahwin, satu pasanagn pasti menghadapi masalah ketidaksuburan.

sperma tidak subur


Namun masyarakat sering menuding jari kepada wanita atau isteri apabila memperkatakan soal kemandulan atau penyebat tiada zuriat walhal peratus punca ketidaksuburan lelaki dan perempuan adalah sama banyak.


Dalam 5 pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan, 2 daripadanya berpunca dari lelaki, 2 daripadanya dari perempuan manakala satu lagi dari gabungan kedua-duanya.


Pakar runding dan Bedah Urologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah ketidaksuburan lelaki lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita.


"masalah ketidaksuburan lelaki boleh dibahagi kepada 3 punca utama iaitu hormon, sperma dan penis."

"tidak ada cara untuk seseorang mengetahui sendiri dirinya mempunyai masalah ketidaksuburan melainkan mengalami kecacatan pada penis sejak lahir."

"pasangan yang tidak mempunyai anak setelah setahun berkahwin ataupun 6 bulan bagi yang berusia 35 tahun ke atas perlu merujuk kepada doktor."

"pakar sakit puan akan memeriksa wanita dan lelaki pula dihantar kepada pakar urologi"

"ada masalah ketidaksuburan boleh dirawat tetapi makin sukar jika lambat diambil tindakan kerana faktor usia wanita." ujarnya.


Terang Dr Muhilan, kira-kira 40% sahaja masalah kesuburan lelaki yang boleh dirawat.


Namun ia bukan masalah untuk mempunyai anak kerana ada cara lain boleh dilakukan seperti rawatan permanian berhadas (intrauterine insemination) atau persenyawaan in vitro (in-vitro fertilization, IVF).


SPERMA


Ada pesakit yang tidak mempunyai masalah hormon apabila ia dapat merangsang testis menghasilkan sperma, tetapi sperma yang dihasilkan tidak cukup, tidak berkualiti atau ada yang cacat.

Terang Dr Muhilan, bilangan sperma yang normal adalah 60 juta setiap sentimeter padu dan mereka yang mengeluarkan sperma kurang daripada 20 juta sperma disahkan mempunyai masalah kesuburan.


Kekurangan jumlah sperma itu akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan. Sperma yang terlalu sedikit dihasilkan dinamakan "oligospermia" manakala masalah ketiadaan sperma pula digelar "azoospermia".


Selain masalah genetik seperti kecacatan genetik sejak lahir iaitu mempunyai satu testis sahaja, faktor luar juga mempengaruhi jumlah dan kualiti sperma. Antaranya memakai pakaian terutamanya seluar dalam yang ketat kerna jumlah sperma akan jatuh jika testis berada dalam keadaan panas.


"Ramai yang tidak tahu dengan dengan selalu meletakkan komputer riba di riba turut mengurangkan sperma kerana haba yang dihasilkan."


Pengambilan dadah seperti kokain turut mengurangi produksi sperma. Selain itu, ubat ubatan yang mengganggu pengeluaran sperma seperti ubat darah tinggi iaitu calcium channel blocker dan ubat kulat. Bagi kes sperma cacat, walaupun persenyawaan berlaku, badan wanita akan semulajadi menggugurkannya.


Rawatan


Setiap pasangan yang sudah setahun berkahwin atau enam bulan bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas yang masih belum mendapat zuriat dinasihatkan berjumpa pakar. Pakar ginekologi akan memeriksa sistem reproduktif wanita dan lelaki pula akan dirujuk dengan pakar urologi.

Kira-kira 30 hingga 40 peratus sahaja masalah kesuburan lelaki boleh dirawat kerana seperti masalah genetik, ia tidak boleh dirawat, Doktor selalunya menasihati pesakit terus menjalani rawatan kesuburan seperti IVF dan IUI denganmengambil sedikit sperma untuk dilakukan persenyawaan. Ini kerana faktor masa, proses rawatan kesuburan mengambil masa sehingga tempih 3 bulan iaitu tempoh matang sperma bagi mengetahui masalahnya.


Wanita pula semakin berusia semakin berkurangan telur dihasilkan, mengurangkan peluang untuk hamil dan risiko anak down syndrome.


sumber dari pancasihat



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


No comments:

Post a Comment