Monday, June 16, 2014

Keistimewaan Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee

Apakah keistimewaan mendaftar sebagai ahli?



1) Jaminan harga TERENDAH di pasaran!

Dengan mendaftar menjadi ahli, anda boleh membeli barangan Shaklee dengan harga JIMAT. Jimat banyak mana tu? Banyak lah juga! 15-25% untuk setiap satu-satu barang! Fuiyo! Boleh cover duit postage tu. Lagi banyak anda beli sekaligus, lagi jimat lah. Pos RM10 (SM) / RM20 (SS) flat rate!! Maksudnya, tak kira berat. Anda nak beli 10 tong ESP ke, masih harga pos yang sama :) Jimat giler kan? **rasanya yang ni patut saya letak dalam point #4.. hehe. 
Lagipun, bila ada SID tu kata harga yang dia bagi tu harga ahli, betul ke harga yang anda dapat tu betul yang paling rendah dah dan harga ahli? (ini untuk kes SID jual tak ikut rules Shaklee, iaitu bukan harga pasaran! Menyebabkan persaingan tak sihat dalam Shaklee.) Anda bukan tau kan harga ahli berapa kan.? >_> (dan patut baca point #2)

2) CASH BACK/ BONUS

Makan vitamin dapat bonus, bukan best ke?? Vitamin adalah satu keperluan semua orang. Dia bukan satu produk yang kita beli hari ini, bulan depan tak beli dah… Kereta pun perlu di maintain beberapa bulan sekali.. badan kita lebih2 lagi perlu. Betul tak…
Dengan menjadi ahli, kita boleh belikan vitamin untuk anak kita, mak ayah kita, adik beradik kita dan saudara-saudara kita. Apabila kita sudah banyak membeli, jika point minimum sudah cukup, kita sudah layak untuk dapat bonusss!! Sapa yang kasi duit saja-saja tanpa tujuan, betulkan, paling kurang boleh beli untuk belanja dapur. Kalau tak dapat ahli, tak dapat semua benefit ini, kann dah rugi.. Anda beli beratus-ratus harga barang, layak dah point untuk dapat cash bonus, tapi dapat kat orang lain bonus tu, anda mestilah nak juga kan? (adakah ini berbaur dengki? Hihi. Terpulanglah nak tafsirkan)

3) Sistem Shopping Online. 

Mudah banget sih! (Tetiba bahasa indon pula ;p )
Sejak 1 Oktober 2013 Shaklee telah menggunakan sistem online 100%. Jadi amat mudah untuk semua orang untuk membeli vitamin yang mereka mahu. Tidak perlu menyusahkan orang lain dan lebih selesa untuk memilih apa yg kita mahu beli. Harga sebagai ahli pun siap tertera di skrin komputer. 
Di website http://www.shaklee.com.my/ ini juga, jika ada anak saudara kita mahu mendaftar dibawah kita, kita pun boleh daftarkan sendiri saja dengan mudah. 
Klik klik klik je, dah siap! =) Tunggu posmen datang hantar barang ke pintu rumah pula.

4) Penghantaran diuruskan oleh Pihak Shaklee.

Ini paling seronok membeli barang dengan Shaklee. Urusan pos semua dilakukan oleh mereka. Barang boleh dipos ke rumah kita, dan juga boleh dipos kepada alamat yang kita tetapkan. Tak perlu dibeli barang, kemudian pergi ke pejabat pos dan pos kan… Mudah kan??
Paling seronok, sikit atau banyak kos pos adalah tetap iaitu RM10 untuk semenanjung dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak. Kalau pembelian kita lebih RM800, kos pos adalah percuma.. huhuh baik sungguh Shaklee ni kannn.
Jika ada kawan kita yang jauh mahu membeli, mudah saja, tak payah nak hantar jauh2, semua di uruskan oleh Shaklee.

5) Tak perlu MODAL jika mahu berniaga.

Ini bahagian yang saya rasa orang agak fobia nak join Shaklee ni. Dia fikir jadi ahli, mesti berniaga! Bukan gitu, rujuk balik #1.. Tapi, bahagian ni paling BEST untuk yang 'mata duitan'. Hehe. Best bagi mereka-mereka yang nampak opportunity nak buat duit tu! Bagaimana?
Dengan mendaftar ahli sebanyak RM75, jika ada yang ingin berniaga, tidak perlu sudah untuk mengeluarkan modal. Jika ada pelanggan mahu membeli, mereka akan bank in duit yang perlu dibayar, kemudian kita sendiri akan gunakan duit tersebut dan memesan barang dari Shaklee secara online. Mudah kan??
Dari mana datangnya keuntungan berniaga Shaklee ni? Haa.. Dari keuntungan runcit itu lah (yang ni instant dapat) dan bonus cashback dari Shaklee (yang ni dapat pertengahan bulan berikutnya). Makin banyak kita jual, makin tinggi point kita dapat, makin tinggi bonus. Macam mana kiraan bonus Shaklee bayar? Saya sambung entry lain pula yer. 
#Alhamdulillah.. Setakat semenjak saya dah join Shaklee ni, bonus 3 angka setiap bulan :) Masih dikira part timer, sebab masih buat hanya bila ada waktu lapang dan menumpu perhatian pada karier :)

This is a real business! Bukan fairy tales! Bukan Scheme tipu! Berapa ramai dah yang dah jadi millionaires pun! 
http://hafizihamsan.com/2014/06/11/kejayaan-orang-malaysia/

InsyaAllah, saya menuju ke situ juga ^_^ . 
Doakan ya! Thanks =)

Nak daftar ahli? 


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
---------------------------------------------------
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

Kulit Cantik Dengan Shaklee ~ TESTIMONI

Assalamualaikum..

Hari ni mulakan dengan entry ringkas jer dulu =)

Kita ambil mood dengan go through testimoni-testimoni pengguna Set Kecantikan Kulit Shaklee ^_^

Yelah, duk baca details product, Vit C boleh buat muka cerah lah, Vitamin E boleh hilangkan parut lah, boleh kecikkan pori lah, boleh hilang jerawat batu lah! Mesti nak tengok testimoni orang juga baru percaya kan? Hehe..

It's ok, understandable ;) Saya pun kalo jadi client, mesti nak bukti ^_^
Ok, enough membebel.. Jom Screening on the testimonials yer :)


Testimoni Set Kecantikan Shaklee

#1 



Nak share testimoni diri sendiri dulu. Saya telah mengamalkan Shaklee consume selama 3 bulan dan hasilnya sangat ketara. Gambar testimoni tidak edit dan kesemua gambar di atas original. Masalah jerawat dapat di atasi dengan baik. Sekarang tgh focus masalah parut2 yang tinggal kesan daripada pimples before this. Vita C dan Vita E juga mencerahkan kulit muka saya. Sejak mengamalkan shaklee pimples tidak naik keterlaluan dan akan naik pimples masa datang bulan sahaja. alhamdulillah dah dapat kulit yang licin dan tidak berkerutu  lagi. Thanx shaklee :)

#2


Dengan mengamalkan Vit C secara konsisten, jerawat batu mula surut dan segan nak naik dah. Tambah ESP untuk merawat parut dan cela. Extra gebu dan cerah bila konsisten buat masker Vit C + ESP.

#3


Masker ESP + Vit C sangat membantu dalam memulihkan kerosakan kulit wajah dan menghilangkan parut :) Wajah menjadi lebih cerah dan gebu ^_^

#4 

Bukti Vit C memang berkesan. Hanya amalkan sehari 2 biji ni hasilnya.. 


#5


Ai nak share amazing result amalkan vitamin E.. ai makan n wat masker..this is 1week pnya kesan..ai tgk cermin npk mcm xda perubahan tp bila ai wt pic befofe n after ni mmg hepi la tgk perubahan skin..

#6 


Sblm ni fieza nk kuar/keje, make-up mmg kena tebal2 sb nk tutop jerawat especially kt dagu..mmg hormon fieza sblm ni x ok, jerawat selalu turun naik. Mmg malu la tgk muka sendiri, rasa x confident berhadapan dgn org lbih2 dgn suami pun fieza segan.
Selepas hampir 5-6 bulan mencuba Shaklee dgn konsisten suami tegur jerawat dh x naik lg la kt dagu. Muka semakin bersih.

#7 




Banyak?? 
Tak tahu nak pilih yang mana? Sesuai dengan bajet anda?
Meh contact saya, saya bagi khidmat terbaik, tiptop! 
=)

Click to view more


Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:

--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No | :016 303 1954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Bukan Mudah Untuk Senang...

Bukan mudah untuk senang... 
..TRUE..
Tapi, bukan susah untuk susah!

Got the message? 

 

"Ye harus dengan semangat kental. Semangat yang tiada pada orang biasa kerana kamu semua adalah orang luarbiasa. Kalau bukan luarbiasa takkan ada yang sanggup bersengkang mata siapkan entry blog, sanggup buat schedule post takut esok tak dan dan busy kat opis, sanggup spend masa perah dan cari idea baru untuk mantapkan lagi sales.Kerana kita hebat dan luarbiasa maka kita boleh buat benda tu semua.
AWAS! Pada yang tak rasa busy langsung dan tak sentuh langsung kerja shaklee, ada mata yang memerhati............"

Petikan dari Master Nanny Group Shaklee kami yang AWESOME & AMAZING! 

Alhamdulillah, dipertemukan dengan Master Nanny yang sangat supportive =) 

Di kala rasa down mula menyapa, pegi ja jenguk kat group Exclusive kami, dapatkan kata-kata semangat untuk terus berdiri teguh =) Memang tak putus-putus kata-kata semangat dari beliau :*) Sayang Nanny.. Hihi.. 
*By the way, nanny tu gelaran pada super upline kami lah.. Upline saya, saya panggil Mommy.. Hehe.. Manja-manja gitu.

Oleh kerana itulah, saya pada waktu ini, jam 2.14 a.m menghadap lappy untuk update dan schedule blog dan page. Nak berjaya, hati kena kental lah. Berhati waja ^_^. Kerana aku orang luarbiasa!

Yes, sometimes, I do falling apart, had broken heart, tapi, Nanny selalu pesan, niat kita buat Shaklee ni sebenarnya apa? Adakah nak raih duit semata-mata? Kalau YA, sebab itulah kita mudah rasa down bila tak ada customer. Cuba alter niat tu, kepada niat nak tolong orang, nak kongsi kebaikan Shaklee dengan orang, nak bantu bagi kesihatan yang lebih cemerlang kepada orang-orang di luar sana dengan mengamalkan produk Shaklee. InsyaAllah, Allah permudahkan :) POSITIF selalu. 
*Not exactly camtu lah ayat Nanny, tapi yang penting, message is delivered =)

Dalam kekalutan nak study untuk exam IELTS Sabtu akan datang ni (21st June), mudah betul rasa down datang. Fragile sungguh hati kala ini. Huhu.. Hence this entry dibuat >_<

Kenapa nak seat for IELTS? Well, itu requirement KPT/UiTM pengajian Master berpenaja (scholarship). Huhu. Lama dah tak speaking. Teraboq kot. Kiki. Slang Kedah lagi kuat daaa.. Grammar entah ke mana, vocabs lagi lah.. Uwaa.. Nak nangis! **Saya budak (bakal) Master tajaan UiTM di bawah Program TPM (Tenaga Pengajar Muda).

Actually, part of me berkobar-kobar semangat nak berkerjaya, rindu nak lecturing semula, but, part of me want to be a SAHM @ WAHM. Tak sanggup pula rasa nak tinggalkan anak-anak kat pengasuh/taska. Huhu. Perlukah saya cerita detail sekarang ni? Hihi.. I think, next time lah. 

OK lah, setakat nak membebel ja sebenarnya, meluah perasaan kat sini.
Semoga saya tabah dan kental menghadapi cabaran!
Wish me luck for the exam =)


Nak order barang Shaklee, roger-roger lah yer (apa kena mengena Roger dalam hal ni yer? Kesian orang nama Roger.. hihi)
Details saya kat bawah ni =)

Bulan ni promosi VITA E, 
Vitamin cantik, vitamin pria, vitamin awet muda, vitamin lelaki perkasa ;p



Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut: 
--------------------------------------------------- 
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No | :016 303 1954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/ 
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Saturday, June 14, 2014

Layan World Cup Dengan Cinch Energy Mix Tea

Assalamualaikum.

Tajuk tak boleh blah! Haha..

World cup dah mula! Hooray lah yang pria2 kan? Yang isteri-isteri, tidur bertemankan bantal peluk je lah yer? Hihi. Sabar ja lah..

Nasib baik lah astro kat rumah kami ni dah kena 'kerat'. Kes anak layan kartun 24 jam, si ayah tak ada can layan channel lain. Haha. Tak lah saya tidur bertemankan anak-anak sahaja.. :D
Dan syukur, encik hasben saya bukan jenis lepak kedai mamak semata-mata nak tengok bola ^_^
Sayang encik hasben saya ketat-ketat :*) Haha. Alhamdulillah ^_^

Ok, nak share mengenai Cinch Energy Mix Tea ni. Sesuai sangat untuk yang suka layan bola pagi-pagi buta tu. Daripada duk minum bercawan-cawan nescafe or kopi semata-mata nak bersengkang mata, minum teh ni pun jadi! Sihat pun dapat! =) Layan bola sampai subuh, mesti mengantuk kan? Minum Cinch Energy Mix Tea, insyaAllah masih bertenaga melakukan tugas harian ;)
Belum cuba belum tahu.. Cuba sendiri, alami kesannya! ^_^

Pengalaman saya dengan Cinch Tea Mix ni:-

Cinch tea ni saya dah cuba minum dua malam berturut-turut. Memang tak mengantuk! Hihi.. Tapi, berjaga bukan saja-saja berangan, saya berjaga untuk update blog dan schedule PAGE :)

Malam yang first, saya hanya tidur 30 minit, sebab nak dapatkan syarat untuk solat tahajjud :) Lalu start berjaga dari pukul 11.30 malam hingga pukul 8 pagi keesokannya. Teringat kat anak-anak yang akan aktif sepanjang hari, saya memaksa diri untuk tidur, walau sekejap :)
Malam yang kedua, saya minum pukul 2 pagi, berjaga hingga 11 pagi, anak-anak dah bangun, lagi tak boleh tidur.. Berpuasa ganti pada hari tersebut.. Alhamdulillah, masih bertenaga melayan anak-anak :)

Apa yang best sebenarnya tentang Cinch Energy Mix Tea ni?


1. Ianya adalah gabungan tiga (3) jenis teh. Teh hijau, merah dan putih. My favourite colours! =)


★ MATCHA GREEN TEA ★
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x

★ TAURINA ★
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak

★ WHITE TEA ★
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

★ ROOIBOS RED TEA ★
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat

★ RED TEA ★
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

2. Ianya sebagai penggalak tenaga semulajadi. Sesuai sangat dengan anda yang berdiet. Berjaga layan bola, mesti lapar kan? Dengan cinch mix tea, insyaAllah rasa lapar adalah terkawal. Tapi, kalau nafsu makan lebih kuat, cheq takleh nak tolong lah =p.

3. Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecerdasan tubuh badan.

4. Tanpa gluten, tanpa perisa, pewarna dan penambah warna tiruan.

Cinch Energy Mix Tea ni terdapat dalam SET KURUS / INCH LOSS PROGRAMME SHAKLEE. Sememangnya ia membantu untuk menurunkan berat badan kerana teh hijau membantu membakar lemak :)



Berminat nak dapat Cinch Energy Mix Tea untuk sepanjang tempoh World Cup berlangsung? 

Untuk Set Kurus Premium, klik sini




Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:
---------------------------------------------------
Elda Malissa
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ]
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou
✆ Contact No :016 303 1954
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com/
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Friday, June 13, 2014

Susu EBM Basi?

Assalamualaikum..

Hari ini jumpa info baru yang sangat baik untuk dikongsi bersama ibu-ibu yang breastfeed anak. 
Saya copy and paste dari Facebook Pump On The Go. Banyak tips tentang breastfeeding yang dikongsikan, BEST!

Jom study bagaimana nak memastikan susu EBM masih elok ataupun sudah basi. 

Susu ibu adalah sel hidup yang kaya dengan pro-biotik, anti-viral, anti-fungal, dan anti-bakteria. Susu ibu tidak akan basi seperti seperti susu tepung, tetapi akan tercemar dengan keadaan persekitaran dan pengurusan yang tidak betul.


✔ Tanda utama susu perahan sudah rosak dan tercemar adalah baunya yang masam.
✔ Bau susu perahan kadang-kadang sedikit tajam dan hanyir, ibu tidak perlu risau kerana ianya normal.
✔ Susu perahan membentuk dua lapisan bila disejukkan, ianya juga normal. Susu perahan boleh jadi berketul juga tetapi tidak semestinya ia sudah rosak, jika ia berketul, ibu bau dulu susu itu ya!
✔ Simpan susu perahan di dalam bekas yang bersih dan steril. Cuci tangan ibu setiap kali sebelum dan selepas memerah.
✔ Pastikan ibu menyimpan susu perahan di dalam cooler bag/box dilengkapi dengan ice gel (ke rumah babysitter / dari office ke rumah) untuk mengekalkan suhu susu perahan. Perubahan suhu juga boleh memungkinkan pencemaran kuman pada susu perahan.
✔ Susu ibu yang sudah dipanaskan / dikeluarkan dari peti sejuk lebih daripada satu jam, tidak boleh disejukkan semula.
*Educate penjaga bayi cara-cara yang betul bagi pengendalian susu perahan dan cara mengenal susu ibu yang sudah rosak.



Harga Vitamin Shaklee Sangat Mahal??!

Assalamualaikum..

Sebelum ni saya dah bincangkan mengenai Set Lengkap Kesuburan dan Tips untuk Tingkatkan kesuburan dalam entry yang terdahulu. 


Ada yang berpendapat bahawa produk Shaklee ni mahal-mahal! Eh, iyer ke? Hehe..

Pada saya, harganya adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kualiti dan 'BRAND' nya yang dah memang tersohor di seluruh dunia! Contohnya, vitamin-vitamin asas yang boleh kita amalkan setiap hari untuk memelihara kesihatan berpanjangan, 

✿ B-Complex. Sebotol mengandungi 120 biji, hanya perlu makan sebiji sahaja sehari, jadi sebotol boleh bertahan hingga empat (4) bulan! Jadi, mari kira, berapa harga sebiji vitamin B-Complex ni. 

Harga sebotol hanyalah serendah RM 53.75 sahaja. Bahagi dengan 120 biji, maka, sebiji B-Complex Shaklee hanya berharga RM 0.50 ja! Apa manfaat B-Complex pada tubuh kita? Boleh baca di sini.

✿ SR Vita C Plus. Sebotol ada 180 biji Vitamin C. Makan sebiji sahaja sehari. Hanya bila ketika kita rasa seperti nak demam selsema, boleh ambil dua biji sehari. Walaubagaimanapun, dinasihatkan untuk makan hanya maksimum 1000 mg vitamin C sehari. Jadi, sebotol SR Vita C Plus Shaklee boleh bertahan hingga enam (6) bulan! Jenuh nak menghabiskannya kan? Hehe.
Harga? RM 92.50 sahaja. Sebiji? Hanya RM 0.52 sahaja. Yang istimewanya, satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Klik untuk ketahui lebih banyak manfaat SR Vita C Plus Shaklee yang tiada pada vitamin C jenama lain. 

✿ Vita-Lea. Ada 120 biji dalam sebotol Vita-lea Shaklee. Sebiji sehari memadai untuk memberikan tenaga kepada tubuh kita melakukan kerja seharian. Vita-Lea adalah pelengkap nutrisi dan mineral penting yang diperlukan tubuh. Kalau tak mampu nak beli setiap jenis vitamin, ambil Vita-lea sahaja pun sudah memadai, kita dapat semua 28 jenis multivitamin dan mineral yang perlu untuk tubuh. 

Harga sebotol adalah RM 88.75 untuk kegunaan selama empat (4) bulan. Dibahagi dengan 120 biji, maka harga sebiji atau kos sehari untuk nutrisi lengkap hanya serendah RM 0.74 sahaja! Murah kan? 

✿ Alfalfa Complex. Ada dua saiz botol. 330 biji dan 700 biji. Kalau ikut cadangan pada botol, disarankan untuk mengambil 10 biji sehari. Tetapi, diingatkan, Alfalfa Complex adalah dihasilkan daripada herba, mungkin ada yang tak tahan dengan herba. Selalunya, saya akan nasihatkan customer saya mulakan dengan dos rendah, iaitu 4-5 biji sahaja sehari. Apa yang bestnya mengenai Alfalfa Complex ni? Alfalfa Complex bertindak sebagai ejen detoks dan mencuci usus, darah dan hati :)

Harga sebotol Alfalfa saiz kecil ialah RM 53.75 (330 biji) dan saiz besar ialah RM 97.50 (700 biji). Boleh guna dalam tempoh 1-2 bulan untuk saiz kecil dan 3-4 bulan untuk saiz besar. 

So, macam mana pendapat anda? Murah ja kan sebenarnya? Tak lah semahal yang di war-warkan! Beli handbag beratus no hal, takkan vitamin untuk kesihatan tak mampu nak beli kan? Hehe.. Tepuk dada, tanya lah hati ^_^


Cara saya, saya beli satu2 vitamin dalam sebulan. Mula dengan Alfalfa Complex untuk detoks. Penting detoks dulu, supaya toksin boleh dikeluarkan, nanti nutrisi dari vitamin lain dapat diserap oleh badan dengan lebih baik!

Bulan berikutnya, beli pula SR Vita C. Untuk merawat jerawat dan masalah tona kulit tak sekata :) Alhamdulillah.. Sangat best Vit C ni.. Jerawat dah segan nak naik di muka. Masalah jerawat saya ni dah sejak dari bangku sekolah lagi =) Setiap bulan saya tambah koleksi ^_^

Nak harga lebih murah? Saya join ahli =) Boleh beli harga murah, lepas tu sambil2 jual.. Saya beli vitamin shaklee hanya dengan duit bonus Shaklee.. Hehe.. Jimat di situ =)

Nak tengok koleksi saya ? 

.
.
.
Tadaaa!!

# set kecantikan kulit
SR Vit C + Vita E

# Set Kurus
Alfalfa + Herb-lax + Omega Guard + Lecithin

# Set Inch Loss
ESP + Cinch Tea Mix

# Healthy Home
Basic H

#Skin Care Nutriwhite
 Gentle Deep Foaming Cleanser 

Banyak kan? Hehehe.. Haruslah mencuba kalau boleh semua produk dalam Shaklee nih. Tapi, mulakan dengan yang utama dahulu :)

Nak dapatkan harga ahli juga? Boleh jer. Jom daftar AHLI sekarang. Hanya serendah RM 75 sahaja untuk seumur hidup ^_^

Hubungi untuk konsultasi percuma & maklumat lanjut:

---------------------------------------------------
Elda Malissa 
✿Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1063253 ] 
✎ PM : https://www.facebook.com/messages/healthybetteryou 
✆ Contact No  :016 303 1954 
✍ Blog: http://lovethepreciouslife.blogspot.com
COD : Sekitar Sg. Petani, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Tuesday, June 10, 2014

Durian Kegemaranku!

Assalamualaikum..

Cerita anak kecil saya, Nur Hannani Dafinah yang sangat gemarkan durian..!

Siapa yang tak suka durian kan? Raja buah, rata-rata semua lapisan masyarakat suka.. Hihi.. Sama lah dengan Dafinah ni..

Kisah semalam.

Semalam kami pergi meminang untuk Pak Ngah depa.. Kat Bedong ja. 30 minit dah sampai.. Hehe..
Masa sampai rumah bakal biras tu, bau semerbak durian dah menyucuk hidung! Ah, sudah.. !

Tengah orang duk bincang hantaran dan belanja kawin, boleh pula si Dafinah ni tetiba dengan suara kuat, tak bersalahnya berkata pada ayahnya: "Ayah, nak uian (durian)." Duk ulang 3,4 kali.. Hihi.. Terpaksa Ummi angkat dia keluar, bawa g jalan2.. Tapi, tak lama lah. Dia nak p kat Wan dia pula. Huhu.

Dah habis berbincang semua, hidangan untuk minuman petang dihidang.. Rupa-rupanya, rezeki Dafinah dapat durian FREE! Durian pulut yang dihidangkan sebagai jamuan untuk rombongan kami. Haha..

Dafinah nampak ja durian dalam dulang, terus minta! Nak tu, nak uian.... Hahaha.. Nak tengok gaya dia makan macam mana??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Makan penuh dua belah tangan tau! Tapi, ni bukan gambar semalam. Ni gambar dua minggu lepas, makan durian kat rumah. Hihi.. Camni lah gaya dia makan semalam kat rumah orang! Malu ummi yer.. haha


Tak puas tengok lagi? Hihi.. ok, last picture!


Gaya makan durian yang dah tak ingat orang sekeliling! Semalam dia makan 5 ulas! Ummi pun hanya makan 2 ulas ja.. Memang hantu durian sungguh! Hihi
Kalau balik kampung masa musim durian, mesti best! Yang tak bestnya, makan banyak sangat, lebih2 lagi sekarang cuaca panas, mudah demam. Budak ni pun baru lega demam dua hari lepas. 

Ummi ikhtiar jaga kesihatan anak-anak dengan bagi meal shakes. Minuman nutrisi lengkap dari Shaklee :) Minuman berperisa french vanilla yang menjadi kegemaran Damia dan menjadi makanan kegemaran Dafinah juga. Sebab, Dafinah ratah camtu ja meal shakes tu.
T_T

Oh ya, tahukah anda buah durian juga boleh dijadikan sebagai milk booster semulajadi bagi ibu-ibu yang menyusukan anak? Yup, tidak ramai yang mengetahui akan keajaiban buah durian di dalam penghasilan susu ibu. Ianya memang benar :) Sesetengah ibu dikurniakan susu badan yang melimpah ruah apabila makan buah durian atau makanan yang berasaskan buah durian. Walaubagaimanapun, elakkan dari makan terlalu banyak dalam satu2 masa kerana buah durian bersifat panas dan membuatkan suhu badan anda meningkat dan mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan pada perut bayi anda. 

Inginkan milk booster terbaik dari Shaklee? 
#Alfalfa 
#ESP
#Meal Shakes

Hubungi saya 0163031954
Nak call/sms/whatsapp/wechat, anytime, sedia membantu :)