Friday, August 08, 2014

Panduan Memilih Bra Sesuai Dengan Saiz Payudara

Assalamualaikum..

Tajuk agak menggiurkan ek? Haha. Tak apalah, sekadar nak berkongsi info jer. Jangan nak membayang-bayangkan 'kopek' (panggilan orang ganu untuk breast) sudah lah yer..

Idea tercetus nak buat research dan share info mengenai panduan memilih bra yang sesuai dengan saiz payudara ni bila tengah sembang-sembang santai dengan rakan-rakan whatsapp 'Supermommy Team' tadi. Bagaimana bermula dan puncanya keluar topik ni hari ni, saya pun dah lupa lorh.. Hihi :D

Itu lah yang best sejak bershaklee ni, dapat ramai kawan alam maya, tak pernah bersua muka, sembang dalam whatsapp, stalking facebook sesama sendiri, lama kelamaan, jadi rapat dan serasi.. ^___^

Ok, berbalik pada cerita bagaimana nak memilih bra yang sesuai, jom baca info di bawah. Saya copy and paste dari sini dan sini jer ya sebab duk sambil breastfeed si kecik Dafinah ni >_<


Cara Pemilihan Bra Yang Betul


Kenali bentuk dan ukuran payu dara anda.
Jika anda mempunyai saiz payu dara yang besar, pilih bra yang dapat menopang tanpa membuatnya jadi terlalu penuh. Caranya dengan memilih bra yan menopang kawat, namun hindari bra yang dipenuhi span melainkan anda ingin memberi kesan yang menonjol. Sebaliknya jika payudara anda kecil, sebaiknya pilih bra yang dapat menopang payu dara anda dengan kawat dan yang mempunyai span, ianya memberi kesan penuh pada payu dara anda.
Gambar adalah sedikit censored. Haha. Adakah pembaca lelaki blog saya ni?? :D

Payudara kecil 
  • Pilih cawan separuh atau tiga suku menutupi payudara dengan alas 
  • 't-shirt bra' dan 'push up bra' akan membantu memberikan kepadatan tambahan 

Payudara pendulous 
  • Coli berdawai paling sesuai untuk menampung dari bahagian bawah 
  • Coli berlapisan span boleh membantu mengisi bahagian yang kosong 
  • Coli tidak berdawai tapi bercawan penuh, mempunyai struktur sokongan tambahan, bertali lebar, kancing dan sayap belakang lebar sesuai untuk wanita yang memiliki payudara pendulous bersaiz besar. 

Payudara posisi jauh
  • Pilih coli berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara. 

Payudara posisi rapat
  • Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang mampu menjarakkan kedudukan antara payudara (bahagian tengah coli yang terbahagi). 

Bagaimana hendak memilih saiz coli yang sesuai


Coli terdiri daripada 2 komponen iaitu nombor  36,38, 40 dan sebagainya dan juga abjad dari A hingga K atau L. Nombor itu mewakili saiz lilitan atau ukuran di bawah dada anda. Manakala huruf pula mewakili saiz cup untuk coli anda.

INFO : Bagaimana mengukur saiz coli?

1. Ukur saiz badan 
- Ukur sekeliling bawah payudara dan gunakan jadual di bawah untuk mendapatkan saiz coli 

Saiz Coli (SC) = Saiz badan  +  4" @ 5"

Kalau Nombor genap, tambahkan 4"  (Con: 28" + 4"  = 32" [inilah saiz coli anda])

Kalau Nombor ganjil, tambahkan  5" (Con: 31" + 5" = 36" [inilah saiz coli anda])


2. Ukur saiz mangkuk 

- Ukur bahagian paling penuh payudara (SP) kemudian cari beza antara saiz coli (SC) dengan saiz payudara (SP) untuk mendapatkan saiz mangkuk coli. 

 Saiz mangkuk = Beza SP-SC


 0  = Cup 'A' 
+1" = Cup 'B' 
+2"  = Cup 'C' 
+3"  = Cup 'D' 
+4"  = Cup 'DD' 



Dengan panduan di atas semoga anda semua dapat menentukan apakah saiz sebenar coli anda & dapat membuat pilihan yang tepat sebelum membeli pakaian dalam anda.
Yang penting, semasa anda hendak membeli coli, pastikan anda mencubanya terlebih dahulu kerana material berbeza menyebabkan saiz akan menjadi berbeza juga. Pastikan anda memilih coli yang tidak terlalu ketat, material yang terbaik adalah kapas 100% untuk memudahkan kulit bernafas dan tiada ruam pada badan dan pastikan tiada tanda-tanda saiz coli yang salah seperti yang saya sebutkan tadi.
............

Semoga panduan dan info ini bermanfaat :)
Lepas ni terer lah yer nak memilih bra yang sesuai dengan saiz payudara anda.

Oh yer, payudara sedia besar itu adalah rezeki. ;p Hahaha.. Cuma pandai-pandailah cover dari pandangan mata ajnabi yer ^____^

Baru teringat sebab apa timbul cerita bra dan saiz payudara ni tadi. Hahaha
Kisahnya bermula dengan testimoni customer member ni mengenai pengalaman beliau (customer) selepas mengambil ESP Shaklee. Breast jadi TEGANG you!! Hihi..


Nak beli ESP juga? 




Beli sini untuk membayar guna kad kredit @ debit yer :)


(boleh rujuk sini cara-cara order menggunakan sistem online :))


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
---------------------------------------------------
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 @ 0163031954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **