Sunday, January 18, 2015

Kehidupan Yang Baru. 2015 Permulaan Yang Baru :)

Assalamualaikum...

Lamanya blog ini terbiar tak berupdate. Silap tuan rumah lah yang sebenarnya. Kesibukan dengan pengurusan Home Tuition bersama Infitah, dan baru2 ini En Suami juga seperti mendapat hidayah untuk memulakan pusat tuisyen sendiri di rumah kami. Yalah, adik2 ipar semua dah pakat kahwin, bilik dah 2 kosong. Damia lecil lagi, belum nak tidur bilik berasingan. Makanya, kami convert bilik tersebut menjadi bilik tuisyen. =)

Memang ketara sangat perubahan En Suami. Dia sangat2 determined untuk memulakan dan mempromosi pusat tuisyen ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Walaupun last minit persediaan, menghampiri penghujung cuti dan pembukaan sekolah bagi tahun 2015, sekurang2nya, pendapat suami dapat hanya dengan mengajar 1 jam 30 minit setiap malam, campur 3 jam siang hujung minggu, dapatlah melepasi bayaran rumah kami serta perbelanjaan lain. Syukur sangat2. Ternyata, solat istikharah sangat membantu bilamana kita kebuntuan dalam hendak membuat pilihan.

Ceritanya adalah bermula dari sejak saya berdolak dalih, membuat timbang tara nak meneruskan pendaftaran bagi mengikuti program Master in Engineering di bawah tajaan UiTM + KPM ataupun tidak. Kebetulan dalam masa yang sama saya terlihat advertisement jawatan pengurus Akademi Infitah. Saya kan bekas pendidik, dan memang berminat meneruskan karier dalam bidang pendidikan juga. Jadi, saya apply. Dipendekkan cerita, saya dapat jawatan tersebut walaupun En Suami seperti tak berkenan sangat. Lega sangat!

Tapi, seperti harapan ku bakal musnah apabila direktor meminta saya untuk turun ke Seremban bagi mengikuti kursus marketing di sana selama 3 hari. Suami keberatan sangat. Malam ni keputusan dapat, keesokannyalah saya perlu bertolak ke Seremban sepatutnya. Berbincang dengan En Suami.. tapi seperti bercakap seorang diri. Dia diam dan berfikir. Banyak perkara.
1. Jika saya pergi naik bas ke Seremban, dia risaukan keselamatan saya.
2. Jika saya pergi sendirianke Seremban untuk kursus tersebut selama 3 hari, bagaimana dengan Dafinah? Saya tak pernah tinggalkan dia lebih dari semalaman, dan dia masih menyusu badan. Dia menyusu dengan saya jika nak tidur!
3. Jika suami menghantar, beserta anak2, banyaknya perbelanjaan; hotel, minyak, tol. Kami kan penganggur tegar sebelum ni.. Hehe.

Saya sangat sedih malam tu. Menangis saya bila suami kata tak perlu lah pergi. Saya dah nekad, semangat nak dapatkan jawatan ni, saya dah berjanji dan saya nak suami saya faham. Jawatan ini menawarkan saya pekerjaan hanya dari rumah. Sebab musabab utama saya menolak tawaran biasiswa UiTM, kerana ingin menjadi WAHM. Saya nak suami benarkan saya pergi ke kursus tersebut, dan dalam masa yang sama menemani saya ke Seremban. Saya tak rasa saya boleh tinggalkan anak2 saya selama 3 hari. T__T.


Hebatnya solat istikharah!
Malam itu, saya mendirikan solat istikharah. Jika jawatan ini bukan untuk saya, pujuklah hati ini untuk terima dengan hati terbuka. Tetapi jika betul jawatan ini untuk saya, lembutkanlah hati suami saya untuk bersetuju menemani dan membawa bersama anak2 ke Seremban. (Suami saya jenis boleh tahan 'degil' dan tegas dengan keputusan yang dibuat)

Alhamdulillah!! Esoknya suami saya kata nak book hotel. Kita bertolak tengah malam, supaya sampai Seremban waktu pagi dan saya boleh terus ke kursus. Allahuakbar!

Ternyata, dari penglibatan saya dengan Akademi Infitah, suami mendapat idea untuk memulakan sendiri pusat tuisyen di rumah. Allah atur dengan begitu baik sekali. Tanpa pernah saya duga, sebab suami bukanlah jenis minat untuk berniaga/bisnes. Tetapi memang dia minat mengajar. Semoga Allah terus mempermudahkan perjalanan bisnes tuisyen saya dan suami. Doakan kejayaan kami. :)

Jadi, adakah saya masih seorang pengedar Shaklee? Ya, masih :)
Sayang sangat kalau saya nak mengundur diri. Kenapa? Sebab perniagaan Shaklee ni bukannya memerlukan modal pun. Hanya RM75 untuk mendaftar ahli. Dah lama dah pun dapat balik duit modal tu melalui bonus2 yang saya dapat sebelum ni. Hehe. Dan mestilah saya rugi jika saya berhenti bisnes ni, sebab saya rugi bila tidak dapat berkongsi manfaat dan kebaikan dengan orang di luar sana. Suka sangat bila ada customer yang memberi feedback positif selepas menggunakan produk Shaklee ni. Bukan duit bonus yang dikejar semata-mata, tapi saya sangat suka bila tahu dapat membantu seseorang untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

OK, panjang sungguh karangan saya hari ini. Banyak sangat perkara nak dikongsikan, tapi, cukuplah dulu untuk hari ini. :)

Jangan lupa promosi yang cukup CRAZY! bulan ni.

✔Buy 6 FREE 1 Alfalfa Complex (Large or small)
✔Buy 6 FREE 1 Vivix
✔Buy 3 FREE 1 Vitalea for kids (terbaru dipasaran dengan wajah baru setelah hampir setahun menyepikan diri. ;)



OK, saya akan kupas satu persatu tentang tiga produk di atas ya.
Chilllll, and stay tuned ;))



 Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
---------------------------------------------------
 Elda Malissa
 ✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
 ✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
 ✆ Contact No | :016 303 1954 @ 019-3537313
 ✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
 COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

**Kos penghantaran adalah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk SABAH & SARAWAK.

** Setelah anda membeli menerusi online, boleh lah menghubungi saya untuk mengetahui cara makan suplemen yang sesuai atau juga boleh lihat pada Jadual Makan di atas :)

** Atau jika anda ingin menikmati diskaun sehingga 25%, boleh lah mendaftar sebagai ahli shaklee :) Baca sini (link) keistimewaan menjadi ahli :)

No comments:

Post a Comment